Anda di halaman 1dari 2

PERSATUAN IBU BAPA DAN GURU

SEKOLAH KEBANGSAAN KUALA MUDA,


13110 PENAGA, SEBERANG PERAI UTARA,
PULAU PINANG.
YDP : Mahfuzah binti Mohamad Zainol (019-2410092)
S/u : Azrawati binti Abdullah (019-4092739)

Ruj. Kami : SKKM(MASY)900-5/2 ( )


Tarikh : Mac 2018
Kepada,
Ketua Polis Pulau Pinang,
Ibu Pejabat Polis Kontinjen Pulau Pinang,
Polis Diraja Malaysia,
Jalan Penang 10760,
PULAU PINANG.
U.p: Bahagian Perlesenan IPK

Tuan,

PERMOHONAN MENDAPATKAN PERMIT KUTIPAN DERMA PROGRAM KAYUHAH AMAL SEKOLAH KEBANGSAAN KUALA
MUDA 2018
Dengan sukacitanya perkara di atas dirujuk.

2. Berhubung perkara di atas adalah dimaklumkan bahawa pihak Sekolah Kebangsaan Kuala Muda merancang
untuk mengadakan kutipan Program Kayuhan Amal seperti berikut:

1) Tarikh : 4 Jun – 31 Julai 2018


2) Objektif : Kutipan ini diperlukan untuk :
i) Aktiviti peningkatan prestasi murid khususnya tahun 6.
ii) Keceriaan bilik-bilik khas.
iii) Menampung kos tenaga pengajar dari luar untuk menaikkan taraf
kebitaraan sekolah dalam silat dan kompang.

3) Amaun yang dicadangkan : RM 10 500


4) Pemungutnya : AJK PIBG, guru-guru dan staf sokongan

3. Sehubungan dengan itu, pihak sekolah ingin memohon kebenaran rasmi dari pihak tuan untuk mengadakan
program ini. Sebarang pertanyaan berhubung dengan program tersebut, pihak tuan boleh menghubungi Pn Azrawati bt
Abdullah di talian 019-4092739.

Segala kerjasama yang diberikan, kami dahului dengan ucapan ribuan terima kasih.

Sekian.
“USAHA DAN DOA”

Saya yang menurut perintah,

_________________________________
(AZRAWATI BINTI ABDULLAH)
SETIAUSAHA PIBG,
SK Kuala Muda,
13110 Penaga,
SPU, Pulau Pinang.

S.K : Fail