Anda di halaman 1dari 39

Baiki cat kereta dengan cara buat sendiri

https://serikinmari.wordpress.com/2013/09/03/baiki-cat-kereta-dengan-cara-buat-sendiri/

Tulisan ini di sedut dari blog DIY kereta untuk baiki sendiri. Di samping membaca tulisan dan komen
dri blog itu saya juga beranggapan cara ini juga melebarkan BLOG beliau kepada UMUM.

Naszrul Haq13 Mei 2013 5:30 PTG

bagaimana cara menyimen kereta yang dah kemek dan apakah alat yang di gunakan?

21 ‫ ابڠ اسريمن‬Mei 2013 4:30 PG

Saudara nasrul boleh saya dapatkan gambaran bagaimana keadaan kemek dan insyaallah saya akan
cuba membantu saudara bagaimana nak membaikinya dengan cara yang mudah… hantar gambar ke
alamat email saya… asriman78@gmail.com.. �

mael ladja21 Jun 2013 10:35 PG

salam sya ni baru belajar ,berapa ari kreta yg tlh dicat primer dibiarkan seblum dicat warna yg kita
kehendaki???

2 cat 1k perlukah dicat dgn lacquer (clear) lg utk finishing??..

3 cara cat yg ada pearl mcmna yek??

4 nombor kertas pasir yg digunakan ?

maeladja@gmail.com.

27 ‫ ابڠ اسريمن‬Jun 2013 12:18 PTG

Terima kasih saudara Mael kerana mahu berkongsi pendapat dan sebenarnya pada kebiasaan kereta
yang telah dicat primer tak perlu menunggu masa yang lama untuk menyemburkan cat warna
padanya. Kebiasaannya, saya lebih suka menyembur cat warna setelah 30 minit atau 1 jam selepas
dicat primer. Ianya berkaitan dengan jenis cat yang saudara gunakan, iaitu sekiranya saudara
menggunakan 1K Primer ianya mungkin mengambil masa lebih kurang 1 jam ~ 2 jam sebelum
menyembur cat warna dan sekiranya saudara menggunakan 2k Primer ianya hanya dalam 30 minit
sahaja kerana surface coating Primer tadi sudah boleh disentuh dengan jari dan jangan menekan
pada cat tadi kerana untuk mengetahui yang ianya sudah sedia untuk lapisan seterusnya hanya
dengan merasa permukaan primer coat telah kering.Perlu dingat kerana setiap cat mempunyai kadar
masa pengeringan secara natural iaitu mengikut suhu keliling iaitu sekiranya saudara mengecat pada
suhu 27 Celsius iaitu suhu bilik atau pada suhu cuaaca malam kita di Malaysia ni ianya akan
mengambil masa lebih kurang 4 ~ 6 jam untuk kering dan sekiranya berada dalam suhu 34 Celsius
maka masa pengeringan akan mengambil masa kurang dari 4 jam dan untuk proses pengeringan cat
seelok-eloknya jangan memaksa permukaan cat tadi cepat kering dengan menggunakan heater
dengan suhu yang berlebihan dengan menggunakan heat dryer atau meletakkan spot light terlalu
dekat kerana ia boleh merosakkan permukaan cat dan ketahanannya.

Jenis 1K ada dua iaitu gloss atau semigloss, sekiranya kita menggunakan gloss 1K ianya telah
dicampur sedia dengan clear dan terpulang kepada saudara untuk menambahkan lagi finishing coat
kalau mahu lebih kemas pada permukaan cat tersebut. Berbanding semigloss adalah cat sebam yang
tiada campuran clear didalamnya.

Untuk membuat proses pearl coat ianya harus melalui 3 cara iaitu pertama sekali, selepas
menyembur primer coat harus dipastikan permukaan yang hendak disembur underground color.
Pada kebiasaannya underground color atau warna latar belakang setelah dicat ianya akan menjadi
seperti semigloss iaitu tidak berkilau dan underground coat 2K ini hanya mengambil masa 15 minit
sahaja untuk kering, tetapi seeloknya saudara menunggu selama 30 minit untuk menyemburkan
pearl coat keatas underground color coat tadi. Dan masih seperti proses yang kedua tadi selepas
habis menyemburkan pearl coat dan tunggu selama 30 minit dan pastikan ianya kering dan tidak
berhabuk untuk proses finishing iaitu menyembur clear coat pada permukaan pearl coat tadi dan
setelah selesai saudara hanya perlu menunggu sehingga 3 ~ 5 jam untuk proses mengilap permukaan
(polish) dan proses memotong permukaan clear untuk mendapatkan lapisan yang kemas dan licin,
selepas proses polish barulah boleh menyapu wax untuk memberi penjagaan kepada permukaan cat
supaya kekal tahan dari hujan dan panas.

Jenis kertas pasir yang sering digunakan iaitu grid 80, 240, 1000 dan 2000.

mael ladja21 Jun 2013 10:39 PG

berapa liter cat diperlukan utk pickup isuzu single cab..sy keliru dgn 2 brg ni antra HARDENER dan
THINNER utk apa HARDENER tu ???thinner tau lah …

27 ‫ ابڠ اسريمن‬Jun 2013 12:48 PTG

Untuk mengecat pickup saudara hanya perlu dalam 3 Liter ~ 3.5 Liter sahajadan ianya terpulang
kepada kemahiran saudara untuk membancuh cat.

Thinner ada jenisnya iaitu sekiranya thinner biasa yang murah dalam botol tu kebiasaannya hanya
untuk kerja mencuci saja kerana ianya tidak boleh digunakan untuk mengecat kerana kurang sesuai,
sekiranya kita membeli 2k thinner ianya digunakan untuk dicampurkan kedalam bancuhan cat tadi
supaya proses semburan partikal cat tadi lebih halus dan mudah keluar dari spray gun dan 2k thinner
ni akan menyebabkan cat kering dengan cepat, sekiranya terlalu banyak nisbah thinner didalam
bancuhan cat tadi akan berlaku partikal cat yang kering diudara sebelum sampai kepermukaan yang
hendak kita catkan tadi dan menyebabkan permukaan cat tadi terdapat habuk halus cat yang
mengering dan juga boleh menyebabkan cat tidak akan terjalin dengan baik kerana sekiranya
berlebihan terkadang ianya boleh menarik permukaan cat yang ada seperti kulit yang melecur.
Seterusnya 2K slowthinner, ianya tidak seperti thinner yang diatas tadi cepat kering dan berlainan
pula dengan slowthinner kerana reaksi pengeringannya lambat sedikit dan sekiranya dibancuh
dengan kadar yang betul cat yang disembur dengan slow thinner akan tercantum cantik sebelum
kering dan tidak mudah kering diudara semasa proses menyembur cat dan baik bagi mengurangkan
habuk cat pada permukaan yang hendak disembur.
Kebiasaannya hardener lebih banyak digunakan pada finishing proses iaitu untuk clear, saudara
sekiranya saudara hendak clear tersebut mengeras dan kering dengan cepat bancuh clear dengan
hardener dengan sukatan yang betul dan kebiasaannya untuk 2K clear ianya hanya mengambil 15
minit sahaja selepas habis proses menyembur cat tadi akan kering dan boleh dirasa permukaan yang
telah mengering dan jangan cuba menekan permukaan untuk mengetahui keadaan permukaan cat
tadi.Clear terdapat dua jenis iaitu clear untuk kerja touch up atau untuk overall, untuk clear touch up
ianya akan kering dalam masa 3 jam sahaja untuk proses mengilap (polish) dan tetapi untuk kerja
satu body saudara harus mengambil clear 8 jam iaitu kerja mengilap (polish). Harus diingat, sekiranya
saudara menggunakan clear 3 jam untuk finishing satu kereta ianya akan menjadi masalah kerana
clear 3 jam, akan lebih cepat kering diudara sebelum sampai ke keseluruhan permukaan dan ini akan
menyebabkan terdapat habuk pada permukaan lain yang telah disemburdan mencacatkan kerja
finishing coat saudara.Sekiranya keadaan ini berlaku, saudara harus merawat permukaan cat tadi
selepas ianya kering dangan proses memotong clear dengan menggunakan kain 1 dan 2 sebelum
digilap (polish) dan proses merapi penjagaan permukaan dengan wax yang terakhir untuk menjaga
permukaan dari hujan dan panas… � sekiranya masih ragu dan ingin bertanya jangan malu insyallah
saya akan membantu pada kemampuan saya kerana tiada rahsia pada ilmu yang Allah kurniakan,
ianya milik kita semua untuk harus mengetahui dan terus belajar insyaaallah..

kayyoi – naeim10 Julai 2013 1:38 PTG

salam tuan.. boleh x ajar cara2 bancuh cat dan clear..

1 litar cat + berapa liter thinner

1 liter clear + berapa liter hardener

saya cadang nak cat kereta saga lama ayah saya..

10 ‫ ابڠ اسريمن‬Julai 2013 9:40 PTG

Walaikummusallam, semangat seperti inilah yang saya mahu untuk semua sahabat2 dan teman2…
iaitu berani mencuba dan membuat perkara yang baru dalam diri..

Ok, berkaitan dengan membancuh cat. Seperti yang saya ceritakan diatas terdapat jenis2 cat yang
digunakan, cara membancuh cat adalah dari penilitian kita sendiri saudara naeim ok pada
kebiasaannya Cat 3 dan thinner 1 iaitu 3:1 dan perlu diingat thinner pun terdapat jenisnya juga. Cara
terbaik untuk mengetahui cara bancuhan itu tadi serasi campurannya atau tidak bancuh 3:1 dan
masukkan kedalam spray gun, perhatikan partikal semburan adakah semburannya ber embun seperti
partikal wap atau ianya keluar bertompok dan kurang ber embun. Sekiranya cat tadi kekurangan
thinner maka agak sukar bagi spray gun mengeluarkan semburan yang halus kerana cat tadi terlalu
pekat dan ini akan memyebabkan permukaan yang kita hendak cat tadi akan terdapat tompok2 halus
dan juga cat akan lambat kering ianya tidak berkesan dengan menggunakan pressure angin yang
rendah dan kita terpaksa melaras tekanan angin terlalu tinggi untuk kerja semburan dan ini akan
menyebabkan berlakunya kulit limau pada permukaan cat tadi.

Terlalu banyak thinner pun tidak begitu elok kerana ianya menyebabkan cat yang berada
dipermukaan tidak sempat untuk mengering dan akan berlaku cat yang melilih dan disamping banyak
partikal yang kering diudara dan menyebabkan ianya menjadi habuk dan jatuh keatas permukaan
tadi dan menyebabkan kekotoran pada permukaan tadi.

Selalunya teknik membancuh ni banyak terpulang kepada pengalaman dan penghayatan kita didalam
mencampur cat tadi, saya selalunya akan menggunakan sebatang pembaris steel untuk menguji
kelikatan cat tersebut dengan mencelup kedalam cat tadi dan mengangkatnya kembali dan melihat
bagaimana cat yang jatuh kembali itu adakah seperti air yang jatuh atau tidak dan sekiranya cat tadi
tidak jatuh atau menitis seperti air itu tandanya ia masih berada didalam keadaan likat dan sukar
untuk spray gun menyemburkan cat itu dengan sempurna kerana terkadang ianya akan seperti spray
gun kita sumbat.

