Anda di halaman 1dari 28

(http://www.thevocket.

com/10-soal-jawab-anda-kena-tahu-sebelum-jual-beli-tanah-lot/)

KEHIDUPAN (HTTP://WWW.THEVOCKET.COM/KEHIDUPAN/)

10 Soal Jawab Anda Kena Tahu Sebelum Jual Beli Tanah Lot
(http://www.thevocket.com/10-soal-jawab-anda-kena-tahu-
sebelum-jual-beli-tanah-lot/)

Nurulwahida Othman (http://www.thevocket.com/author/wida7/)


November 18, 2015 9:35 AM

Kebelakangan ini, nampaknya terdapat beberapa syarikat aktif menjual tanah lot melalui
perkongsian geran. Sebagai seorang yang mengikuti dunia hartanah, saya memandang
perkembangan ini dengan serius, kerana ia melibatkan kesan-kesan tidak sihat kepada pembeli di
kemudian hari.
Untuk lebih memahami masalah ini, saya menghubungi seorang peguam hartanah
berpengalaman, Tuan Salkukhairi Abd Sukor (https://www.facebook.com/salkukhairi.abdsukor),
seorang partner di Alda Shukri Khairi & Associates, yang juga merupakan Presiden Persatuan
Guaman Hartanah Malaysia (HartaGuam) (https://www.facebook.com/HartaGuam/?fref=ts).

Di bawah, beliau kongsikan 10 soalan lazim tentang urusan jual beli tanah lot:

Soal Jawab Berkenaan Jual Beli Tanah Lot


1. Adakah jual beli tanah lot menguntungkan bagi mereka yang ingin melabur dalam
hartanah?

FB SALKUKHAIRI ABD SUKOR

Jual beli tanah lot boleh menjadi satu pelaburan hartanah yang menguntungkan sekiranya ia
mematuhi beberapa pra-syarat yang ditetapkan.
Pertama, tanah lot itu sendiri mestilah bebas daripada sebarang bebanan (free from all
encumbrances), misalnya tanah lot tersebut telah mempunyai geran individu yang berasingan
serta berstatus bangunan dan boleh dipindahmilikkan kepada pembeli.

Kedua, transaksi jual beli tanah lot tersebut mestilah mengikut prosedur dan peruntukan
undang-undang yang sebenar.

Contohnya, transaksi jual beli tanah lot tersebut hendaklah diuruskan oleh peguam dan
mengguna pakai satu perjanjian jual beli secara bertulis yang memasukkan terma-terma yang
melindungi hak dan kepentingan pembeli, dan urusan pindahmilik daripada penjual kepada
pembeli hendaklah didaftarkan di pejabat tanah yang berkenaan.

Ketiga, tanah lot tersebut mestilah boleh digunakan untuk didirikan rumah diatasnya. Tiada
guna membeli tanah lot tetapi tidak boleh digunakan untuk didirikan rumah di atasnya.

Misalnya, tanah lot tersebut tidak termasuk dalam zoning perumahan, atau keluasan tanah lot
itu terlalu kecil dari segi saiznya atau bentuknya sehingga menyebabkan ianya tidak praktikal
untuk didirikan rumah yang selesa di atasnya.

Sekiranya pra syarat di atas dipatuhi, tidak mustahil urusan jual beli tanah lot boleh menjadi satu
bentuk pelaburan hartanah yang menguntungkan.

2. Bagaimana, untuk pembeli, memastikan tanah lot yang dibeli benar-benar wujud dan
bukan menjadi mangsa penipuan?
JUALSEWATANAH.COM

Mudah sahaja sebenarnya. Untuk memastikan sesuatu tanah lot yang ingin dibeli itu memang
benar-benar wujud, pembeli hendaklah meminta daripada penjual salinan hakmilik (geran)
individu yang berasingan untuk tanah lot
tersebut.

Sekiranya penjual berdolak-dalik atau enggan untuk memberi salinan geran individu tanah lot
yang ingin dijual tadi, besar kemungkinan, tanah lot tadi memang tidak wujud atau geran
individu yang berasingan dan berstatus bangunan untuk tanah lot tersebut masih belum ada.

