Anda di halaman 1dari 21

SADE 1013 ASAS KEUSAHAWAN APRIL 2016/2017 JA161

ISI KANDUNGAN MUKA


SURAT

1.0 PENGENALAN 2

2.0 KONSEP E-DAGANG 3

3.0 SEJARAH DAN EVOLUSI E-DAGANG 4-5

4.0 TEKNOLOGI REALITI MAYA (VR) DALAM E-DAGANG 6-7

5.0 KEPENTINGAN E-DAGANG DALAM PERNIAGAAN 7-8

5.1 MENGATASI MASALAH JARAK DAN MASA SERTA KOS


8
PENGIKLANAN
5.2 PASARAN YANG LUAS 8-9

5.3 MENGURANGKAN KOS PERNIAGAAN 9-10

5.4 PELUANG BERINTERAKSI DENGAN SEKTOR KORPORAT 10

6.0 PENGGUNAAN E-DAGANG SECARA GLOBAL 11-12

7.0 TAHAP PENGGUNAAN E-DAGANG DI MALAYSIA 12-13

8.0 CABARAN/ HALANGAN PENGGUNAAN E-DAGANG 14

8.1 BUDAYA MASYARAKAT KURANG YAKIN TERHADAP SISTEM 14


KESELAMATAN E-DAGANG

8.2 KEKURANGAN PENGETAHUAN DALAM KONSEP E-DAGANG 14

8.3 MASALAH PENIPUAN 15

8.4 KOS INTERNET YANG TINGGI 15

9.0 FAKTOR-FAKTOR PENDORONG PENGGUNAAN E-DAGANG 15

9.1 INDIVIDU 16

9.2 ORGANISASI 17-18

9.3 MASYARAKAT 18

10.0 KESIMPULAN 19

BIBLIOGRAFI 20

1 236972
SADE 1013 ASAS KEUSAHAWAN APRIL 2016/2017 JA161

PENGGUNAAN E-DAGANG OLEH USAHAWAN-USAHAWAN DI MALAYSIA.

1.0PENGENALAN

Sejak kemunculan internet sejak pertengahan 90-an, dunia telah mengalami transformasi
yang signifikan dari segi kaedah perniagaan, ekonomi, sosial dan politik. Misalnya, e-dagang
yang dijalankan melalui infranstruktur internet telah menyebabkan landskap perniagaan
berubah secara menyeluruh. Malaysia juga tidak dikecuali dari dunia ini walaupun
menghadapi pelbagai cabaran dan halangan.

Perdagangan elektronik, juga dipanggil E-dagang atau dalam bahasa Inggeris Electronic
Commerce (EC) adalah sebuah sistem perniagaan dan jual beli menggunakan kemudahan
teknologi maklumat terutama telekomunikasi canggih sehingga dapat melindungi dan
memuaskan pengguna-penggunannya iaitu yang terdiri daripada penjual, pembeli dan pihak-
pihak yang ketiga seperti bank, syarikat kewangan, syarikat kad kredit, pengeluar sijil
pengesahan digital dan lain-lain lagi. E-dagang dapat dibahagikan kepada dua jenis utama
iaitu di antara perniagaan dan perniagaan dan yang keduanya di antara perniagaan dan
pengguna. Perdagangan elektronik telah bermula kira-kira 10 tahun lalu. Hal ini dapat
dibuktikan apabila berlakunya peningkatan jumlah urus niaga dalam perdagangan elektronik
di seluruh dunia.

Internet telah menawarkan potensi besar dalam pelbagai bidang terutamanya dalam
bidang perdagangan. Pada masa sekarang perniagaan melalui e-dagang sangat terkenal di
kalangan peniaga kecil-kecilan dan juga besar-besaran. Definisi e-dagang adalah
mengeksploitasi teknologi dan aplikasi untuk menghubungkan sistem perniagaan yang
kritikal secara terus kepada pelanggan, pekerja dan pembekal melalui Intranet, Extranet dan
WWW, tak kira saiz, lokasi dan jenis perniagaan.

