Anda di halaman 1dari 10

BAHASA MELAYU TAHUN 4

PENILAIAN BULAN MEI


KERTAS 1
Masa : Satu jam lima belas minit

Nama : ………………………………………………. Tarikh : …./ 5 / 2017


Tahun : 4 ( )

1. Kertas soalan ini mengandungi dua bahagian: Bahagian A dan Bahagian B.


2. Kamu dikehendaki menjawab semua soalan dalam kedua-dua bahagian ini.
3. Tiap-tiap soalan dalam Bahagian A diikuti oleh empat pilihan jawapan, iaitu A, B, C dan D. Bagi setiap soalan, pilih
satu jawapan sahaja. Hitamkan jawapan kamu pada kertas jawapan objektif yang disediakan. Jika kamu hendak menukar
jawapan, padamkan tanda yang telah dibuat. Kemudian hitamkan jawapan yang baharu.

BAHAGIAN A
[20 markah]

Soalan 1 hingga 16
Isi tempat kosong dengan jawapan yang paling sesuai .

1 “Hai, kawan-kawan! Cikgu Mahani meminta _______________menerangkan carta Zat Makanan,”


kata Kai Chun kepada kawan-kawannya.

A kita
B kami
C beliau
D mereka

2 Aznan dan keluarganya ________________ keluarga Encik Mohan ke rumah mereka.

A mengunjungi
B mengundang
C menghalau
D menarik

3 Apabila hujan berhenti, mereka __________________ perlawanan bola jaring semula.

A mengurus
B menyambung
C memutuskan
D mengumumkan

4 Selepas bergotong-royong, penduduk kampung ____________________ bersama-sama.

A berselera
B menyelerakan
C menjamu selera
D menikmati selera

Norhayati/BM T4/K1/MS 1
5 Doktor mencabut se______________ gigi Ali yang telah rosak.

A batang
B ketul
C buah
D biji

6 Wajah Siew Min masam macam _____________ kerana bimbang tidak dapat ke rumah Kamal.

A hempedu
B jering
C kicap
D cuka

7 Saya mengambil se_____________ durian sahaja untuk merasainya.

A biji
B ulas
C potong
D pangsa

8 Kita mesti membuat ____________________ gigi enam bulan sekali.

A pemeriksaan
B peperiksaan
C diperiksa
D periksa

9 Siew Min telah berjaya mendapat tempat pertama ______________ peperiksaan baru-baru ini.

A dari
B dalam
C dengan
D terhadap

10 Kai Chun membantu ______________ menggantung kain rentang dan menampal poster program
COMBI.

A wartawan
B sasterawan
C angkasawan
D sukarelawan

11 Aznan menjadi _____________________ dalam pasukan bola sepak sekolahnya.

A ikut jejak
B curi tulang
C ayam tambatan
D berpeluk tubuh

Norhayati/BM T4/K1/MS 2
12 Semasa melawat Puan Sarina di hospital, kami membawa ____________ untuknya.

A buah hati
B buah mulut
C buah tangan
D buah fikiran

13 Sewaktu hujan turun, keadaan di padang yang tenang menjadi _________________.

A sorak-sorai
B licin-licau
C kelam-kabut
D kusut-masai

Pilih ayat yang sama maksud dengan ayat yang diberi.

14 Cikgu Salim memberi kebenaran kepada Anis untuk ke kedai buku.

A Anis meminta kebenaran untuk pergi ke kedai buku.


B Anis dan Cikgu Salim mendapat kebenaran untuk ke kedai buku.
C Cikgu Salim mendapat kebenaran daripada Anis untuk ke kedai buku.
D Anis mendapat kebenaran daripada Cikgu Salim untuk pergi ke kedai buku.

Pilih ayat yang menggunakan perkataan bergaris dengan betul.

15 I Cahaya hari ini hangat sekali.


II Tidak lama lagi, abang akan memperoleh seorang cahaya mata.
III Tumbuh-tumbuhan memerlukan cahaya matahari untuk hidup.
IV Air muka Sara cahaya sekali setelah mendengar berita baik itu.

A I dan II
B II dan III
C I dan IV
D III dan IV II

Pilih ayat yang betul.

16 A Semoga penuhkan kerusi di bahagian hadapan.


B Minta kemaskan buku-buku yang ada atas meja kamu itu.
C Harap disebut lagi nama lelaki yang tidak bertanggungjawab itu.
D Jemput semua tetamu menikmati juadah yang sudah terhidang di atas meja.

Norhayati/BM T4/K1/MS 3
Soalan 17 hingga 20
Baca petikan di bawah,kemudian jawab soalan-soalan yang berikutnya.