Pembeli jangan mudah terpedaya apabila dibawa oleh penjual atau wakilnya untuk melawat
tapak (site visit) tanah lot yang dikatakan ingin dijual itu. Belum tentu tapak yang cantik dan
terang atau lokasinya yang strategik memberi indikasi yang hakmilik individu yang berasingan
terhadap tanah lot tersebut telah wujud.

Sebab itu sebagaimana yang saya nyatakan tadi, perkara pertama sekali yang anda kena dapatkan
daripada penjual sebelum buat keputusan untuk beli tanah lot adalah salinan geran individu
yang berasingan.
Sekiranya penjual enggan beri atau memang sah ianya masih belum ada geran individu yang
berasingan, eloklah dilupakan sahaja hajat anda untuk membelinya kerana ianya adalah berisiko.
Secantik mana sekalipun keadaan tanah lot itu atau strategik mana sekalipun lokasinya,
sekiranya ia tiada geran individu yang berasingan, ianya tidak akan memberi apa-apa makna
kepada anda.

Sekiranya pembeli telah memperolehi salinan geran tanah lot tersebut daripada penjual,
lakukanlah carian persendirian di pejabat tanah dimana tanah lot tadi terletak. Daripada carian
itu, pembeli dapat mengetahui segala
maklumat berkaitan dengan tanah lot tersebut.

Adalah disarankan juga, agar pembeli dapat membuat semakan di


pejabat tanah tentang lokasi dan kedudukan sebenar tanah lot tersebut, adakah lokasi dan
kedudukannya betul dan sama sebagaimana anda telah dibawa melawat tapak sebelum ini.

Sekiranya semua perkara yang saya sebutkan tadi memuaskan hati anda dan tiada sebarang
keraguan di sana, maka bolehlah anda teruskan niat anda
untuk membeli tanah lot tersebut.

3. Pada pendapat tuan, apakah cara paling berkesan dan persediaan untuk menceburi diri
dalam jual beli tanah lot?

DRUMAH.COM
Saya kir dalam apa-apa perkara sekalipun yang kita lakukan, kita mestilah mempunyai ilmu.
Jangan lakukan sesuatu perkara sekadar ikut ikutan.

Kawan-kawan beli tanah lot, kita pun hendak beli juga. Atau jangan mudah
terpedaya dengan tawaran harga jualan tanah lot yang murah atau seolah-olah tidak logik.
Begitu juga, jangan hanya terpesona dengan lokasi dan keadaan zikal tanah lot tersebut selagi
anda belum lihat geran individunya.

Rajin-rajinlah bertanya kepada mereka yang berpengalaman dan pakar dalam urusan jual beli
tanah lot sebelum anda membuat keputusan untuk membelinya.

Selain daripada itu, saya juga menggalakkan anda merujuk kepada peguam hartanah yang
berpengalaman dalam urusan jual beli tanah lot sebelum anda membelinya.

Lantiklah peguam anda sendiri yang boleh melindungi hak dan kepentingan anda dalam urusan
jual beli tersebut. Jangan hanya bergantung kepada peguam yang disediakan oleh penjual kerana
peguam yang dilantik oleh penjual tadi belum tentu dapat melindungi hak dan kepentingan
anda sepenuhnya.

4. Seperti yang kita tahu, banyak tanah lot yang dijual di bawah status geran bersama,
apa pandangan tuan?

(http://www.thevocket.com)
MAHLIGAI IDAMAN

Sebagaimana yang saya nyatakan tadi, adalah berisiko membeli tanah lot yang belum ada geran
individu yang berasingan atau tanah lot tadi masih di bawah geran bersama dan berstatus
pertanian.

Ini kerana sekiranya tanah lot tersebut masih di bawah geran bersama, besar kemungkinan ianya
tidak boleh dipindahmilikkan kepada nama
anda akibat kekangan dari segi perundangan.
Kalaupun ianya boleh dipindahmilik kepada nama anda , hak dan
kepentingan anda terhadap tanah lot tersebut tidak dilindungi sepenuhnya. Dan anda terpaksa
berkongsi hak dan
kepentingan dengan pembeli-pembeli yang lain di atas tanah tersebut.

Untuk makluman, di bawah Kanun Tanah Negara, pemilik bersama terhadap sesuatu hartanah
mempunyai hak dan kepentingan yang sama terhadap semua
bahagian di atas tanah tersebut.