Di Negara-negara Barat, e-dagang semakin meluas digunakan di kalangan masyarakat


Internet pada pertengahan tahun 1990-an. Malahan e-dagang sekarang ini diakui oleh
syarikat-syarikat antarabangsa dan pakar-pakar pemasaran sebagai satu sektor perniagaan
serta pemasaran yang tidak boleh diabaikan lebih-lebih lagi dalam menembusi pasaran yang
lebih global. Kerja kursus ini akan membincangkan penggunaaan E-Dagang oleh usahawan-
usahawan di Malaysia.

2 236972
SADE 1013 ASAS KEUSAHAWAN APRIL 2016/2017 JA161

2.0 KONSEP E-DAGANG

Teknologi komputer yang diperkenalkan kepada kita telah banyak mengubah corak dan
gaya hidup manusia. Kehadiran internet pada waktu ini bukan sahaja mengubah cara kita
berkomunikasi dan memperoleh maklumat bahkan telah membawa perspektif baru dalam
dunia perniagaan sehingga lahirnya konsep e-commerce (e-dagang), e-business (e-niaga)
dan lain-lain lagi. Kita telah melalui satu anjakan paradigm daripada traditional commerce
kepada electronic commerce. Barangan dan perkhidmatan tidak lagi hanya boleh diperoleh
melalui kedai atau premis di tepi jalan bahkan boleh diperoleh menerusi kedai maya ( virtual
market).

Istilah e-dagang boleh diinterpretasikan daripada beberapa sudut. Dari konteks yang luas
dan umum ia dilihat sebagai bentuk atau cara pelaksanaan perniagaan secara elektronik.
Manakala dari konteks yang lebih sempit, ia boleh dirujuk sebagai satu transaksi perniagaan
atau perdagangan secara elektronik (David McGeachie 1999).

Namun perlu dibezakan antara e-dagang dengan e-niaga. Meskipun prinsipnya hampir
sama tetapi terdapat sedikit perbezaan iaitu e-niaga merujuk kepada rundingan perniagaan
melalui internet manakala e-dagang merupakan urus niaga melalui internet (Mohd. Rafee
Yusoff 2000). Jadi e-niaga adalah lebih umum berbanding e-dagang.

Pertubuhan Perdagangan Sedunia (WTO) mendefinisikan e-dagang sebagai


penghasilan, pengiklanan, jualan dan agihan barangan melalui jaringan telekomunikasi.
Taksiran ini ternyata melihat e-dagang dalam konteks yang umum. Microsoft pula lebih
cenderung melihat e-dagang dalam konteks yang lebih sempit apabila mereka
mendefinisikan e-dagang sebagai pertukaran barangan dan perkhidmatan untuk nilai tertentu
melalui internet (ibid).

Dapat disimpulkan di sini, e-dagang daripada konteks yang lebih khusus mengikut
Microsoft merupakan transaksi perdagangan secara elektronik yang menggunakan media
internet. Terkeluar di sini transaksi perdagangan melalui peralatan telekomukasi yang lain
seperti telefon, faksimili atau seumpamanya yang tidak menggunakan media internet
walaupun ia peralatan elektronik.

3 236972
SADE 1013 ASAS KEUSAHAWAN APRIL 2016/2017 JA161

3.0 SEJARAH DAN EVOLUSI E-DAGANG

E-dagang telah diperkenalkan pada tahun 1994. Istilah e-dagang atau “perdagangan
elektronik” telah berubah sejalan dengan waktu. Pada awalnya, perdagangan elektronik
bererti transaksi komersial. Ia digunakan untuk mengirim dokumen komersial seperti
pesanan pembelian atau invois secara elektronik.

