Anda di halaman 1dari 17

PROGRAM SARJANA MUDA PENGAJARAN (PENDIDIKAN RENDAH) DENGAN KEPUJIAN

FAKULTI PENDIDIKAN DAN BAHASA

SEMESTER MEI 2017

KOD SUBJEK : HBMT4203_V2

NAMA SUBJEK : PENGAJARAN MATEMATIK MENENGAH ATAS BAHAGIAN I

TUTOR : TAN MOOI YOKE

NAMA : NORZAKIAH HAYATI BINTI MOHD IDRIS

NO MATRIK : 820804085550001

NO K/P : 820804085550

NO.TEL : 0195298124

EMAIL : zafirahhuda@gmail.com

PUSAT PEMBELAJARAN : SEAMEO, RECSAM GELUGOR


ISI KANDUNGAN

BIL PERKARA HALAMAN


1.0 PENDAHULUAN 2
2.0 SOROTAN LITERATURE PENDEKATAN INDUKSI- 3
DEDUKSI DALAM PROSES PENGAJARAN DAN
PEMBELAJARAN
3.0 RANCANGAN PENGAJARAN : PENDEKATAN INDUKSI 6
DAN DEDUKSI
4.0 SALAH FAHAM PELAJAR DALAM MENJANA 11
KESIMPULAN MENGGUNAKAN INDUKSI DAN
DEDUKSI SERTA KAEDAH PENYELESAIANNYA.
5.0 PENUTUP 14
RUJUKAN 16

1
1.0 PENDAHULUAN

Pendekatan pembelajaran merupakan cara atau kaedah yang digunakan guru untuk
memudahkan proses pengajaran semasa mengajar di dalam kelas. Pendekatan pembelajaran
digunakan sebagai pemudahcara bagi guru untuk menyampaikan isi pelajaran guru supaya
pelajar dapat menguasai dan memahami secara keseleruhan topik pembelajaran guru dengan
mudah.

Menurut Sagala (2010:68) menjelaskan bahawa ‘pendekatan pembelajaran merupakan proses


yang perlu dilakukan oleh guru dalam mencapai tujuan atau objektif pengajaran’. Manakala
menurut Wahjoedi (1999:121) menyatakan bahawa, “Pendekatan pembelajaran adalah cara
mengelola kegiatan belajar dan tingkahlaku pelajar agar ia dapat aktif melakukan tugas
belajar sehingga dapat memperoleh hasil belajar secara optimum”.

Oleh kerana pembelajaran adalah satu proses untuk mengembangkan potensi-potensi yang
ada pada setiap pelajar maka pendekatan yang sesuai perlu dipilih sewaktu proses
pembelajaran di dalam kelas. Guru sentiasa dituntut untuk sentiasa meningkatkan kualiti
kaedah pembelajaran yang digunakan untuk menyampaikan ilmu setiap hari. Terdapat
banyak kaedah pengajaran yang boleh dipilih mengikut potensi murid-murid. Tugasan kali ini
akan membincangkan secara terperinci berkaitan pendekatan induksi dan deduktif yang
digunapakai. Untuk itu, sebelum perbincangan lebih lanjut, kita perlu mengetahui maksud
dan konsep bagi induksi dan deduksi secara ringkas.

Maksud Induksi adalah penggunaan kuasa minda dengan memerhati peristiwa tertentu bagi
menghasilkan sesuatu kesimpulan. Pendekatan induksi dimulakan dengan sesuatu sebab atau
contoh seterusnya kepada sesuatu generalisasi ((J.M Kierzek dan W.Gibson, 1960). Ia
melibatkan satu proses pembelajaran yang tinggi kerana melibatkan aktiviti mengumpul dan
mentafsir maklumat, membuat generalisasi serta kesimpulan (Kamarudin Husin & Siti Hajar
Abdul Aziz, 2004). Di mana konsep induksi ini lebih kepada mempelajari sesuatu
berdasarkan sesuatu hukum. Induksi juga melibatkan proses menghasilkan fakta untuk
membuktikan satu pernyataan umum dan boleh disimpulkan sebagai membuat satu
penghuraian daripada khusus kepada umum.

