________________________________________________________________________
HMEF5053
MEASUREMENT AND EVALUATION IN EDUCATION
MAY SEMESTER 2016
ASSIGNMENT
________________________________________________________________________
NO TELEFON
NAMA : 012-7680546
: SARAVANAN A/L ANAMAILI
EMAIL
NO. MATRIK : vitha22@gmail.com
: CGS01342306
NO TELEFON : 012-4957152
PUSAT PEMBELAJARAN : NEGERI SEMBILAN
EMAIL : saransara84@gmail.com
1
A) Bagaimana kriteria prestasi berkaitan dengan hasil pembelajaran.
Pentaksiran juga adalah satu proses yang akan mendapatkan gambaran tentang
perstasi pembelajaran seseorang pelajar dalam sesuatu subjek serta aktiviti pembelajaran.
Pentaksiran ini juga dijalankan secara berterusan. Proses ini akan mendapat gambaran
tentang prestasi seseorang dalam pembelajaran. Penilaian aktiviti akan dijalankan ketika
pengajaran dan pembelajaran untuk mendapatkan maklumat secara berterusan mengenai
pengajaran serta pembelajaran untuk memperbaiki pengajaran dan pembelajaran.
Pentaksiran juga adalah satu proses yang merangkumi kaedah untuk menentukan
tahap sesuatu ciri atau atribut yang diperolehi oleh murid-murid. Selain itu ia juga
merupakan satu proses pengukuran atau penilaian tahap seseorang murid. Melalui
pentaksiran yang dijalankan, guru dapat merancang aktiviti yang tersusun dan sistematik
yang bersesuaian dengan tahap keupayaan murid. Proses kuantifikasi dengan memberi
nilai angka kepada kewujudan sesuatu ciri atau atribut. Tujuan pentaksiran boleh
diklasifikasikan sebagai salah satu proses mendapatkan gambaran tentang perstasi
seseorang murid dalam pembelajaran. Ia juga digunakan untuk menilai aktiviti yang
dijalankan semasa pengajaran dan pembelajaran.
2
Guru dapat melibatkan semua murid secara aktif dan melaksanakan aktiviti tindakan
susulan yang berkesan.
Pentaksiran yang baik dapat dikatogerikan melalui beberapa ciri seperti berikut :
Selain itu terdapat juga beberapa kaedah yang biasa digunakan dalam menjalankan
pentaksiran iaitu seperti pemerhatian, lisan dan penulisan. Pentaksiran juga dibuat tanpa
menggunakan pengujian.
Dalam hal ini seseorang pelajar yang mendapat skor 100 tidak boleh dianggap
mengetahui dua kali ganda daripada pelajar yang mendapat skor 50, walaupun skor 100
iaitu dua kali ganda dengan skor 50. Selain itu murid yang mendapat skor sifar pula tidak
juga boleh dianggap sebagai tidak mempelajari atau mengetahui tentang sesuatu pelajaran
yang diajar oleh guru.
3
Ini juga menunjukkan ukuran aspek-aspek berkenaan bukanlah petunjuk yang tepat
sebagaimana ukuran ketinggian fizikal pelajar menggunakan alat pengukur. Justeru,
seseorang guru perlu menggunakan alat yang efektif bagi melaksanakan pentaksiran yang
tepat. Guru juga harus memastikan alat yang digunakan berada dalam keadaan yang
sempurna.
Pemerhatian tepat dibuat tentang penguasaan pelajar dalam pelajaran dibuat secara
pengujian. Ujian diketogorikan sebagai alat pengukuran bagi proses ini. Tahap
penguasaan pelajar biasanya dikuantifikasikan dengan memberi skor kepada jawapan
yang diberi. Selain itu ujian juga digunakan bagi mengukur penguasaan murid bagi
merangsang murid untuk menunjukkan tahap penguasaan mereka dalam pelajaran.