Dan tentang clear ni seperti yang saya pernah terangkan diatas terdapat dua jenis, cara membancuh
clear dan harderner juga sama iaitu 3:1 bagi satu set clear yang kita beli tu, jangan menggunakan
thinner kerana ia akan menyebabkan clear yang kering tadi akan tampak sembam dan kurang
berkilau. Hanya memadai menggunakan hardener yang disediakan saja, semasa proses menyembur
pastikan jarak dalam 1 kaki dari permukaan dan kekalkan kelajuan ketika menghayun spray gun
jangan terlalu cepat kerana ia akan menyebabkan semburan tadi akan tidak cukup dan akan berlaku
lapisan yang tampak seperti bergerutu dan jangan terlalu lambat kerana akan menyebabkan clear
tadi melilih pada permukaan dan kemungkinan ia akan menyebabkan clear tadi lambat untuk kering.

kayyoi – naeim12 Julai 2013 5:08 PTG

untuk matikan cat guna kertas pasir gred apa tuan.. adakah perlu sampai nampak undercoat asal
baru boleh spray undercoat baru….

12 ‫ ابڠ اسريمن‬Julai 2013 7:52 PTG

Untuk proses ini saya gunakan gred 240~360, dan memadai sampai nampak lapisan undercoat yang
lama. Atau nak lebih mudah lagi hanya gosok permukaan lapisan clear sahaja dengan menggunakan
kertas gred 600.

Selepas menyimen gunakan kertas gred 360 untuk menghaluskan guna kertas gred 600 dan
semburkan cat undercoat yang baru.

suhaimi12 Julai 2013 6:09 PTG

Assalamualaikum, abg asriman. Sy ada sbji charade lama. Sy malas nak perabis duit byk2 psl kereta
lama ni. Plan nak bg nampak cantik skit. Sy pikir nak buat cat sendri. Boleh tak saya pakai spray tin
je..plas/simen skit2 dan sembur cat. Nak budget murah dan agak2 boleh thn 1-2tahun oklah tu.
Kereta lama bang. Boleh abang nasihat tunjuk ajar skit. Terima Kasih.

12 ‫ ابڠ اسريمن‬Julai 2013 8:50 PTG

Walaikumussallam, sebuah kereta charade hanya menggunakan lebih kurang 3 liter atau hanya
dalam 2½ liter penggunaan cat 1 liter undercoat dan 1½ set clear sahaja.
Boleh menggunakan spray tin ni, tetapi hanya menggunakan satu jenama saja dan kalau boleh
jangan dicampur dengan jenama yang lain2 sebab setiap campuran thinner dan cat tidak sama bagi
setiap jenis spray tin ni.

Kalau gunak cap ayam biarlah dari undercoat, cat dan clearnya sama juga menggunakan cap ayam.

Pada pandangan saya untuk penggunaan cat yang sempurna menggunakan spray tin, undercoat
sahaja digunakan sebanyak 10 tin, untuk cat pula 16 tin dan clear juga dalam 16 tin dan disamping itu
tiga jenis kertas pasir yang digunakan ialah gred 240, 360 dan 1000 yang semuanya hanya dalam 2
keping setiap gred. Dan kalau dikira dalam harga kasar semuanya hanya lebih kurang dalam RM3XX
sahaja.

Kerja menggunakan spray tin ni memerlukan kesabaran dan terkadang jaga jarak spary, kerana kalau
terlalu dekat akan menyebabkan permukaan tadi catnya melilih dan ada kalanya kalau kering ianya
akan seperti kulit yang melecur terkena panas iaitu mengelembong. Ini disebabkan apabila
permukaan asal tidak dicuci dengan bersih ada debu atau cat itu sendiri mempunyai campuran
thinner yang banyak sehinggakan boleh menarik lapisan yang pertama atau kedua yang telah dicat
tadi.

Sekiranya menggunakan cat 1k 3 liter, 1k undercoat 1 liter, dan clear 1½ set dan harga kasar hanya
dalam RM1XX sahaja termasuk kertas pasir dan thinner yang digunakan.

Bagi yang menggunakan cat 2K 3 liter, 2k undercoat 1 liter, dan clear 1½ set dan harga kasar hanya
dalam RM3XX sahaja termasuk kertas pasir dan thinner yang digunakan.

Untuk cat 2K terdapat 3 jenis iaitu 2k Metallic 1 liter dalam RM45, 2k Pearl 1 liter dalam RM70 dan 2k
Cristal 1 liter dalam RM90.

reef ripcurl31 Julai 2013 12:37 PTG

bertanya..kat mana nak cari cat 2k tu ya..kalau dah 2k tak payah spray clear kan

31 ‫ ابڠ اسريمن‬Julai 2013 4:31 PTG

2K biasanya datang dalam tin spray untuk jenis yang sedikit, tetapi untuk 2K jenis kegunaan kereta ia
banyak datang dari kedai membancuh cat kereta kerana ia tidak seperti 1K yang sudah ada dalam 1
Liter tin tetapi tidak 2K ia harus dicampur dahulu mengikut warna kereta dan se eloknya kalau nak
warna yang sama dengan yang asal buka penutup minyak dan bawa kekedai bancuh cat supaya
mudah kerja mereka untuk menyediakan cat yang asal, kemudaian cat yang tidak memerlukan clear
adalah cat jenis gloss paint, seperti 1K dan 2K memerlukan clear kerana ia masih dalam kategori
semigloss iaitu tidak berkilau dan sebam sebab tu ia harus menggunakan clear.
suhaimi14 Julai 2013 9:36 PG

abang..

sy memilih point abg yg ni

‘Sekiranya menggunakan cat 1k 3 liter, 1k undercoat 1 liter, dan clear 1½ set dan harga kasar hanya
dalam RM1XX sahaja termasuk kertas pasir dan thinner yang digunakan.

‘sesuai untuk kereta lama, budget taknak banyak. anggaran 100 lebihlebih skitlah. Bolehtak abang
suppose brand spray tin ape kira ok/berpatutan untuk undercoat/cat/clear dan juga brand thinner.
Boleh tahan tak dalam masa setahun.Nak buat sendri tak sempurnapun takpe janji puashati.Terima
Kasih.

14 ‫ ابڠ اسريمن‬Julai 2013 9:50 PG

untuk kerja undercoat, utamakan bahagian body kereta yang kena repair contohnya bahagian yang
disimen dan kalau boleh sray sampai tidak nampak kesan simen baru spray bahagian yang lain lain
kalau tidak cat akan tidak sama ton warna nya nanti, yang penting jimatkan penggunaan cat… baru
boleh jimat belanja �

suhaimi14 Julai 2013 9:37 PG

kalau brand Samurai boleh tak, terima kasih

14 ‫ ابڠ اسريمن‬Julai 2013 9:45 PG

Ok samurai pun ok juga, sebab kebanyakan teman2 yang kerja dekat kedai motorsikal pun banyak
menggunakan brand ni, tapi kena ingat setiap tin hanya ada 400ml sahaja jadi cukupkan nisah
semuanya untuk sebuah kereta. Kalau guna spary tin jadi thinner ni ambil yang biasa je untuk kerja
mencuci dan 1k yang diatas tu banyak jenis tetapi ianya menggunakan spray gun dan salah satu jenis
seperti yang saya tunjukkan gambar di atas… sekiranya masih ada keraguan, insyaallah saya sedia
membantu suhaimi… �

suhaimi14 Julai 2013 9:51 PG

ok lah bang, dah clear skit. dah boleh survey kat kedai. ada masa nanti baru start projek. terima
kaseh byk2.

14 ‫ ابڠ اسريمن‬Julai 2013 9:54 PG

Kalau dah siap nanti bolehlah hantar gambar kat email saya buat simpanan untuk projek2 DIY dari
sahabat2 dan teman2 … �
suhaimi14 Julai 2013 10:02 PG

insyallah, tapi sekarang takde masa lagi.. terima kasih.

14 ‫ ابڠ اسريمن‬Julai 2013 10:07 PG

Ok, semangat seperti ini yang saya mahu ada keyakinan kepada kemampuan diri… � inysaallah
mana lah tahu satu masa nanti suhaimi boleh buat kerja mengecat kereta pula selepas pengalaman
yang pertama… learn from mistake..( ungkapan kata orang putih )…dan do the right thing in the first
time… ( ungkapan kata orang jepun ).. insyaallah saya amat berbesar hati sekiranya ada apa2 masalah
bisa saya cuba selesaikan bersama….

Annassul Firdaus bin Rapaiee18 Julai 2013 1:40 PG

Abang..

Saya nak spray sendiri kereta saga blm dan kancil saya kepada warna white pearl..boleh beri tunjuk
ajar dan berapa liter cat perlu digunakan sebab saya nanti nak belikan cat itu untuk spray sendiri
guna compressor..

18 ‫ ابڠ اسريمن‬Julai 2013 2:47 PG

Boleh � tak menjadi masalah dan saya gembira kerana firdaus ada keyakinan pada diri sendiri. Ok,
bercerita tentang bab cat jenis pearl ni, cara kerja untuk cat pearl dan crystal adalah sama.

Kompressor angin hendaklah ada water droplet filter atau air regulator yang ada filter dan sekiranya
tidak gunakan city water filter yang saya gunakan pada pembuatan kompressor angin pada artikel
yang lalu, itu pun dah memadai dari membeli yang mahal.

Untuk kerja mengecat sekarang ni saya menggunakan dua jenis spray gun iaitu jenis touch up spray
gun dengan kuantiti sebanyak 500mL dan gravity spray gun dengan kuantiti 1000mL.

Sebagai seorang pengecat nyawa kita adalah spray gun jadi pastikan ia sentiasa bersih dan jangan
biarkan bekas cat yang digunakan mengeras dan kalau boleh cuci setiap kali kita menggunakan atau
lebih praktikalnya ialah apabila tiap kali kita menukar dari jenis ke satu jenis yang lain, ada baiknya
kita cuci dulu dengan menggunakan thinner biasa.

Untuk kerja pearl ianya mempunyai 4 lapisan iaitu undercoat, underground color coat, pearl dan
clear.

Tip: setiap undercoat memaikan peranan yang penting untuk menghasilkan ton warna pada
underground coat, kerana contohnya sekiranya kita menggunakan perang sebagai undercoat dan
putih sebagai underground coat, jadi warna latar belakang putih tersebut akan menjadi gelap sedikit
dari kebiasaannya. Sekiranya kita meletakkan undercoat dengan warna kelabu dan puith sebagai
underground coat maka ton warna latar belakang putih itu tadi akan menjadi cerah.

Biasanya underground coat tidak mempunyai gloss iaitu tidak berkilau selepas kita sembrkan pada
sesuatu permukaan, pearl pula adalah cat yang pada asalnya adalah clear tetapi dicampur dengan
ton warna dan mempunyai sifat gloss. Clear pula seperti yang kita sudah maklum ianya transparent
dan mempunyai gloss untuk kerja finishing.

Ok, untuk sebuah kereta kancil ia memerlukan undercoat 1½ Liter, underground coat 2½ Liter yang
mana pearl 1½ Liter dan clear 1½ set. Dan untuk kereta saga undercoat 2 Liter, underground coat 3½
Liter, pearl 2 Liter dan clear 2 set.

Annassul Firdaus bin Rapaiee19 Julai 2013 1:16 PG

Apa jenis cat yang terbaik untuk pearl?

19 ‫ ابڠ اسريمن‬Julai 2013 4:35 PG

Bekaitan dengan cat pearl ni, kebanyakannya jenis bancuh dan cmapur dikedai yang menjual cat
untuk kereta. Kebiasaannya mereka akan menggunakan cat version 2K dan bukan cat biasa yang kita
gunakan seperti 1k dan lainnya.

