Anda di halaman 1dari 14

SEMINAR KEBANGSAAN PENDIDIKAN SAINS DAN MATEMATIK 11 – 12 OKT 2008 

 
MISKONSEPSI MATEMATIK – SATU REFLEKSI

Dr. Jamil Ahmad


Universiti Kebangsaan Malaysia

Norlia Goolamally
Norhashimah Saad
Open University Malaysia
 
ABSTRAK

Matematik adalah satu mata pelajaran yang penting di sekolah dan ia juga merupakan antara
mata pelajaran yang kompleks. Andaian dan harapan guru terhadap proses penerimaan kognitif
pelajar daripada pengajaran guru adalah tinggi. Guru mengharapkan pelajar boleh
mengasimilasikan dan mengakomodasikan pengajaran guru dalam kelas. Hakikatnya guru tidak
sedar tentang masalah pelajar dalam mempelajari dan memahami konsep-konsep matematik
khususnya. Miskonsepsi merupakan satu 'penyakit’ yang terselindung dan tersembunyi dalam
kelancaran proses pengajaran dan pembelajaran matematik dan sekiranya tidak diperbetul dan
tidak dipulihkan akan menyekatkan perkembangan pemikiran logika matematika pelajar.
Tambahan pula dengan dasar PPSMI yang dimulakan pada tahun 2003 pelbagai lagi masalah
pengajaran guru dan juga pembelajaran pelajar timbul. Oleh yang demikian, tujuan kertas kerja
ini adalah untuk membuka ruang kepada guru-guru untuk membuat refleksi terhadap miskonsepsi
pelajar. Secara mudahnya untuk membuat refleksi adalah melalui dokumen analisis. Dalam hal
ini satu kajian dijalankan untuk memeriksa miskonsepsi yang berlaku dalam kalangan pelajar
Tahun 5 di sebuah Sekolah Kebangsaan di kawasan pinggir bandar Kuala Lumpur. Jawapan
pelajar yang tertulis dalam buku latihan pelajar telah dianalisis oleh pasukan penyelidik untuk
mengkaji miskonsepsi yang berlaku. Dapatan kajian boleh diguna pakai oleh guru untuk
menganalisis dan mensintesis proses pengajaran mereka bagi tujuan peningkatan pengajaran
dan pembelajaran matematik para pelajar.

Pengenalan

Matematik adalah mata pelajaran abstrak yang melibatkan penggunaan rumus, peraturan-
peraturan langkah kerja, algorithm dan teorem-teorem yang kerap digunakan (Short & Spanos
1989). Mata pelajaran ini mempunyai bahasa tersendiri yang khusus, walaupun kerap dikatakan
bahasa matematik adalah ringkas tetapi ia mempunyai maksud yang khusus dan tepat bagi
mempelajari matematik. Bahasa matematik yang khusus melibatkan penjelasan pola-pola,
hubungan, hukum-hukum dan rumus-rumus yang perlu diingati. Oleh yang demikian, bahasa
memainkan peranan yang penting dalam memindahkan maklumat yang diperolehi oleh guru
kepada pelajar (MacGregor & Moore 1991). Sekiranya kaedah penyampaian guru tidak dapat
diterima oleh pelajar maka proses pembelajaran tidak akan berjaya. Seterusnya pelajar akan
membuat pelbagai andaian dan pemikiran yang tidak betul tentang matematik. Sikap terhadap
matematik juga memainkan peranan yang penting dalam mengekalkan fokus pelajar terhadap
perkara yang guru mengajar.

Setiap pelajar secara amnya mempunyai latar belakang yang tersendiri iaitu dari segi latar
belakang keluarga dan pergaulan. Guru berdepan dengan pelajar yang membawa ilmu dan
pengalaman yang dipelajari dari luar yang kemungkinan bercanggah dengan apa yang guru
sampaikan semasa sesi pengajaran. Sekiranya ilmu yang bercanggah ini tidak diperbetulkan
makan ia akan membentuk miskonsepsi dalam ilmu yang ingin disampaikan. Miskonsepsi adalah
sesuatu kepercayaan atau pegangan yang terbentuk apabila pelajar mempelajari sesuatu perkara
yang tidak betul (Champagne, Klopfer & Gunstone 1982; McDermott 1984; Resnick
1983).Miskonsepsi boleh juga terjadi apabila guru mengajar sesuatu perkara yang tidak betul,
kemungkinan tanpa disedari oleh guru. Contohnya, guru mengajar pelajar jalan pintas untuk kira
darab sesuatu nombor dengan angka 10 , maka jawapannya adalah dengan menambahkan sifar
pada nombor itu. Seterusnya pelajar akan mengingati ajaran guru, tetapi bagaimana pula
sekiranya kalau kira darab angka 10 dengan suatu nombor perpuluhan, adakah caranya sama?