Manakala deduksi pula adalah sesuatu pendekatan pembelajaran yang bermula daripada
suatu atau beberapa rumus, prinsip, hukum, teori atau peraturan diikuti dengan aplikasinya

2
ke atas contoh-contoh yang dikhususkan. Pendekatan ini digunakan untuk menghasilkan satu
kesimpulan atau generalisasi yang baru daripada rumus, prinsip, hukum, atau teori yang telah
diketahui. Pendekatan ini merupakan pendekatan yang menggunakan kaedah mengajar yang
kompleks. Melalui pendekatan pengajaran ini, masalah atau hipotesis harus didedahkan
terlebih dahulu. Murid harus dibimbing mengingati semula membuat generalisasi, prinsip
atau teori yang membolehkan mereka menyelesaikan masalah atau hipotesis yang diutarakan.
Pendekatan deduksi dapat disimpulkan sebagai satu proses pengajaran yang bermula
daripada umum kepada spesifik/konkrit.

Daripada pengertian pendekatan pembelajaran yang dinyatakan dapat disimpulkan bahawa,


pendekatan pembelajaran merupakan cara kerja yang mempunyai sistem untuk memudahkan
pelaksanaan proses pembelajaran dan membolehkan pelajar mempraktikkannya seterusnya
membantu mereka dalam mencapai objektif yang telah ditetapkan guru.

2.0 SOROTAN LITERATURE PENDEKATAN INDUKSI-DEDUKSI DALAM


PROSES PENGAJARAN DAN PEMBELAJARAN

2.1 Artikel 1 : Aplikasi pendekatan dalam bilik darjah.(EDU 3103 Murid dan
alam belajar)
www.fp.utm.my/ePusatSumber/pdffail/ptkghdfwP2/p_2012_10773_86f... · PDF file

Rujukan :https://www.scribd.com/doc/9606495/Pendekatan -Mengajar

Artikel ini menerangkan berkaitan kaedah perlaksanaan pendekatan induktif dan


deduktif di dalam kelas.

2.1.1 Pendekatan induksi (induktif)


 Guru memulakan pengajaran dengan memberikan beberapa contoh
yang khusus dan membuat kesimpulan untuk membentuk sesuatu
konsep.
 Guru boleh menggunakan kaedah penemuan inkuiri kerana
melibatkan proses memerhati, mengkaji dan menganalisis sesuatu
aspek sebelum membuat generalisasi.
 Pendekatan ini sesuai digunakan untuk pelbagai mata pelajaran
khususnya matematik, sains dan juga bahasa.

2.2.2 Pendekatan deduksi (deduktif)

3
 Guru memulakan dengan peraturan konsep atau suatu penyataan umum
tentang apa yang akan dibuktikan pada akhir sesi pengajaran .
 Guru memberi contoh sebagai bukti tentang peraturan konsep yang
akan diajar.
 Guru mencungkil ciri-ciri utama dan bukan utama kosep berkenaan
dengan cara membuat sesi soal jawab bersama pelajar.
 Guru dan murid berbincang dan menyenaraikan beberapa lagi contoh
dan bukan contoh kosep yang diperlajari dalam kelas.
 Murid kemudiannya dikehendaki mengkelaskan contoh-contoh
tersebut kepada contoh dan bukan contoh dan menerangkan sebab
berdasarkan ciri-ciri penting peraturan konsep yang sedang diperlajari.

2.2 Artikel 2: ‘Detailed Lesson Plan Of Similar Triangle’- Menggunakan


Pendekatan Induksi

Rujukan:http://www.slideshare.net/jesnienadatel/detailed-lesson-plan-of-similar-
triangle

Dalam artikel ini, guru menggunakan kaedah pendekatan induksi untuk mengajar
subtopik “Similar Triangle”.