2K ialah cat satu jenis epoxy cat yang terdiri daripada asas campur pemangkin untuk memulakan
tindak balas kimia yang cat keperluan dalam campurannya.

Ini tidak seperti cat biasa bahawa udara kering dan tidak memerlukan pemangkin.

Dan disebabkan itu cat 2K cepat proses kering berbanding 1K, tak semua pembacuh cat
menggunakan 2K yang sama quality dan jenisnya.

sherry sweet19 Julai 2013 9:19 PG

terbaik… nanti nak suh hubby wat sendiri cat kereta…ade 2 kereta dlm cntik luar buruk… huk huk…
nak anta kedai…mahal….. thanks for sharing……

19 ‫ ابڠ اسريمن‬Julai 2013 8:46 PTG

Saya berharap setiap informasi dan pengalaman yang saya kongsikan dapat menjadi pengetahuan
dan bukan maksudnya kita tak boleh buat sesuatu perkara yang kita tak pernah buat, tetapi kita tidak
tahu bagaimana cara ia dibuat dan terkadang kurang yang pendedahan perkara yang mendatangkan
keuntungan kepada sesetengah pihak.

Keyakinan perlu ada dalam diri untuk menjadi seorang yang mampu melakukan apa saja untuk
memperbaiki kelemahan diri dan jangan fikir pada pandangan orang lain, yang penting fikir apa yang
kita mampu untuk merubah pendirian dan keyakinan kita sendiri.

Terima kasih saudari sherry di atas sokongan dan sekiranya ada sebarang keraguan dan masalah saya
sedia membantu….
kimie19 Julai 2013 11:55 PG

kete saya kete lame. byk permukaan da naik jerawat.. contoh cam kat bonet belakang. skang
terpakse lekat ngan stiker. klu tak masuk air… biase nye camne nak wat klu camtu..?

19 ‫ ابڠ اسريمن‬Julai 2013 9:14 PTG

Ok saya dah pun merangka bagaimana cara merawat body kereta yang mengalami masalah karat
yang bertompok-tompok kecil ni, dan disini oleh kerana saudara kimie dah usulkan jadi saya akan
beri beberapa cara untuk merawatnya.

Pada kebiasaan masalah karat yang bertompok-tompok ni disebabkan oleh gam silikon yang di
letakkan antara tulang dan bawah permukaan yang mengalami punca masalh tersebut. Seperti yang
kita tahu atau tidak silikon ni mempunyai bahan campuran kimia yang mana salah-satu di antaranya
adalah acetic acid, iaitu lebih dikenali sebagai cuka dan kita akan sedia maklum bagaimana kalau kita
letakkan sesuatu logam dalam asid apa akan berlaku.

Disebabkan reaksi diantara bahan kimia dan logam, ini menyebabkan permukaan besi tersebut
menjadi oxide atau lebih dikenali karat.

Sebagai langkah untuk merawat pertama sekali sediakan kertas pasir gred 80 dan gosok bahagian
yang berkarat tersebut sampai nampak dasar permukaan besi tersebut dan pada bahagian yang tidak
mampu dicapai oleh gosokan kertas pasir tadi gunakan berus dawai tembaga untuk membersihkan
kawasan karat yang berlurah sehingga hilang semua kesan karat tersebut 99%, yang mana sekarang
ni hanya tinggal permukaan tin dan besi itu sahaja.

Disini ingin saya peringatkan jangan hanya membuat pada sebelah permukaan sahaja, ada baiknya
gosokkan depan dan belakang permukaan yang ada masalah karat ini kerana kita tidak mahu ia akan
terus merebak pada masa akan datang.

Selalunya selepas saya mengosokkan permukaan tadi sehingga nampak permukaan tin dan sapukan
dengan liquid anti oksida tetapi sekiranya sukar untuk mendapatkan liquid tersebut memadai hanya
menggunakan cat anti oxide.

Dapatkan fiber kompoun yang ada dijual kedai hardware atau kedai menjual spare part kereta dalam
harga RM 25. Simen putty jenis halus yang mempunyai harderner dalam harga RM 15.

Jaring besi atau aluminium yang halus yang biasa digunakan untuk membuat reban ayam atau
sangkar dalam kuantiti tertentu.

Setelah digosok permukaan tadi dan sudah disapu dengan cat, sekarang sekiranya ada lobang yang
kecil ambil jaring tadi dan letakkan dibawah permukaan yang berlobang tadi dengan mengikut
ukuran yang boleh menutupi permukaan yang berlobang tadi,selepas itu bancuhkan fiber kompoun
dan sapukan diatas jaring besi yang diletakkan dibawah permukaan besi tadi sehingga fiber tadi
meliputi semua bahagian jaring besi dan sekaligus menutup lubang tadi.

Kemudian diarkan selama 5 ~ 6 minit fiber tersebut akan kering dan pada permukaan depan kita
akan dapat lihat dari lobang tadi terdapat bekas jaring dan fiber yang kita tampal dibahagian
belakang tadi, sekiranya fibre tadi sudah kering gunakan kertas pasir sekali lagi untuk meratakan
permukaan lubang tadi sekiranya fibre tersebut ada yang terkeluar dari jaring besi yang halus tadi
dan sekarang ni campurkan simen putty dan sapu diatasnya dan dalam masa 1 jam selepas kering
gosokkan ia dengan menggunakan kertas pasir dengan gred 240. Ok, sekarang bila selesai sapukan
cat undercoat dan gunakan kertas pasir gred 1000 untuk menghaluskan permukaan tadi.

Saya berharap sedikit tip dan cara ini dapat membantu masalah yang dialami oleh kereta saudara
kimie dan sekiranya masih ada keraguan insyaallah saya sedia membantu..

Balas

muhamad syahizul izwan23 Julai 2013 8:08 PG

asslmualaikum bang, sy ade kancil lame 660 bang, 1 body tempek sticker carbon. tp skang da boring
n nk btukar warne plak.. body standard bang, cume lowered je. body xbp kemek sgt..sy xtau warne
ape yg ssuai ngan model ni nk bg nmpk gempak yg standard body. blh tlg bg cadangan x bang. n ape
prep yg sy kene buat, n brg2 yg sy kene ade utk successkan job diy ni..

Balas

Balasan

26 ‫ ابڠ اسريمن‬Julai 2013 9:56 PG

Waalaikummusalam, untuk memudahkan warna apa yang menjadi pilihan saya sarankan syahizul
pergi ke kedai bancuh cat kereta dan disitu boleh tengok banyak sampel warna untuk kereta dari cat
metallic, pearl dan crystal. Kereta yang sederhana lebih menyerlah sekiranya menggunakan warna
agak cerah dan mesti matching dengan suasana dalaman iaitu warna kerusi, karpet, dashboard,
dinding pintu dan siling.

Preparation untuk semua barang kena ada tool dan material ialah:

Sand paper gred 80, 240, 360 dan 1000

Thinner biasa 1 gallon 4 L

Under coat 1½ Liter

2K coat 2½ Liter

Clear 1½ set

Span untuk sand paper

Tape kertas

Scrapper

Simen putty ( halus )

Spray gun 1 L

Kompressor angin

Sanding Iron machine ( atau buat sendiri seperti artikel saya yang lalu )

Surat khabar lama untuk membalut ( atau kain )

G3 Compound

Kain polish no.2 ( disc 6″ )

kain wax ( disc 6″ )

Wax jenis liquid untuk cat yang baru sembur

dan sekiranya syahizul dah sediakan semuanya insyaallah kerja akan lebih mudah…. sekiranya masih
ada keraguan insyaallah saya sedia membantu

muhamad syahizul izwan27 Julai 2013 11:24 PG

info jelas bang..tp, kuantiti utk sume brg ni cmne plak?


27 ‫ ابڠ اسريمن‬Julai 2013 11:58 PG

Ok, untuk kuantiti tertakluk kepada cara kerja dan pengalaman:

Sand paper biasa saya hanya gunakan 80 2x, 240 2x, 360 3x, 1000 2x harga sekeping untuk sand
paper yang jenis baik dalam RM 2 sekeping.

Thinner satu tin harga dalam RM 15.

undercoat dalam 2 tin harga satu tin RM 25.

2K cat dalam 3 tin : metalic 1 Liter RM 45 / ½ Liter RM 22.5

Pearl 1 Liter RM 70 / ½ Liter RM 35

Crystal 1 Liter RM 90 / ½ Liter RM 45

kalau menggunakan 1K untuk 3 tin harga 1 Liter RM 25

Clear untuk jenis 3jam harga satu set RM 35

(jenis 3 jam ni hanya elok digunakan untuk kerja touch up)

Clear untuk jenis 8jam harga satu set RM 60

(jenis 8jam ni elok untuk kerja sebiji kereta)

Span khas untuk sand paper harga RM 7

Tape kertas lebih kurang dalam 5 ~ 6 roll satu harga RM 1

Simen putty yang ada hardener jenis kasar harga RM 18

Simen putty yang ada hardener jenis halus harga RM 18

G3 Compound satu dalam harga RM 45

Kain polish no.2 satu RM 15

kain wax satu RM 15

Wax jenis liquid satu botol harga RM 17

Ok jumlahnya syahizal kira sendiri dan ini adalah keperluan asas untuk menyiapkan sebiji kereta,
ianya bergantung dengan jenis cat apa yang digunakan dan ia bergantung kepada pengalaman…

Balas
mohd yusoff24 Julai 2013 4:47 PTG

slmkum..knpa saya gna spray tin kat bonet fiber jd tompok2 brkilat? saya nak jadikan bonet saya
warna sebam.. cat spray tin jnis apa yg saya perlu gna?

Balas

Balasan

26 ‫ ابڠ اسريمن‬Julai 2013 9:59 PG

Walaikummusallam, adakah fiber tersebut di gosok dengan kertas pasir? dan pastikan selepas
mennutup menggunakan fibre compound dan digosok dengan menggunakan kertas pasir kemudian
gunakan simen halus yang biasanya berwarna kuning berserta harderner yang seperti pack colgate
yang kecil tu.

Kemudian pergi ke kedai cat atau hardware minta tin spray jenis semigloss dan jangan gunakan gloss
paint kerana semigloss akan menjadi sebam dan tidak berkilat.

mohd yusoff31 Julai 2013 4:36 PTG

owh.. patut pun.. saya tgok kt tin cat spray tu dia tulis. gloss. high leuquer.. saya ada tgok dlm mudah.
alat spray cat. brand KUMAS. xprlu guna compressor. ok ka alat tu kalau saya gna utk spray keta saya?
sbb. gna spray tin jd xserata cat tu. mgkn saya xpndai nk wt layer.. �

31 ‫ ابڠ اسريمن‬Julai 2013 4:59 PTG


Ok, memang betul saudara setiap tin yang ada label gloss ia dah ada campuran clear padanya dan
tidak pada cat 2k yang dicampur dikedai, ia tidak mempunyai campuran clear dan hanya dalam
semigloss iaitu sebam.

Kumas untuk kerja mengecat kereta pun boleh dan pastikan campuran mengikut sukatan yang
tertulis pada instruction pada buku panduannya bagaimana hendak spray menggunakannya.

