Anda di halaman 1dari 9

SEKOLAH MENENGAH KEBANGSAAN ABDUL SAMAD,

16600 PULAI CHONDONG, KELANTAN

KERTAS KERJA

PROGRAM
KEUSAHAWANAN
PENDIDIKAN KHAS 2018

PADA
FEBRUARI HINGGA NOVEMBER 2018

ANJURAN:
KELAB KEUSAHAWANAN,
PROGRAM PENDIDIKAN KHAS INTEGRASI
SMK ABDUL SAMAD,
16600 PULAI CHONDONG, KELANTAN
KERTAS KERJA
PROGRAM KEUSAHAWANAN
KELAS PENDIDIKAN KHAS BERMASALAH PEMBELAJARAN
SMK ABDUL SAMAD,
16600 PULAI CHONDONG, KELANTAN
PENGENALAN

Selaras dengan Falsafah Pendidikan Kebangsaan bagi melahirkan insan yang


seimbang dari segi intelek, rohani, emosi dan jasmani, kurikulum Pendidikan Khas juga
turut digubal bagi melahirkan murid Pendidikan Khas yang mampu membawa dimensi
baru dalam dunia pendidikan. Menyedari hakikat tentang keperluan pendidikan dan
pembelajaran bagi murid-murid Pendidikan Khas ini, pelbagai program telah disusun
atur sebagai langkah utuk mencapai matlamat di atas.

Penyertaaan murid sama ada secara langsung atau tidak langsung di dalam
atau di luar sekolah merupakan intipati di dalam dunia Pendidikan Khas yang perlu
didedahkan kepada murid. Sehubungan dengan itu, satu projek Keusahawanan telah
dirangka bagi mencapai tujuan di atas. Ia merupakan titik tolak bagi melahirkan murid
yang berupaya berdikari, mempu merancang dan seterusnya dapat mengaplikasikan
kemahiran yang dimuridi di dalam menguruskan kehidupan.
.

PROGRAM KEUSAHAWANAN

Salah satu aktiviti pembelajaran untuk murid-murid Pendidikan Khas adalah


berbentuk program pembelajaran di luar kelas. Ini kerana, murid-murid diberi
pendedahan dan melihat sendiri apa yang berlaku di sekitar mereka. Antara program
luar yang dirancang adalah aktiviti keusahawanan. Ia merupakan satu program
percubaan untuk membantu meningkatkan potensi diri murid-murid dari segi fizikal dan
kognitif.

Program keusahawanan ini merupakan satu medium pendidikan yang


diharapkan dapat memberi murid-murid pelbagai aktiviti di luar bilik darjah.
Memandangkan mereka ini kurang berpotensi dalam bidang akademik, maka satu
pendekatan lain perlu dilaksanakan dalam membantu murid-murid meningkatkan
keyakinan diri dalam usaha menyesuaikan diri dalam keadaan sebenar kehidupan.

Selain itu, ia juga dapat memberi peluang kepada guru-guru untuk merancang
aktiviti pembelajaran yang lebih berkesan untuk meningkatkan lagi reputasi PPKI
khususnya di SMK Abdul Samad, Pulai Chondong.
TARIKH BERMULA

Februari hingga November 2018

TEMPAT

Kelas Pendidikan Khas

JADUAL PROGRAM

Setiap hari Ahad dan Rabu - waktu persekolahan

MASA

Ahad - pukul 12.30 tengahari hingga 1.30 petang


Rabu – pukul 8.00 pagi – 8.30 pagi

RASIONAL

Program ini dapat membuka mata murid-murid Pendidikan Khas tentang


keupayaan dan kebolehan mereka setanding murid-murid normal. Ini kerana sifat
rendah diri sentiasa membelenggu diri mereka. Selain itu, program ini juga dapat
membentuk satu pasukan kerjasama yang utuh dan mengeratkan silaturahim di
kalangan guru-guru Pendidikan Khas.

OBJEKTIF

a) Meningkatkan kepercayaan di dalam diri para murid istimewa bahawa mereka


mempunyai hak yang sama untuk berjaya dalam hidup seperti murid-murid
normal yang lain.
b) Dapat meningkatkan pengetahuan dan pengalaman mereka tentang kehidupan
masyarakat luar.
c) Menerapkan nilai-nilai murni di dalam diri murid seperti bekerjasama, bertolak-
ansur, rajin dan bertanggungjawab kepada ahli kumpulan.
d) Dapat menanamkan kepercayaan kepada ibu bapa bahawa anak-anak mereka
boleh berdikari dan tidak perlu dikongkong.
e) Memberi pendedahan tentang kepentingan mata pelajaran Matematik,
Kemahiran Hidup dan Pendidikan Seni dalam kehidupan seharian.
KAJIAN KEPERLUAN

Program ini perlu dilaksanakan kerana ia adalah penting dan merupakan satu
aktiviti pembelajaran yang menarik kerana hampir keseluruhan murid mempunyai
kekurangan dari segi kemahiran dan peluang untuk melakukan aktiviti jualan hasil
ciptaan mereka.