Anjuran Bersama: Persatuan Pendidikan Sains Dan Matematik Johor,


Fakulti Pendidikan, Universiti Teknologi Malaysia & Jabatan Pendidikan Negeri Johor  1
SEMINAR KEBANGSAAN PENDIDIKAN SAINS DAN MATEMATIK 11 – 12 OKT 2008 
 
Kecekapan guru dalam pengetahuan kandungan pedagogikal adalah sangat penting di samping
penggunaan bahasa yang tersusun bagi mengelakkan pelajar daripada membuat andaian atau
miskonsepsi terhadap apa yang mereka ajar (Tikunoff 1983).

Dalam kajian yang telah dijalankan oleh Norlia dan Jamil (2008), didapati bahawa guru
menjalankan pelbagai strategi untuk berdepan dengan kepelbagaian pelajar dalam usaha
meningkatkan pencapaian pelajar dalam matematik. Guru berjaya mengajar matematik dalam
Bahasa Inggeris kepada pelajar yang mempelajari Bahasa Inggeris sebagai bahasa kedua
dengan mempelbagaikan kaedah penyampaian mereka dan mereka berjaya juga untuk
mengekalkan perhatian pelajar dalam kelas. Walau bagaimana pun adakah pengajaran dalam
Bahasa Inggeris itu hanya untuk memuaskan hati guru atau beberapa pihak yang tertentu sahaja
sedangkan perkara asasnya iaitu, pelajar masih belum dapat mengukuhkan konsep matematik
yang diajar oleh guru. Adakah guru dapat memeriksa dan mengenalpasti miskonsepsi pelajar
yang terus berlaku dan menebal sehingga mereka melanjutkan pelajaran ke peringkat
menengah?

Dalam profesion perguruan, guru berdepan dengan pelbagai cabaran sama ada dari dalam bilik
darjah mahupun dari pihak atasan iaitu sama ada pihak pengurusan sekolah, daerah, jabatan
atau kementerian. Bagi seorang guru yang mempunyai sifat yang positif setiap cabaran dijadikan
sebagai peluang bagi mereka untuk mempertingkatkan pengajaran dan memajukan diri mereka
sendiri, seperti yang ditegaskan oleh Norlia dan Jamil (2008);

“Teachers should have the enthusiasm and spirit to transform every challenge into an
opportunity to improve students’ ability in mathematics. In order to promote mathematics
learning in class, teachers need to encourage an environment where it is OK to be wrong.
As teachers, we are not expected to know what our students are thinking of the concepts
we introduce in class but we have to probe and identify the misconceptions that needs to
be corrected.”

(Norlia & Jamil 2008)

Guru mempunyai peranan yang utama dalam pengajaran dalam kelas mereka sendiri. Guru-guru
yang efektif adalah mereka yang membuat persediaan yang lebih awal tentang proses
pengajaran yang akan disampaikan dan bukanlah semata-mata semasa sesi pengajaran sedang
berjalan. Guru-guru yang bertindak sebagai pengamal yang reflektif dan kritikal membantu pelajar
mereka belajar dengan tenang dan mudah. Guru-guru yang reflektif mendalami segala isu dalam
kelas, mereka juga cuba menyelesaikan masalah dalam kelas, sentiasa bertanggungjawab dan
melakukan penilaian kendiri dalam proses pengajaran dan pembelajaran (Norlia, Mohd Kidin dan
Jamil 2007).

Dalam usaha untuk meningkatkan pencapaian matematik beberapa perkara perlu diselidiki. Tidak
dapat dinafikan bahawa matematik itu sendiri satu mata pelajaran yang susah diterima oleh
pelajar, ditambah pula dengan pengajaran dalam Bahasa Inggeris yang memerlukan kecekapan
dan kefasihan berbahasa bagi kedua-dua pihak iaitu sama ada pelajar atau pun gurunya. Tanpa
disedari miskonsepsi terhadap mata pelajaran matematik atau miskonsepsi dalam mempelajari
matematik akan terus berlaku. Berdasarkan kepada perkara-perkara tersebut di atas, pengajaran
guru di dalam bilik darjah sememangnya mudah tidak diberi perhatian oleh pelajar kecuali guru
membuat sesuatu untuk membetulkan keadaan ini. Untuk menjayakan proses pengajaran dan
pembelajaran, guru boleh membuat refleksi awal sebelum pengajaran. Paling tidak guru perlu
memulihkan miskonsepsi pelajar supaya proses pengajaran dapat berjalan dengan lancar.
Terdapat pelbagai kaedah untuk melihat miskonsepsi pelajar yang dapat dijalankan oleh guru di
dalam bilik darjah. Antaranya, adalah dalam membuat penilaian secara lisan, kerja kumpulan,
menganalisis soalan ujian dan juga menyemak buku latihan pelajar. Penyemakan buku latihan
pelajar dapat memberi gambaran yang jelas tentang berlaku miskonsepsi pelajar. Tujuan
menganalisis soalan-soalan ini adalah sebagai satu tindakan refleksi untuk membekalkan
maklumat kepada guru tentang pembelajaran yang pelajar terima daripada guru. Setiap
pembelajaran akan mengubahkan tingkah laku dan sikap pelajar. Secara terang perubahan-
perubahan dalam pembelajaran matematik dapat dilihat melalui kerja-kerja penyelesaian masalah
matematik dalam buku pelajar. Analisis jawapan-jawapan pelajar ini akan mengemukakan

Anjuran Bersama: Persatuan Pendidikan Sains Dan Matematik Johor,


Fakulti Pendidikan, Universiti Teknologi Malaysia & Jabatan Pendidikan Negeri Johor  2
SEMINAR KEBANGSAAN PENDIDIKAN SAINS DAN MATEMATIK 11 – 12 OKT 2008 
 
beberapa dapatan dan pandangan tentang pemilihan kaedah jawapan mereka. Analisis ini adalah
daripada jawapan pelajar sekolah rendah Tahun 5 yang diperolehi pada awal tahun ini.

Dapatan Analisis Dokumen- Buku latihan pelajar Tahun 5

Contoh 1

Jadual 1. Analisis soalan 1

Anjuran Bersama: Persatuan Pendidikan Sains Dan Matematik Johor,


Fakulti Pendidikan, Universiti Teknologi Malaysia & Jabatan Pendidikan Negeri Johor  3
SEMINAR KEBANGSAAN PENDIDIKAN SAINS DAN MATEMATIK 11 – 12 OKT 2008 
 

Contoh Perkara Analisis/Komen

1&2 Dari segi bahasa Pelajar tidak memahami bahawa soalan menyatakan ‘dalam
satu kotak’
‘In each box’
Pelajar tidak memahami istilah all together dalam bahasa
‘All together’ Inggeris. Pada mereka all together hanya melibatkan proses
kira campur (miskonsepsi bahasa)

Langkah kerja Pelajar terus membuat kiraan tanpa memikirkan langkah


kerja yang sesuai untuk penyelesaian masalah iaitu dengan
menggunakan 4 langkah dalam Model Polya.

Contoh 2

Jadual 2. Analisis soalan 2

Anjuran Bersama: Persatuan Pendidikan Sains Dan Matematik Johor,


Fakulti Pendidikan, Universiti Teknologi Malaysia & Jabatan Pendidikan Negeri Johor  4
SEMINAR KEBANGSAAN PENDIDIKAN SAINS DAN MATEMATIK 11 – 12 OKT 2008 
 
Contoh Perkara Analisis/Komen
2 Kefahaman yang serupa berlaku kepada pelajar ini.
Semakan dan pembetulan hanya dibuat oleh rakan sebaya
atau kemungkinan besar pelajar sendiri yang membuat
semakan dan pembetulan. Pembetulan yang dibuat juga
berlaku kesilapan pengiraan.

Contoh 3

Jadual 3. Analisis soalan 3

Contoh Perkara Analisis/Komen

3 Operasi kiratolak Soalan a dan b pelajar telah memperolehi jawapan kerana


secara kebetulan setiap nombor boleh ditolak dengan
mudah. Bagi c) pelajar tidak memperolehi jawapan
walaupun telah menyusun semula nombor mengikut urutan
besar kepada kecil. Proses pinjaman tidak dapat
dilaksanakan, pelajar mengalami kekeliruan. Pelajar salah
konsep dalam melaksanakan pengiraan bagi operasi
kiratolak. Pelajar menyamakan pengiraan operasi kiratolak
dengan kiratambah.

Anjuran Bersama: Persatuan Pendidikan Sains Dan Matematik Johor,


Fakulti Pendidikan, Universiti Teknologi Malaysia & Jabatan Pendidikan Negeri Johor  5
SEMINAR KEBANGSAAN PENDIDIKAN SAINS DAN MATEMATIK 11 – 12 OKT 2008 
 

Contoh 4

Jadual 4. Analisis soalan 4

Contoh Perkara Analisis/Komen

4 Operasi kiratolak Dapatan yang serupa didapati bagi operasi kiratolak di


mana algorithm pengiraan adalah satu kesilapan yang
besar. Bagi c) kiraan salah tetapi tidak dipangkah salah.
Pelajar yang menyemak buku rakannya tidak mengetahui
cara untuk memastikan sama ada jalankerja rakannya betul
atau pun salah.

Bagi soalan berbentuk penyelesaian masalah, pelajar tidak


menulis kefahaman mereka setelah membaca soalan.
Pelajar memahami kaedah menjawab soalan walau
bagaimanapun telah berlaku kesilapan konseptual di mana
pengiraan digunakan cara memanjang ke bawah.

Contoh 5

Anjuran Bersama: Persatuan Pendidikan Sains Dan Matematik Johor,


Fakulti Pendidikan, Universiti Teknologi Malaysia & Jabatan Pendidikan Negeri Johor  6
SEMINAR KEBANGSAAN PENDIDIKAN SAINS DAN MATEMATIK 11 – 12 OKT 2008 
 

Jadual 5. Analisis soalan 5

Contoh Perkara Analisis/Komen

5 Soalan berbentuk Pelajar tidak dapat menjawab kiraan tolak dengan betul dan
masalah rakan pelajar telah menulis pembetulan jawapan di sebelah.
Pelajar tidak memahami soalan berayat dalam Bahasa
Inggeris dan kemudiannya tidak memahami konsep
kiratolak di mana nombor besar ditolak daripada nombor
kecil.

Contoh 6

Jadual 6. Analisis soalan 6

Anjuran Bersama: Persatuan Pendidikan Sains Dan Matematik Johor,


Fakulti Pendidikan, Universiti Teknologi Malaysia & Jabatan Pendidikan Negeri Johor  7
SEMINAR KEBANGSAAN PENDIDIKAN SAINS DAN MATEMATIK 11 – 12 OKT 2008 
 
Contoh Perkara Analisis/Komen

6 Soalan berbentuk Pelajar tidak mengenalpasti maklumat yang di beri dan tidak
masalah memahami soalan berayat dalam Bahasa Inggeris. Kira
tolak dijalankan untuk mencari apakah baki sahaja.

Contoh 7

Jadual 7. Analisis soalan 7


Contoh Perkara Analisis/Komen

7 Penyelesaian Pelajar tidak mengetahui tentang angka sebenar bilangan


masalah pembekalan roti (termasuk dalam pengiraan l iaitu huruf pertama bagi
roti loaves- dengan itu pelajar menulis jumlah roti sebagai
268501). Tidak dapat kelihatan penulisan langkah kerja
tentang kefaham pelajar berhubung dengan masalah yang
perlu diselesaikan. Pelajar juga membuat kesilapan dari
segi pengiraan roti untuk satu bulan bagi bulan Julai.

Contoh 8

Anjuran Bersama: Persatuan Pendidikan Sains Dan Matematik Johor,


Fakulti Pendidikan, Universiti Teknologi Malaysia & Jabatan Pendidikan Negeri Johor  8
SEMINAR KEBANGSAAN PENDIDIKAN SAINS DAN MATEMATIK 11 – 12 OKT 2008 
 

Jadual 8. Analisis soalan 8


Contoh Perkara Analisis/Komen
8 Perpuluhan Pelajar tidak dapat menghubungkan konsep pecahan
kepada perpuluhan. Tidak dapat menulis six tenths sebagai
6
perpuluhan sebaliknya sebagai 06.10
10

Contoh 9

Anjuran Bersama: Persatuan Pendidikan Sains Dan Matematik Johor,


Fakulti Pendidikan, Universiti Teknologi Malaysia & Jabatan Pendidikan Negeri Johor  9
SEMINAR KEBANGSAAN PENDIDIKAN SAINS DAN MATEMATIK 11 – 12 OKT 2008 
 

Jadual 9. Analisis soalan 9


Contoh Perkara Analisis/Komen
9 Pecahan Dapat dikenalpasti bahawa pelajar kurang memahami
tentang konsep pecahan- pecahan tak wajar, pecahan
nombor bercampur. Kesilapan berulang menunjukkan
bahawa kekeliruan dari segi pengetahuan konseptual dan
bukan pengetahuan procedural. Pelajar tidak dapat
4 10 9
menurunkan atau atau kepada bentuk yang lebih
8 6 9
mudah.

Contoh 10
Write these numbers in order of sizes, from smallest to largest:
0.625 0.25 0.3753 0.125 0.5

Answer :

Smallest 0.3753 0.625 0.125 0.25 0.5 Largest

Jadual 10. Analisis soalan 10


Contoh Perkara Analisis/Komen
10 Menyusun nombor Pelajar memilih 0.3753 sebagai nilai yang terkecil: pemilihan
perpuluhan dari kecil 0.3753 sebagai nombor perpuluhan terkecil kerana nombor
ke besar ini paling jauh dari 0.5 dan kerana lebih banyak nombor
dalam perpuluhan ini. Ini diikuti oleh 0.625 dan seterusnya.
Selain daripada itu, ada juga pelajar yang menganggap
perpuluhan sebagai nombor bulat. Ada yang mengatakan
bahawa nombor paling kecil ialah 0.25 dan yang paling
besar ialah 0.625. 0.25 lebih kecil daripada 0.125 kerana
0.125 memasuki nilai ratus manakala 0.25 hanya nilai puluh
sahaja.

Contoh 11

Write these fractions in order of sizes, from smallest to largest:


1/2 3/8 5/16 5/8 1/4

Answer:

Smallest 5/16 3/8 5/8 ¼ ½ Largest

Anjuran Bersama: Persatuan Pendidikan Sains Dan Matematik Johor,


Fakulti Pendidikan, Universiti Teknologi Malaysia & Jabatan Pendidikan Negeri Johor  10
SEMINAR KEBANGSAAN PENDIDIKAN SAINS DAN MATEMATIK 11 – 12 OKT 2008 
 
Jadual 11. Analisis soalan 11
Contoh Perkara Analisis/Komen
11 Menyusun pecahan Sebab 5/16 adalah lebih kecil daripada 1/2, kalau
dari kecil ke besar memotong kek kita akan dapat 16 keping kecil berbanding
kalau kita memotong kek kepada 2 bahagian. Pelajar
melihat penyelesaian sebagai mencari jawapan berapa
keping kek akan diperolehi sekiranya di potong kepada 8
bahagian dan seterusnya. Nombor pada numerator tidak
diambil kira dalam penentuan susunan ini.

Kesimpulan

Secara keseluruhan dua jenis soalan yang telah dianalisis daripada beberapa tajuk Tahun 5.
Soalan-soalan yang dibincangkan adalah soalan yang berbentuk penyelesaian matematik secara
terus dan soalan yang berbentuk ayat matematik. Beberapa perkara perlu dibincangkan setelah
jawapan pelajar dianalisis.

Dapatan menunjukkan bahawa masalah yang dihadapi oleh pelajar adalah perkara yang serius.
Secara amnya pengetahuan pelajar adalah sangat terbatas dalam mempelajari matematik.
Perkara-perkara yang perlu dikemukakan dalam perbincangan ini adalah seperti berikut:

a) didapati bahawa buku pelajar yang dianalisis tidak disemak oleh guru matematik mereka.
Buku-buku ini telah disemak oleh rakan pelajar dalam kelas mereka. Pembetulan kepada
soalan-soalan yang dibuat oleh pelajar tidak dibuat secara teratur. Pembetulan adalah
dibuat oleh rakan pelajar yang menyemak buku mereka. Kerja-kerja pembetulan oleh
individu berkenaan tidak dipandang penting dalam membetulkan soalan yang salah.
b) Secara khusus, dapat dikenalpasti bahawa pelajar tidak memahami Bahasa yang
digunakan dalam soalan-soalan yang berbentuk ayat matematik. Perkataan seperti
’...........There were 56 oranges in each box. How many are there all together?’dan
pecahan six tenths…. Ditafsirkan sebagai 06.10. Pelajar tidak memahami soalan yang
dibentuk dalam Bahasa Inggeris. Ini menjadi satu halangan bagi pelajar untuk
menunjukkan jalan kerja yang betul.
c) Analisis daripada setiap soalan telah dibincangkan dalam Jadual 1 hingga Jadual 11.
Analisis secara mendalam mendapati beberapa kelemahan yang ketara.

Apabila menjawab soalan-soalan matematik secara terus, pelajar telah menunjukkan


bahawa mereka tidak dapat membina konsep yang betul seperti dalam menjawab
soalan-soalan kira tolak dan beberapa soalan-soalan pecahan dan perpuluhan yang telah
dianalisis. Dalam soalan berayat matematik, tidak dapat dilihat pemikiran atau
perancangan awal yang dibuat oleh pelajar tentang kefahaman mereka tertulis dalam
buku latihan sebelum mereka menjalankan pengiraan. Pelajar mempunyai kefahaman
konseptual yang sangat rendah tentang tajuk-tajuk yang diajar oleh guru. Ini ditambah
pula dengan ketidakcekapan dalam bahasa yang digunakan dalam soalan yang diberi.
Kelemaham ini mungkin berasal daripada kelemahan pelajar itu sendiri atau pun berlaku
kerana pendekatan pengajaran guru yang tidak menekankan kepada pembinaan konsep.

Dapatan ini menunjukkan bahawa sama ada pelajar mempunyai gerak hati (intuition) mereka
sendiri dalam menjawab soalan matematik atau pun pendekatan pengajaran guru dalam
memupukkan konsep matematik dalam minda pelajar tidak kesampaian. Pendekatan pengajaran
guru tidak berjaya untuk mencabar gerak hati atau andaian pelajar yang salah dan ini
menyebabkan peningkatan miskonsepsi dalam kalangan pelajar menahan pembinaan kekangan
tambahan bagi pelajar dalam menjawab soalan kerja rumah mereka. Guru tidak membekalkan

Anjuran Bersama: Persatuan Pendidikan Sains Dan Matematik Johor,


Fakulti Pendidikan, Universiti Teknologi Malaysia & Jabatan Pendidikan Negeri Johor  11
SEMINAR KEBANGSAAN PENDIDIKAN SAINS DAN MATEMATIK 11 – 12 OKT 2008 
 
satu kaedah pengiraan yang sepatutnya diajar kepada pelajar dalam penyelesaian masalah
berayat. Penggunaan langkah-langkah penyelesaian seperti dalam Model Polya tidak dapat
dikesan dalam jawapan pelajar. Tidak terdapat sebarang perancangan awal seperti peta minda
atau catatan ringkas sebelum proses pengiraan dilakukan.

Perbincangan dapatan analisis jawapan pelajar terhadap soalan-soalan dari tajuk pecahan
adalah selari dengan dapatan kajian yang dijalankan oleh Steve dan Olive pada tahun 2002.
Analisis jawapan yang didapati adalah seperti berikut iaitu:

a) para pelajar tidak dapat mengecam bahawa denominator yang besar menunjukkan
pecahan yang kecil
b) pelajar memahami bahawa denominator membahagikan sesuatu nombor tetapi mereka
tidak mengetahui bahawa denominator membahagikan mengikut saiz yang sama besar
c) pelajar tidak mempunyai visi yang jelas tentang saiz sesuatu pecahan, dengan itu
menimbulkan masalah dalam menyusun pecahan mengikut saiz
d) pelajar tidak mempunyai kebolehan untuk memanjangkan pengetahuan mereka tentang
operasi nombor kepada pecahan.

Perkara yang sangat diharapkan dalam pengajaran matematik adalah kemahiran berfikir secara
logik dan analitik serta memberi justifikasi kepada setiap langkah kerja yang ditunjukkan oleh
pelajar (Ball & Bass 2003). Para pelajar sepatutnya digalakkan membuat gambaran ringkas untuk
membina kefahaman apabila melaksanakan perancnagan kerja mereka.

Proses membaiki pembelajaran pelajar bergantung kepada kebolehan guru matematik yang
mengajar mereka. Walau pun pelajar membawa pengetahuan matematik bersama mereka ke
dalam kelas, kebanyakan ilmu matematik yang mereka pelajari adalah di sekolah dan bergantung
kepada siapa yang mengajar mereka. Bukan secara automatis guru-guru boleh mengajar dengan
berkesan. Mengikut Schulman (1987), terdapat beberapa kategori pengetahuan yang diperlukan
untuk menyampaikan pengajaran dalam kelas iaitu termasuk:

a) pengetahuan kandungan matematik


b) pengetahuan pedagogi secara am seperti pengurusan bilik darjah dan strategi-strategi
pengajaran
c) pengetahuan tentang kurikulum serta penilaian
d) pengetahuan kandungan pedagogi iaitu kaedah-kaedah pengajaran mata pelajaran
supaya ia mudah difahami oleh orang lain. (memahami tentang kelemahan dan kekuatan
pelajar, konsepsi dan miskonsepsi pelajar dari segi umur dan latar belakang mereka)
e) mengetahui setiap orang pelajar dan gaya pembelajaran mereka

Guru perlu sedar bahawa untuk menjadi seorang guru yang efektif bukan dengan sekelip mata
tetapi harus mengharungi pelbagai cabaran dalam karier mereka. Tambahan pula pada ketika ini
apabila pengajaran disampaikan dalam Bahasa Inggeris, guru matematik perlu lebih berwaspada
dalam setiap proses pengajaran kerana boleh berlaku miskonsepsi dari segi bahasa. Pelajar-
pelajar kita yang mempelajari Bahasa Inggeris sebagai bahasa kedua sudah pasti berdepan
dengan pelbagai masalah untuk memahami pengajaran guru. Dengan kepelbagaian sekolah dan
pelajar, guru berdepan dengan pelbagai kerenah dan ragam pelajar. Perjalanan karier seorang
guru menanti tindakan-tindakan yang berani daripada guru. Guru perlu bersikap inovatif dan
kreatif untuk menjadikan setiap cabaran menjadi peluang untuk kerjaya mereka. Untuk
memudahkan setiap langkah dalam profesion ini, guru haruslah sentiasa mempunyai sifat yang
positif dan bersemangat untuk melihat dan mereflek pengajaran mereka demi meningkatkan
kefahaman pelajar (Kilpatrick, Swafford & Findell 2001).

Anjuran Bersama: Persatuan Pendidikan Sains Dan Matematik Johor,


Fakulti Pendidikan, Universiti Teknologi Malaysia & Jabatan Pendidikan Negeri Johor  12
SEMINAR KEBANGSAAN PENDIDIKAN SAINS DAN MATEMATIK 11 – 12 OKT 2008 
 

Sekiranya guru sentiasa berhati-hati dan bertanggungjawab dalam setiap tindakan yang mereka
lakukan, mereka akan dapat membantu pelajar dalam proses pembelajaran matematik.
Perbincangan secara terbuka tentang kesilapan yang pelajar lakukan dapat membantu setiap
orang pelajar dalam kelas. Guru yang membenarkan pelajar untuk membincangkan tentang
mengapa berlakunya kesilapan konsep atau kesilapan pengiraan akan dapat menghasilkan
pembelajaran yang lama dan kekal dalam minda pelajar. Ini adalah kerana miskonsepsi bukan
dapat dibetulkan dengan cara latih tubi atau drill tetapi ia perlu diselidiki secara mendalam
bagaimana miskonsepsi itu berlaku. Pembetulan miskonsepsi hanya akan berjaya sekiranya guru
dapat menembusi setiap miskonsepsi pelajar yang sudah menjadi satu kepercayaan kepada
pelajar. Guru yang berjaya memulihkan pelajar daripada berlakunya miskonsepsi secara
berterusan bukan sahaja membantu pelajar dalam pembelajaran tetapi mereka juga
memudahkan urusan pengajaran dan pembelajaran dalam kelas mereka. Guru seharusnya
berhenti seketika dan reflek tentang apa yang berlaku dalam sesi pengajaran mereka. Setiap
miskonsepsi atau pun kesilapan pelajar akan dapat diperbetulkan bersama oleh guru dan pelajar.

Rujukan:

Ball, D. & Bass, H. 2003. Making mathematics reasonable in school. A research companion to
Principles and Standards for School Mathematics (ms. 27-44). Reston: VA: national
Council for Teachers of Mathematics.

Champagne,A.B.,Gunstone,R.E, & Klopfer, L.E. 1983. Naive knowledge and science learning.
Research in science and technological Education, 1(2):173-183.
Kilpatrick, J. Swafford, J. Findell, B. 2001. Adding it up: Helping children learn mathematics.
Mathematics Learning Study Committee, Center for Education, Division of Behavioral and
Social Sciences and Education. Washington, DC: National Academy Press.

McDermott, L. (1984). Research on conceptual understanding of physics. Physics today. 37: 24-
32

MacGregor, M., & Moore, R. 1991. Teaching mathematics in the multicultural classroom.
Melbourne, Australia: University of Melbourne.

Norlia Goolamally, Jamil Ahmad. 2008. Limited English proficiency students and misconception in
Mathematics: A case study. Proceedings International Conference on the education of
learner diversity (ICELD) 2008. 26-27 August 2008, Marriot Hotel, Putrajaya.

Norlia Goolamally, Mohd Kidin Shahran, Jamil Ahmad. 2007. Action Research: Creating
Connections Within The Classroom Practice. Proceedings International Conference Asian
Association of Open Universities (AAOU) 2007. 30 October- 2November 2007 Marriot
Hotel, Putrajaya.

Resnick, L. 1983. Mathematics and science learning: A new conception. Science, 220:477-478.

Short, D. J., & Spanos, G. 1989. Teaching mathematics to limited English proficient students.
ERIC Digest. Washington, DC: ERIC Clearinghouse on Language and Linguistics. (ERIC
Document Reproduction Service No. ED317086). Availableonline:
http://www.eric.ed.gov/contentdelivery/servlet/ERICServlet?accno=ED317086
Shulman, L.S. 1987. Knowledge and teaching: Foundations of the new reform. Harvard
Educational Review, 57, 1-22.

Steffe, L. P. & Olive, J. 2002. The problem of fractions in the elementary school. In D.L.

Anjuran Bersama: Persatuan Pendidikan Sains Dan Matematik Johor,


Fakulti Pendidikan, Universiti Teknologi Malaysia & Jabatan Pendidikan Negeri Johor  13
SEMINAR KEBANGSAAN PENDIDIKAN SAINS DAN MATEMATIK 11 – 12 OKT 2008 
 
Chambers (Ed.) Putting research into practice in the elementary grrades: Readings from
Journals of the National Council of Teachers of Mathematics (pp. 128-132). Reston, VA:
The NCTM.

Tikunoff, W. 1985. Applying significant bilingual instruction in the classroom. Rosslyn: National
Clearinghouse for Bilingual Education.

Anjuran Bersama: Persatuan Pendidikan Sains Dan Matematik Johor,


Fakulti Pendidikan, Universiti Teknologi Malaysia & Jabatan Pendidikan Negeri Johor  14

Anda mungkin juga menyukai