Anda di halaman 1dari 4

TAN CL, [29.01.

18 17:46]

KOLEKSI CERITA PENDEK

ARNAB YANG PEMALAS

Cerita kanak-kanak tentang dua sahabat.

Di sebuah hutan tinggal sepasang sahabat. Mereka ialah seekor arnab dan seekor tupai. Setiap
hari mereka menghabiskan masa bersama-sama. Pada suatu hari, tupai berkata kepada arnab,
“Mari kita buat sarang. Sekarang dah tiba musim hujan. Apabila hujan, kita ada tempat
berteduh.” “Ya, betul kata awak. Tapi biarlah saya berehat dulu,” jawab arnab. Pada petang itu,
hujan turun dengan lebatnya. Tupai dan arnab berteduh di bawah pokok. Mereka basah dan
kesejukan.”Jika kita ada sarang, tentu kita tak akan basah begini,”kata tupai. “Ya, betul kata
awak,” jawab arnab. “Pagi esok kita akan buat sarang,” kata arnab lagi.

Keesokan pagi, cuaca sungguh baik. Tupai mengajak arnab menbuat sarang. “Lebih baik kita
pergi cari kayu untuk membuat sarang,” kata tupai. “Tapi bukan sekarang,” jawab arnab. “Kita
masih ada banyak masa lagi. Marilah kita pergi cari makanan. Saya sungguh lapar!” Tupai
menggeleng-geleng melihat sikap sahabatnya itu. Pada petang itu, hujan turun lagi. Tupai dan
arnab basah kuyup kerana tiada tempat berteduh. “Alangkah baiknya jika kita ada sarang,” kata
tupai. “Esok kita mesti buat sarang. Saya tak mahu terus basah seperti ini sewaktu hujan.” Arnab
yang pemalasitu tidak menghiraukan rungutan sahabatnya. “Kita tunggu esok sahajalah,” kata
arnab.

KERBAU BALAR

Dalam sekumpulan kerbau, ada sepasang kerbau balar. Warna kulitnya merah, tidak hitam
seperti kerbau-kerbau yang lain. Oleh kerana kulit yang berbeza warnanya itu, kerbau balar
selalu dihalau oleh kerbau lain. Kedua-duanya tidak dibenarkan makan bersama dan tidur
sekandang.

"Rupa kamu tidak sama dengan kami," kata kerbau yang lain itu.

Kedua-dua kerbau balar itu sangat sedih kerana mereka selalu disisihkan.

Pada suatu musim ,kerbau hitam dan kerbau balar itu mendengar tuan mereka akan
menangkap mereka. Semuanya akan dihantar dan akan dipakaikan gelang merah.
Pada suatu hari, kedua-dua kerbau merah itu tersesat ke tempat orang menyembelih kerbau.
Kerbau balar melihat beberapa kepala dan kaki kerbau bergelimpangan di kawasan itu. Lalu
selepas itu tahulah mereka apa yang sebenarnya terjadi.

Ketika kerbau-kerbau lain di tangkap , kedua-dua ekor kerbau balar itu melarikan diri ke hutan.
Kerbau-kerbau yang lain semuanya di sembelih.

Selamatlah kedua-dua kerbau balar itu. Lalu kedua-duanya menjadi kerbau liar yang susah untuk
ditangkap lagi.

KAWAN YANG TIDAK JUJUR

Terdapat seekor rubah bernama Joe. Ia mempunyai sahabat bernama Ronnie. Ronnie ialah
seekor keldai. Joe sangat licik. Ronnie pula seekor keldai yang kurang cerdik. Oleh itu, Joe sering
mengambil kesempatan terhadap kawannya itu. Ia kerap menggunakan Ronnie bagi
mendapatkan makanan. Roni hanya menurut segala kata-kata dan arahan Joe. Pada suatu
petang, Joe dan Ronnie berjalan- jalan di dalam hutan. Tiba-tiba mereka terserempak dengan
seekor singa.

Kedua-duanya tidak dapat melarikan diri. Joe yang licik mendapat idea untuk melepaskan diri
dari singa itu. Ia berpura-pura berani di hadapan kawannya itu. “Kamu tunggu di sini. Biar aku
pergi berunding dengan singa itu,”kata Joe. Joe berjalan kea rah singa. “Hai, Encik Singa! Tolong
jangan makan saya! Saya akan bawakan keldai itu ke sebuah gua. Tuan boleh menikmati
dagingnya yang lazat itu di sana,” kata Joe dengan lemah lembut. “Baiklah, aku akan lepas kan
kau! Tapi, kau mesti bertindak cepat!” jawab singa dengan garang. Joe kembali menemui Ronnie.
“Singa itu tak mahu makan kita sekarang! Lebih baik kita pergi segera dari sini dan menyorok di
dalam gua ketika rubah dan keldai itu masuk ke dalam gua, singa terus menerkam rubah.
Kemudian, ia membaham keldai. Kedua-dua sahabat itu menjadi makanan singa.