Misalnya, katakanlah anda beli Lot 1 di atas geran bersama tadi dan pembeli-pembeli lain pula
membeli lot-lot lain. Sungguhpun Lot 1 itu anda yang beli, tetapi dari segi undang-undang,
pembeli-pembeli lain juga mempunyai hak
dan kepentingan yang sama terhadap lot anda.

Sekiranya salah seorang pembeli tadi meninggal dunia, waris-waris mereka berhak menuntut lot
anda tadi sebagai tanah pusaka.

Selain daripada itu, sekiranya anda beli tanah lot yang berkongsi geran dan belum ada geran
individu yang berasingan, dari segi perundangan anda tidak boleh mendirikan rumah di atas
tapak lot anda tersebut.

Ini kerana dari segi perundangan, untuk 1 ekar tanah yang berstatus pertanian, hanya sebuah
rumah kediaman sahaja yang boleh didirikan di atasnya. Jadi, apalah gunanya anda beli tanah lot
tetapi tidak boleh didirikan rumah diatasnya.

Oleh yang demikian, sekali lagi saya tekankan, adalah berisiko membeli tanah lot yang belum ada
geran individu yang berasingan.
5. Sejauh mana, jual beli tanah lot membantu mereka yang ingin membina rumah
kediaman sendiri kerana beranggapan ia lebih menjimatkan?

PICTURERUMAHMINIMALIS.COM

Tanggapan masyarakat, dengan membeli tanah lot, kos untuk memiliki sesuatu hartanah itu
lebih murah dan lebih jimat berbanding membeli sebuah rumah yang telah siap dibina. Namun
begitu, mereka hendaklah berhati-hati
supaya pembelian tanah lot tadi tidak merugikan mereka.

Yang paling penting mereka kena pastikan tanah lot tersebut mempunyai geran individu yang
berasingan dan proses jual belinya dibuat mengikut prosedur
perundangan yang betul.

Barulah mereka akan mempunyai hak dan kepentingan terhadap tanah lot tersebut, dan hak
mereka akan sentiasa dilindungi di sisi undang-undang. Dan barulah mereka boleh membina
rumah idaman mereka di atas tanah lot tersebut.

Apalah gunanya menghabiskan duit berpuluh-puluh ribu bahkan beratus-ratus ribu ringgit
untuk beli tanah lot, tetapi akhirnya anda tidak dapat memiliki tanah lot tersebut.

Lebih malang lagi, kalau dapat tanah lot sekalipun, anda tidak boleh mendirikan rumah di atas
tanah tersebut akibat kekangan dari segi perundangan sebagaimana yang saya nyatakan tadi. Ini
sesuatu yang perlu diberi perhatian oleh masyarakat.
6. Boleh tuan kongsikan apakah selalunya permasalahan yang dihadapi oleh pembeli
dalam jual beli tanah lot?

PICTURERUMAHMINIMALIS.COM

Di antara masalah yang biasa berlaku dalam urusan jual beli tanah lot ini adalah seperti:

tanah lot yang dibeli tidak wujud


tiada geran individu yang berasingan
penjual gagal memindahmilikkan tanah lot kepada pembeliwalaupun pembeli telah membuat
bayaran sepenuhnya harga jual beli
jual beli tanah lot tidak dibuat mengikut prosedur perundangan yang sebenar dan tidak
diuruskan oleh peguam hartanah yang berpengalaman
tanah lot yang dibeli tidak boleh dipecah lot akibat masalah perundangan
tanah lot yang dibeli tidak sesuai untuk didirikan rumah di atasnya di mana ianya tidak
termasuk dalam zoning perumahan atau saiz dan bentuknya tidak sesuai untuk didirikan
rumah yang dikehendaki
penjualan tanah lot yang berlapis dimana satu lot tanah dijual kepadalebih daripada seorang
pembeli
dan pelbagai lagi masalah lain yang kalau saya hendak cerita disini akan mengambil masa
berhari-hari lamanya.

