Anda di halaman 1dari 3

Bagaimana Ingin Berjaya Dalam Bidang Jahitan

Posted on Tuesday, October 13, 2015

Bismillahirahmanirahim.

Hari ini saya nak berkongsi sedikit perkongsian pengalaman saya. Apa yang
membuatkan saya tidak jemu dan masih meneruskan perniagaan yang sama.
Walaupun kejayaan besar dan matlamat belum lagi saya capai, tetapi
keyakinan yang tinggi dan matlamat semakin jelas selepas menuntut ilmu.

Perkara pertama yang membuatkan saya meneruskan perniagaan ini adalah


kerana minat. Minat itu sangat penting dalam m engekalkan momentum kita
dalam apa saja yang kita lakukan.

Barangkali ramai yang tidak memandang tinggi kerjaya seorang tukang jahit.
Ramai yang tidak hiraukan kewujudan mereka walaupun kepentingan
mereka tidak boleh diketepikan. Mereka sangat penting. A ndai tiada mereka,
pasti kita tidak berpakaian. Betul tak?

Di sini, saya ingin memberi beberapa tip dan panduan bagaimana anda ingin
berjaya dalam bidang jahitan.

Pertama : Anda perlu belajar. Teruskan pembelajaran. Jangan hanya


bergantung kepada Sijil Kemahiran Mara (SKM) kerana ilmu jahitan
berkaitan kuat dengan fesyen. Fesyen berubah pantas. Terlalu pantas.
Barangkali anda tidak mampu terkejar.

Kedua : Tetapi andai anda kekurangan modal dan tiada masa untuk belajar
menjahit, pilih fesyen apa yang menjadi kegilaan ramai. Trend terkini adalah
muslimah fesyen. Fesyen barat kini juga telah cenderung ke arah muslimah
fesyen. Memilih trend dan fesyen mampu memberi impak dalam menjana
pendapatan.

Ketiga : Belajar untuk design. Anda percaya tak bahawa setiap tukang jahit
mempunyai kebolehan mendesign? Benar. Ramai yang tidak sedar
kebolehan masing-masing. Mungkin kerana ramai yang menjahit di satu
sudut ruang rumah yang memperlihatkan tiada jaminan kejayaan, maka
mereka merasa merendah diri akan kebolehan masing-masing. Anda
sebenarnya adalah NEXT TO DESIGNER. Jangan memandang rendah
kepada diri sendiri.

Keempat : Belajar ilmu perniagaan dan pemasaran. Ini juga sangat penting.
Kebanyakan mereka yang memulakan perniagaan jahitan adalah mereka
yang bermula dari rumah. Memilih pemasaran online adalah satu pilihan.
Oleh itu, anda sentiasa perlu meng'upgrade' diri mengenai pemasaran
online. Andai anda tiada asas ini dan mengharapkan orang lain untuk
membantu. Mungkin tanpa anda sedar, anda akan ditipu mereka. Berha ti-
hati.

Kelima : Belajar ilmu pensyarikatan. Anda perlu memasang angan -angan


dan niat yang betul. Ramai yang beranggapan bahawa mereka perlu menjadi
tukang jahit seumur hidup mereka. Ini anggapan yang salah. Jika anda
mempunyai anggapan ini, pasti anda akan berhadapan dengan perasaan
kekecewaan dan anda berhenti dari bidang ini. Mengapa saya mengatakan
begini adalah kerana, jahitan yang berkualiti akan memberi permintaan yang
banyak. Kita tidak mampu melakukan seorang diri. Anda pasti kepenatan.
Belajar menghulurkan kerja anda kepada yang lain.

Keenam : Belajar branding. Perkara ini sangat penting untuk anda mendaki
tangga-tangga kejayaan. Anda tidak akan mampu berjaya andai anda tidak
meletakkan branding dalam perniagaan anda. Anda bakal berlawan harga
andai tiada branding. Apakah branding? Banyak maksud andai ingin
diceritakan maksud branding tetapi yang lebih jelas dan mengangkat
branding anda adalah NILAI. Jadi, mulakan dengan branding.

Ketujuh : Pilih branding yang betul. Ramai yang beranggapan bah awa
branding ini sekadar pilih nama dan gunakan microsoft word untuk membuat
nama lalu kita pamerkan branding kita. Atau ramai yang ingin jimat kos, lalu
mencari yang murah untuk logo mereka. Ini juga salah. Cari yang mahal
tetapi perhatikan contoh kerja mereka sebelum bersetuju. Kita mencari
design yang menepati ciri-ciri design yang berkualiti. Sekiranya design yang
ditawarkan menepati ciri-ciri tersebut, harga adalah nombor dua.

Kelapan : Jawab 4 soalan di dalam post saya sebelum ini. Andai anda gagal
menjawab 4 soalan ini, maka anda akan lihat perniagaan anda bakal menuju
kepada kegagalan.

Kesembilan : Mesti mempunyai cita-cita yang besar. Sebagai seorang


Tukang Jahit, anda perlu memasang cita-cita yang besar. Kini anda telah
berjaya pelajari kemahiran memotong dan menjahit pakaian, ambil langkah
seterusnya. Belajar pula ilmu FASHION DESIGNER. Seperti yang saya
katakan di awal tadi, apabila anda belajar ilmu jahitan anda adalah NEXT TO
DESIGNER.

Kesepuluh : Penting dalam apa saja perkara yang dilakukan


adalah BERTAHAN, BERKEMBANG dan BERTERUSAN.

Itu saja perkongsian saya. Mari kita bina kejayaan sama -sama. Tiada
jalan pintas untuk berjaya. Jangan pernah putus asa.