Pada tahun 1998, dianggarkan perolehan daripada perniagaan secara e-dagang di


Amerika Syarikat adalah sebanyak US31 juta dan terus meningkat sehingga US183 juta
pada tahun 2003, iaitu peningkatan sehingga 500 beratus. Hal ini jelas membuktikan bahawa
e-dagang merupakan satu cabang perniagaan dan pemasaran yang amat penting untuk
sesebuah syarikat menembusi pasaran yang lebih tinggi.

Sejak sekian lama, kita telah didedahkan dengan sistem perniagaan kerana kita akan
mengunjungi kedai atau pasar raya terbabit dan membuat pilihan barangan yang
dikehendaki. Pihak peniaga pula akan memberi pelbagai kemudahan seperti diskaun, tempat
meletak kenderaan, restoran, dan sebagainya bagi memudahkan pengguna menyelesaikan
pelbagai urusan dalam satu-satu masa. Konsep sebegini meletakkan pengguna berada jauh
daripada pihak pengeluar produk kerana kebanyakan sistem pemasaran menggunakan
pihak penjual sebagai orang tengah.

Pada awalnya, e-dagang digunakan untuk tujuan perniagaan terutamanya dalam sektor
automobile dan farmasi bagi tujuan pembelian secara elektronik. Pada tahun 1990-an,
penggunaan e-dagang telah berkembang pesat dengan menggunakan rantaian serta
integrasi antara semua pihak sama ada pembeli, penjual serta penyedia perkhidmatan
berkenaan dan sehingga kini penggunaannya terus menjadi kegunaan dan dianggap
sebagai satu kemudahan. Malah, pada peringkat awal, hanya 2 peratus daripada 4.8 juta
perniagaan menggunakan e-dagang dalam menjalankan transaksi perniagaannya.

Pada waktu itu, masyarakat kita masih keliru dan teragak-agak untuk membuat pesanan
sesuatu produk menggunakan sistem transaksi elektronik memandangkan banyak khabar
angin yang mengaitkannya dengan isu-isu seperti penipuan dan pengklonan kad kredit.

4 236972
SADE 1013 ASAS KEUSAHAWAN APRIL 2016/2017 JA161

Setelah pihak bertanggungjawab meningkatkan tahap keselamatan perisian mereka, serta


dibantu dengan kehadiran teknologi enkripsi data seperti Secure Socket Layer (SSL) dan
Secure Electronic Transaction (SET). Perkembangan tersebut telah memulihkan keyakinan
pengguna.

Sehubungan dengan itu, e-dagang ini kemudiannya berkembang menjadi suatu aktiviti
yang dikenali sebagai “perdagangan web”. Ini kerana pembelian barang adalah dilakukan
melalui atas talian iaitu World Wide Web melalui server aman (HTTPS), protokol server
khusus yang menggunakan enkripsi untuk merahsiakan data penting pelanggan.
Perkhidmatan-perkhidmatan tertentu seperti pembelian tiket kapal terbang, buku, kek, dan
apa jua barangan kini dijual boleh dipesan melalui Internet. Sebaik menerima pesanan dan
menerima bayaran menggunakan transaksi elektronik, barangan tersebut akan dihantar terus
kepada pelanggan. Fenomena ini memberi kepuasan yang tinggi kepada pengguna
khususnya bagi mereka yang tidak mempunyai masa untuk mengunjungi kedai-kedai
terbabit.

Banyak lagi inovasi yang akan berlaku dalam tempoh yang singkat membabitkan
penggunaan e-dagang dalam kehidupan kita. Oleh yang demikian. kita melihat kerajaan
sentiasa berusaha meningkatkan minat rakyat untuk mendekati dan mengenali teknologi
maklumat khususnya internet dalam kehidupan seharian. Hal ini adalah kerana, e-dagang
menggunakan teknologi sebagai platform utama perkembangannya. Justeru, pasaran
utamanya adalah mereka yang menggunakan internet. Semenjak tahun 1997, usaha telah
dijalankan untuk meningkatkan penggunaan internet dalam kalangan generasi muda. Kini,
terdapat lebih sejuta rakyat Malaysia berdaftar dengan syarikat yang membekalkan
perkhidmatan internet seperti TMnet, JARING dan sebagainya.