7. Apakah cara terbaik untuk menangani masalah ditipu penjual tanah lot?

KEDAHPROPERTIES.WORDPRESS.COM

Pertama, anda kena semak dulu status hakmilik dan pemilikan tanah lot yang dijual tersebut,
sama ada ianya telah mempunyai geran individu yang berasingan dan berstatus bangunan serta
dimiliki oleh tuan punya yang sah.
Kedua, anda kena faham proses dan prosedur jual beli tanah lot yang sebenar dengan
bertanyakan kepada rakan-rakan atau kaum keluarga yang mempunyai pengalaman dan urusan
pembelian tanah lot. Anda juga boleh
dapatkan nasihat profesional daripada mereka yang pakar dalam urusan tanah lot seperti
perunding hartanah berdaftar, juruukur, penilai dan sebagainya.

Ketiga, lantiklah peguam hartanah yang berpengalaman sejak awal


lagi anda bercadang untuk membeli tanah lot tersebut. Jangan pula setelah rasa ditipu dan
terpedaya, barulah anda hendak rujuk kepada peguam. Pada ketika itu, ianya sudah terlambat.

Keempat, jangan mudah terpedaya dengan tawaran iklan jualan tanah lot yang menarik dan
harga jualan tanah lot yang murah. Selidikilah dulu dari
pelbagai aspek sebelum anda memutuskan untuk membelinya.

8. Apakah tindakan yang boleh diambil oleh pembeli jika mereka diperdaya dalam
pembelian tanah lot?

ISMAWEB.NET

Walaupun mereka yang merasakan diperdaya dalam urusan pembelian tanah lot ini boleh
mengambil tindakan yang sewajarnya terhadap penjual atau pihak-pihak yang bersubahat
seperti membuat laporan polis, melaporkan kepada badan pencegahan rasuah atau pihak-pihak
berkuasa yang lain, mengambil tindakan perundangan terhadap penjual di mahkamah dan
sebagainya, tetapi bagi saya tindakan tersebut tidak mampu menutupi kerugian yang telah anda
alami.

Apatah lagi proses untuk mengambil tindakan tersebut akan mengambil masa yang lama dan
melibatkan kos yang tidaklah sedikit. Sudahlah anda telah rugi akibat pembelian tanah lot
tersebut, untuk menuntut semula hak anda, anda terpaksa pula keluarkan lagi kos perundangan
yang besar. Ianya sesuatu
yang agak tidak berbaloi sebenarnya.

Dan belum tentu anda akan dapat kembali semua wang yang telah anda
keluarkan dan dapat menutupi kembali kerugian yang telah anda alami.

Bukan itu sahaja, dari segi perundangan, sekiranya anda terlibat dengan sesuatu perkara yang
bertentangan dengan undang-undang, undang-undang sendiri tidak akan melindungi anda dan
sekiranya anda menuntut gantirugi di mahkamah, anda juga tidak berhak untuk mendapat
sebarang remedi di atas kerugian yang anda alami.

Oleh yang demikian, nasihat saya, elakkanlah daripada menjadi mangsa penipuan penjualan
tanah lot dan berhati-hatilah dalam setiap tindakan yang anda lakukan.

Bukankah mencegah itu lebih baik daripada mengubati?

9. Adakah akta yang melindungi pembeli dalam jual beli tanah lot?

DUNIASAYA.NET
Setakat ini tiada satu akta khusus berkaitan dengan jual beli tanah lot. Pun begitu, disana
terdapat beberapa peruntukan undang-undang yang sekiranya dipatuhi sepenuhnya, pastinya ia
dapat mengelakkan daripada
terjerumus dan terlibat dalam urusan jual beli tanah lot yang merugikan.

Misalnya peruntukan-peruntukan di dalam Kanun Tanah Negara berkaitan urusan pecah bahagi
tanah, urusan tukar syarat dan kegunaan tanah, urusan
pindah milik tanah dan sebagainya.

Begitu juga peruntukan di dalam Akta Kontrak misalnya yang memperuntukkan


tentang keadaan di mana sesuatu kontrak jual beli itu dianggap tidak sah (void), boleh tidak sah
(voidable) dan
bertentangan dengan undang-undang, dan apakah hak pembeli sekiranya sesuatu kontrak itu
tidak sah dan
dibatalkan atau sebagainya.

Peruntukan undang-undang semua ini sebenarnya telah lama ada, cumanya kita sendiri yang
tidak sedar dan tidak peka.