 Guru memulakan pengajaran dengan mengajukan soalan kepada pelajar tentang


objek yang mereka boleh lihat di sekeliling mereka. Pelajar secara rawak akan
menyebut apa sahaja objek yang mereka boleh lihat seperti tiang bendera, pokok,
bangunan dan sebagainya.
 Guru seterusnya mengemukakan soalan bagaimana mengukur atau menyukat tinggi
pokok tanpa memanjatnya. Guru menunggu respon ingin tahu daripada pelajar.
 Guru menayangkan satu video pendek yang berkaitan seterusnya bertanya kepada
pelajar bagaimana seseorang menentukan ukuran tinggi pokok tanpa memanjat pokok
itu. Kebanyakan pelajar memberi bermacam-macam jawapan yang mereka fikirkan
berdasarkan apa yang mereka lihat di sekeliling.
 Guru mendengar semua jawapan pelajar dan menunggu sehingga jawapan perkaitan
konsep yang sesuai digunakan itu disebut oleh pelajar. Setelah seorang pelajar
menyebut konsep nisbah dan kadar, guru memuji pelajar itu dan seterusnya

4
membimbing pelajar untuk membuat kesimpulan iaitu tayangan video yang dilihat itu
merupakan aplikasi bagi konsep nisbah dan kadar.
 Dalam sesi perkembangan, guru akan memberi contoh dua segitiga dan meminta
pelajar membuat pemerhatian. Dalam sesi ini guru ingin pelajar dapat melihat
hubungan antara dua segitiga itu dan dapat memerhati bahawa sisi bagi segitiga yang
besar adalah adalah dua kali sisi yang sepadan bagi segitiga yang kecil.
 Seterusnya guru bersama-sama pelajar berbincang menyelesaikan dua soalan yang
berkaitan dengan pengaplikasian pengetahuan konsep yang dijana oleh pelajar
sebentar tadi. Manakala soalan kedua lebih kepada mempraktikkan konsep pada
susunan objek yang berbentuk segitiga.
 Guru akhirnya memberi beberapa soalan kepada pelajar untuk menguji kefahaman
konsep.

2.3 Artikel 3: ‘Product Rule for Exponent-Like Terms with Exponent”- Menggunakan
Pendekatan Deduksi

Rujukan: www.slideshare.net/jesnienadatel/detailed-lesson-plan-40148767?related=1

Dalam artikel ini, guru menggunakan kaedah pendekatan deduksi untuk mengajar
subtopik “Product Rule for Exponent-Like Terms with Exponent”.

 Guru memulakan pengajaran dengan meminta pelajar untuk membentuk kumpulan.


Setiap kumpulan terdiri daripada lima orang. Setiap kumpulan diminta berada dalam
kumpulan dan membentuk bulatan.
 Seterusnya guru memberi arahan bagi aktiviti yang akan dijalankan. Setiap
kumpulan diminta untuk mengambil bahan bantu mengajar iaitu kepingan kad dari
guru. Kad-kad itu mempunyai dua warna iaitu kuning dan hijau. Dalam arahan itu,
apabila guru memberi dua nombor contohnya nombor 4 dan 5, pelajar diminta untuk
menyusun cip kepada 4 baris dan 5 kumpulan. Ini bermaksud nombor yang pertama
merujuk kepada bilangan baris manakala nombor yang kedua merujuk kepada
bilangan kumpulan. Kad yang berwarna kuning mewakili nombor genap manakala
kad berwarna hijau mewakili nombor ganjil. Sekiranya hasil tambah kedua-dua
nombor yang diberi adalah nombor genap, maka pelajar diminta memilih kad yang
berwarna kuning dan apabila hasil tambah kedua-dua nombor adalah nombor ganjil