Memandangkan fenomena e-dagang yang telah berkembang dengan pesat di seluruh


dunia termasuk di Malaysia dan ia merupakan bidang yang amat berpotensi pada masa
hadapan, maka masa kerja dan urusniaga menjadi lebih fleksibel. Melalui konsep e-dagang
ini juga, ramai golongan usahawan akan muncul dengan beroperasi dari rumah
menggunakan sistem e-dagang bagi memasarkan produk dan perkhidmatan mereka ke
seluruh dunia, dan pasaran perniagaannya adalah lebih meluas iaitu serata dunia dan ia
berjalan 24 jam tanpa henti.

5 236972
SADE 1013 ASAS KEUSAHAWAN APRIL 2016/2017 JA161

4.0 TEKNOLOGI REALITI MAYA (VR) DALAM E-DAGANG

Teknologi Realiti Maya (Virtual Reality - VR) merupakan era ketiga dalam interaksi
manusia-komputer dan juga dikenali sebagai sistem berkeupayaan meniru persekitaran
tertentu dan keupayaan tersebut dijana melalui komputer. Perkembangan ini bertujuan untuk
mengurangkan halangan di antara pemikiran manusia dan komputer. VR diertikan sebagai
persekitaran yang cuba meniru keadaan sebenar atau relaiti. Matlamatnya adalah untuk
meletakkan deria manusia supaya mempercayai bahawa mereka memasuki dunia lain
(Hizam,2000). Dengan kata lain, VR adalah kaedah yang membolehkan manusia
menvisualisasi, memanipulasi, dan berinteraksi dengan komputer dan data yang kompleks.

E-dagang adalah kaedah di mana perniagaan dijalankan secara dalam talian. E-dagang
mempunyai pelbagai definisi. Dari perspektif komunikasi, e-dagang adalah penghantaran
maklumat, produk atau perkhidmatan, atau bayaran melalui talian telefon, rangkaian
komputer atau sebartang kaedah elektronik lain. Dari perspektif perniagaan pula, e-dagang
merupakan satu aplikasi teknologi ke arah pengautomasian transaksi dan aliran kerja
perniagaan. Manakala dari sudut perkhidmatan, e-dagang adalah alat yang menyampaikan
keinginan pembeli dan perniaga untuk mengurangkan kos sambil menambah kualiti
barangan dan meningkatkan kepantasan penghantaran perkhidmatan.

Dari perspektif pemasaran, e-dagang adalah pengangkutan yang baru bagi menyediakan
maklumat kepada sesuatu target pasaran melalui pengiklanan, promosi dan publisiti. Dengan
kata lain, e-dagang merupakan sebuah sistem perniagaan dan jual beli yang banyak
menggunakan kemudahan ICT terutama Internet untuk mengadakan satu rangkaian yang
menyatukan pelanggan, penjual, dan pihak ketiga dalam satu persekitaran elektronik yang
selamat serta boleh dipercayai.

Melalui e-dagang, sesebuah syarikat atau individu boleh melakukan transaksi jual beli
dari mana-mana lokasi dan pada bila-bila masa sahaja. Untuk itu, antara prasyarat penting
bagi menjalankan perniagaan dalam suasana teknologi e-dagang ini ialah pemilikan
kelengkapan teknologi maklumat yang sesuai dan prasarana telekomunikasi yang

6 236972
SADE 1013 ASAS KEUSAHAWAN APRIL 2016/2017 JA161

membolehkan capaian Internet.

E-dagang adalah satu cara pengendalian aktiviti perniagaan di atas talian dengan hanya
menggunakan komputer dan rangkaian telekomunikasi global. Teknologi ini dapat
mengurangkan kos promosi dan pemasaran, komisen jurujual dan kos bangunan yang
diperlukan untuk mempamerkan produk. E-dagang juga menjimatkan masa kerana peniaga
boleh berhubung terus dengan pelanggan tanpa batasan tempat dan masa. Dengan kata
lain, e-dagang membolehkan pencapaian pasaran global. Selain daripada itu, penggunaan e-
dagang dapat melancarkan aliran maklumat dan barangan serta meningkatkan paras
khidmat pelanggan.

