Anda di halaman 1dari 1

KEWANGAN DAN HASIL KERAJAAN TEMPATAN

Jumlah serta aliran kewangan yang kukuh adalah penting bagi setiap organisasi untuk menjamin
kesinambungannya dan juga kredibiliti dalam menawarkan perkhidmatan. Peruntukan kuasa untuk
memperolehi sumber kewangan, kebebasan dalam membuat keputusan, kebolehan berdikari dari segi
kewangan akan menentukan kedaulatan dan keutuhan sesebuah kerajaan. Kewangan kerajaan
tempatan adalah berbeza dari peringkat kerajaan yang lain kerana ia diperuntukkan sumber cukai yang
berlainan. Kerajaan tempatan hanya menerima sebahagian kecil dari hasil awam berbanding dengan
kerajaaan negeri dan kerajaan persekutuan. Ini adalah kerana hampir keseluruhan hasil-hasil utama
negara seperti cukai pendapatan, cukai eksport dan cukai jalan adalah diperuntukkan kepada kerajaan
persekutuan sebagaimana yang termaktub dalam perlembagaan negara. Oleh itu, tidak hairanlah
kerajaan tempatan sering menghadapi masalah kekurangan sumber kewangan dalam menjalankan
operasinya. Salah satu kaedah untuk mengatasi masalah ini adalah dengan mengharapkan bantuan yang
biasanya dalam bentuk geran tertentu dari peringkat kerajaan yang lebih atas iaitu sama ada kerajaan
negeri ataupun persekutuan. Untuk itu kerajaan tempatan perlulah mempunyai hubungan yang baik
dengan kerajaan negeri dan persekutuan bagi mengharapkan bantuan yang berterusan. Keburukan yang
mungkin timbul ialah wujudnya sindrom kebergantungan (dependency syndrome) yang akan
menyebabkan keputusan-keputusan dasar dan tindakannya boleh dipengaruhi oleh pihak yang memberi
bantuan.

Anda mungkin juga menyukai