Anda di halaman 1dari 5

KERACUNAN MAKANAN

Keracunan makanan (food poisoning) didefinisikan sebagai 2 ataupun lebih individu yang mengalami
simptom keracunan makanan yang sama seperti muntah dan cirit birit. Ia juga mesti dibuktikan
makanan tersebut berasal daripada sumber yang sama

Jika hanya seorang sahaja yang mendapat simptom tersebut, maka kita tidak akan katakan orang
tersebut mengalami keracunan makanan.

Jika ada 2 orang yang mempunyai simptom tersebut, ia mesti berasal daripada makanan ataupun
tempat yang sama. Majoriti daripada mereka yang mengalami keracunan makanan ini adalah
disebabkan bakteria yang berada di dalam makanan tersebut

1. Patofisiologi (Bagaimana keracunan makanan berlaku?)

Penyakit ini boleh dibahagikan kepada 2 jenis iaitu

 Keracunan makanan yang tidak melibatkan keradangan (Non inflammatory)

 Keracunan makanan yang melibatkan keradangan (Inflammatory)

Keracunan makanan yang tidak melibatkan keradangan (non-inflammatory)

Keracunan makanan jenis ini adalah disebabkan toksin yang dihasilkan oleh bakteria akan
merangsang mekanisma rembesan bendalir pada usus kecil tanpa keradangan pada dinding usus. Ia
menyebabkan banyak air dirembes masuk ke dalam lubang usus.

Ini menyebabkan pesakit cirit-birt dan kehilangan air dengan banyaknya. Ia selalunya tidak
menyebabkan sakit perut yang teruk

Contoh kuman yang menyebabkan masalah ini adalah:

 Vibrio cholerae

 Escherichia coli

 Clostridium perfringens

 Bacillus cereus

 Staphylococcus

 Rotavirus

Keracunan makanan yang melibatkan keradangan

Masalah jenis ini adalah disebabkan sitotoksin yang dihasilkan oleh bakteria. Sitotoksin ini akan
masuk ke dalam dinding usus dan menyebabkan kerosakkan sel usus tersebut. Kadang-kadang
bakteria tersebut akan memasuki dinding usus dan membuat koloni pada saluran limfa sebelum ia
merebak keseluruh badan.

Cirit birit pesakit tersebut selalunya mempunyai darah dan mukus(Najis sepert berlendir). Pesakit
selalunya demam dan kelihatan sangat letih

Beberapa contoh bakteria yang menyebabkan masalah ini adalah:

 Campylobacter jejuni,

 Vibrio parahaemolyticus
 enterohemorrhagic dan enteroinvasive E coli,

 Yersinia enterocolitica,

 Clostridium difficile

 Salmonella

 Shigella

Majoriti kuman yang menyebabkan keracunan makanan pada makanan laut adalah bakteria Vibrio
dan juga Salmonella. Dinasihati untuk setiap individu memasak makanan laut dengan secukupnya
supaya kuman tersebut dapat dibunuh denga sepenuhnya

2. Simptom dan tanda keracunan makanan

Terdapat beberapa simptom yang akan dihadapi oleh mereka yang mengalami masalah ini. Ianya
adalah

 Sakit perut. Selalunya lebih teruk kepada jenis yang menyebabkan


keradangan(inflammatory)

 Muntah

 Cirit-birit

 Sakit kepala

 Demam

 Perubahan pada najis: Ia mungkin berdarah, berlendir ataupun tersangat cair seperti bubur

 Pesakit akan kelihatan kering seperti bibir yang kering, kurang kencing dan nampak letih

3. Punca Keracunan Makanan

Dianggarkan 97% daripada kes keracunan makanan adalah disebabkan pengendalian makanan yang
tidak betul. Punca utama yang menyebabkan perkara tersebut adalah:

 Makanan yang tidak cukup masak

 Meninggalkan makanan pada suhu yang membenarkan pembiakan bakteria berlaku

 Jangkitan silang (Cross contamination): Bermaksud makanan itu dimasuki bakteria


disebabkan daripada makanan lain ataupun daripada penggunaan alat yang sama. Sebagai
contoh letak sayur bersama-sama dengan ayam. Memotong sayur menggunakan alat dan
tempat yang sama untuk memotong ayam

 Jangkitan daripada pengendali makanan: Sebagai contoh jangkitan bakteria Salmonella


typhi daripada pengendali makanan. Ada individu yang membawa bakteria ini tanpa
mempunyai simptom. Mereka inilah yang akan menyebarkan penyakit tersebut. Oleh sebab
itu, adalah menjadi kewajipan pengendali makanan untuk mendapatkan suntikan vaksin
typhoid untuk mengelakkan jangkitan disebabkan Salmonella typhi ini berlaku.

4. Penyiasatan

Penyiasatan kepada masalah ini adalah untuk mengesan punca ataupun bakteria yang menyebabkan
keracunan makanan itu berlaku. Ianya adalah:
 Kultur bakteria daripada sampel najis: Ianya bertujuan untuk membiakkan bakteria yang
menyebabkan masalah tersebut berlaku. Dengan itu kita dapat mengenalpasti bakteria yang
menjadi punca masalah tersebut

 Pengambilan sampel darah untuk mengetahui fungsi buah pinggang dapat melihat samada
pesakit tersebut kekeringan ataupun tidak. Ia juga boleh menunjukkan status buah pinggang
pada ketika itu kerana kekeringan boleh mengganggu fungsi buah pinggang

5. Rawatan

Kebanyakkan masalah keracunan makanan ini boleh sembuh dengan sendirinya tanpa pemberian
antibiotik untuk membunuh kuman tersebut. Tetapi beberapa jenis ubat boleh diberi untuk
mengurangkan simptom sebelum masalah tersebut sembuh sepenuhnya. Ianya adalah:

 Garam rehidrasi. Selalunya para doktor akan memberi garam ini untuk tujuan rehidrasi
kepada pesakit. Pesakit perlulah mengambilnya setiap kali cirit ataupun muntah untuk
menggantikan air yang hilang

 Ubat tahan muntah– Ubat sebagai contoh metoclopramide selalu digunakan untuk
mengurangkan ataupun menahan seseorang pesakit itu daripada muntah

 Ubat kurangkan cirit-birit– Sebagai contoh lomotil dan juga loperamide selalu digunakan
oleh para doktor untuk mengurangkan pergerakan usus supaya penyerapan air di dalam
usus dapat dilakukan dengan lebih lama dan mengurangkan kehilangan air

Jika pesakit mempunyai demam yang kuat berserta cirit-birit yang mempunyai darah, kita akan
mulakan antibiotik untuk pesakit. Ini kerana bakteria tersebut mungkin akan memasuki dinding
saluran usus dan seterusnya masuk ke dalam darah untuk menjangkiti seluruh badan.

Pesakit juga dinasihati untuk mengambil air lebih daripada biasa untuk menggantikan air yang hilang

Jika pesakit sudah tidak boleh menerima air minuman kerana muntah yang teruk, maka pesakit perlu
diberikan air yang dimasukkan terus ke dalam saluran darah.

FAKTOR PENYEBAB KERACUNAN MAKANAN ?

* Makanan disediakan terlalu awal dan disimpan pada suhu bilik.

* Menyejukkan makanan panas terlalu lama sebelum disimpan dalam peti sejuk.

* Tidak memanaskan makanan pada suhu yang cukup tinggi untuk membunuh kuman.

* Memakan makanan yang telah dimasak yang tercemar dengan kuman berbahaya.

* Tidak memasak makanan pada suhu secukupnya ( tidak mematikan kuman ).

* Tidak mencairkan makanan sejuk beku secukupnya pencemaran silang antara makanan mentah
dan makanan yang telah dimasak.

* Menyimpan makanan pada suhu antara 10 hingga 600 C.

* Membiarkan makanan dijamah terlebih dahulu oleh lipas, lalat, tikus dan binatang prliharaan
seperti kucing dan burung.
* Pengendali makanan yang berpenyakit ( jari luka, bernanah ) dan mengamalkan tabiat buruk
seperti merokok, mengorek hidung, telinga, meludah merata-rata, menggaru kepala atau anggota
badan lain, bercakap-cakap masa mengendalikan makanan.

* Bahan mentah disimpan bersama-sama makanan yang sudah dimasak dan sedia untuk dimakan
menyebabakan pencemaran silang. Bahan mentah terutama daging atau hasilnya harus disimpan
pada suhu serendah 40 C.

* Memakan makanan lebihan.

APAKAH KESAN DARIPADA KERACUNAN MAKANAN ?

* Keracunan makanan boleh mengakibatkan kematian jika tidak mendapat rawatan awal.

* Ia juga boleh mengakibatkan kecacatan seperti lumpuh atau sakit sendi yang berpanjangan atau
kronik.

* Boleh menyebabkan komplikasi kehilangan cecair badan yang ketara akibat muntah dan cirit-birit
hingga menyebabakan dehidrasi atau tubuh kontang terik. Ini seterusnya akan menurunkan tekanan
darah ( tekanan darah rendah ), kegagalan buah pinggang, dan lain-lain lagi.

* Kehilangan garam kalium yang terlalu banyak dari tubuh mengakibatkan kekejangan otot termasuk
jantung, sawan dan juga koma. Komplikasi lain termasuklah septisemia di mana kuman masuk ke
dalam darah dan merebak ke seluruh badan.

BAGAIMANA UNTUK MENGELAKKAN KARACUNAN MAKANAN ?

Cara-cara untuk mengelakkan keracunan makanan :

* Sentiasa menjaga kebersihan.


- Basuh tangan dengan betul sebelum menyentuh makanan.
- Basuh tangan selepas keluar dari tandas.
- Basuh dengan bersih permukaan tempat makan atau penyediaan makanan dan
peralatan yang digunakan untuk menyediakan makanan.
- Pastikan kawasan dapur bebas dari serangga dan haiwan seperti tikus dan haiwan-
haiwan yang lain.

* Sentiasa pisahkan makanan mentah dari yang telah dimasak.


- Asingkan daging ayam dan makanan laut yang mentah dari yang telah dimasak.
- Gunakan peralatan seperti pisau dan papan pemotong yang berbeza untuk
penyediaan makanan yang belum dimasak.
- Simpan makanan yang telah dimasak dan yang mentah didalam bekas yang berbeza
untuk mengelakkan dari pencemaran silang.

* Sentiasa masak dengan sempurna.


- Masak dengan sempurna terutama sekali daging, ayam, telur dan makanan laut.
- Panaskan makanan atau lebihan makanan dengan sempurna.
* Sentiasa simpan makanan pada suhu yang betul.
- Jangan tinggalkan makanan pada suhu bilik lebih dari 4 jam.
- Simpan semua makanan yang telah dimasak dan yang mudah basi didalam peti
sejuk.

* Sentiasa gunakan air dan bahan mentah yang bersih.


- Minum hanya air yang telah dimasak atau air minuman yang dibotolkan.
- Pilih makanan yang segar dan berkhasiat.
- Basuh buah-buahan dan sayur-sayuran dengan sempurna jika dimakan mentah.

* Sentiasa pilih kedai makan yang bersih jika makan diluar. - Hindari dari gerai atau kedai makan
yang kotor.

Anda mungkin juga menyukai