Semua jenis spray gun, sekiranya kelikatan tidak cair seperti air maka payah untuk cat tersebut keluar
dari nozzle gun dan lagi pun keluaran cat semburan tadi tidak akan serata dan kemas kerana ada
tompokkan kecil dan sekiranya cat tadi dibancuh dengan elok dan tidak terlalu likat dan ia seperti air
maka cantiklah permukaan tempat semburan.Oleh kerana semburan memerlukan timing haynan
spray gun jangan menspray kawasan yang sama dua kali dalam satu masa kerana ia akan
menyebabkan tidak sama tebal dan menyebabkan ia meleleh.

hayunan mesti bermula dengan spray keudara dahulu untuk membuang cat kering pada hujung
nozzle kemudian terus hayunkan ke permukaan body kereta dan apabila sampai kehujung sebelah
kiri angkat spray tadi dan lepaskan trigger gun dan kemudian hayun semula kekanan dengan
menekan trgger gun sebelum sampai ke permukaan, untuk lapisan kedua ia terletak pada bawah
lapisan pertama tetapi ada over lap dalam 1 atau 2 inci dari lapisan pertama tadi dan habiskan
hayunan sampai kekanan dengan mengangkat spray gun dan lepaskan trigger gun. dan begitulah
seterusnya…

mohd yusoff1 Ogos 2013 12:44 PTG

saya tgok dlm blog ni, man pun ada jual spray KUMAS tu. kalau stok ada lg bolehkah saya p rmh man
pada hari rabu seblm raya atau raya ke4. sbb saya nk p kulim. boleh la lgsung ke kuala ketil rmh Man
utk ambil produk tu..

1 ‫ ابڠ اسريمن‬Ogos 2013 1:06 PTG

Buat masa ni stok telah baru habis pada minggu lepas dan insyaallah saya akan order pula mungkin
selepas raya nanti, dan sekira masih berminat lepas raya insyaallah. Saya gembira kerana saudara
yusoff nak datang kerumah saya tapi hari raya tahun ni saya balik kat rumah mertua… selamat
berpuasa dan selamat menyambut hari raya.. �
mohd yusoff1 Ogos 2013 3:56 PTG

oklah klau cmtu.. raya ke5 saya dah nk blek KL, jd.. Man order stock Kumas tu. awal september saya
cuti & blek penang. saya p ambil spray tu kt rumah Man. selamat berpuasa… asalamualaikum..

1 ‫ ابڠ اسريمن‬Ogos 2013 4:02 PTG

tidak menjadi masalah saya akan simpan satu untuk yusoff, jangan risau baru2 ni semua stok habis
kerana kawan2 yang membuat cat untuk motosikal dah ambil awal2 lagi dan insyaalah kalau balik htr
email atau send sms kat nombor ni 0124486469 sekianya yusoff ada di area saya…
waalaikummusallam…

Balas

reef ripcurl31 Julai 2013 12:45 PTG

salam..saya nak tanya nak mengecat bumbung kereta sahaja..bumbung telah di simen kerana pasang
sunroof..so apakah barang yg di perlukan untuk spray bumbung tersebut..kereta jenis kenari..terima
kasih dan selamat berpuasa

Balas

Balasan

31 ‫ ابڠ اسريمن‬Julai 2013 4:23 PTG


Waalaikummusallam, dan selamat berpuasa. Ok, selesai memasang sunroof sebaiknya bahagian yang
yang dipotong hendaklah disapukan fiber compound dahulu kemudian baru sapukan simen halus,
sebelum kerja mengecat hendaklah mengosok permukaan bumbung dengan kertas pasir gred 340
keliling dan gunakan tape untuk menutup keliling dengan menggunakan kertas atau kain. se eloknya
bahagian yang dipootong jangan di cuci dengan air untuk membuang habuk dan sebaliknya cuci
dengan menggunakan petrol, ini kerana setiap permukaan tin atau bahagian yang terdedah mudah
menjadi karat kerana tiada lapisan anti oxide pada tin tersebut.

kemudian selepas mencuci habuk tadi dengan menggunakan petrol dan sapukan dengan kain anti
static yang ada dijual dikedai cat baru di spray dengan undercoat dalam ½ Liter dan selepas 30 minit
ianya kering baru masukkan cat warna sama ada jenis 2K atau 1 K hanya dalam tak sampai 1 Liter
untuk kawasan bumbung. dan seeloknya gunakan clear jenis 3 jam untuk finishing supaya permukaan
cepat kering dan mudah kerana clear jenis ni elok untuk kerja yang sedikit dan berkaitan untuk touch
up sahaja. sekiranya masih ada keraguan insyaallah saya sedia membantu.

reef ripcurl31 Julai 2013 4:35 PTG

simen sudah dalam 2 hari..kalau gosok lap guna air atau petrol?

1. gosok bumbung setelah gred 340 kena gosok pkai gred 1000 ke

2. undercoat,2k dan clear semua campur thinner ke

terima kasih sbb membantu..boleh saya tahu bos tinggal mana

31 ‫ ابڠ اسريمن‬Julai 2013 4:43 PTG

sekiranya tiada permukaan yang terdedah dengan permukaan tin, iaitu semua kawasan permukaan
masih ada lapisan cat dan simen tak mengapa kalau menggunakan air untuk kerja mencuci, cuma
jangan gunakan sekiranya ada sesetengah bahagian kawasan yang tampak permukaan tin dan guna
petrol untuk mencuci.

Setelah digosok dengan gred 340 tak perlu menggunakan 1000 selepas nya kerana, kalau hendak
mengunakan gred 1000 biar lepas menyembur undercoat 2 ~ 3 lapisan barulah gunakan 1000 untuk
mendapatkan permukaan yang lebih cantik dan kemas dan sekiranya undercaot cuma sekali
memadai mengelap dengan kain anti static untuk membersihkan permukaan yang berhabuk sebelum
memasukkan lapisan cat warna.

hanya undercoat dan 2K sahaja yang di campur menggunakan thinner dan jangan gunakan thinner
pada clear kerana semua clear didatangkan dengan hardener nya sendiri, lagipun sekiranya terlalu
banyak thinner pada clear ia akan mencacatkan lapisan clear tersebut iaitu tidak menjadi berkilau
sebaliknya akan tampak sebam.

saya sekarang ni menetap di kedah…

reef ripcurl31 Julai 2013 4:51 PTG

terima kasih tuan..:)

31 ‫ ابڠ اسريمن‬Julai 2013 5:01 PTG

Sama2 dan sekiranya masih ada keraguan insyaallah saya sedia membantu… �

Balas

Mohamad Faiz1 Ogos 2013 9:06 PG

salam tuan admin….saya bercadang juga nk DIY kereta ni….saya mempunyai kereta iswara
sedan….agak2 berapa liter yg perlu di gunakan? bab pemilihan colur tu…sy cdg nk sembur colour
FLAT BLACK(Hitam mati)…erm..undercoat,underground coat perlu jgak kew?.bole tak abg senaraikn
brng2 cat yg perlu saya bli dan cara nk bancuh cat hitam mati ni? tq…

Balas

Balasan
1 ‫ ابڠ اسريمن‬Ogos 2013 12:15 PTG

Waalaikummusallam, untuk jenis iswara sedan ni hanya 3½ Liter untuk cat luar dan dalam dan ia juga
bergantung kepada cara bagaimana saudara Faiz menyembur cat dan membancuhnya.

Saya cadangkan saudara hanya perlu menggunakan cat jenis 1K jenis semigloss black yang ada dijual
terus dalam tin 1 Liter dan memerlukan dalam 3 ~ 4 tin. Satu tin lebih kurang harga dalam RM 25
sahaja.

Untuk thinner beli jenis yang elok iaitu dalam satu gallon tin yang ada 4 Liter dalam harga RM 25, dan
jangan beli thinner yang ada dalam botol kerana terkadang ia bercampur dengan air dan tidak elok
untuk kerja membancuh cat dan kalau nak beli pun boleh guna untuk kerja mencuci peralatan sahaja.

Sekiranya kereta tidak mempunyai calar atau bekas disimen tak mengapa kalau tidak menggunakan
undercoat kerana cat warna hitam mempunyai ton yang gelap dan tidak akan ada latar belakang
sekiranya selepas kerja mengecat.

kalau sebelum kerja mengecat ni elok gosokkan dengan kertas pasir gred 1000 supaya cat yang akan
disembur nanti tidak akan mudah terkopek dari permukaan asal dan ianya akan mempunyai jalinan
yang kuat diantara permukaan cat lama dan cat yang baru.

sebolehnya selepas kerja mengosok basuh dengan menggunakan air sabun seperti sabun cuci supaya
kotoran keluar dan biarkan kering semalaman dan semasa hendak proses mengecat bunkuskan
bahagian yang tidak mahu dicat seperti cermin, tayar, lamupu dan lain2. selepas tu sembur dengan
petrol kepada semua permukaan kereta sebelum kerja mengecat dan sekarang ni guna kain anti
statik untuk membersihkan permukaan dan jangan sentuh dengan tangan kerana terkadang tangan
kita ni mempunyai habuk kotoran dan juga berminyak.

bancuh cat hitam semigloss tadi dengan nisbah 3 dan thinner 1 iaitu 3:1 dan pastikan cat yang
dibancuh tidak terlalu likat dan pastikan titisan semasa mencampur cat tadi tu ia menitis seperti air.

semasa kerja mengecat buat lapisan pertama pada permukaan dan jangan ulang terlalu cepat
biarkan dahulu dalam 5 minit dan teruskan pada bahagian yang lain dahulu selepas semua selesai
baru bermula balik pada lapisan kedua.

Pastikan mengecat bermula dari atas baru turun kebawah, dan ini bukan satu kemestian tetapi ianya
bergantung kepada pengalaman dan cara kerja saudara sendiri akan tahu nanti. Sekiranya masih ada
keraguan insyaallah saya sedia membantu… �

Mohamad Faiz1 Ogos 2013 2:49 PTG


trima kasih…mksd abg seblm nk cat kene sembur petrol 1 body dlu ke,? guna gun? lg 1….ada tip x
cara nk bancuh simen…sbb body kete ni ade yg x rata..brg ape yg prlu bli lg…simen klu x silp ade yg
merah n kuning? mna yg terbaik?.klu sy guna gun electric…adakah ratio bancuh cat itu sama dgn ape
yg abg terangkn pd sy td… 3:1…ke nk ikut dlm buku panduan yg di beri…tq

1 ‫ ابڠ اسريمن‬Ogos 2013 3:01 PTG

Sama2, ye faiz kena sembur 1 body kereta kerana sebab untuk membersihkan permukaan dan sebab
lain ia juga bertindak sebagai pemangkin permukaan cat lama dengan jalinan lapisan cat yang baru
disembur.

kena guna gun untuk menyembur petrol tersebut, sekiranya hanya untuk membaiki permukaan yang
calar dan kemek sedikit hanya guna simen halus yang berwarna kuning.

jenis apa pun spray gun digunakan, ratio campuran tetap sama 3:1 dan cara memastikan kelikatan cat
ialah campur dan uji dulu sama ada semburan lancar atau tidak dan sekiranya berlaku tompokan
kecil dan seolah seperti cat keluar tersumbat ini menunjukkan kelikatan terlalu tebal dan kurang
campuran thinner, dan sekiranya terlalu lebih thinner semburan permukaan tadi akan menyebabkan
cat tadi menjadi terlalu nipis dan mudah meleleh.