Proses ujian adalah alat ukur yang biasa digunakan untuk menilai pengajaran dan
pembelajaran di sekolah di kalangan murid-murid. Oleh itu, tumpuan yang tajam perlu
diberi bagi membina ujian yang bermutu, ,mentadbir ujian berkenaan dengan betul dan
mentafsir dapatannya dengan tepat.
Pengujian yang dijalankan menentukan tahap prestasi murid yang diuji. Biasanya
proses pengujian ini bermula dengan persediaan yang diikuti pelaksanaan pentadbiran
ujian dan berakhir dengan pemeriksaan skrip jawapan. Pengujian ini akan membantu
seseorang guruuntuk mengetahui tahap prnguasaan pengetahuan kemahiran atau sikap
yang ingin disampaikan kepada murid-murid oleh guru.
4
Dari ini konklusi adalah hasil keberkesanan pembelajaran dan pembelajaran boleh
dibuat melalui pengujian, pengukuran dan penilaian yang dilaksanakan oeh guru dalam
bilik darjah. Justeru, kecekapan guru membangunkan alat pengujian amat penting malah
sama pentingnya dengan penguasaan guru terhadap kurikulum yang diajar bagi menjamin
keberkesanan pengajaran dan pembelajaran.
Penilaian
Penilaian adalah konsep berkesan yang telah digunakan dalam pelbagai bidang.
Penilaian dilakukan unik kerana ia mempunyai matlamat tersendiri. Dengan adanya
penilaian ini ia akan membolehkan kita untuk membuat anggaran sama ada matlamat itu
tercapai ataupun sebaliknya. Penilaian seperti ini juga dianggap sebagaisatu cara unutk
mendapatkan bukti yang tepat tentang sesuatu perkara. Matlamat ini amat terpenting
unutk menyelesaikan sesuatu masalah. Contohnya , kemahiran 3M yang dikenali sebagai
membaca, menulis dan mengira 3M dikalangan murid-murid. Dengan adanya penilaian
ini kita mungkin sering kali menghadapi pelbagai masalah.
Persoalan yang akan timbul daripada masalah yang perlu diselesaikan adalah seperti
berikut :
5
Daripada ini kita boleh melihat pengukuran pencapaian murid melalui ujian adalah
dijalankan oleh seorang guru. Seterusnya tugas guru adalah menilai ukuran pencapaian
tersebut dengan menggunakan keputusan ujian itu bersama maklumat lain yang berkaitan.
Jenis-jenis penilaian
Penilaian boleh dikelaskan daripada pelbagai idea yang dicetuskan daripada guru-
guru. Penilaian seperti ini juga dibuat berasaskan ujian dan masa boleh dikelaskan kepada
penilaian formatif, sumatif, pra kelayakan, diagnostik dan alternatif.
Justeru, ujian yang dibina perlu mencerminkan tujuan dan masa sesuatu penilaian
dilakukan. Terdapat dua jenis penilaian berdasarkan kepada masa dan tujuan pelaksanaan
penilaian iaitu penilaian formatif dan juga penilaian sumatif seperti yang dijelaskan
dibawah.
Penilaian Formatif
Penilaian seperti ini digunakan untuk mengesan kemajuan yang dicapai oleh murid
dalam unit-unit pelajaran yang diajar.
Penilaian formatif juga dilakukan bagi memastikan murid yang telah menguasai
setiap unit pelajaran sebelum mereka diperkenalkan dengan unit pelajaran baru yang
seterusnya.
Penilaian ini juga sangat berguna bagi tujuan diagnosis kerana kelemahan murid
dapat dikenalpasti secara teliti. Selain itu penilaian ini juga dapat menentukan sama ada
murid telah bersedia untuk mengikuti pelajaran berikutnya yang lebih tinggi dan rumit.
Penilaian formatif juga boleh meningkatkan motivasi murid untuk proses pembelajaran.
Lazimnya penilaian formatif diamalkan di sekolah-sekolah. Memandangkan laporan
6
penilaian formatif adalah untuk tujuan diagnosis kelemahan murid dalam unit-unit
pelajaran, pelaporan penilaian formatif amat sesuai dirumuskan sebagai lulus
(menguasai) atau gagal (tidak menguasai) sesuatu isi unit pelajaran. Pencapaian ujian
formatif tidak dinilai atau digredkan kerana tidak sesuai.