Haikal, John dan Leong bersahabat baik semenjak kecil lagi. Mereka hidup sekampung dan bersekolah
di sekolah yang sama. Ketiga-tiganya murid Tahun Empat. Mereka sentiasa berlumba-lumba dalam
pelajaran. Masing-masing ingin menduduki tempat teratas di dalam kelas.

Dalam peperiksaan tempoh hari, ketiga-tiganya mendapat 4A. Di dalam kelas mereka, John
muncul pelajar terbaik bagi mata pelajaran Bahasa Melayu, manakala Leong mendapat markah tertinggi
bagi Bahasa Inggeris. Haikal pula mendapat 100 peratus dalam Matematik. Guru kelas mereka sungguh
bangga dengan pencapaian ketiga -tiga muridnya yang juga menjadi anak emas sekolah mereka itu.
Walaupun mereka saling berlumba dalam pelajaran, mereka tidak bermusuhan antara satu sama lain.
Malah, mereka saling membantu dalam menghadapi apa juga keadaan. Mereka belajar bersama-sama,
bermain bersama-sama dan jika timbul masalah, mereka akan cuba menyelesaikannya secara muafakat.

Di kampung, mereka terkenal sebagai budak-budak yang ringan tulang. Orang kampung sangat
suka kepada mereka kerana mereka juga ringan mulut. Mereka rajin menolong ibu bapa dan juga
sentiasa bersedia membantu orang kampung. Apabila berselisih dengan orang lain, mereka tidak pernah
masam muka, sebaliknya menegur orang itu dengan ramah.

17. Perkataan 'berlumba-lumba' dalam petikan di atas bermaksud


A berlawan.
B bersaing.
C beriringan.
D berlari.

18. Antara berikut, manakah pernyataan yang salah?


A Haikal mendapat markah penuh dalam Matematik.
B John mendapat markah tertinggi dalam Bahasa Melayu.
C Leong mendapat markah penuh dalam Bahasa Inggeris
D Haikal, John dan Leong mendapat 4A dalam peperiksaan sekolah mereka.

19. Semua perkara di bawah dilakukan oleh tiga sahabat itu bersama -sama, kecuali
A bermain.
B belajar.
C menolong ibu bapa.
D menyelesaikan masalah.

20. Semua simpulan bahasa yang terdapat dalam petikan di atas membawa maksud yang baik, kecuali
A anak emas.
B ringan tulang.
C ringan mulut.
D masam muka.

Norhayati/BM T4/K1/MS 4
BAHAGIAN B
[30 markah]

Soalan 21
Pilih perkataan yang paling sesuai untuk diisi pada tempat kosong dalam petikan yang diberi.

Pilih perkataan yang paling sesuai untuk diisi pada tempat kosong dalam petikan yang diberi.
dan atau pada dalam
di daripada yang kerana

Di negara kita terdapat banyak makanan _______________ enak. Disebabkan negara kita terdiri

__________ berbilang kaum, kita boleh memilih sama ada makan nasi lemak, kuetiau goreng, capati

____________ makan kuih- muih seperti karipap, jemput-jemput dan sebagainya. Untuk bersarapan di

negara kita memang mudah.Banyak gerai dan restoran yang dibuka _____________ setiap awal

pagi.Kita boleh memilih untuk makan apa-apa sahaja yang diminati.

(4 markah)

Soalan 22

a. Garis perkataan yang mempunyai kesalahan ejaan dan tulis ejaan yang betul

Mak Cik Aminah membeli kueh-mueh yang sedap di gerai itu.

Ejaan yang betul : _______________________________________


(2 markah)

b. Sambung dua ayat di bawah dengan kata hubung.

- Guru besar mengingatkan semua guru.


- Semua guru menitikberatkan keselamatan murid-murid.

___________________________________________________________________________

___________________________________________________________________________
(2 markah)

Norhayati/BM T4/K1/MS 5
c. Soalan berikut berdasarkan gambar di bawah.

Apakah kata kerja yang sesuai berdasarkan gambar di atas?

_________________________________________________________________________________
(2 markah)

Soalan 23
Tandakan (  ) pada kata adjektif yang betul.

1. Harimau hutan yang berjaya ditangkap itu sangat ___________________.

comel ganas

2. Nenek Timah yang sudah ____________itu berjalan menggunakan tongkat.

bongkok bongkak

3. Ah Kin begitu _____________berbahasa Inggeris.

fasih pantas

4. Persahabatan Mak Limah dan Mak Gayah sungguh_________.

hangat akrab

5. Linda begitu ________dengan datuknya.

lucu manja

(5 markah)

Norhayati/BM T4/K1/MS 6
Soalan 24
Baca petikan di bawah, kemudian jawab soalan-soalan yang berikutnya.