TAN CL, [29.01.18 17:46]

ANAK IKAN YANG SUKA MENIPU

Di sebuah lautan, terdapat seekor anak ikan yang nakal. Ia bernama Tony. Tony tidak disenangi
rakan-rakanya kerana ia suka menipu dan mempermain-mainkan mereka. Ketika ikan-ikan lain
sedang bermain, Tony akan menjerit, “Jerung! Jerung! Bersembunyi cepat!” Ikan-ikan itu
ketakutan lalu lari dan bersembunyi di celah-celah batu. Tony akan mentertawakan rakannya itu.
Ikan-ikan kecil amat takut dengan jerung. Jerung yang garang itu akan memakan mereka tanpa
belas kasihan.
Sebab itulah mereka akan lari ketakutan apabila Tony menjerit, “Jerung! Jerung!” Namun Tony
sungguh nakal. Ia berasa seronok dapat mempermain-mainkan rakan-rakanya. Ikan-ikan kecil itu
mempercayai Tony, walaupun mereka selalu tertipu dengan helah Tony. Pada suatu hari, Tony
menghampiri rakan-rakanya itu. Ia ingin mempermainkan mereka seperti biasa. Tiba-tiba
muncul seekor jerung menghampiri mereka. Namun Tony tidak menyedari kehadiran jerung itu.
“Jerung! Jerung!” Bersembunyi cepat!” Jerit ikan-ikan itu. Ikan-ikan itu lari lalu bersembunyi di
celah-celah batu. Tony tidak menghiraukan jeritan rakan-rakanya. Ia menyangka mereka cuba
mepermain-mainkanya. “Baiklah, kamu semua menang! Di sini mana ada jerung! Tak usahlah
kamu semua mempermain-mainkan aku!” jerit Tony. Jerung itu berenang menghampiri Tony.
Tony tidak sempat melarikan diri. Ia dimakan oleh jerung itu.

BUJANG TERBOYOI

Ada sepasang suami isteri yang bekerja di istana. Si isteri baru sahaja melahirkan seorang anak
lelaki. Mereka menamakannya Bujang Terboyoi. Malangnya, ahli nujum menilik bayi itu boleh
mendatangkan bencana. Sultan menitahkan dia dibuang ke dalam hutan.

Si ibu amat sedih. Dia membawa anaknya merentas hutan Mereka mendaki tujuh gunung.
Bujang Terboyoi berlagu memujuk ibunya.

“Tinggalkanlah saya di sini, mak. Tuhan ada bersama-sama saya. Pergilah emak pulang.
Doakanlah saya. Maafkanlah saya,” katanya Si ibu amat terharu tetapi apalah dayanya Anak
ecilnya itu terpaksa ditinggalkan. Bujang Terboyoi membesar di dalam hutan. Dia menjadi
pemuda yang gagah dan tampan. Pada suatu malam, Bujang Terboyoi bermimpi bahawa kedua-
dua ibu bapanya amat merindukannya.

Pada pagi esoknya, Bujang Terboyoi keluar menuju ke istana. Dalam perjalanan, dia
berjumpa bermacam-macam binatang. Singa, gajah dan ular menghalang perjalanannya. Namun
semuanya kasihan akan Bujang Terboyoi. Bujang Terboyoi hidup sendiri. Bujang Terboyoi
hendak mencari ibu bapanya.

Singa mengajarnya menjadi tangkas. Harimau mengajarnya ilmu melawan musuh. Gajah
mengajarnya ilmu untuk menjadi kuat. Ular pula menghadiahkannya sebentuk cincin sakti.

Tidak lama kemudian, Bujang Terboyoi sampai di istana. Semua yang melihatnya hairan.
Mereka tertanya-tanya siapakah pemuda kacak itu? Putera dari manakah gerangannya?

Bujang Terboyoi memohon menghadap Sultan. Sultan memperkenankan permohonannya .


Baginda bertanya akan hajat Bujang Terboyoi.
“Patik ingin menjaga kedua-dua orang tua ini, tuanku. Patik kasihan melihat mereka,” kata
Bujang Terboyoi. Dia menunjuk kea rah sepasang suami isteri,pekerja istana.

“Silakanlah, beta tiada halangan,” titah sultan. Bujang Terboyoi membawa mereka ke air
terjun. Dia memandikan dan melangirkan mereka pakaian yang indah-indah. Dia member
mereka makan makanan yang lazat-lazat. Kemudian, bujang Terboyoi menggosok-gosok cincin
saktinya. Tiba-tiba terdiri sebuah istana yang amat cantik. Kedua-dua orang tua itu amat
terperanjat. Dengan segera Bujang Terboyoi melutut di kaki mereka.

“Sayalah anak ayah dan ibu. Sayalah Bujang Terboyoi. Ampunkanlah saya ibu dan ayah,”
kata Bujang Terboyoi dengan terharu. Kedua-dua ibu bapanya amat gembira. Mereka menangis
kegembiraan.

Sultan menjodohkan Bujang Terboyoi dengan puterinya. Apabila sultan mangkat, Bujang
Terboyoi di tabalkan menjadi raja.

Anda mungkin juga menyukai