Penilaian sumatif
Penilaian sumatif pula digunakan bagi menentukan tahap penguasan murid dalam
keseluruhan mata pelajaran. Penilaian seperti ini biasanya dilakukan pada akhir sesi atau
semester.
Contoh-contoh penilaian sumatif adalah ujian akhir semester, skor-skor dari penilaian
sumatif biasanya lebih berguna untuk tujuan melaporkan kemajuan murid daripada
memperbaiki kelemahan awal pengajaran guru dan pembelajaran murid. Skor penilaian
sumatif banyak digunakan bagi tujuan pemilihan dan penempatan murid.
Penilaian diagnostik
Penilaian diagnostik pula dilakukan sebagai cara untuk mengesan sama ada murid
sudah bersedia untuk mengikuti pelajaran seterusnya. Penilaian diagnostik juga adalah
berkaitan kesukaran pembelajaran yang wujud secara berulang yang tidak dapat
diperbaiki melalui penilaian formatif. Sekiranya murid tersebut belum bersedia,
seseorang guru harus dapat mengesan kelemahan dan kekuatan murid agar pembetulan
serta penambahbaikan yang berkaitan boleh dilakukan. Perancangan seperti ini
disediakan untuk menentukan punca masalah dan untuk tidakan pemulihannya.
Ujian penempatan atau pra-kelayakan digunakan sebagai petunjuk sama ada murid
tersebut berpotensi, bersedia, mempunyai kecerdasan bakat dan minat terhadap sesuatu
bidang yang ingin ceburi.
Tujuan berikut ujian ini adalah untuk mengklasifikasikan murid pada tahap pelajaran
yang sesuai dijalankan sebelum sesi pelajaran dimulakan.
7
Klasifikasi seperti ini dilakukan supaya tindakan susulan dapat dibuat agar murid
diberi aktiviti pembelajaran yang sesuai pada tahap mereka. Ujian penilaian seperti ini
biasanya dilakukan di sekolah untuk pencapaian secara ujian sumatif.
Pemarkahan
8
Penilaian pencapaian
Pangkat
Penentuan Gred
F sebagai gred gagal manakala penentuan gred A,B,C,D,E sebagai gred lulus. Gred ini
menentukan pencapaian murid berkenaan dengan gred A lebih baik dari gred B dan
seterusnya.
Kebaikan penggerdan rujukan kriteria ialah pelajar boleh mendapatkan gred yang
tinggi jika mereka berusaha bersungguh. Guru mudah memberi gred yang tinggi jika
mereka berusaha bersungguh-sungguh. Guru mudah memberi gred kepada calon, kesahan
pencapaian pelajar adalah tinggi. Kelemahan ujian rujukan kriteria menurut Sax (1997)
adalah aras kesukaran yang akan menentukan peratus pelajar yang mendapat gred-gred
tertentu. Ujian yang sukar akan menyebabkan ramai pelajar mendapat markah rendah.
Kelebihan penilaian markah secara rujukan norma ini ialah dapat memberi maklumat
ringkas tentang prestasi pelajar yang boleh difahami dengan mudah oleh pelajar dan ibu
9
bapa. Maklumat itu memberi makanisme untuk menyusun pelajar dalam pencapaian
cemerlang, sederhana dan gagal. Di samping membantu guru mengenal pasti pelajar
lemah. Penggredan berdasarkan rujukan kriteria pula ialah dengan melaporkan prestasi
seseorang pelajar secara relatif bagi menggambarkan sejauh mana seseorang pelajar
menguasai suatu objektif mata pelajaran yang ditetapkan. Skor dan gred yang diperoleh
menggambarkan pencapaian yang sama dalam mana-mana tugasan yang dilaksanakan
Kelemahan markah rujukan norma pula ialah yang diperolehi tidak menunjukkan dengan
jelas sejauh manakah seseorang calon menguasai ilmu atau kemahiran yang ditetapkan. Ia
juga memungkinkan rasa rendah diri kepada calon yang terkebawah.