Sekiranya kita mematuhi segala peruntukan undang-undang ini, pastinya kita tidak akan
terjerumus dalam situasi di atas.

10. Berapakah kos guaman yang selalunya dikenakan untuk transaksi jual beli tanah lot?
SALKUKHAIRI ABD SUKOR

Kos guaman urusan jual beli tanah lot ini sebenarnya sama dengan kos guaman urusan jual beli
hartanah yang lain.

Dimana terdapat skala tertentu yang telah ditetapkan di dalam Perintah Pendapatan Peguam
(Solicitors Remuneration Order) di bawah Akta Profesion Guaman. Ianya mengikut harga jual
beli atau nilaian sesuatu tanah
lot tersebut (yang mana lebih tinggi).

Pun begitu, sekiranya ditanyakan kepada saya, saya suka menyatakan yang
kos guaman untuk jual beli tanah lot ini adalah tidak melebihi 2.5% daripada harga jual beli atau
nilaian tanah lot tersebut (sekiranya tidak melibatkan urusan pembiayaan dan gadaian kepada
bank atau institusi kewangan) atau
pun tidak melebihi 5% daripada harga jual beli atau nilaian tanah lot tersebut (sekiranya ia
melibatkan urusan pembiayaan dan gadaian kepada bank atau institusi kewangan).

Untuk lebih banyak tip dan prosedur perundangan berkaitan jual beli hartanah, anda boleh
merujuk kepada buku Pengenalan Undang-Undang Pembangunan Hartanah di Malaysia dan Tips
Mudah Urusniaga Hartanah di Malaysia, hasil penulisan Tuan Salkukhairi. Anda boleh
mendapatkannya dengan menghubungi beliau di sini
(https://www.facebook.com/salkukhairi.abdsukor/message).

BACA JUGA: Tip Bina Rumah Atas Tanah Berstatus Pertanian (http://thevocket.com/tip-bina-
rumah-atas-tanah-berstatus-pertanian/)

LIKE dan FOLLOW Vocket di Facebook (http://www.facebook.com/thevocket) serta Instagram


(https://instagram.com/thevocket/)

SHARE TWEET

TEXT=DARI%20THEVOCKET.COM%3A%2010%20SOAL%20JAWAB%20
CERITA SETERUSNYA    

(HTTP://WWW.THEVOCKET.COM/AFHAM-
FAREEZ-HADIAHKAN-IBU-AUDI-Q5/)

Vocket TV
Inilah Apa Yang Kapal Terbang Lakukan Kepada Sisa Kumbahan Manusia
(http://www.thevocket.com/tv/inilah-apa-yang-kapal-terbang-lakukan-kepada-sisa-
kumbahan-manusia/)

Iklan Ulang Tahun Ke-20 Winning Eleven Mengembalikan Nostalgia Kepada ‘Gamers’
(http://www.thevocket.com/tv/iklan-ulang-tahun-ke-20-winning-eleven-
mengembalikan-nostalgia-kepada-gamers/)
10 Lagi Loghat English Dari Seluruh Dunia Yang Dipersembahkan Oleh Gadis Ini
(http://www.thevocket.com/tv/10-lagi-loghat-english-dari-seluruh-dunia-yang-
dipersembahkan-oleh-gadis-ini/)

Kompilasi Iklan-Iklan Jepun 2015 Yang Serius Kelakar Dan Gila


(http://www.thevocket.com/tv/kompilasi-iklan-iklan-jepun-2015-yang-serius-kelakar-
dan-gila/)
Lelaki Ini Mangsa Paling Sesuai Untuk Prank Bola Sepak
(http://www.thevocket.com/tv/lelaki-ini-mangsa-paling-sesuai-untuk-prank-bola-
sepak/)

dium=bytaboola&taboola_utm_content=thumbnails-a:Below Article Thumbnails:)


ANDA MUNGKIN SUKA
ium=bytaboola&taboola_utm_content=thumbnails-a:Below Article Thumbnails:)
ium=bytaboola&taboola_utm_content=thumbnails-a:Below Article Thumbnails:)

