Anda di halaman 1dari 4

TEKS PENGACARA MAJLIS PENUTUPAN IHYA RAMADAN, KHATAM ALQURAN DAN

PENYAMPAIAN SUMBANGAN AIDILFITRI

Bismillahhirrahmannirrahim
1. Yang berusaha Us. Muhamad bin Abdulah Pengetua SAMAWAT
2. Yang berusaha Us. Azmi b Osman PK1 SAMAWAT
3. Yang berusaha Ustz. Rohizah bt Hj. Bawi PK Hem SAMAWAT
4. Yang berusaha Us.Malik b Hashim PK Kokurikulum SAMAWAT
5. Yang berusaha Us. Roslan b. Ramli PK STAM SAMAWAT
6. Guru-guru Kanan
7. Guru-guru
8. Seterusnya....para pelajar sekalian.

Assalamualaikum w.b.t
2
Hadirin-hadirat yang dirahmati Allah sekelian,

Di majlis yang permai ini, marilah kita sama-sama memanjatkan kesyukuran


Aluan kehadrat Illahi kerana dengan izin serta limpah rahmat-Nya kita diberikan
kekuatan dan kelapangan masa untuk sama-sama menjayakan majlis khatam al-
quran dan sumbangan Eidilfitri pada tahun ini bersempena juga dengan dan
majlis penutupan program ihya’ ramadhan SAMAWAT 2018M/1439H

Hadirin-hadirat sekelian
Membaca dan mempelajari Al-Quran di bulan yang mulia ini sangatlah besar
ganjarannya. Oleh itu, warga SAMAWAT tidak ketinggalan untuk membaca Al-
Quran secara berkumpulan bagi mendapat manfaat bersama. Di mana kita telah
melaksanakan tadarus al-Quran setiap hari sebagai salah satu program ihya
ramadan kali ini. Selain itu, kita juga telah mengadakan iftar jamaie juga solat
terawih berjemaah. Sebagai penutup pada hari ini kita juga telah selesai
mengadakan majlis khatam Al-Quran sebentar tadi. Terima kasih di atas alunan
ayat2 al-quran tadi. Untuk makluman semua kumpulan khatam alquran kita pada
hari ini dibimbing oleh Al-Fadil us.hatta b. Rahim.

Lampu neon penyeri malam,


Malam syahdu sambut lebaran,
Cantik di mata indah di dalam,
Hiasan rumah bacalah Al-Quran.

Hari redup udarapun nyaman,


Duduk berehat di taman kekwa,
Al-Quran dibaca jadi pedoman,
Pelita dunia menuju taqwa.
Ucapan Warga SAMAWAT yang dikasihi,
perasmian
penutup ihya
ramadan Duduk sekawan si burung unta,
Tepi keramat di waktu malam;
Pada mu tuan kami meminta,
Kata azimat penutup kalam.

Jesteru, majlis dengan penuh takzim menjemput dan mempersilakan yang


berusaha pengetua Sekolah Menengah Agama Shamsul Maarif , us.Muhamad bin
Abdullah untuk menyampaikan ucapan seterusnya menyempurnakan upacara
penutupan program ihya’ ramadhan 2018/1439H
Majlis dengan penuh takzim mempersilakan.
*********************************Ucapan
Perasmi***********************************************
Majlis merakamkan setinggi-tinggi penghargaan dan terima kasih Yang berusaha
pengetua Sekolah Menengah Agama Shamsul Maarif , us.Muhamad bin Abdullah
atas ucapan dan penyempurnaan perasmian penutup program ihya’ ramadhan
2018 sebentar tadi.

Penyampaian Guru-guru dan para pelajar sekalian,


hadiah khatam al-
quran dan
sumbanagn Majlis diteruskan lagi dengan upacara penyampaian hadiah kepada kumpulan
eidilfitri khatam al-quran pada hari ini.