5
maka murid diminta untuk memilih warna hijau. Aktiviti ini bertujuan untuk
mengukuhkan konsep nombor asas dan kuasa.
 Aktiviti tersebut mengambil masa selama 10 minit. Selepas selesai menjalankan
aktiviti, guru mengucapkan terima kasih kepada pelajar kerana melibatkan diri dengan
aktif dalam tugasan tadi.
 Seterusnya, guru meminta pelajar untuk memberitahu konsep yang dipelajari dalam
kelas sebelum ini dan pelajar menjawab bahawa konsep pelajaran sebelum ini
berkaitan dengan asas dan kuasa. Kemudian guru memberi soalan-soalan spontan
yang mudah berkaitan dangan asas dan kuasa dan dijawab secara spontan oleh pelajar.
Tujuan guru bertanya mengenai konsep pelajaran sebelum ini adalah untuk dikaitkan
dengan pelajaran hari ini mengenai hukum pendaraban bagi kuasa yang mempunyai
sebutan yang sama.
 Guru memberi contoh-contoh yang berkaitan dengan pelajaran hari ini seterusnya
membuat kesimpulan konsep iaitu hasil darab bagi hukum kuasa adalah apabila
mendarab dua nombor kuasa yang mempunyai asas yang sama, kuasnya mestilah
ditambah.
 Guru akhirnya memberi beberapa soalan kepada pelajar untuk mengukuhkan
penguasaan konsep.

3.0 RANCANGAN PENGAJARAN : PENDEKATAN INDUKSI DAN DEDUKSI

Mata Pelajaran : Matematik Tambahan

Tingkatan : 5 Al-Radzi

Masa : 8.30 pagi – 9.30 pagi (60 minit)

Tajuk : Janjang Aritmetik

Objektif Pengajaran dan Pembelajaran: Di akhir pengajaran dan pembelajaran, pelajar dapat:

i. Menyelesaikan masalah yang melibatkan Janjang


Aritmetik
ii. Menyelesaikan masalah di dalam kehidupan seharian
dengan menggunakan Janjang Aritmetik

Penerapan Nilai : i. Berusaha ii. Ketekunan iii. Bekerjasama

6
KBKK : i. membuat analisis

ii. Mentafsir maklumat


iii. Merancang strategi
iv. Menyelesaikan masalah
v. Menjana dan berkongsi idea

Bahan Bantu Mengajar : Slaid power point, lembaran kerja.

Pengetahuan sedia ada : pelajar telah mempelajari subtopik awal yang terdapat di dalam
tajuk janjang

i. Satu jujukan yang diberi adalah Janjang Aritmetik


ii. Mencari sebutan ke – n bagi janjang aritmetik
iii. Mencari hasil tambah n sebutan pertama dengan
menggunakan rumus
iv. Mencari sebutan ke – n menggunakan rumus Tn = Sn – Sn-1
v. Mencari hasil tambah sehingga sebutan yang cukup besar
bagi Janjang Aritmetik

FASA ISI KANDUNGAN AKTIVITI PENGAJARAN DAN CATATA


PEMBELAJARAN N
Soalan mengingati 1. Guru mengimbas kembali Teknik:
SET semula topik yang telah topik-topik janjang yang telah Penyoalan
INDUKSI dipelajari: dipelajari. dan
(5 minit) i. Menetukan 2. Guru memilih pelajar secara sumbang
sama ada rawak untuk menjawab saran.
sebutan soalan-soalan ringkas
merupakan berkaitan topik yang telah
janjang dipelajari.
aritmetik 3. Guru menerangkan ABM:
atau hubungkait isi pelajaran baru Papan Putih
sebaliknya. dengan topik yang telah Buku Teks
ii. Mencari dipelajari.
sebutan ke-
n

7
Langkah yang perlu 1. Guru menerangkan kaedah Strategi :
LANGKAH pelajar kuasai: dan rumus yang perlu Pendekatan
1 i. Memahami digunakan dalam Induktif
( 20 minit) masalah meneyelesaikan masalah
ii. Merancang janjang aritmetik. Teknik :
strategi 2. Pelajar mendengar dan Penerangan
penyelesaian memberi tumpuan terhadap Soal jawab
iii. Melaksanak penerangan guru.
an strategi 3. Pelajar juga membuat catatan ABM :
penyelesaian daripada isi kandungan Aktiviti di
iv. Menyemak penerangan guru di hadapan. papan putih
semula. 4. Guru meminta respon pelajar
sama ada mereka faham atau
Rumus yang perlu sebaliknya.
pelajar gunakan untuk 5. Guru mengulangi penerangan
menyelesaikan sekiranya ada yang masih
masalah: tidak faham.
i. Sebutan ke – 6. Guru memberi contoh soalan
n dalam satu penyelesaian masalah dalam
janjang kehidupan harian untuk
aritmetik pelajar jawab sebelum ke
T n = a + (n – 1) d aktiviti seterusnya.
a = sebutan pertama 7. Guru menunjukkan jalan
d = beza sepunya penyelesaian masalah yang
ii. Hasil berkaitan dan membimbing
tambah bagi pelajar untuk mendapatkan
sebutan n jawapan.
pertama 8. Guru menerangkan bahawa
Janjang pelajar perlu memahami
Aritmetik soalan bahawa jarak kereta
S n = n/2 [2a + (n – 1)d] pada setiap minit merupakan
satu janjang aritmetik.
Soalan : (40,100,160…….) dengan a =