Pembahagian markah
Bagi pemberian markah untuk soalan subjektif atau karangan ia adalah seperti berikut:
Karangan - 30 markah
100 markah
10
2 kesalahan struktur ayat - potong 1 markah
Sederhana : 3 markah
Rumusan
Pemarkahan dan penggredan adalah aspek yang paling penting dalam pengujian dan
penilaian. Ia menjadi petunjuk terhadap pencapaian murid dalam mata pelajaran tertentu.
Kepentingan sebegini adalah untuk melibatkan ibu bapa, matlamat suatu mata pelajaran,
kawalan aktiviti program dan pengiktirafan kepada murid. Selain itu aspek pentadbiran
dan pelaksanaan juga harus diberi penekanan.
Saya mengajar murid tahun 2. Seminggu sebelum peperiksaan saya telah membuat
ulangkaji berkaitan beberapa tajuk penting yang akan diuji dalam peperiksaan. Murid-
murid juga telah didedahkan dengan bentuk soalan karangan dan beberapa latihan tulisan.
Segala arahan dan maklumat penting serta jadual berkaitan peperiksaan telah diberikan
terlebih dahulu supaya mereka boleh membuat persediaan awal di rumah. Buku-buku
latihan telah disemak dan telah dipulang balik kepada mereka supaya ia memudahkan
mereka membuat ulangkajioleh sebab Saya merupakan guru Bahasa Melayu yang
mengajar murid-murid tahun 2. Sebelum membuat kertas soalan saya telah merujuk
kepada guru-guru Bahasa Melayu yang lain berkaitan dengan tajuk-tajuk atau tema yang
perlu diuji pada peperiksaan. Saya akan mengumpul maklumat serta memyediakan
rangka soalan. Selepas itu, saya akan merancang bentuk soalan yang perlu diuji dengan
merujuk kepada buku teks dan Sukatan Pelajaran. Saya juga akan merujuk guru panitia
11
berkaitan dengan bentuk soalan-soalan sebelum ini supaya ia tidak sama dengan bentuk
soalan kali ini.skrip jawapan pelajar menjawab soalan terutamanya soalan berbentuk
subjektif memerlukan satu pendekatan atau kaedah. Soalan subjektif, khususnya karangan
boleh menjadi alat pengukuran yang berkesan jika dilengkapkan dengan peraturan
memberi markah (PMM) yang sesuai oleh pemeriksa yang cekap dan ada penyelarasan
antara pemeriksa-pemeriksa. PMM, kecekapan pemeriksa dan penyelarasan pemeriksaan
adalah perkara mesti jika ujian itu ialah ujian pencapaian dan pemeriksanya lebih
daripada seorang. Keperluan PMM pula tetap menjadi perkara mesti bagi soalan esei
walaupun pemeriksanya hanya seorang. Berbagai-bagai faktor di luar dan di dalam diri si
pemeriksa itu sentiasa sahaja mempengaruhi kebolehpercayaan pemarkahannya. Berikut
adalah skrip jawapan pelajar merupakan proses mengukur dan menilai yang memerlukan
kriteria tertentu. Kriteria yang digunakan dalam pemarkahan jawapan esei berkait rapat
dengan tujuan dan tugasan soalan. Kriteria ini terbahagi kepada tiga seperti yang berikut:
1) Kandungan merangkumi skrip yang merujuk kepada penguasaan maklumat dan fakta
yang berkaitan mengikut kehendak soalan.
2) Kriteria pengolahan yang merujuk kepada kemahiran menghuraikan maklumat, fakta
dan idea secara logik dan matang serta penggunaan bahasa yang tepat.
3) Kriteria proses yang merujuk kepada aspek ketepatan, kemunasabahan, kelengkapan,
ketekalan, keaslian dan kreativiti dalam teknik penulisan.
