Anda di halaman 1dari 4

Profesion keguruan merupakan profesion yang tertua di dunia dan kini memasuki

satu lagi era baharu. Peranan guru pada masa dahulu hanya bertumpu sebagai penyampai
ilmu. Berbanding sistem pendidikan kini, guru lebih banyak berperanan sebagai pemudah
cara pengetahuan yang seharusnya lebih bersedia dan peka dalam melahirkan dan
menggunakan situasi-situasi pembelajaran secara cekap dan berkesan. Selaras dengan
perubahan peranan pendidik, guru harus lebih inovatif, kreatif dan efektif dalam
penyampaiannya serta sentiasa memikirkan pendekatan baharu untuk mengadaptasikan
amalan dengan kehendak pelajar sebagai ‘knowledge worker’ dalam era revolusi maklumat
abad ke-21.

Dengan berpandukan Standard ke-5 iaitu aspek kemenjadian murid sekolah rendah
dalam Standard Kualiti Pendidikan Malaysia (SKPM), pendidikan di sekolah akan dapat
melahirkan murid yang berilmu pengetahuan, berketrampilan, berakhlak mulia,
bertanggungjawab dan berkeupayaan mencapai kesejahteraan diri. Manakala, terdapat satu
kriteria dalam aspek kemenjadian murid sekolah rendah telah menarik perhatian dan
membimbangkan saya iaitu murid hendak menguasai Bahasa Inggeris sebagai bahasa
kedua. Saya agak setujui dan berasa aspek ini perlu dititikberatkan dan disuntikkan kepada
murid sekolah rendah dengan baik dan sempurna. Sebagai contoh, tidak lama yang lalu,
Sultan Johor, DYMM Sultan Ibrahim, telah menggesa orang ramai mencontohi Singapura
yang telah melaksanakan sistem pendidikan satu aliran menggunakan pengantar Bahasa
Inggeris. Baginda telah menyatakan di dalam Dewan Undangan Negeri (DUN) Johor
bahawa Johor dan Singapura berkongsi banyak persamaan, tetapi kemajuan yang dicapai
oleh Singapura jauh lebih pantas. Ia juga telah terbukti berkesan dalam pembangunan
negara dan penyatuan masyarakat berbilang bangsa.

Memang tidak dapat dinafikan, bahasa Malaysia merupakan bahasa kebangsaan


dan bahasa pengantar utama di Malaysia. Ia memang memainkan peranan yang agak
penting dan tidak boleh digantikan dengan bahasa yang lain. Sebagai contoh, Tan Sri
Muhyiddin Yasin telah menamatkan Program Pengajaran dan Pembelajaran Sains dan
Matematik dalam bahasa Inggeris (PPSMI) supaya memartabatkan Bahasa Malaysia.
Namun, adakah anda pernah memikirkan persediaan kita sebagai warganegara Malaysia
yang tercinta ini untuk bersaing dengan masyarakat seantara dunia? Adakah pencapaian
kita yang sedikit ini mampu menyaingi mereka? Sebenarnya, antara isu yang diketengahkan
dan diluar-luarkan oleh pemimipin kita, iaitu Datuk Seri Najib Tun Razak selaku Perdana
Menteri Malaysia ialah kita harus sentiasa berusaha untuk memperkenalkan negara di
persada antarabangsa. Oleh itu, setiap individu perlu menguasai bahasa Inggeris dengan
baik kerana bahasa ini merupakan bahasa kedua yang digunakan di kebanyakan negara
dan merupakan lingua franca masyarakat antarabangsa. Malangnya, majoriti masyarakat
luar bandar negara kita tidak fasih berbahasa Inggeris. Golongan ini tidak membiasakan diri
mereka menggunakan bahasa Inggeris dalam percakapan harian kerana bahasa Inggeris
merupakan bahasa kedua.

Sehubungan itu, penguasaan bahasa Inggeris pada abad kedua puluh ini
amat penting kerana faedahnya banyak dan kepentingannya tidak dapat
dinafikan. Antara kepentingan menguasai bahasa Inggeris sebagai bahasa kedua
ialah ia merupakan bahasa ilmu. Hal ini disebabkan terdapat banyak sumber
rujukan yang ditulis dalam bahasa Inggeris kerana masyarakat Barat
menggunakan budaya dokumentasi. Selagi murid-murid menguasai bahasa
Inggeris dengan baik, mereka akan dapat menimba ilmu dengan membaca
pelbagai-bagai buku dan rujukan tambahan di mana-mana sahaja. Mereka akan
dapat meneroka dan berkongsi lebih banyak ilmu dengan Negara lain di dunia.
Di samping perkongsian ilmu, murid-murid juga boleh mendapatkan ilmu melalui
internet dengan mudah sejajar dengan perkembangan teknologi dan dunia tanpa
sempadan. Para pelajar di seluruh dunia boleh mendapatkan ilmu dengan pantas
kerana maklumat berada di hujung jari.