Tidak semua jenis bahan cat adalah sama, jadi gunakan deria melihat, sama ada campuran tadi likat
atau tidak.sekiranya masih ada keraguan insyaallah saya sedia membantu…

Mohamad Faiz1 Ogos 2013 3:42 PTG

ok….terima kasih sekali lgi…kerana sudi meluangkn masa dn pndpt….insyallah …harap2 projek ni
mnjd…

1 ‫ ابڠ اسريمن‬Ogos 2013 3:45 PTG

Insyaallah…hope ur dream become true, dan selamat berpuasa dan selamat menyambut hari raya
aidilfitri..
Balas

Doyes Eng1 Ogos 2013 5:04 PTG

assalamu’alaikum..

abang tak buat class membaik pulih body dan cat kereta ke? yuran? dapat belajar hari minggu pun
takpe.

Balas

Balasan

1 ‫ ابڠ اسريمن‬Ogos 2013 5:15 PTG

Waalaikummusallam, terima kasih � tetapi saya ni tak ada bakat bak jadi seorang pengajar.
walaupun pada tahun 1998 saya pernah di tawarkan untuk menjadi tenaga pengajar di ILP Labuan ini
kerana bukan tak berminat tetapi saya kurang yakin untuk menjadi tenaga pengajar.
Walaubagaimana pun saya gembira dapat berkongsi pengetahuan dan pengalaman kepada sesiapa
yang dahagakan pengetahuan… insyaallah saya akan buat tang terbaik buat semua � selamat
berpuasa dan selamat menyambut hari raya �

Balas
Doyes Eng1 Ogos 2013 5:08 PTG

saya pernah cat kereta mak saya dan ayah saya kat kampung dulu..hehehehe jadi eksperimen la
kereta depa ..belajar dari youtube je..alhamdulillah setelah 4 kali mencuba akhirnya dapat la result
yg baik..cuma saya nak belajar ketuk body je..tak reti nak guna dolly set tu..tangan ni tak berapa nak
seni kot..boleh ajar ke bang??

Balas

Balasan

1 ‫ ابڠ اسريمن‬Ogos 2013 5:18 PTG

Itu sudah satu prestasi yang terbaik yang pernah saya dengar kerana saudara doyes ada keyakinan,
insyaallah saya akan bantu sekiranya ada sebarang pertanyaan dan keraguan dari saudara dan yang
penting berani mencuba sesuatu perkara yang baru. Barulah ia menjadi pengalaman yang berharga
pada diri kita… sendiri �

Balas

Doyes Eng1 Ogos 2013 5:09 PTG

nak add abg kat facebook leh sembang lagi lah..nyam_nyam012@yahoo.com (kotaro minami)

Balas

Balasan
1 ‫ ابڠ اسريمن‬Ogos 2013 5:21 PTG

boleh tak menjadi masalah saudar pergi klik url ni https://www.facebook.com/DIYasrimanblogspot?


ref=hl

dan saudara akan sentiasa update dengan perkembangan terkini dari laman saya, buat masa ni saya
tengah menghabiskan satu jilid ebook berkaitan dengan kereta dan mempunyai banyak bab
termasuk kerja membaiki body insyaallah akan keluar tidak lama lagi…

Balas

ann mas4 Ogos 2013 7:51 PTG

Hi Iman,

Saya Ann sangat berbesar hati sekiranya iman dpt membantu dn berkongsi pengetahuan..saya
mempunyai bengkel kenderaan yang baru-baru ni ingin mencuba mengecat kereta sendiri je..

Pertanyaan;

1. Kenapa cat menjadi kedut bila disemburkan pada badan kenderaan?

2. Kenapa cat 1k tidak nampak berapa kilat?

3. Kenapa cat 2k apabila disembur dengan cclear juga nampak sebam walaupun tiada campuran
thinner kedalam clear?

4. Kenapa cat yang disembur terdapat banyak habuk walaupun telah dibersihkan sebelum mengecat?

Sangat berterima kasih sekiranya abang dapat membantu..

Balas

Balasan
5 ‫ ابڠ اسريمن‬Ogos 2013 4:44 PG

1. kenapa cat menjadi kedut atau dalam erti kata ianya seperti kulit yang mengelupas, ini disebabkan
permukaan yang dicat terdapat bekas seperti habuk dan minyak atau lapisan yang lama terlalu nipis
selepas kerja mengosok atau simen yang disapu dan digosok terlalu nipis.Apabila permukaan cat
yang lama atau simen tadi terlalu nipis ini menyebabkan kekuatan thinner yang sebagai penjalin
diantara cat lama dan cat baru telah menarik permukaan cat lama yang nipis sehingga terjadi lapisan
yang berkedut. Ianya juga akan berlaku sekiranya cat yang lama mengalami pengelupasan tetapi
tidak dibuang habis dan ditouch up dengan menggunakan simen ini juga akan mengundang
terjadinya kulit yang berkedut pada permukaan cat baru, sekiranya terdapat permukaan cat lama
yang merekah atau mengelupas pastikan gosok tepi bibir cat yang lama tadi supaya tidak terdapat
lapisan tadi terangkat dan sekiranya lapisan tadi sudah berada didalam keadaan tidak nampak seperti
nak mengelupas, sapukan simen halus dan gosok seperti biasa.Dan ada juga kes ini berkaitan dengan
penggunaan thinner terlalu lebih dari nisbah yang sepatutnya.

2. Cat 1k tidak berkilat disebabkan kerana penggunaan thinner lerlalu banyak sehingga mematikan
gloss yang ada pada cat itu sendiri, dan terkadang tidak semua campuran pembuatan cat adalah
sama dan gunakan clear 1K sebagai lapisan finishing dan kalau boleh selepas diantara 8jam selepas
kerja mengecat selesai dan permukaan kering elok mulakan kerja memotong clear dengan polishing
dan ini akan mengembalikan kilauannya.

3. Jenis clear terbahagi kepada dua iaitu jenis touch up dan jenis untuk sebuah kereta, clear touch up
boleh kering sepenuhnya dalam masa 3 jam dan clear untuk sebuah kereta kering sepenuhnya dalam
masa 8 jam jenis yang elok ialah jenis yang mahal. clear juga akan menjadi sebam sekiranya jarak
semburan terlalu jauh dari permukaan dan ia akan jadi terlalu nipis. Selalunya berlaku pada clear
finishing mengalami masalah ini, ia juga harus melalui proses memotong clear dan polishing untuk
membangkitkan kilauan.

4.tempat kerja sekiranya mengecat tempat yang risiko habuknya agak banyak, semburkan dengan air
supaya habuk tidak berterbangan dan yang terbaik sekali sekiranya kita mengecat ditempat yang
tertutup pastikan ada ekzos fan yang boleh menarik habuk partikal cat dan juga habuk yang mungkin
datang dari bekas habuk simen atau habuk yang terdapat pada celah lubang dan juga kemungkinan
ianya datang dari kertas dan juga kain yang digunakan untuk kerja membalut. pastikan paip angin
tidak kotor berhabuk, baju, tangan kita juga harus sentiasa berada dalam keadaan bersih.

sekiranya masih ragu boleh bertanya lagi….

Adinorul Adi5 Ogos 2013 7:15 PTG


assalam bang…saya ada 1 biji wira..dah siap masuk full body kit…sekarang ni masuk part mengecat
pulak…dah banyak kedai spray kereta saya masuk nak curi tgk macam mana nak spray kereta…so saya
pun start simen mana body yg kemik dan gosok macam biasa la..masalah nya…saya cat colour asal…x
pakai undercoat…masuk part finishing out terus…kereta x nak berkilat…dah spray clear cat jadi
kusam x berkilat…apa sebab bang…1 lagi masa finishing…polish dulu atau wax dulu…

5 ‫ ابڠ اسريمن‬Ogos 2013 8:06 PTG

Waalaikummusallam, boleh saya tahu clear yang digunakan adalah jenis clear 3 jam atau 8 jam?
kalau kita dapat perhatikan betul2 kereta baru pun ada mempunyai water mark, selepas kerja
finishing seelok2nya di polish dahulu dengan g3 compound untuk jenis cat yang cerah dan berbeza
bagi cat yang gelap terdapat juga g3 yang khas untuk cat yang berwarna gelap. Ada satu lagi
compound yang digunakan untuk kerja polish yang bila kita guna ianya tidak perlu diwax dah kerana
ia adalah campuran yang siap dengan bahan untuk polish dan wax dan akan mendapat kesan yang
lebih halus tetapi cara kerjanya tidak sama dengan menggunakan g3 compound. dan untuk wax
gunakan jenis liquid yang berada dalam botol yang khas untuk jenis penjagaan cat baru, wax pun ada
banyak jenis baca label penggunaa sebelum beli dan gunakan wax yang betul.

Adinorul Adi5 Ogos 2013 11:24 PTG

saya guna clear 8 jam…tapi masa bancuh clear n harderner saya ada campur thinner 10 %…saya guna
jenama evercoat..penat der…kereta dah siap tapi x berkilat…

6 ‫ ابڠ اسريمن‬Ogos 2013 7:08 PTG

Selesaikan dengan menggunakan mengosok permukaan dengan kertas pasir gred 2000 dengan
menggunakan air, kemudian sapukan g3 compound pada kain polish dan polish menggunakan mesin
polish. g3 compound harus dipolish dalam keadaan lembab jadi jangan biarkan ia kering dengan
menyemburkan percikan iar pada kain polish atau pada permukaan yang dah disapu dengan g3.
Proses ini bukan seperti penggunaan wax yang sering kita biasa lihat orang selepas meletakkan wax
akan dijemur kemudian baru digosok dan proses ini tidak sama seperti proses wax kereta kerana
proses ini ialah memotong permukaan clear dan mengilap permukaan clear tadi seperti baru dan
membangkitkan kilauan clear itu sendiri…

Balas

Adinorul Adi5 Ogos 2013 7:16 PTG

boleh bagi nombor ttelefon abg…senang nak bertanya

Balas

Balasan

5 ‫ ابڠ اسريمن‬Ogos 2013 8:08 PTG

di atas dasasr privasi saudara adirol, sila hantar email ke alamat email saya atau pergi ke
facebook/diyasriman dan lihat note yang saya tinggalkan supaya saya boleh memberi nombor
kepada saudara…

Balas

mohd faizal6 Ogos 2013 12:06 PTG


Salam.Abg boleh terang kan dengan detail tak cara2 nak spray kereta dari A sampai Z.lagi 1 lepas
undercoat nak kene gosok tak untuk spray colur.

Balas

Balasan

6 ‫ ابڠ اسريمن‬Ogos 2013 6:48 PTG

Waalaikummusallam, kerja mengecat ni bergantung kepada jenis kenderaan, tempat dan cara kerja.

1.kereta yang hanya mahu dicat luar body sahaja, tanpa mengalami masalah lainnya.

2.kereta yang hendak dicat luar dan dalam tanpa mengalami masalah lainnya.

3.kereta yang hendak dicat luar tetapi mengalami masalah kemek, ada kawasan karat dan
memerlukan kerja menyimen dan membuang karat.

4. kereta yang hendak dicat luar dan dalam dan banyak memerlukan kerja restoration iaitu berkaitan
dengan body yang teruk, seperti kemek, lantai yang berlobang, pintu yang berlubang akibat karat
dan body atas dan bawah mengalami tin yang berkarat yang perlu dipotong dan diganti dengan tin
yang baru, kermudian kerja menyapu cat anti oxide serta undercoat dan kemudian kerja menyimen
untuk mengembalikan bentuk asal.

