Anda di halaman 1dari 2

Teori X dan Y merupakan satu teori anggapan seseorang pemimpin atau pengurus untuk menilai individu

dalam sesebuah organisasi dalam mencari keputusan dan juga dijadikan sebagai salah satu bentuk
penilaian terhadap pekerja-pekerja dibawahnya. Oleh yang demikian pengurus perlu memainkan
peranan untuk menilai pekerja-pekerja secara betul supaya penilaian tersebut benar-benar tepat.
Walaupun teori X dan teori Y ini mudah untuk digunakan dalam menilai seseorang disebabkan ianya
telah dibahagikan kepada dua komponen di mana X mewakili sikap yang negatif dan Y pula mewakili
sikap yang positif, kadangkala wujud juga kesilapan dalam menilai seseorang tersebut kerana secara
zahir teori ini hanya mampu menilai seseorang dari segi fizikal atau andaian luaran sahaja. Terdapat juga
kebaikan dan keburukan apabila menggunakan teori ini dalam menilai seseorang.

Kekuatan Teori X dan Y

i. Teori ini dapat dijadikan sebagai satu bentuk penilaian awal terhadap individu dimana dengan hanya
melihat dari segi tingkah laku seseorang, ia dapat mengenalpasti individu tersebut berada dalam
kategori X atau Y.

ii. Andaian-andaian daripada teori ini boleh dijadikan sebagai panduan kepada pengurus organisasi
dalam usaha membentuk dan memotivasikan pekerja.

iii. Boleh dijadikan sebagai pembuat keputusan.

iv. Mengenalpasti individu-individu yang benar-benar komited dengan tugas yang diamanahkan dan juga
individu-individu yang menganggap kerja hanya sebagai satu bentuk tanggungjawab yang perlu
dilaksakakan dan tidak mempunyai harapan yang tinggi dalam kerjaya.

Keburukan Teori X dan Y

i. Teori ini hanya menilai individu dari segi luaran sahaja dan juga tingkahlaku yang dapat dilihat dari
mata kasar.

ii. Teori ini tidak membenarkan faktor kebolehan dari segi akademik mempengaruhi keputusan yang
dibuat.

iii. Seringkali wujud kesan halo ke atas penilaian yang dibuat oleh pihak pengurusan yang bersifat pilih
kasih dan seterusnya menjurus kepada pemilihan keputusan yang tidak tepat.

iv. Wujud jurang besar antara pekerja-pekerja yang dikategorikan sebagai perilaku X dan perilaku Y.

v. Teori ini tidak mementingkan tentang faktor kecekapan dalam diri individu yang dinilai.

vi. Sesuatu keputusan akan menjadi silap sekiranya penilai tidak dapat membuat penilaian dengan
berkesan dan tidak cekap.

Kesan Halo

a.Kesilapan persepsi

Fenomena kesan halo mengatakan, apabila sekali kita sudah mempunyai persepsi positif ke atas
seseorang, walau apa pun yang dibuat oleh orang itu, kita cenderung menilainya secara positif juga,
termasuklah dalam perkara-perkara yang kita tidak tahu mengenainya.

Anda mungkin juga menyukai