Anda di halaman 1dari 3

PERTANDINGAN KEBERSIHAN & KECERIAAN KELAS, SJKT LADANG JEN 3 2018

KERTAS KERJA PROGRAM PERTANDINGAN KEBERSIHAN DAN KECERIAAN KELAS

SJK(T) LADANG JENDARATA BHG 3

2018

1.0 PENDAHULUAN
Murid-murid menghabiskan kebanyakan masa di kelas semasa mereka melalui sesi
pembelajaran di kelas selain daripada penggunaan bilik-bilik khas serta kawasan lain di sekeliling
sekolah. Persekitaran kelas yang kondusif untuk pembelajaran adalah amat penting dalam membantu
murid memupuk minda untuk belajar semasa berada di dalam kelas. Justeru, adalah menjadi
tanggungjawab guru-guru terutamanya guru kelas untuk memastikan keadaan positif ini dapat dicapai
bagi meningkatkan tumpuan serta motivasi murid sehingga ke tahap optimum. Pertandingan
kebersihan dan keceriaan kelas adalah sebagai satu medium untuk guru sama-sama berusaha
menambah baik dan mengolah keadaan kelas dari semasa ke semasa. Diharapkan agar kewujudan
program ini dapat menjadi inspirasi kepada guru untuk menyediakan persekitaran kelas yang positif
serta kondusif untuk pembelajaran para murid.

2.0 OBJEKTIF
i.Mewujudkan bilik darjah yang bersih dan ceria.
ii.Membina kreativiti pelajar dalam melahirkan idea untuk mewujudkan kelas bersih
dan ceria.
iii.Memupuk nilai-nilai murni dalam kalangan pelajar seperti bekerjasama, hormat-
menghormati, menghargai dan tolong-menolong.
iv.Menyemai perasaan sayang kepada bilik darjah dan menyumbang kepada pengurusan
dan kebersihan bilik tersebut.
v.Membentuk perlakuan lazim yang sentiasa mengutamakan kebersihan.

4.0 MATLAMAT
i. Menerapkan pengurusan kelas yang berkesan dan konsisten.
ii. Meningkatkan tahap kebersihan kelas khasnya dan sekolah amnya.
iii. Menyediakan suasana kondusif di dalam kelas untuk pembelajaran berterusan.

1
PERTANDINGAN KEBERSIHAN & KECERIAAN KELAS, SJKT LADANG JEN 3 2018

5.0 PELAKSANAAN

Juri iaitu guru yang bertugas akan membuat penilaian sebanyak 3 kali seminggu. Kategori yang dinilai
di dalam kelas adalah maklumat kelas dan sekolah, maklumat PDP, keceriaan serta kebersihan kelas.
Setiap minggu, kelas yang terbersih akan mendapat pengiktirafan melalui makluman pada
papan notis keceriaan iaitu pelekat berbentuk senyum (smiley face) yang akan dilabel pada kelas
berkenaan. Piala pusingan pula akan dianugerahkan kepada kelas terbersih pada setiap minggu semasa
majlis perhimpunan diadakan.

6.0 KATEGORI PERTANDINGAN


Kategori pertandingan terbahagi kepada 1 bahagian iaitu :
a) Kategori Perdana (Tahun 1-Tahun 6)

7.0 SENARAI JAWATANKUASA & JURI PENILAI


Guru kanan HEM: 3K(Keceriaan) : Pn. M. Thamayanthi
Ahli jawatankuasa :

Kumpulan Nama Juri Penilai


Kumpulan A Pn.Sagunthalai, Cik. Annastazia
Kumpulan B En.Gobikrishnan, En.Tharmaraj

8.0 ANGGARAN PERBELANJAAN


Anggaran perbelanjaan hadiah keceriaan kelas pada hujung tahun :

Tempat pertama
RM15x 8 bulan = RM120
Tempat ke-2
Kategori Perdana RM10 x 8 bulan = RM80
Tempat ke-3
RM5 x 8 bulan = RM40

Piala Pusingan

2
PERTANDINGAN KEBERSIHAN & KECERIAAN KELAS, SJKT LADANG JEN 3 2018

RM50
Sijil
RM50
Jumlah RM120 + RM80 + RM40 + RM50 + RM50 = RM340

9.0 PENUTUP
Program pertandingan keceriaan dan kebersihan kelas diharapkan dapat melahirkan murid
yang bertanggungjawab dan meningkatkan suasana positif untuk pembelajaran yang berterusan
semasa di dalam kelas. Diharapkan agar pelaksanaan program ini akan sentiasa disokong dan digalas
dengan penuh komitmen oleh para guru dan kakitangan sekolah yang terlibat.

Disediakan oleh,

……………………………..
(Arvenaa A/P Subramaniam)
Penolong Penyelaras
Jawatankuasa Pertandingan Keceriaan & Kebersihan Kelas
SJK(T) LADANG JENDARATA BHG 3