8
Semasa ujian landasan 40 dan d= 60.
kereta disebuah kilang, 9. Guru menunjukkan kaedah
seorang penguji meletakkan nilai yang
memandu kereta sejauh diberikan pada rumus yang
40m pada minit akan digunakan dalam
pertama. 100m pada penyelesaian masalah.
minit ke dua dan jarak
seterusnya bertambah
60m pada setiap minit
berikutnya.
i. Kirakan
jarak kereta
pada minit
ke 10
ii. Bilakah
jumlah jarak
kereta
melebihi
12.2km pada
kali
pertama?
1. Guru mengedarkan lembaran Strategi :
LANGKAH Aktiviti menyelesaikan kerja dan meminta kepada Pendekatan
2 masalah secara individu pelajar melengkapkannya deduktif.
(15 minit ) dalam lembaran kerja 1. dengan menggunakan rumus
Contoh Soalan 1: yang telah diterangkan Teknik :
Suatu objek dilepaskan sebelum ini. Jawab
dan jatuh bebas dari 2. Masa selama 10 minit di soalan
ketinggian 16m pada tetapkan untuk pelajar
saat pertama, 48m pada menjawab soalan pada ABM :
saat kedua, 80m pada lembaran kerja secara Lembaran
saat ketiga dan individu. kerja
seterusnya. Cari jumlah 3. Guru memantau pelajar dan

9
jarak yang dilalui oleh membimbing pelajar yang
objek tersebut sehingga tidak dapat menjawab soalan.
ke 18. 4. Selepas masa menjawab
Jawapan : tamat, guru memilih beberapa
16,48,80…. orang pelajar untuk
a = 16 membentangkan hasil
d = 48 – 16 jawapan mereka di papan
= 32 putih.
S18 = 18/2 [2a + 17d] 5. Ganjaran diberikan kepada
= 9[2(16) + 17(32)] pelajar yang menjawab soalan
= 9(576) tersebut.
= 5184
PENGUKU Lembaran kerja 2 1. Guru meminta pelajar ABM :
HAN melengkapkan beberapa Lembaran
(15 minit) soalan pada lembaran kerja kerja.
yang diedarkan sebagai
pengukuhan dan latih tubi.
2. Perbincangan jawapan
dilakukan selepas itu.
Rumusan 1. Guru meminta respon pelajar
PENUTUP dan tentang tahap kefahaman
( 5 minit) ulasan guru. mereka terhadap topik yang
telah dipelajari.
2. Pelajar memberi respon
dengan mengangkat ibu jari
ke atas menandakan mereka
dapat menguasai dengan baik.
3. Guru bertanyakan kepada
pelajar sekiranya masih ragu-
ragu dengan isi pelajaran
pada hari ini.
4. Guru merungkaikan keraguan
pelajar yang ada terhadap isi

10
pelajaran.
5. Guru membuat rumusan dan
menamatkan sesi pengajaran
dan pembelajaran dengan
memberi salam kepada
pelajar.

4.0 SALAH FAHAM PELAJAR DALAM MENJANA KESIMPULAN


MENGGUNAKAN INDUKSI DAN DEDUKSI SERTA KAEDAH
PENYELESAIANNYA.