(http://allthingsceleb.com/the-most-unlikely-hollywood-couples/?utm_content=P945-T3-hoopz-unlikelycouples-
qrGFDzs7wosPPztZ9&utm_source=taboola&utm_medium=cpc&utm_term=thevocket&utm_campaign=ATC_All_Open_1.1)

These Hollywood Couples Show Love Has No Boundaries


AllThingsCeleb.com
(http://allthingsceleb.com/the-most-unlikely-hollywood-couples/?utm_content=P945-T3-hoopz-unlikelycouples-
qrGFDzs7wosPPztZ9&utm_source=taboola&utm_medium=cpc&utm_term=thevocket&utm_campaign=ATC_All_Open_1.1)

(http://www.viralityrevolt.com/15-stunning-photos-of-parents-and-their-kids-at-the-same-age/?utm_content=P555-T12-fatherson-
parentsandkids-Q25vprgBWw7uo7TCh&utm_term=thevocket&utm_source=taboola&utm_medium=cpc)

15 Photos Of Parents And Their Kids At The Same Age Will STUN You
ViralityRevolt

(http://www.viralityrevolt.com/15-stunning-photos-of-parents-and-their-kids-at-the-same-age/?utm_content=P555-T12-fatherson-
parentsandkids-Q25vprgBWw7uo7TCh&utm_term=thevocket&utm_source=taboola&utm_medium=cpc)
(http://www.lifegooroo.com/live-well/how-to-stop-snoring-easily-and-get-a-decent-nights-sleep-at-last?
utm_source=taboola&utm_campaign=85313&utm_medium=thevocket)

Say Goodbye To Snoring With This Cool Trick


My Snoring Solution

(http://www.lifegooroo.com/live-well/how-to-stop-snoring-easily-and-get-a-decent-nights-sleep-at-last?
utm_source=taboola&utm_campaign=85313&utm_medium=thevocket)

(http://en.videobuzzy.com/36-Surprising-Tattoos-That-Create-Optical-Illusions-519.news?
utm_source=taboola_world_LB&utm_medium=referral&utm_term=thevocket)

36 Surprising Tattoos That Create Optical Illusions


VideoBuzzy

(http://en.videobuzzy.com/36-Surprising-Tattoos-That-Create-Optical-Illusions-519.news?
utm_source=taboola_world_LB&utm_medium=referral&utm_term=thevocket)
(http://www.starfluff.com/child-stars-how-have-they-grown/?utm_campaign=SFchildstars&utm_content=P127-T29-dewey-
childstars2&utm_source=taboola&utm_medium=cpc&utm_term=thevocket)

You'd Be Surprised What These 15 Child Actors Grew Up To Look Like


StarFluff

(http://www.starfluff.com/child-stars-how-have-they-grown/?utm_campaign=SFchildstars&utm_content=P127-T29-dewey-
childstars2&utm_source=taboola&utm_medium=cpc&utm_term=thevocket)

(https://www.umami.site/getting-know-bison?
utm_source=taboola&utm_medium=referral&utm_campaign=chopped_liver&utm_term=thevocket)

Why We Should All Start Eating Buffalo


Umami

(https://www.umami.site/getting-know-bison?
utm_source=taboola&utm_medium=referral&utm_campaign=chopped_liver&utm_term=thevocket)
(http://onlinehealth.wiki/body/are-you-snoring-yourself-to-death?utm_source=taboola&utm_campaign=203863&utm_medium=thevocket)

How To Prevent Snoring With This Revolutionary Device


Stop Snoring Today

(http://onlinehealth.wiki/body/are-you-snoring-yourself-to-death?utm_source=taboola&utm_campaign=203863&utm_medium=thevocket)

(http://womenslife.today/family/cant-sleep-because-of-his-snoring-here-is-how-to-stop-it?
utm_source=taboola&utm_campaign=85314&utm_medium=thevocket)

How To Stop Your Man From Snoring (No Surgery)


My Snoring Solution

(http://womenslife.today/family/cant-sleep-because-of-his-snoring-here-is-how-to-stop-it?
utm_source=taboola&utm_campaign=85314&utm_medium=thevocket)

Lagi Cerita Menarik
(http://www.thevocket.com/tv/pemuda-ini-membeli-57-buah-buku-lelaki-tua-ini-ini-yang-terjadi-selanjutnya/)