Beberapa langkah boleh digunakan oleh saya bagi menambah keobjektifan dan
kebolehpercayaan dalam pemeriksaan skrip jawapan esei.Penyediaan kertas ujian adalah
berdasarkan pemeriksaan yang baik bagi skrip jawapan esei yang mempunyai
pengurangan unsur subjektiviti dan ralat dalam pengukuran. Ini disebabkan salah satu
kelemahan ujian esei ialah pemarkahannya kurang objektif dan kurang
kebolehpercayaan.berikut adalah langkah langkah tersebut;
1) Pelajar harus Memahami tugasan soalan dengan jelas dan menyediakan kertas soalan
mengikut aras kebolehan pelajar iaitu senang, sederhana dan sukar. Skema jawapan
haruslah lengkap, meliputi skop jawapan mengikut tugasan soalan dan boleh ditokok
12
tambah untuk menangani respons yang berbagai-bagai daripada pelajar.
2) Pelajar harus Pastikan bahawa markah yang diberikan itu benar-benar menunjukkan
pencapaian pelajar mengikut tujuan ujian yang telah ditetapkan. Misalnya, jika ujian itu
bukan bertujuan untuk mengukur gaya bahasa tetapi mengukur isi bahan atau fakta, maka
saya harus memeriksa taraf penguasaan isi bahan atau fakta dan tidak dipengaruhi oleh
bahasa pelajar.
3) Jika ujian terdiri daripada beberapa soalan, saya hendaklah memeriksa soalan yang
sama bagi semua pelajar sebelum beralih kepada soalan yang lain.
4) Sebaik-baiknya saya memeriksa dua kali dalam selang masa sekurang-kurangnya 24
jam sebelum memberikan markah. Perlu berbincang pemarkahan dengan guru-guru yang
lain sebelum memberi markah.
5) saya telah memberikan ulasan tentang kesilapan dan kelemahan jawapan pelajar serta
memberikan jawaban bagi setiap solan yang dijawab oleh pelajar.
Justeru itu , penyediaan kertas soalan dan pemberian markah adalah perlu diteliti ..
Soalan karangan mudah digubal. Namun demikian penyediaan soalan dan peraturan
memberi markah (PMM) dan usaha memarkah subjektif adalah berbeza. Pemeriksa
mestilah melaksanakan tugasanya secara profesional dan bersungguh-sungguh.
Penguasaan yang mendalam terhadap subjek yang diperiksa juga sangat dituntut.
Pemeriksa terdedah kepada tuduhan tidak adil jika gagal mengesan kesilapan calon atau
menyalahkan sesuatu yang sememangnya sudah betul. Abu Bakar Nordin (1986: 220)
menyarankan pemeriksa melakukan tugasanya semasa fikiran tenteram dan di tempat
yang selesa dengan persekitaran pelajar.
REFLEKSI
Saya mengajar Bahasa Malaysia untuk murid-murid tahun 2. Sepanjang penyediaan
kertas soalan Bahasa Malaysia kertas 2, saya dapat mempelajari beberapa kriteria yang
13
perlu diikuti. Sebelum mnengadakan peperiksaan saya telah membuat perbincangan
bersama murid-murid berkaitan kreteria yang penting dan yang harus diulangkaji oleh
mereka.
Antaranya adalah isi tempat kosong, huraian,pembinaan petikan,melengkapkan
dialog, mengumpul maklumat petikan, membetulkan ejaan dan membuat karangan
ringkas untuk tahap mereka. Murid-murid ini juga pernah membuat latihan seperti ini.
Saya telah memberikan latihan yang banyak untuk mereka supaya dapat menguasai
kreteria-kreteria yang telah mereka pelajari.
Saya telah menyediakan Jadual Spesifikasi Ujian (JSU). Guru-guru di sekolah
seringkali membina soalan-soalan ujian secara spontan dan tidak terancang.
Ujian yang tidak mempunyai perancangan yang rapi biasanya tidak mendatangkan
keputusan yang bagus. Penyediakan JSU adalah cara yang baik untuk merancang sesuatu
ujian yang merupakan rancangan persediaan item atau soalan. Konsep Jadual Spesifikasi
Ujian (JSU) adalah seperti berikut:
Kandungan ujian tentang topik-toipik pelajaran.