Sehubungan dengan itu, majlis dengan segala hormatnya sekali


mempersilakan ust Kamal Arrifin b mohd Ali selaku penyelaras program Ihya
Ramadhan pada kali ini untuk menjemput dan mengiringi Yang berusaha tuan
Pengetua, Us. Muhamad b Abdullah bagi menyempurnakan penyampaian hadiah.

Majlis dengan segala hormatnya mempersilakan.................................

Seterusnya, majlis diteruskan dengan penyampaian sumbangan Eidilfitri kepada


para pelajar.

Majlis dengan segala hormatnya mempersilakan..........

Terima kasih
Ucapan wakil Warga SAMAWAT sekalian,
pelajar lelaki dan
perempuan Seterusnya mari kita dengarkan ucapan-ucapan daripada wakil pelajar.

Dijemput saudara Mohd Ashraf daripada ting.5

Terima kasih Ashraf di atas ucapan mewakili pelajar lelaki.

Seterusnya, majlis menjemput Saudari Aishah Amira juga daripada tg.5 untuk
memberikan ucapan mewakili pelajar perempuan.

Majlis mempersilakan.
Ucapan wakil Seterusnya, majlis menjemput Pn.Hafizah bt Mo’an selaku wakil staff untuk
staff menyampaikan ucapan……..dipersilakan

Terima kasih Puan Hafizah di atas ucapan tadi…..


Ucapan wakil Seterusnya, majlis diteruskan lagi dengan ucapan daripada wakil guru-guru.
guru lelaki dan
guru perempuan Dijemput Us.Zahran untuk memberikan ucapan mewakili guru-guru lelaki
SAMAWAT

Terima kasih ustaz.

Seterusnya, majlis menjemput pula cik Noraida untuk memberikan ucapan


mewakili guru-guru perempuan……dipersilakan.

Terima kasih cikgu Aida.


Ucapan Majlis diteruskan lagi dengan ucapan daripada para pentadbir…..
penolong-
penolong kanan Mendahului senarai, dijemput

PK STAM……
PK KOKO……
PK HEM……
PK PENTDBIRAN…..

Terima kasih semua yang sudi memberikan ucapan.


Perjumpaan Seterusnya, diminta semua mentor mengambil tempat masing-masing….semua
mentor-mentee mentee diminta untuk bergerak mendapatkan mentor masing-masing untuk
menerima sumbanagn hari raya.
Bersalam Bersempena syawal yang bakal menjelang tidak lama lagi, eloklah kiranya kita
salaman
bermaaf-maafan antara satu sama lain.

Rasullullah saw pernah bersabda, siapa yang ingin rezekinya dibanyakkan dan
umurnya dipanjangkan, hendaklah ia menghubungkan tali sillaturrahim

Sehubungan dengan itu diminta semua berbaris .......................................salam

Bersurai Hadirin dan hadirat yang diRahmati Allah

Dengan berakhirnya pemberian sumbangan sebentar tadi, maka majlis sudah


sampai kepenghujungnya

Inilah yang dikatakan, umpama belayar telah sampai di pelabuhan


Umpama berkayuh telah sampai di muara
Umpama berjalan telah sampai di destinasi

Harum baunya Si bunga cengkih


Dibawa orang dari ambon
Buang yang keruh ambil yang jernih
Jari disusun maaf dipohon.

Kutanam-tanam padi seladang


Malang nasibku lalang yang jadi
Andai ada masa terluang
Salam hormat berjumpa lagi.

Dikesempatan ini juga, saya mewakili guru-guru semua merakamkan sekalung


penghargaan dan terima kasih kepada semua yang terlibat secara langsung atau
tidak langsung dalam menjayakan program ihya’ ramadhan pada tahun ini.
Saya juga selaku pengerusi majlis memohon ribuan kemaafan andai ada salah dan
silap sepanjang saya mengacarakan Majlis ini.

Pergi ke dusun memetik kelapa


Kelapa muda si kelapa barli
Jari disusun maaf dipinta
Panjang usia bersua kembali

Selamat bercuti dan selamat hari raya aidilfitri kepada semua……

Anda mungkin juga menyukai