5.kereta yang accident yang hendak dicat, memerlukan pemerhatian bagaimana hendak
mengembalikan bentuk asal iaitu bermula dari kerja menarik balik tulang yang bengkok, permukaan
yang kemek, kemungkinan setengahnya perlu dirukar dan sekiranya terlalu teruk perlu ditukar
dengan tin atau part yang baru, ianya perlu membuka semua bahagian bukan dengan memotong
tetapi dengan membuang welding pada bahagian spot weld untuk mengasingkan part yang teruk.

6.kereta yang hendak dicat disebabkan kerja penambahan aksesori pada body kereta yang
kemungkinan perlu kerja menyimen untuk menghilangkan bekas ribet dan juga bekas sambungan.

Banyak jenis kerja yang berkait rapat dengan kerja mengecat ni sebab tu saya lebih suka para
pembaca bertanyapada bahagian mana yang tidak faham supaya saya boleh ceritakan satu persatu
dan berkenaan dengan kerja mengecat dari A sampai Z secara ringkas mungkin saya boleh terangkan
tetapi ianya bergantung kepada jenis cara kerja seperti yang saya maksudkan di atas.

Saya ambil contoh sebuah kereta yang tiada masalah, kereta tersebut hanya mengalami warna yang
sudah pudar dan status body semuanya masih elok tiada karat dan jenis cat asal adalah 2K warna
merah ( Solid ). kerja pertama yang akan saya lakukan ialah menggunakan kertas pasir gred 800 dan
menggunakan air, saya akan mengosok semua permukaan yang hendak dicat, kerja seterusnya yang
akan saya lakukan ialah membasuh body kereta tersebut dari luar sampai dalam dengan memastikan
tiada bekas habuk dan juga kesan tar pada body bahagian bawah, serta pastikan tiada bekas gam
tape atau stiker lama pada body kerana ia boleh mencacatkan lapisan cat yang akan disembur.
Semasa proses mencuci saya menggunakan air sabun cuci supaya kotoran keluar tak kira jenis apa
janji ianya kuat untuk memberi kotoran yang degil dan senta menggunakan kain dan span, untuk
bahagian bawah gunakan berus.

setelah selesai kerja mencuci tadi saya akan biarkan kereta itu kering mungkin semalaman, kemudian
kerja membuka dan membalut bahagian yang saya tidak mahu terkena dengan lapisan cat yang baru.
contohnya cermin, lampu, stiker logo, dan sebagainya akan dibalut dan plat nombor akan dibuka
serta terkadang spot light, penahan air pada bahagian chamber tayar, wiper, ariel dan sebagainya
yang boleh menganggu kerja mengecat. dan dalam sesetengah kes cermin tepi terpaksa dibuka
supaya mudah kerja mengecat.

Setelah selesai kerja membalut dam membuka, pasti disini terdapat bekas tempat yang dibuka tadi
terdapat habuk dan kekotoran maka ia harus dicuci menggunakan kain. dan saya akan menggunakan
gun cleaner untuk menyembur angin pada semua bahagian,

6 ‫ ابڠ اسريمن‬Ogos 2013 6:49 PTG

supaya habuk dan kotoran yang tertinggal akan keluar dan juga untuk memastikan kawasan yang
dibalut dengan menggunakan tape kertas tadi tidak terangkat, disebabkan gam yang tidak kuat. Perlu
diingat beli tape kertas dari kedai hardware dan jangan beli dari kedai market atau shopping
komplek, kerana jenis tape kertas yang mereka jual terkadang tidak melekat dengan elok ini kerana
kualiti yang murah dan jarang orang membeli jadi kemungkinan ia adalah tape yang sudah tamat
tempoh dan bila digunakan akan meninggalkan kesan dan bekas pada tempat yang kita letakkan tape
tadi pada permukaan kereta dan sering saya lihat setelah sesebuah kereta selesai dicat masih
terdapat kesan gam pad bingkai cermin, pintu dan juga bahagian getah yang berwarna hitam akan
nampak jelas.

setelah semuanya selesai, saya akan beralih kepada proses mencampur cat yang baru iaitu dengan
campuran sebanyak 3:1 dari thinner, saya lebih minat menggunakan thinner jenis 2k slow thinner
walaupun mahal sedikit dari thinner biasa tetapi jalinan yang terhasil dari kerja semburan akan
memberi kepuasan walaupun ia lambat kering berbanding thinner biasa. dan banyak thinner biasa
yang saya beli banyak digunakan untuk menguji campuran dan selebihnya untuk digunakan semasa
kerja mencuci botol spray dan juga spray gun semasa penukaran dari jenis cat ke satu cat yang tidak
sama jenis.

Semasa proses mengecat saya akan pastikan kawasan lantai tidak berhabuk, kerana sekiranya
berhabuk ia akan mendatangkan masalah kerana habuk tadi akan berterbangan dan seeloknya
semburkan dengan percikan air dan supaya ia lembab. berbeza dengan mengecat ditempat yang
terbuka hanya pastikan angin tidak terlalu kuat yang boleh membawa partikal cat sebelum sampai ke
permukaan dan juga pastikan berbumbung walaupun tidak berdinding dan pastikan juga bahagian
lantai kawasan tidak berhabuk.

sekiranya mengecat di tempat yang tertutup, pastikan memasang ekzos fan supaya boleh menarik
keluar semua partikal cat dan habuk semasa proses mengecat.
proses mengecat undercoat, sebelum menyembur cat ke permukaan yang hendak dicat, seeloknya
semburkan dari luar supaya bekas cat yang kering pada nozzle tadi keluar dahulu dan dalam keadaan
masih menekan trigger gun terus halakan nozzle tadi ke permukaan dengan jarak lebih kurang dalam
satu kaki untuk penggunaan cat dalam kuantiti yang banyak dan juga tekanan angin yang tinggi, dan
juga bergantung kepada lebar keluaran semburan cat dari nozzle dan sekiranya menggunakan
kuantiti yang sedikit dan tekanan angin yang rendah jarak terbaik ialah hampir setengah kaki dari
permukaan dan cara hayunan pun tidak terlalu cepat dan tidak terlalu lambat diantara semburan
pertama dan kedua, pastikan semburan pertama dan semburan kedua mempunyai overlap diantara
satu sama lain lebih kurang dalam satu inci.

mulakan mengecat dari atas ke bawah, contohnya dari bumbung, boot enjin, bonet belakang
kemudian dari fender depan terus kepintu dan terus ke belakang.

cara mengecat permukaan ialah bermua daritepi iaitu semburkan pada bahagian tepi seolah
menyembur mengikut bingkai dan baru diteruskan ke bahagian tengah, jangan mengulang lapisan
kedua terlalu cepat biarkan dulu lapisan pertama tadi dalam beberapa minit baru mulakan dengan
lapisan kedua atau ketiga untuk cat yang sama.

selepas kerja mengecat undercoat, dan pastikan ia kering dengan boleh menyentuh permukaan cat
tadi untuk memastikan ia betul2 kering dan gunakan kain anti static untuk mengelap semua
permukaan yang berhabuk dan gunakan gun air cleaner untuk mengeluarkan habuk cat dari rongga
dan lubang untuk memastikan keadaan benar2 bersih.

6 ‫ ابڠ اسريمن‬Ogos 2013 6:50 PTG

Untuk memulakan proses memasukkan cat warna, pastikan lantai masih berada dalam keadaan
bersih dan juga pastikan hose paip angin sentiasa bersih dan juga lengan dan baju supaya habuk yang
berada pada diri kita tidak akan menyingah kepada permukaan lapisan yang baru nanti. bancuh cat
dan uji, kemudian mulakan semburan dari atas sampai kebawah dan proses ini sama seperti proses
mengecat undercoat tadi cuma sekarang kita memasukkan cat warna, sama ada jenis 2k, 1k atau cat
biasa. untuk kerja menyembur cat, setiap memulakan penyemburan pastikan nozzle sentiasa bersih
dan lubang untuk melaras lebaran cat tidak tersumbat ini kerana sekiranya ianya tersumbat boleh
mencacatkan semburan tadi dan salah satu bahagian akan menjadi tebal. begitu juga posisi nozzle
harus 90 degree dan bukan 60 atau 30 degree dari permukaan, dan cara lain2 nya bergantung
kepada pengalaman dan cara kerja anda. setelah selesai kerja mengecat cat warna, sekarang
semburkan angin menggunakan gun air cleaner dan juga gunakan kain antistatic yang baru dan
sapukan pada permukaan supaya tiada kesan habuk dan juga partikal cat yang kering diudara dan
jatuh di atas permukaan cat tadi kalau tidak dibuang ia boleh mencacatkan lapidan clear yang akan
disembur nanti.

Setelah selesai memastikan tiada habuk dan partikal cat yang kering pada permukaan cat tadi dan cat
pun dah kering sekarang bancuh clear dengan hardener dan seeloknya gunakan clear 8 jam untuk
kerja finishing sebuah kereta kerana ia akan mengambil masa yang lama sedikit untuk kering dan
hasil yang terbaik. untuk kerja menyembur prosesnya sama seperti yang tadi iaitu mulakan dari
bahagian atas dan berakhir di bahagian bawah. setelah selesai kerja menyembur clear dan dalam
masa hampir 30 minit maka semua pembalut harus dibuka dengan cermat kerana terkadang
sekiranya tape yang kita lekatkan terkena permukaan yang dicat dan dalam keadaan ini ia boleh
menarik sekali cat yang lain jadi kena berhati2 semasa proses ini, ada sesetengah lebih gemar
membuka balutan selepas cat betul2 kering, tetapi bagi saya ia bergantung kepada cara kerja
masing2.

setelah selesai membuka, dan pada masa ini sekiranya kita mengecat kereta pda tempat yang tidak
ada oven, memadai apabila selesai kita jemurkan kereta tadi seharian dan sekiranya kerja mengecat
pada waktu malam pastikan kawasan mengecat berbumbung dan jemurkan pada keesokan harinya.
Saya hanya mampu menceritakan apa yang menjadi elemen penting dalam kerja mengecat dan
banyak lagi yang menjadi cara kerja nya dan sukar bagi saya untuk menceritakan secara detail dari A
sampai ke Z kerana terlalu banyak aspek yang perlu di ketahui dan seeloknya faizal ikuti sendiri
perkembangan dari laman ini dan berkongsi pendapat dan pengalaman dari pertanyaan dari
sahabat2 dan teman2 yang lain dan sekiranya mempunyai masalah inysaallah saya sedia membantu..

mohd faizal15 Ogos 2013 7:44 PG

terima kasih abg.

Balas

zaki talib6 Ogos 2013 4:15 PTG

salam, abg.. saye ade cat sendiri kereta, warna putih.. tapi nampak warnanye berbelang.. kenapa ye..
terima kasih

Balas

Balasan
6 ‫ ابڠ اسريمن‬Ogos 2013 7:03 PTG

Waalaikummusallam, ini terjadi kerana latar belakang yang kemunginan dulunya gelap dan juga cara
semburan tidak constant iaitu terkadang jauh dan terkadang menjadi dekat dari jarak permukaan, ia
juga boleh disebabkan kerana faktor tekanan angin tidak sekata dan kemungkinan masa semburan
ada bahagian zaki terlalu lambat sehinggakan lapisan menjadi tebal dan juga sekira terlalu laju ia
akan menjadi terlalu nipis, sekiranya mengecat menggunakan tekanan angin yang tinggi dan juga
lebar semburan yang besar ia akan lebih banyak membazir kan cat kerana banyak cat akan kering
diudara berbanding yang menyinggah pada permukaan ytang dicat dan sekiranya lebar semburan
tadi terlalu kecil ia akan menyebabkan cat menjadi terkumpul dan boleh menyebabkan berlakunya
lapisan yang tebal dan terkadang boleh menyebabkan meleleh. untuk ton warna cerah seperti warna
putih terkadang banyak menggunakan cat untuk menghilangkan warna latar belakang berbanding
penggunaan warna gelap untuk lapisan baru, seelokknya selesai menyembur lapisan pertama
pastikan dengan melihat permukaan dari sudut 15 degree supaya kita boleh mengenal pasti bahagian
mana yang kurang dan juga terkadang boleh nampak dari melihat dari sudut 90 degree dari jarak
yang jauh. permukaan cat basah dan kering tidak sama jadi, biasakan diri bagaimana melihat
keadaan cat dalam keadaan yang basah. sekiranya masih mempunyai keraguan insyaallah saya sedia
membantu….

Balas

yus ri15 Ogos 2013 5:56 PTG

salam….bang sya nak tanya.awal permulaan nak gosok dengan kertas pasir cara nya cammana.pastu
kertas pasir apa…boleh guna air tak.

Balas

Balasan
17 ‫ ابڠ اسريمن‬Ogos 2013 12:44 PG

Waalaikummusallam, cara mudah untuk mengosok permukaan ialah menggunakan air dan balutkan
kertas pasir tesebut dengan span dan cara mengosok ialah mengikut arah pusingan jam. Kalau
gunakan air yang ditambah sabun pun ok juga, kertas pasir yang digunakan bersama air boleh diguna
banyak kali dan tidak menjadi habuk yang berterbangan. Tetapi sekiranya menggunakan kertas pasir
saja memang boleh dan ia menyebabkan kertas pasir tersebut tidak akan bertahan lama kerana
habuk akan melekat dengan cepat dan juga habuk kerja akan bertebangan. Kalau nak beli kertas pasir
pastikan beli yang berharga dalam RM 2 atau Rm 1.50 dan jangan beli yang murah kerana ia tidak
tahan digunakan dalam kerja yang basah dan cepat koyak semasa mengosok dan kualiti tidak
bertahan lama.

Balas

Hakim Bin buharanudin Hakim18 Ogos 2013 12:07 PTG

Assalammualaikum…saya hakim dari Kuala kangsar, apa kbar Selama Hari Raya..Maaf Zahir dan
Batin.Sy ada kereta kancil warna Metalik silver,masalahnya..dah berkarat kalau boleh nk buat sendiri
di hadapan bonet lebih kurang besar kacang karat dalam 5 tempat..jadi boleh sy gunakan Cat tin
Spyer dan adakah sy kena mengecat keseluruhan bonet hadapan?apakah jenis jenama cat digunakan
dan mcmana nk buat yer?

Balas

Balasan

19 ‫ ابڠ اسريمن‬Ogos 2013 6:23 PG

Waalaikummusallam, selamat lebaran juga buat saudara hakim. Sekiranya terdapat karat yang spot
atau kecil sahaja, ada baiknya saudara tak perlu mengecat semua. pertama sekali setelah mengesan
dimana tempat yang terdapat karat tersebut, buang permukaan cat sehingga nampak permukaan
karat atau tin body. semasa membuang bahagian karat yang kecil ini bersihkan bahagian karat
tersebut dengan megosok menggunakan kertas pasir atau dengan berus tembaga, pastikan tiada
bekas karat pada permukaan tin tersebut dan juga kalau boleh perhatikan sama pada bahagian
belakang boot enjin tersebut. Iaitu sekiranya terdapat karat bersihkan sekali, sekarang ni keadaan
lapisan cat yang mungkin anda buang tadi mungkin lebih kurang diameternya dari duit 5 cen. Ok,
sekarang gunakan fiber compound untuk menutup lubang atau kesan karat tadi, kemudian setelah
fiber tadi kering gosokkan dengan kertas pasir gred 340 dan bersihkan kawasan tersebut selepas
benar-benar puas keadaan fiber yang di tampong tadi tidak lebih dari lapisan permukaan
sebenar.Maksudnya disini lapisan fiber tadi agak rendah sedikit dari lapisan clear yang asal. Ini kerana
apabila kita nak touch up nanti dengan menggunakan cat, lapisan cat yang disapukan kepada fiber
tadi tidak akan menjadi terlalu tinggi dari permukaan asal. untuk touch up ini menggunakan dua jenis
sahaja iaitu undercoat dan juga base coat. Gunakan berus lukisan yang betul-betul lembut dan
jangan campurkan penggunaan berus tersebut kalau boleh undercoat untuk satu berus dan base
coat untuk satu. Pergi kekedai cat kereta dan saudara hakim kena beli cat tersebut hanya dalam
kuantiti 1/4 liter iaitu dalam RM 15 sahaja. Untuk mendapat warna base coat yang sama, dan
sekiranya metallic asal boleh dapatkan kod warna didalam ruang enjin di dinding belakang ada
tertulis kod warna untuk jenis cat kereta, atau saudara boleh buka penutup belakang iaitu tempat
mengisi minyak dan berikan kepada kedai cat, supaya mereka boleh membancuh cat yang sama
mengikut warna asal kereta. Setelah selesai mendapat cat tersebut pertama sekali cuba sapukan
pada pembaris steel dan perhatikan adakah cat asal dan cat yang baru sama atau tidak dan sekiranya
cat yang baru terlalu tua dari cat asal, campurkan sedikit dengan menggunakan thinner dan sapukan
kembali dan cuba periksa kembali samaada ia sama dengan cat asal atau tidak dan sekiranya tidak
campurkan sedikit demi sedikit thinner untuk memeriksa ketepatan warna cat baru dan cat asal.
settelah mendapat warna yang sama, maka sapukan dengan menggunakan berus pada kawasan yang
tadi dan setelah selesai biarkan ia kering untuk 5 jam dan sekarang ni gunakan G3 Compound
sapukan pada kawasan tersebut dan gunakan mesin polish sekarang kerja G3 compound tadi ialah
bertindak sebagai menambah lapisan clear kepada cat yang baru. Sekarang ni selesai polish semua
kawasan…

Hakim Bin buharanudin Hakim25 Ogos 2013 12:31 PTG

terima kasih..sy akan cuba dan akan buat apa yg tuan terangkan di atas..lg satu dlm bonet tempat
simpan tayar dah byk karatbertompok macam 5sen juga..adakah elok sekiranya sy gunakan ANTI-
RUST hitam seperti bawah kereta?Prosesnya seperti tuan terangkan di atas cuma gunakan ANTI-
RUST.Terima kasih semoga tuan menolong diberikan ganjaran pahala buat kami.Sekian.

25 ‫ ابڠ اسريمن‬Ogos 2013 4:14 PTG


Sama-sama.. kewajipan saya hanya membantu kepada yang memerlukan pertolongan insyaallah
selagi termampu. Ok, berkaitan dengan tempat letak tayar dalam bonet belakang tu, seelok-eloknya
bersihkan dengan mengosok semua tempat yang mempunyai karat sehingga bersih. Selepas itu
untuk lebih selamat lagi, kalau boleh pergi ke kedai pancing dan disana saudara boleh dapatkan kain
fiber yang dijual dalam harga RM 15 sekilo iaitu kalau dibuka kain fiber tersebut lebih kurang dalam 4
x 4 kaki dan juga ia di jual bersama air dalam 1Kg dalam harga RM 12 beserta hardernernya sekali.
hamparkan kain fiber tersebut pada lantai dan kemudian bancuhkan air fiber tadi dengan harderner,
perlu diingat jangan campurkan harderner terlalu banyak kerana ia akan mengambil masa kurang
dari 5 minit untuk menjadi keras. Setelah dituangkan keatas kain fiber tersebut sapukan dengan
menggunakan berus cat sehingga rata semua kawasan. sebelum menghamparkan kain tadi
permukaan perlu digosok sehingga nampak kasar pada permukaan, supaya cengkaman kian fiber
nanti akan bertambah lebih kuat. Setelah dalam masa 15 minit fiber telah mengeras pastikan
ditengah tempat letak tayar tersebut dibuat lubang air kerana sekiranya ada air yang masik akan
senang keluar melalui lubang tersebut. untuk antirust dibawah saudara hakim boleh gunakan anti-
rust jenis keras iaitu kena panas kan dan sapukan pada permukaan bawah dan untuk permukaan atas
hanya sekadar gunakan anti rust yang cair yang boleh disapu dengan menggunakan berus cat. Ini
adalah cara terbaik untuk menjaga lantai dan ia terpulang kepada saudara hakim untuk memilih cara
yang mana dan selamat berjaya… dalam DIY

Balas

Sam Quattro23 Ogos 2013 7:39 PTG

salam…saya sam dr pasir gudang nak bertanya.saya baru lepas touch up bonet ngan pintu kete honda
accord sm4.saya guna spray tin samurai tp suma tu cuma temporary je.kalau saya nak diy spray guna
kompressor next time:

1)perlu ke saya gosok balik part yg saya spray guna tin sampai nampak cat lama sbb takut cat yg baru
x lekat.

2)camne nak bagi simen body rata betul2.

3)ada part body yg dah start reput(byk tempat yg air lalu.camne nak bagi elok balik?

diharap saudara dpt beri penjelasan mengenai problem saya ni.wassalam…

Balas
Balasan

24 ‫ ابڠ اسريمن‬Ogos 2013 1:27 PG

Waalaikummusallam, saudara sam sekiranya menggunakan tin spray untuk mengecat memang boleh
tetapi sekiranya hendak membuat lapisan baru, cat dari spray tin tadi harus digosok dahulu kerana
sekiranya tidak dibuang lapisan tersebut ia akan mendatangkan masalah kepada lapisan cat yang
baru nanti kerana secara teknikalnya thinner yang terdapat dalam campuran cat tin apabila
bercampur dengan lapisan cat yang baru akan menyebabkan cat tersebut akan mengelupas dan
berkedut seperti kulit yang terkena panas iaitu mengelembung dan terkopek. Campuran thinner
dalam tin spray adalah banyak ini kerana kuasa tekanan angin terhad dan mereka harus
menggunakan cat yang perlu banyak ditanbah dengan thinner untuk menjadikan campuran cat
dalam tin itu benar-benar cair supaya boleh melepasi nozzle spray kerana tekanan angin yang terhad.

Tempat yang disembur dengan tin spray tu harus saudara gosok balik kerana kita tidak mahu
mencacatkan lapisan yang baru nanti kerana memang akan berlaku banyak masalah. Seeloknya
gunakan kertas pasir gred 800 untuk kerja mengosok permukaan tersebut, seratakan semua
permukaan bukan hanya pada tempat yang dicat saja kerana kita mahu semua permukaan sama rata
keadaannya.

