Anda di halaman 1dari 5

SKRIP PENGACARA MESYUARAT AGUNG PIBG SK KATI KALI KE-44 TAHUN

2018

AGENDA SKRIP TINDAKAN


Ketibaan Mengumumkan ketibaan Yang Dihormati Puan Ustazah
tetamu Marzitah bt Maarof, Pengurus Syarikat Bonda diringi Atiah
kehormat Tuan Guru Besar, YDP PIBG dan dif-dif kehormat
masuk ke dalam dewan.

Nyanyian Dari jajaran kita ke pekan, Ustazah


Lagu Singgah sebentar di pekan sehari; Atiah
Negaraku Lagu Kebangsaan kita dendangkan,
Hadirin sekalian dipersilakan berdiri.

Marilah sama-sama kita hangatkan suasana dengan


lagu keramat, lagu Negaraku.

Majlis mengucapkan terima kasih atas nyanyian itu


tadi.

Hadirin dipersilakan duduk.

Solutasi Bismillahirrahmanirrahim..... Faridah


Alhamdulillahi Rabbil Alamin. Wassolatuwassalamu
‘ala ashrafil anbia iwal mursalin.
Wa’ala alihi wa ashabihi ajma’in

Assalamualaikum whb, salam sejahtera, Salam


Negaraku Sehati Sejiwa, Salam SK Kati Excellent.

Yang Dihormati Puan Marzitah binti Maarof,


Pengurus Syarikat Bonda

Yang Berusaha Puan Zubaidah binti Harun,


Guru Besar SK Kati,

Yang Dihormati Encik Mohd Munif bin Meor


Mahamood,
Yang Dipertua PIBG SK Kati,

Barisan Penolong-penolong Kanan SK Kati,

Barisan ahli jawatankuasa PIBG,

Guru-guru, seterusnya tuan-tuan dan puan-puan


hadirin sekalian.

Bulat Air Kerana Pembentung


Bulat Manusia Kerana Muafakat
Faham Sesuai, Benar Seukur
Bulat Segolek, Pipih Selayang
Rundingan Jangan Selisih
Muafakat Jangan Bercanggah
Tuah Pada Sekata
Berani Pada Seia
Ibarat Labu Menjalar Ke Hulu
Ibarat Kundur Menjalar Ke Hilir
Pangkalnya Sama Dipupuk
Pucuknya Sama Digentis
Yang Jauh Dijemput Dengan Desta
Yang Dekat Dijemput Dengan Tepak
Berhimpun Dan Bermuafakat
Bagi menjayakan Mesyuarat Agung Persatuan Ibu
Bapa dan Guru SK Kati kali ke-44.

Bacaan doa Sidang hadirin, Ustazah


Atiah
Bagi memuliakan majlis, marilah sama-sama kita
menadah tangan bermunajat, memohon berkat agar
segala urusan mendapat rahmat. Oleh itu, majlis
mempersilakan Al-fadhil Tuan Haji Ismail bin Yusof
untuk memimpin bacaan doa. Dipersilakan.....

- Bacaan Doa -

Majlis mengucapkan ribuan terima kasih kepada Al-


fadhil Ustaz atas pimpinan doa tadi. Mudah-mudahan
majlis yang berlangsung akan terus terpancar rahmat
Ilahi.

Ucapan Alu- Warga dewan yang mulia. Ustazah


aluan YDP Atiah
PIBG Encik Munif YDP PIBG,
Segak orangnya kemas bergaya;
Dijemput ke pentas tampilkan diri,
Memberi ucapan pembuka bicara.

Sebagai pembuka persada ucapan, majlis dimulakan


dengan ucpaan Encik Mohd Munif bin Meor
Mahamood, Yang Dipertua Persatuan Ibu Bapa dan
Guru SK Kati.Dengan sukacitanya dipersilakan....

- Ucapan YDP PIBG

Majlis mengucapkan jutaan terima kasih atas ucapan


sebentar tadi.
Ucapan Guru Tuan-tuan dan puan-puan hadirin sekalian, Ustazah
Besar Atiah
Bagi melengkapkan perjalanan majlis kita pada hari
ini,, majlis dengan segala hormatnya menjemput
Puan Hajah Zubaidah binti Harun, Guru Besar SK
Kati untuk menyempurnakan bingkisan ucapan.

Majlis dengan segala hormatnya menjemput dan


mempersilakan....

- Ucapan Guru Besar

Majlis merakamkan ucapan terima kasih kepada Faridah


Tuan Guru Besar atas ucapan sebentar tadi.

Ucapan Majlis dengan segala hormatnya mempersilakan


Perasmian Yang Dihormati Puan Marzitah binti Maarof,
Pengurus Syarikat Bonda untuk menyampaikan
ucapan dan seterusnya merasmikan Mesyuarat
Agung Persatuan Ibu Bapa dan Guru SK Kati
Kali KE-44.

Dengan penuh takzim majlis mempersilakan.....

- Ucapan Perasmian

Bunga selasih di dalam puan,


Harum melati penyeri intan;
Terima kasih ucapan tuan,
Kekal bersemi di dalam ingatan.

Majlis merakamkan ucapan terima kasih dan


setinggi-tinggi penghargaan kepada Yang Dihormati
Puan Marzitah binti Maarof atas ucapan dan
kesudian menyempurnakan majlis perasmian
sebentar tadi.

Di kesempatan ini, majlis juga ingin mengucapkan


ribuan terima kasih kepada Syarikat Bonda atas
kesudian menaja percutian tiga orang murid SK Kati
bersama ahli keluarga mereka ke Langkawi pada
bulan November tahun lepas atas kejayaan mereka
mencapai keputusan cemerlang dalam UPSR 2017.

Pilih antah buangkan dedak,


Beras segantang pulang disanjung;
Entah terbalas entahkan tidak,
Jasamu tuan tetap disanjung.

Harap-harap tahun ini, tajalah lagi.


Penyampaian Sidang warga dewan sekalian, Ustazah
Sumbangan Atiah
dan Buat julung-julung kalinya PIBG telah mengambil
cenderahati ketetapan untuk memberikan saguhati kepada
semua calon UPSR 2017 yang memperoleh
sekurang-kurangnya satu A dan mencapai tahap
penguasaan. Minimum, iaitu lulus semua mata
pelajaran.

Oleh itu, majlis dengan sukacita mempersilakan


Puan Hajah Zubaidah binti Harun, Guru Besar SK
Kati, menjemput dan mengiringi Yang Dihormati
Puan Marzitah binti Maarof ke pentas untuk upacara
penyampaian sumbangan dan cenderahati.

Dengan segala hormatnya, majlis mempersilakan.

Mendahului senarai penerima anugerah dipersilakan


adik………………..(atau wakil) naik ke pentas.untuk
menerima sumbangan.

( Rujuk senarai nama )

Majlis diteruskan dengan penyampaian sijil kepada


Ahli Jawatankuasa PIBG Sesi 2017/2018..

Dengan segala hormatnya dipersilakan....

Dijemput..............(rujuk senarai nama)

Penutup Majlis mengucapkan jutaan terima kasih kepada Faridah


Yang Dihormati Puan Marzitah binti Maarof kerana
sudi menyempurnakan majlis sebentar tadi.

Sebagai tanda terima kasih, dipersilakan Puan Hajah


Zubaidah binti Harun, Guru Besar SK Kati untuk
menyampaikan cenderahati tanda ingatan daripada
warga PIBG kepada tetamu istimewa kita pada hari
ini.

Dengan berakhirnya majlis penyampaian sijil dan


cenderahati itu tadi, maka selesailah sudah majlis
perasmian Mesyuarat Agung kita pada hari ini.
Kami bagi pihak ahli jawatankuasa Mesyuarat Agung
PIBG kali ke-44 merakamkan ucapan terima kasih
kepada semua pihak yang memberikan kerjasama
dalam menjayakan majlis pada hari ini.
Mengumumkan Tetamu Kehormat meninggalkan
majlis.

Saya, Faridah binti Abu Seman dan rakan setugas


Atiah binti Abdul Rahman mengucapkan
wabilahitaufik wal hidayah wassalamualaikum
warahmatullah hi wabarakatuh.

Anda mungkin juga menyukai