Lelaki Berusia 68 Tahun Jual Buku Kemudian Lihat Apa Yang Terjadi

(http://www.thevocket.com/tv/pemuda-ini-membeli-57-buah-buku-lelaki-tua-ini-ini-yang-terjadi-selanjutnya/)

(http://www.thevocket.com/tv/spider-man-versi-jepun-ini-pasti-buat-anda-terhibur/)

Spider-Man Versi Jepun Ini Pasti Buat Anda Terhibur

(http://www.thevocket.com/tv/spider-man-versi-jepun-ini-pasti-buat-anda-terhibur/)
(http://www.thevocket.com/tv/100-million-thank-yous/)

Supercell Mengucapkan Terima Kasih Kepada Semua Peminat Mereka Melalui Video Ini

(http://www.thevocket.com/tv/100-million-thank-yous/)

(http://www.thevocket.com/tv/cara-membuat-origimi-darth-vader/)

Cara Membuat Origami Darth Vader

(http://www.thevocket.com/tv/cara-membuat-origimi-darth-vader/)
(http://thevocket.com/7-tip-tingkatkan-metabolisma-dan-turunkan-berat-badan/)

Berjaya Buang 40Kg, Lelaki Ini Berkongsi 7 Cara Turunkan Berat Badan

(http://thevocket.com/7-tip-tingkatkan-metabolisma-dan-turunkan-berat-badan/)

(http://www.thevocket.com/diuji-di-hadapan-kaabah-selepas-mencium-hajarul-aswad/)

Bagaimana Saya Diuji Di Hadapan Kaabah Selepas Mencium Hajarul Aswad

(http://www.thevocket.com/diuji-di-hadapan-kaabah-selepas-mencium-hajarul-aswad/)
la.com/en/?template=colorbox&taboola_utm_source=thevocket&taboola_utm_medium=bytaboola&taboola_utm_content=organic-thumbnails-a:Below Article Organic Thumbnails:)
Komen Vocket (0) Komen Facebook (6)

Komen anda...

Nama *

Emel *

URL

Hantar Komen

Kategori

AUTOMOTIF BISNES DUNIA


(HTTP://WWW.THEVOCKET.COM/AUTOMOTIF/)
(HTTP://WWW.THEVOCKET.COM/BISNES/)
(HTTP://WWW.THEVOCKET.COM/DUNIA
FESYEN FITNESS HIBURAN
(HTTP://WWW.THEVOCKET.COM/FESYEN/)
(HTTP://WWW.THEVOCKET.COM/FITNESS/)
(HTTP://WWW.THEVOCKET.COM/HIBUR
KEHIDUPAN MAKANAN NEWS
(HTTP://WWW.THEVOCKET.COM/KEHIDUPAN/)
(HTTP://WWW.THEVOCKET.COM/MAKANAN/)
(HTTP://WWW.THEVOCKET.COM/NEWS
SENIREKA SUARA SUKAN
(HTTP://WWW.THEVOCKET.COM/SENIREKA/)
(HTTP://WWW.THEVOCKET.COM/SUARA/)
(HTTP://WWW.THEVOCKET.COM/SUKA
TEKNOLOGI TRAVEL
(HTTP://WWW.THEVOCKET.COM/TEKNOLOGI/)
(HTTP://WWW.THEVOCKET.COM/TRAVEL/)

Info Ikut Kami

TENTANG KAMI (https://www.facebook.com/thevocket/)


(HTTP://WWW.THEVOCKET.COM/TENTANG-KAMI/)
HUBUNGI (https://twitter.com/thevocket) (/tv/)
(HTTP://WWW.THEVOCKET.COM/HUBUNGI/)
(https://www.instagram.com/thevocket/)
PENGIKLANAN
(HTTP://WWW.THEVOCKET.COM/PENGIKLANAN/)
PENAFIAN
PENAFIAN
(HTTP://WWW.THEVOCKET.COM/PENAFIAN/)

HANTAR ARTIKEL
(HTTP://WWW.THEVOCKET.COM/HANTAR-
ARTIKEL/)

© 2016 Vocket Media Sdn Bhd (1173405-W). Dibuat dengan cinta di Damansara.

Anda mungkin juga menyukai