Sekiranya kerja menyimen tu lebih elok gunakan scrapper atau alat menyapu simen dari jenis plastik
bukan jenis besi, kerana jenis plastik ia boleh dilengkongkan mengikut permukaan yang kita sapu
simen ke permukaan tersebut.

setelah simen tersebut betul-betul kering, gosok dahulu dengan kertas pasir gred 260 atau 340, dan
kemudian sapukan dengan minyak masak. Selepas menyapu dimana permukaan yang tidak nampak
rata lagi akan nampak kerana cara ini saya gunakan untuk memastikan samaada permukaan tersebut
masih tidak rata atau tidak. Kemudian basuh minyak masak tadi dan mulakan kerja mentouch up
simen yang tidak rata tadi dan buat step ini sampai tidak nampak lagi permukaan yang tidak rata.

sekiranya ada body yang reput, elok cuci bahagian itu hingga hilang kesan karatnya dan hanya
terdapat permukaan yang bersih dari masalah tersebut dan tidak semua masalah ini selesai kerana
ada sesetenga kes bahagian tersebut harus dibuang dan diganti atau terkadang harus dipotong
buang. tetapi sekiranya ianya berlaku kepada tempat saliran air dibahagian bumbung, pastikan
mencuci bahagian tersebut sehingga tidak terdapat kesan karat dan juga lebih elok pastikan juga
pada bahagian dalam dengan membuka penutup siling dan perhatikan sekiranya ada bahagian yang
berkarat elok dibersihkan juga, selalunya bahagian yang mudah berkarat ini disebabkan oleh
bahagian tersebut telah dispot weld atau terdapat silicon pada tulang dan bumbung untuk dijadikan
damper dan ia mudah memakan lapisan tin tersebut dan menyebabkan oxide dan berlakunya karat
pada tin kerana punca panas dan embun pada pagi.

kemudian setelah selesai membuang semua kesan karat tersebut gunakan fibre kompound untuk
meratakan kembali dan terakhir sekali selepas mengosok lapisan fibre tersebut dan sapukan dengan
simen jenis halus untuk mengatur permukaan tersebut. dan perlu diingat sekiranya membuang
permukaan yang telah karat, jangan sesekali dicuci menggunakan air kerana tin tersebut telah
terdedah kembali kepada punca yang kita nak elakkan, seeloknya gunakan thinner atau petrol dan
perlu diingat ini kerana bahagian tin tersebut telah hilang lapisan protectionnya dari yang boleh
merosakkan. Ada sesetengah jenis parit ni boleh ditukar dengan sedikit kerja restoration dan juga
memerlukan kemahiran, tetapi sekiranya keadaan tidak berapa teruk tidak lah perlu untuk ditukar
dan tidak semua jenis kenderaan yang boleh ditukar partnya…

Balas

Mohd.Rizlan Shahidan29 Ogos 2013 12:03 PTG

saya berminat nk DIY cat pd Kelisa saya yg berusia 9thn. masih cat Biru Gemilang asal. Antara
persoalan saya ialah

1) Terdapat sedikit kesan kemek(garisan) di pillar blkg pintu. Adakah sekadar simen mencukupi atau
pun perlu repair kemek itu dulu?

2) Bumper dan side mirror adalah material plastik. Adakah perlu di spray sejenis gam dulu sblm di
cat? Di mana blh dpt spray gam itu?

3) Bonet depan yg paling terjejas catnya disebabkan stone chip dan kesan panas enjin. Apakah
maksud cat luar saja? Jika pintu dibuka, akan nmpk cat asal( mcm bnyk teksi) �

Terima kasih

Balas

Balasan

1 ‫ ابڠ اسريمن‬September 2013 8:27 PTG

1. untuk bahagian yang kemek itu rizlan boleh membuka penutup dari dalam dan dengan
menggunakan kayu atau besi untuk menolak kembali permukaan yang kemek tersebut. Perlu diingat
rizlan jangan mengetok kerana ia akan mencacatkan lagi permukaan tersebut, buat seperti mengurut
permukaan tersebut dari dalam. berbanding sekiranya kemek tersebut berlaku dibahagian tulang ia
memerlukan alat untuk menarik semula permukaan tersebut dari luar.Sekiranya hanya sedikit saja,
rizlan boleh menggunakan simen jenis halus dan sapukan sehingga sama rata dengan permukaan
asal.Bagi bahagian yang calar, bolehlah menggunakan simen halus sebagai membaikinya dan pastika
bahagian yang calar itu tidak mengalami pengelupasan lapisan cat, sekiranya ada bahagian yang
mengelupas terlebih dahulu rizlan harus gosok dengan kertas pasir gred 240 sebelum menyapu
dengan simen halus.

*untuk memastikan permukaan tersebut sudah rata atau tidak, rizlan boleh menggunakan minyak
masak. Iaitu, sapu minyak masak ke permukaan yang telah di simen tersebut dan perhatikan dari
sudut tepi dan depan adakah permukaan itu sudah rata seperti asal atau tidak.

2. Untuk bahagian plastik, rizlan harus menggunakan plastic primer yang boleh didapati dikedai cat
sebelum menyembur basecoat kepada bahagian tersebut. Tetapi sebelum itu rizlan harus mengosok
permukaan tersebut dengan menggunakan kertas pasir gred 800 atau 1000 ini kerana untuk
memastikan primer tersebut akan betul-betul melekat ke permukaan plastik tersebut supaya tidak
menjadi cat yang mengelupas.

3. Sekiranya permukaan tersebut seperti yang rizlan maksudkan, maka pertama sekali gosok dengan
menggunakan kertas pasir dan kemudian sapukan dengan simen halus. selepas semuanya di touch
up dengan menggunakan simen halus gunakan kertas pasir gred 340 untuk mengosok semua
permukaan dan semburkan dengan primer coat atau undercoat. Untuk basecoat, rizal boleh
dapatkan cat tersebut di kedai bancuh cat dengan menggunakan code number yang terdapat di
bahagian ruang enjin atau boleh membuka penutup tudung minyak petrol dan bawakan kekedai cat
untuk digunakan sebagai reference membancuh cat yang hampir sama dengan yang asal.Ini kerana
sekiranya kita memberi kod warna dan sedangkan cat kereta sudah pudar sedikit ini akan
mendatangkan masalah untuk menyamakan warna yang baru dengan yang asal.Untuk bahagian
pintu tu boleh digosok dahulu sehingga nampak undercoat dan kemudian gunakan touch up spray
gun dan semburkan kembali basecoat dan clearcoat.

Mohd.Rizlan Shahidan2 September 2013 8:34 PG

TQ atas penerangan yg lengkap. semoga dipermudahkan urusan kita semua

Balas
Chingryuzaki8629 Ogos 2013 8:51 PTG

Bro: saya nak kasi cat kete saya … model iswara, saya nak cat die kaler matte gold… agak2 nye brapa
tin cat and thinner sya perlu lengkap kan utk spray… hihi…

Balas

Balasan

1 ‫ ابڠ اسريمن‬September 2013 8:55 PTG

matte gold adalah 2k base on metalic punya cat dan ia seperti yang saya dah jawab dekat
http://diyasriman.blogspot.com/2013/01/buat-cat-kereta-dengan-cara-sendiri-tak.html?
showComment=1375330548493#c6546272905192916708

thinner boleh guna jenis 2k dan pastikan bancuhan jangan terlalu banyak menggunakan thinner
kerana ia boleh mencacatkan cat dan juga untuk finishing clear tu tak perlu lah dicampur dengan
thinner hanya gunakan hardener yang dah disediakan dalam satu set. Untuk itu juga clear kena guna
jenis 8 jam sekiranya untuk mengecat sebuah kereta.

Balas

toyol_231 Ogos 2013 3:10 PTG

Salam..minta jasa baik abg utk terangkan cara untuk ejas angin n liquid spray gun..utk pngtahuan
abg,saya sudah pun siap cat sebiji kereta..walaupun tidak berapa menjadi saya tetap berpuas hati
dengan hasil tangan saya kerana ini adalah kali pertama saya cat kereta dan saya tidak pernah belajar
mahupun melihat orang mengecat kereta..saya juga ingin meminta tunjuk ajar bagi masalah yang
saya hadapi..
1-cat akan menjadi berdebu seolah2 gun tersumbat apabila spray gun dihalakan kebawah

cth:bonet depan,belakang n bumbung..

2-tempat yang di simen tetap kelihatan walaupun telah digosok arah jam..

3-clear keluar tompokan seperti gula walaupun telah mengikut sukatan di tin iaitu 2:1 cat dan
hardener dan

10ml thiner setiap 100 ml clear..apabila saya menambah thinner kepada 100 ml,hasil lebih
memuaskan walaupun masih ada tompok kecil..utk pngtahuan saya mggunakan brand carmix
2k..mohon nasihat daripada abg..

Balas

Balasan

2 ‫ ابڠ اسريمن‬September 2013 5:55 PTG

1. cat menjadi berdebu dan seakan tersumbat disebakan oleh campuran thinner kurang dan juga
kekuatan angin tidak diadjust dengan betul ini menyebabkan nozzle tidak dapat menyembur cat
dengan lancar.Ia juga mungkin disebabkan oleh nozzle yang tidak bersih dan lubang angin yang
tersumbat.saya lebih mudah memberi penerangan sekiranya saya tahu jenis spray gun yang saudara
gunakan, ini kerana setiap spray gun mempunyai caranya yang tersendiri untuk melaras tekanan
angin, ketebalan keluaran cat, lebar keluaran cat pada nozzle.

2. bekas simen masih nampak, ini kerana undercoat terlalu nipis atau juga ia berkaitan dengan
lapisan basecoat terlalu nipis. Ia juga disebabkan oleh simen masih tidak sama rata dengan
permukaan asal semasa proses mengosok untuk meratakan permukaan simen.Sepatutnya semasa
mengosok simen, pastikan permukaan simen sama rata dengan permukaan asal kerana ia akan
mendatangkan masalah sekiranya simen tersebut digosok dengan cara yang salah. sepatutnya
saudara mengikut ukuran permukaan asal untuk diperiksa permukaan simen kerana kemungkinan
kalau hanya mengosok simen sahaja ini bermakna hanya sekitar simen itu sahaja yang digosok bukan
meratakan simen tetapi ia menjadikan simen tersebut lebih tinggi dari permukaan asal.

3. Sememangnya tidak perlu menggunakan thinner kerana hardener itu sendiri sudah mencukupi,
clear terjadi demikian kerana semasa menukar dari penggunaan basecoat ke clear kalau
menggunakan spray gun yang sama ia kan mendatangkan masalah sekiranya spary gun tadi tidak
dicuci dengan bersih pada nozzle dan botol simpanannya. bekas cat tadi akan keluar bersama
clearcoat dan mendatangkan masalah kepada finishing coat, pastikan angin tidak terlalu kuat kerana
ia akan mencacatkan lapisan tersebut dan juga pastikan angin yang digunakan tidak mengandungi
campuran pertikal air kerana tangki simpanan angin harus sentiasa dibuang airnya kerana ia boleh
mencacatkan lapisan cat, thinner jenis murah juga terdapat campuran air kerana itu hanya membeli
thinner 2k yang terdapat dalan tin dan bukan thinner dalam botol.
Secara kesimpulannya setiap kerja harus memastikan kebersihan pada alat dan campuran pada
bancuhan cat dan jangan gunakan thinner untuk clear kerana clear itu sendiri sudah ada hardener
dan ia memang cair seperti air cuma pastikan spray gun sentiasa bersih dan juga pastikan sebelum
mengecat bersihkan setiap lapisan dengan mengelap menggunakan kain antistatic dan juga
semburkan angin supaya tiada habuk dan debu yang tertinggal dan juga kawasan mengecat
semestinya bersih jangan berdebu dan berhabuk…

Advertisements

Report this ad

Report this ad

SHARE THIS:

TwitterFacebookGoogle

BERKAITAN

Langkah Penjagaan Kereta

Dalam "Penjagaan Kereta"

Bila Anda Pengguna dan Pemilik Kereta KembaraSu

Panduan mengelola dashboard wordpress

This entry was posted in Uncategorized by Serikin'S. Bookmark the permalink.

ARKID

Arkid

ARKID

Arkid

:)