Aras kemahiran yang mengikut teksonomi pendidikan.
Pemberatan (%) pada kandungan aras kemahiran berdasarkan lama masa
mengajar dan kepentingan sesuatu kemahiran itu diajar.
Bentuk ujian sama ada berbentuk objektif atau esei.
Bilangan item yang mengikuti bentuk, kandungan dan aras kemahiran.
Kesukaran item yang berada dalam lingkungan 20%-80%.
Kepentingan penyediaan JSU adalah untuk mengelakkan daripada ujian secara
sembarangan. Ia juga dapat menjamin kesahan isi kandungan sesuatu ujian. Selain
itu, ia akan menimbulkan rasa kepentingan topik-topik dengan aras-aras
kemahiran yang diuji.
14
3) Menentukan jenis soalan.
4) Menentukan bilangan soalan.
15
tersebut. Ia juga akan dapat membantu murid untuk memberi jawapan yang
dikehendaki oleh soalan. Jawapan juga berkaitan dengan pengetahuan atau
kemahiran yang spesifik daripada tajuk pengajaran tertentu.
Selepas semua item ujian siap ditulis, saya telah menyemak semula item-
item tersebut. Semakan ini perlu dibuat bagi menentukan perkara-perkara berikut:
Arahan menjawab bagi setiap bahagian ujian dan setiap soalan adalah tepat dan
mudah difahami oleh pelajar.
Soalan ditulis dengan menggunakan bahasa yang mudah difahami pelajar dan
mengandungi maklumat dan kehendak soalan yang jelas dan mencukupi.
Soalan yang dibina mencukupi dan seimbang dari segi kandungan dan objektif
pengajaran.
Soalan yang diberi terutama soalan jenis subjektif tidak mempunyai kesalahan
ejaan.
Selepas penyediaan kertas soalan saya telah memastikan bilangan kertas soalan
supaya tidak berlaku ketidakcukupan semasa hari peperiksaan. Pada keseluruhannya,
murid-murid saya telah memahami kehendak soalan dan juga mereka telah menunjukkan
prestasi yang baik selepas saya menyemak kertas ujian mereka. Butir-butir pemarkahan
adalah seperti berikut.
Gred Kekerapan
A 4
B 3
C 3
D -
E -
F -
16
3 orang murid B,
3 orang murid C,
Tiada seorang murid yang mendapat D, E dan F. Murid yang mendapat C telah membuat
kesalahan bahagian A dan B iaitu isi tempat kosong dengan jawapan yang betul. Murid
yang mendapat B juga sama telah membuat kesalahan pada bahagian C. Murid yang
mendapat B dan C juga telah membuat kesilapan pada bahagian D iaitu betulkan ejaan.
3% C
3% B
94% A
Markah
Disini saya100
telah mengetahui bahawa, penyediaan kertas soalan perlu mengikuti beberapa kriteria
supaya matlamat dan objektif pembelajaran dapat tercapai. Ini bermakna guru harus meneliti setiap item
80
soalan sebelum membuat kertas soalan. Murid yang 17cemerlang perlu di berikan latihan yang lebih
mencabar dan murid
60 yang lemah perlu
Cartadiberi
A BlatihanCpengukuhan
bar mengenai skor murid supaya pemarkahan seimbang.
20
40
0 Gred
BIBLIOGRAFI
Azman Wan Chik, (1994). Pengujian Bahasa. Kes Bahasa Melayu, Edisi kedua. Kuala
18
Lumpur: Dewan Bahasa dan Pustaka.
Mohd. Isa b.Razak, (1988). Soalan Subjektif: Teknik Penggubalan dan Skema
Abdul Aziz Abdul Talib (1993). Menguji Kemahiran Bahasa: Prinsip, Teknik dan contoh.
www.slideshare.net/edtechred/educational-measurement-and-evaluation
www.tc.columbia.edu/.../measurement-evaluation.
19