Soalan :
Kayu balak yang telah ditebang, disusun dengan baris teratas mengandungi 15 batang
kayu balak dan baris terbawah mengandungi 41 batang kayu balak. Setiap baris yang
berturutan dibawahnya mengandungi dua batang kayu balak lebih daripada baris
sebelumnya.
a. Tentukan sama ada janjang yang dibentuk di atas adalah janjang aritmetik atau
janjang geometri?
b. Berapakah bilangan baris kayu balak itu boleh disusun?
c. Cari bilangan kayu balak yang terletak pada baris ke sepuluh?

Daripada situasi dan contoh soalan di atas, pelajar memerlukan beberapa kesimpulan
untuk menyelesaikannya. Namun begitu ada kalanya pelajar terlepas pandang
menyebabkan berlakunya salah faham atau tersalah konsep dalam mendapatkan jawapan.
Antaranya:

1. Pelajar keliru antara konsep janjang Aritmetik dengan janjang geometri menyebabkan
pelajar gagal membuat perbezaan.
 Contoh soalan a
Pendekatan Induksi
i. Pelajar gagal membezakan konsep janjang aritmetik dan janjang geometri
ii. Pelajar gagal menentukan antara janjang aritmetik dan janjang geometri.

11
Cara mengatasi masalah
i. Penenkanan harus diberikan kepada konsep/istilah janjang untuk
dibezakan.
ii. Pengetahuan sedia ada pelajar harus diberi perhatian dan peka kepada
bahagian isi kandungan yang pelajar lemah.

Kaedah Penyelesaian Masalah


i. Pelajar perlu menentukan jujukan nombor yang diberi dengan beza
atau nisbah antara dua sebutan yang berturutan dan pemalar yang
terhasil.
ii. Pelajar perlu mengenalpasti hasil beza antara dua sebutan sebagai
pemalar.
iii. Pelajar perlu menguji rumus yang dikenalpasti iaitu janjang yang
dibentuk adalah : 15, 17,19…….,41
T2 – T1 = 17 – 15 = 2
T3 – T2 = 19 – 17 = 2
T3 – T2 = T2 – T1,…
iv. Maka, janjang yang dibentuk adalah janjang aritmetik.

ii) Pelajar gagal menggunakan rumus untuk mencari nilai sebutan ke – n suatu janjang
aritmetik.
 Contoh soalan c
Pendekatan deduksi
i. Pelajar gagal mengaplikasikan rumus dalam menentukan nilai untuk
menyelesaikan masalah.
ii. Pelajar menjadi keliru untuk mengantikan nilai n, d , a dan T

Cara mengatasi masalah


i. Penenkanan harus diberikan guru untuk pelajar dapat membezakan istilah

12
n (nilai sebutan ke..), d (beza sepunya) a (sebutan pertama) dan T (
sebutan ke…)
ii. Guru perlu memastikan pelajar dapat membezakan setiap istilah/ konsep
untuk memudahkan mereka menggantikan nilai pada rumus yang
diberikan.

Kaedah Penyelesaian Masalah


i. Pelajar perlu menentukan rumus yang akan digunakan iaitu
Tn = a + (n – 1)d
ii. Mengenalpasti maklumat yang diperlukan untuk menyelesaiakan
masalah.
- Baris terbawah mengandungi 41 batang kayu balak
- Nilai a = 15
- Nilai d = 2
- Nilai n = ?
iii. Menggantikan nilai pada rumus
- Tn = a + (n-1)d
41 = 15 + (n – 1)2
41 = 15 + 2n – 2
41 – 15 + 2 = 2n
n = 14
iv. Mendapatkan jawapan dan membuat semakan.
- Maka kayu balak tersebut boleh disusun dalam 14 baris

Selain daripada topik janjang aritmetik, topik-topik lain juga ada ketikanya pelajar
akan mengalami salah faham terutamanya salah faham berkaitan dengan konsep. Contohnya
bagi topik Geometri. Antara salah faham pelajar yang sering timbul adalah dari segi
kefahaman konsep dan kemahiran mengira.

i. Kefahaman konsep
a. Kekeliruan menentukan bentuk 2D dan 3D.
b. Kesukaran melibatkan kedudukan rajah

13
c. Kesukaran memahami ciri-ciri bentuk rajah
d. Kesukaran membayangkan bentangan rajah.

ii. Kemahiran mengira


a. Kekeliruan mengenalpasti rumus atau formula untuk mendapatkan luas,
perimeter dan isi padu.
b. Kelemahan pelajar dalam sifir.

