Anda di halaman 1dari 7

LAPORAN AKTIVITI MINGGU PANITIA PENDIDIKAN ISLAM 2017

1. NAMA PROGRAM : Aktiviti Minggu Panitia Pendidikan Islam 2017


2. TARIKH : 6-10 November 2017
3. OBJEKTIF : Program ini diharapkan dapat:
 Memberi peluang kepada murid untuk memperkembangkan bakat
melalui acara yang diadakan.
 Melahirkan murid yang mempunyai jati diri dan mempunyai keberanian
yang tinggi.
 Mewujudkan semangat persaingan yang sihat dalam kalangan murid.
 Menanam sikap cintakan tulisan jawi ke dalam jiwa murid-murid
bermula dari sekolah rendah.
 Melahirkan minat dalam kalangan murid untuk menjiwai pelajaran jawi
di sekolah serta sayangkan jawi.
4. SASARAN : Semua guru dan murid
5. AKTIVITI YANG DIJALANKAN :

HARI AKTIVITI
ISNIN  Perhimpunan Rasmi
 Majlis Pelancaran Program Pendidikan
Pencegahan Dadah Peringkat Sekolah
 Ceramah Motivasi Awal Remaja
 Pertandingan Mewarna (Tahap 1)
 Teka Silang Kata Pencegahan Dadah (Tahap 2)
SELASA  Perhimpunan Pagi
 Pertandingan Azan
 Teori Solat Jenazah
 Amali Solat Jenazah
 Penilaian PaFa
RABU  Perhimpunan Pagi
 Aktiviti Bahasa Arab
 Solat Dhuha dan Bacaan Yasin
KHAMIS  Perhimpunan Pagi
 Aktiviti Celik Jawi
JUMAAT  Majlis Khatam Al-Quran
 Ceramah Pengurusan Menangani Gejala
Seksual Dalam Kalangan Murid Sekolah

6. PENILAIAN PROGRAM
6.1 : Kekuatan program:
 Program ini membantu mencungkil bakat murid-murid dalam
aktiviti kerohanian.
 Memberi peluang kepada murid-murid bersaing secara sihat dan
adil dalam pertandingan-pertandingan yang dijalankan.
 Memberi pengalaman baru kepada murid-murid ketika menyertai
aktiviti yang dijalankan guru.
 Membantu murid meningkatkan keyakinan diri ketika berada di
hadapan khalayak ramai.
 Membantu menambah ilmu pengetahuan murid berkaitan hukum-
hukum asas agama.

6.2 Kelemahan program:


 Murid-murid kurang memberi perhatian semasa aktiviti
pertandingan azan dijalankan di dalam dewan.
 Aktiviti Celik Jawi tidak dapat dijalankan mengikut perancangan
kerana ramai murid dan guru terlibat dengan lawatan asrama.

7. PENUTUP:
Secara keseluruhannya, program ini berjalan dengan lancar dan mengikut
seperti yang telah dirancangkan. Diharapkan pada masa akan datang, semua
aktiviti yang telah dirancang dapat dijalankan dengan sempurna.
Disediakan oleh: Disemak oleh:

………………………. ……………………….
(Siti Khadijah bt Hamzah) (Zubaidah bt Mohamad)
Setiausaha, Ketua Panitia Pend. Islam
Panitia Pend. Islam Sek. Keb. Nyalas

Disahkan oleh:

……………………..
(Imran bin Lamin PJK PBB)
Guru Besar
Sek. Keb. Nyalas
8. LAMPIRAN: