Anda di halaman 1dari 2

Pantang larang semasa perkahwinan kaum india

Perkahwinan kaum india di malaysia diklasifikasikan kepada beberapa jenis iaitu tamil
tirumanam ,eliyat tirumanam dan vaitiikat tirumanam . Terdapat banyak adat dan pantang
larang perlu diikut oleh kaum india semasa perkahwinan .
Pantang larang semasa merisik adalah bakal pasangan akan saling membalas
kunjungan ketika merisik. Tetapi ketika rombongan bakal pengantin perempuan, bakal
pengantin perempuan dilarang ikutserta kerana dianggap tidak sopan.
Selain itu, sebelum majlis perkahwinan berlangsung ,kad jemputan perlu
disediakan dan dibuat berdasarkan almanak hindu tanpa kesilapan ,jika terdapat kesilapan
bermakna perkahwinan tersebut akan tidak dapat dijalankan dengan lancar .
Jika jamuan perkahwinan dilakukan di kuil ,maka hanya sayur-sayuran boleh
dihidangkan kepada para tetamu dan makanan lain tidak boleh dihidangkan terutamanya
daging lembu,kerana agama hindu melarang makan daging lembu.
Kesimpulannya ,pada zaman modem sekarang ramai kaum india juga terus
mematuhi adat dan pantang larang yang diwarisi oleh nenek moyang kerana keadaan ini
membuktikan tradisional budaya dan unik terhadap kaum india .

Bagi masyarakat India,terdapat beberapa pantang larang yang perlu diamalkan oleh
seorang ibu yang mengandung.

1 Dilarang keluar rumah berseorangan pada waktu malam


2 Dilarang tidur pada waktu siang atau tidur berlebihan.
3 Dilarang melakukan perbuatan-perbuatan buruk seperti mengumpat, membuat
fitnah, bergaduh, menyembelih binatang dan sebagainya.
4 Dalam tempoh 2 bulan selepas bersalin, si ibu perlu menghindarkan diri daripada
melakukan kerja-kerja yang berat.

Masyarakat India mengamalkan tempoh berpantang selama 60 hari. Pada tempoh hari
yang pertama, saudara mara dan jiran tidak digalakkan melawat ke rumah bayi yang baru
dilahirkan kerana takut-takut mengganggu bayi yang baru lahir dan menyebabkan dia
terkejut.

Pantang larang merupakan kepercayaan mayarakat Melayu zaman lampau


berkaitan dengan adat dan budaya warisan nenek moyang. Pantang larang adalah
sesuatu perkara yang menyekat kita dari melakukan sesuatu kerana ada keburukkan
disebaliknya. Ia selalunya diamalkan oleh orang-orang tua dikalangan masyarakat
Melayu, Cina dan India. Kebanyakan pantang larang diturunkan secara lisan turun
kemurun. Pentingnya pantang larang sebagai adat yang perlu dipatuhi jelas
diungkapkan melalui pepatah “biar mati anak, jangan mati adat.”

Pantang larang yang dikenakan oleh orang tua-tua bertujuan untuk mendidik
masyarakat khususnya generasi muda agar dapat membawa kepada penerapan nilai-
nilai baik yang boleh diamalkan di dalam kehidupan. Sebahagian Pantang larang
sudah menjadi amalan atau prinsip dalam kehidupan hari ini.

Segala pantang larang sebenarnya diperturunkan untuk kebaikan kaum itu sendiri
seperti pantang larang semasa perkahwinan, perayaan dan juga semasa
menganudung.Sebenarnya pantang larang yang diturunkan oleh nenek moyang
mementingkan penjagaan kesihatan diri agar seseorang sentiasa sihat dan cergas.

Walaupun kaum Melayu, kaum Cina dan kaum India mempunyai pantang larang
semasa perkahwinan, perayaan dan juga mengandung tetapi pantang larang yang
diamalkan oleh kaum-kaum adalah berbeza.Inilah menunjukkan Malaysia terdiri
daripada kaum majmuk.

Anda mungkin juga menyukai