Oleh itu untuk mengatasi masalah di atas, guru perlu sentiasa peka dengan keupayaan pelajar
dalam mneguasai isi pelajaran yang disampaikan. Guru juga perlu sentiasa dapat
mengenalpasti bahagian-bahagian isi kandungan yang mungkin agak sukar untuk dikuasai
pelajar teutamanya pelajar yang mempunyai tahap penguasaan yang sederhana atau lemah.

Suasana pembelajaran yang dipelbagaikan mungkin dapat memastikan pelajar dapat


menguasai apa yang diajar. Antaranya adalah:

i. Penggunaan pendekatan yang sesuai sama ada pendekatan induktif, deduktif,


integratif dan eklektif.
ii. Penggunaan strategi yang pelbagai seperti pemusatan guru, pemusatan murid,
berasakan bahan dan berasaskan tugasan atau aktiviti.
iii. Pemilihan kaedah yang bersesuaian seperti dimulakan dengan mengenalpasti
masalah, merancang penyelesaian, mengumpul maklumat, mentafsir maklumat
dan membuat kesimpulan.
iv. Sumber bahan yang digunakan sesuai dan dapat membantu proses pengajaran dan
dapat membantu pelajar.

5.0 PENUTUP
Secara keseluruhannya dapatlah dirumuskan bahawa keupayaan menguasai subjek
Matematik adalah bergantung kepada keupayaan pelajar membina pengetahuan konsep
secara kendiri. Keupayaan ini adalah melalui pendekatan yang digunakan guru secara
induksi dan deduksi di semasa proses pengajaran dan pembelajaran.

Di samping itu, guru perlulah sentiasa peka kepada tahap penguasaan pelajar semasa di
dalam kelas. Ini kerana apabila wujudnya salah faham dalam kalangan pelajar terhadap isi

14
kandungan pelajar yang diajar menyebabkan mereka akan gagal untuk menguasai topik
tersebut seterusnya gagal menjana kesimpulan yang sepatutnya.

Oleh itu peranan guru amatlah besar untuk menjadikan persekitaran kelas semasa proses
pembelajaran berjalan lancar. Bermula daripada perancangan sehinggalah semasa
perlaksanaan proses pengajaran perlulah dibuat dengan teratur dan sistematik. Pemilihan
pendekatan secara induksi dan deduksi menjadi faktor utama untuk pelajar menguasai isi
kandungan pelajaran. Di samping itu, penggunaan teknik, kaedah atau strategi pengajaran
yang baik dapat menarik minat pelajar untuk terus berada dan memberi tumpuan kepada
isi kandungan pelajaran yang disampaikan guru. Tidak dilupakan juga pemilihan bahan
bantu mengajar seperti buku, modul, carta atau bahan maujud yang sesuai dengan topik
yang diajar adalah lebih membantu penguasaan pelajar.

15
Rujukan
Lai Kim Leong et.al (April 2016). HBMT4203 Teaching of upper secondary Mathematics
Part 1.Selangor OUM.
Lim Swee Hock.et.al (2011). Matematik Ting.4. Darul Fikir.Cheras.Kuala Lumpur
Rosemary Wong (2016). Whizz Thru SPM Matematik Tambahan.Nota ekspress.Oxford
Fajar sdn.bhd.Kuala Lumpur.
Definisi.org/search/maksud-jujukan-dan-siri
Eprints.usm.my/10634/1/model_Garch_dan_jujukan_bersyarat….pdf file
https://www.slideshare.net/zabidah/janjang-aritmetik-8210694
MEWAHILMU.BLOGSPOT.COM/2012/10/kaedah-induktif-dan-deduktif.html
Mudah_addmath.blogspot.com/2012/12/bab-1-janjang.html
www.academia.edu/8496998/MASALAH-
MASALAH_DALAM_PENGAJARAN_DAN_PEMBELAJARAN

16

Anda mungkin juga menyukai