Seterusnya, penguasaan bahasa Inggeris juga memberi ruang kepada kita


untuk meninggikan martabat bangsa. Hal ini demikian kerana apabila murid
yang mahir dalam berbahasa Inggeris, mereka akan lebih berkeyakinan untuk
berkomunikasi dengan bangsa-bangsa lain di dunia. Seiring dengan arus
pemodenan antarabangsa, bahasa Inggeris diterima sebagai bahasa perantaraan
di dunia. Dengan menguasai bahasa Inggeris, murid-murid dapat melontarkan
idea atau komen yang bernas ketika menghadiri persidangan antarabangsa.
Sebagai contoh, ketika di bawah pimpinan Tun Dr Mahathir, mantan Perdana
Menteri kita, beliau fasih berbahasa Inggeris sehingga dapat menyuarakan buah
fikiran kepada masyarakat dunia. Hal ini telah membuka mata masyarakat
antarabangsa terhadap Malaysia yang mampu “duduk sama rendah dan berdiri
sama tinggi” dengan negara maju yang lain. Dengan ini, masyarakat dunia telah
menaruh kepercayaan terhadap Malaysia dan secara tidak langsung
melonjakkan martabat bangsa di persada dunia. Jelaslah bahawa bahasa
Inggeris merupakan aspek terpenting dalam menaikkan martabat bangsa bagi
sesebuah negara.

Selain itu, penguasaan bahasa Inggeris dapat meningkatkan dan


membuka peluang pekerjaan secara luas. Bahasa Inggeris merupakan bahasa
perantaraan di seluruh dunia. Jadi, bahasa Inggeris ini diterima dan digunakan
oleh semua negara di dunia. Hal ini membuktikan bahawa dengan menguasai
bahasa Inggeris, peluang pekerjaan bagi masa depan murid-murid bukan hanya
di negara kita malahan juga pada peringkat antarabangsa. Tambahan pula,
pekerjaan merupakan satu keperluan terutamanya semasa kegawatan ekonomi
melanda dunia ini. Dengan penguasaan bahasa Inggeris yang mampan, sudah
tentu murid-murid kita tidak akan bermasalah untuk mendapat pekerjaan yang
berprestij terutamanya dengan pihak swasta. Begitu juga dengan bidang
profesional yang lain seperti akuantan, doktor, peguam, dan pensyarah. Jadi,
penggunaan bahasa Inggeris hendaklah dibiasakan sejak kecil lagi. Sekiranya
bahasa ini boleh kita kuasai dengan baik, nescaya peluang pekerjaan akan
sentiasa menanti.

Kesimpulannya, bahasa Inggeris ialah bahasa antarabnagsa yang sangat mustahak


untuk berhubung dengan bangsa lain sama ada masyarakat tempatan mahupun dengan
masyarakat dunia luar. Walaupun bahasa Malaysia ialah bahasa rasmi dan bahasa
kebangsaan negara namun bahasa Inggeris juga amat penting untuk kemajuan negara.
Penggunaan bahasa Inggeris membolehkan masyarakat dan negara mempunyai hubungan
yang lebih luas dan mudah menerima maklumat antarabangsa. Hal ini secara tidak
langsungnya mempercepat pembangunan negara. Justeru, murid agak perlu menguasai
bahasa Inggeris sebagai bahasa kedua dengan baik.

http://anelyza.blogspot.com/2010/11/kepentingan-menguasai-bahasa-inggeris.html

http://rohaizaabdulrahim.blogspot.com/2014_09_01_archive.html

http://www.malaysiakini.com/news/297513

http://stpm-study.blogspot.com/2013/10/kepentingan-menguasai-bahasa-inggeris.html

http://cikgu-idayu.blogspot.com/2009/10/masalah-yang-dihadapi-oleh-murid-dalam.html

Anda mungkin juga menyukai