Aku, Aiman dan Danial sedang menikmati hidangan mi semasa waktu rehat. Sambil makan, kami
berbual tentang perlawanan bola keranjang yang berlangsung semalam. Tiba-tiba,Danial yang duduk
berhadapan denganku berhenti menyuap mi ke mulutnya. Dia memejamkan matanya berulang kali.
Aku bertanya kepada Danial sama ada dia berasa tidak sihat. Danial hanya mengeleng-gelengkan
kepalanya.
Kemudian, Danial muntah di hadapanku. Aku dan Aiman terkejut. Tubuh Danial menjadi lemah
dan tidak bermaya. Aku segera membantu Danial. Aiman pula segera mengambil segelas air suam.
Aiman mengelap mulut Danial dan membantunya minum air suam tersebut. Guru yang bertugas,
Cikgu Tan mengarahkan aku dan Aiman memapah Danial ke keretanya untuk dibawa ke klinik.
Setibanya di klinik, doktor yang merawat Danial mengesahkan dia muntah kerana keracunan
makanan. Danial memberitahu bahawa dia sakit perut selepas minum cendol di sebuah gerai di tepi
jalan. Selepas mengambil ubat, Cikgu Tan menghantar Danial pulang ke rumahnya . Aku dan Aiman
kembali semula ke sekolah. Kami memberitahu Cikgu Lim, guru kelas Danial tentang kejadian ini.
Kejadian yang menimpa Danial memberi pengajaran kepada kami berdua agar lebih berhati-hati
ketika membeli makanan. Makanan yang tercemar boleh menyebabkan berlakunya keracunan
makanan. Kami bertiga sukar untuk melupakan kejadian tersebut.

a. Danial muntah kerana __________________________________________________


(1markah )

b. Perkataan memapah yang terdapat dalam petikan boleh digantikan dengan

____________________________________________________________________
(2 markah )
c. Apakah makanan yang menyebabkan Danial keracunan ?

___________________________________________________________________

___________________________________________________________________
(2 markah)

d. Tandakan ( ) pada pernyataan yang BENAR berdasarkan petikan.

1 Doktor yang merawat Danial mengesahkan dia mengalami


cirit-birit.

2 Kejadian yang menimpa Danial membuatkan dia terpaksa


tinggal di hospital.
3 Makanan yang tercemar boleh menyebabkan berlakunya
keracunan makanan.
4 Cikgu Lim yang membawa Danial ke klinik.

[2 markah]

Norhayati/BM T4/K1/MS 7
Soalan 25
Baca petikan di bawah,kemudian jawab soalan –soalan yang berikutnya.

Telur Omega 3 mengandungi khasiat lima kali ganda berbanding telur biasa. Telur ini juga
mempunyai jumlah kolestrol yang rendah berbanding telur biasa.

Telur ini mengandungi asid lemak Omega 3 , vitamin E, vitamin A dan vitamin D. Vitamin ini
secara tidak langsung dapat mengurangkan risiko penyakit jantung, tekanan darah tinggi, strok, dan
penyakit barah.

Harga telur Omega 3 lebih mahal berbanding telur biasa. Saiznya agak besar.Telur Omega ini
juga boleh membantu meningkatkan pertumbuhan dan perkembangan otak, sistem saraf dan tisu-tisu
mata ( retina ).

Bak kata pepatah, alah membeli menang memakai. Walaupun harganya lebih mahal sedikit
tetapi telur ini amat baik untuk kesihatan kita sekeluarga. Pada masa kini, orang ramai sudah mula
membelinya demi kepentingan pemakanan sihat dan seimbang.

a. Vitamin-vitamin yang terkandung dalam telur Omega 3 ialah ____________________________

____________________________________________________________________________
(3 markah)

b. Mengapakah kita mesti membeli telur Omega 3 ?

____________________________________________________________________________

____________________________________________________________________________
(2 markah)
32 Pada pendapat kamu, apakah yang akan terjadi jika kita tidak mengambil makanan yang
berkhasiat ?

____________________________________________________________________________

____________________________________________________________________________
(3 markah)

KERTAS SOALAN TAMAT

PERHATIAN
Murid yang meniru atau memberi tiru akan dikenakan tindakan.

Disediakan oleh : Pn Norhayati Daud Tandatangan ibu bapa


Disemak oleh : Puan Zaidah Muhamed
…………………………

Norhayati/BM T4/K1/MS 8