Tambahan lagi, hasil tangan murid-murid ini adalah hasil dari pembelajaran
mereka dalam mata pelajaran Pendidikan Seni dan Kemahiran Hidup. Apabila hasil
tangan ini dijual, murid-murid akan mendapat kesedaran tentang kepentingan dan
kaitan matampelajaran Pendidikan Seni dalam kehidupan sebenar. Semasa
menjalankan program ini, murid-murid juga akan menyedari kepentingan penggunaan
mata pelajaran Matematik semasa proses jual beli dijalankan.

PENGANJUR

Kelab Keusahawanan, Program Pendidikan Khas Integrasi, SMK Abdul Samad.

ANGGARAN PERBELANJAAN

# Rujuk Lampiran

KUMPULAN SASARAN

Semua Pelajar Kelas Pendidikan Khas.

CADANGAN AKTIVITI

-Projek masakan
-Projek jualan

STRATEGI PELAKSANAAN

i. Pembentangan Kertas cadangan


ii.Pembentukan Jawatan kuasa Kerja
iii.Permohonan Kebenaran Pengetua
iv. Pengagihan tugas
v.Tindakan
vi.Pelaksanaan
vii.Postmortem
JAWATANKUASA PELAKSANA

Pengerusi : En. Wan Mustafa binWan Sulaiman

Naib Pengerusi I : Tn. Hj. Shamsuddin bin Hassan

Naib Pengerusi II : Pn. Hjh. Eshah binti Mohamed

Naib Pengerusi III : En. Mohd Zain bin Abdul Rahman

Bendahari : Pn. Azliana binti Hussin

Setiausaha : Pn. Kartini bt. Yusof

AJK : Pn. Siti Suhaida binti Md. Azmi

En. Mohd. Zaidi bin Mustafa

En. Mohd. Sukri bin Mohd. Noor

Pn. Rozaimah binti Abd Kadir

PENUTUP

Diharapkan program ini dapat menambahkan pengalaman dan ilmu


pengetahuan di samping menimbulkan semangat yang lebih gigih untuk memajukan diri
mereka. Semoga program ini dapat diteruskan dengan sokongan padu terutamanya
dari segi kewangan, masa dan tenaga semua pihak yang terlibat. Dengan adanya
sokongan ini, diharapkan dapat memberi gambaran yang positif terhadap keupayaan
murid-murid istimewa ini. Selain daripada itu, ia juga merupakan salah satu cara yang
terbaik yang dapat guru-guru lakukan khas untuk murid-murid kurang upaya ini.
Diharapkan juga ibu bapa akan terus memberikan sokongan dan kepercayaan kepada
guru-guru Pendidikan Khas bagi menjayakan aktiviti-aktiviti seperti ini.

Disediakan oleh , Diluluskan oleh

................................................ ...................................................

(KARTINI BINTI YUSOF) (WAN MUSTAFA BIN WAN SULAIMAN)


Setiausaha, Pengetua,
Program Keusahawanan SMK Abdul Samad
Pulai Chondong.
ANGGARAN PERBELANJAAN

BIL PERKARA ANGGARAN HARGA


1. Kertas decal (20 keping) RM 160.00
2. Gelas kecil (50 biji) RM 50.00
3. Coklat compound (5 keping) RM 100.00
4. Acuan plastik pelbagai corak (5 pcs) RM 25.00
5. Plastik pembungkus RM 10.00
6. Dawai pengikat RM 5.00
7. Stick coklat RM 20.00

JUMLAH KESELURUHAN RM 370.00


SENARAI BARANGAN JUALAN

BIL PERKARA HARGA


1. Sandwich RM1.00
2. Cup cake RM1.00
3 Air Kotak RM1.00
4 Air Tin RM1.50
5 Air minuman RM1.00
6. Biskut kentang,zess,gula-gula dll RM0.50
7. Dadih RM0.50
8. Ice blended RM2.00
Lampiran 6-1
NOTA MINTA

Rujukan :
17/3/2013
Tarikh : _________
Kepada : Pengetua
SMK Tengku Bendahara
Sekolah : ______________________________
Unit Pendidikan Khas
Daripada : ______________________________________

Permohonan Mendapatkan Bekalan Peralatan Bagi Tahun 2013

Berhubung dengan perkara tersebut di atas, diharap dapat tuan meluluskan


permohonan mendapatkan bekalan seperti berikut :-

Catatan oleh
Anggaran Tarikh
Bil Perihal Barang Kuantiti Pengetua/Guru
Harga Diperlukan
Besar

1.
2.
3.
4. SEGERA
5.
6.

JUMLAH
KESELURUHAN

Peruntukan : _____________________
Subsidiari/Matapelajaran : _____________________
Baki peruntukan semasa : ______________________

Sekian, terima kasih. Permohonan di atas


Yang Benar, Diluluskan/tidak diluluskan

………………………………
……………………………………
(Nama :__________________ )
(Nama :__________________ )
Tarikh : _____________
Tarikh : _____________

Anda mungkin juga menyukai