Walau bagaimanapun, untuk menggalakkan penggunaan dan pembelian secara atas


talian dalam konteks e-dagang, satu aplikasi teknologi yang dapat memberikan keadaan
nyata, realistik, dan interaktif ini ialah teknologi realiti maya (VR). VR juga dikenali sebagai
media komunikasi yang lebih futuristik terutama untuk paparan visual. Panorama VR sesuai
dalam kaedah pemasaran dan penyampaian maklumat untuk paparan visual aplikasi ringkas
seperti pengiklanan, pelancongan, dan promosi perkhidmatan dan tempat.

5.0 KEPENTINGAN E-DAGANG DALAM PERNIAGAAN

Syarikat gergasi seperti Yahoo! Inc. pada peringkat awal operasinya hanya mempunyai
12 orang pekerja sahaja. Selain itu, mereka juga terpaksa menyewa ruang pejabat yang kecil
tanpa kemudahan penghawa dingin. Dalam tempoh dua tahun sahaja, raja perniagaan e-
dagang itu telah berjaya mengembangkan perniagaannya di seluruh dunia dengan
pendapatan berbilion dolar setahun. Kini, ia telah menguasai Geocities, sebuah pelayar web
terkenal serta mempunyai jutaan komuniti pengguna internet di dalamnya (Muhamad
Ridzuan Amin,2009).

E-dagang membolehkan sesebuah perniagaan dijalankan walaupun tanpa mempunyai


premis perniagaan yang besar atau bilangan pekerja yang mncukupi. Apabila memiliki
kelengkapan IT yang bersesuaian seperti komputer, modem serta talian telefon untuk akses
kepada Internet, maka produk dan perkhidmatan boleh diiklankan menerusi Internet secara
maya. Hal ini membolehkan jutaan pengguna mengunjungi iklan tersebut dan membuat

7 236972
SADE 1013 ASAS KEUSAHAWAN APRIL 2016/2017 JA161

pemilihan terhadap produk yang bersesuaian. Sesuatu yang menarik mengenai konsep ini
ialah jumlah pengunjung yan melawat iklan anda mungkin mencecah jutaan orang
berbanding iklan yang anda paparkan di surat khabar, majalah ataupun melalui edaran
poster, risalah dan sebagainya.

E-dagang kini digunakan secara meluas terutamanya di negara-negara barat malah


diakui oleh syarikat antarabangsa dan pakar pasaran sebagai satu sektor perniagaan dan
pemasaran yang tidak boleh diabaikan. Diantara kepentingan dan kelebihan e-dagang
adalah seperti :-

5.1 Mengatasi Masalah Jarak dan Masa serta Kos Pengiklanan

Kemunculan e-dagang adalah tepat pada masanya dan menguntungkan semua pihak.
Memandangkan prospek perniagaan e-dagang melangkau sempadan jarak, ia tidak
semestinya tertumpu di Bandar-bandar besar sahaja. Usahawan di kampung juga boleh
menjalankan perniagaan menjual sos cili, jagung manis serta ubi kentang ke luar Negara
hanya dengan melakukannya di rumah. Apa yang diperlukan adalah keupayaan menguasai
Internet dan e-dagang, serta teknik pengurusan dalam membungkus produk, menghantar
pesanan dan menguruskan akaun elektronik. Di sinilah kita dapat melihat kekuatan sebenar
perniagaan berteraskan e-dagang dalam memacu ekonomi Negara melalui penglibatan lebih
ramai usahawan kecil dan sederhana dalam bidang perniagaan.

Peniaga juga dapat menjimatkan kos pengiklanan. Usahawan kini boleh mengiklankan
produk perniagaan mereka di lama sosial seperti Facebook dan Twitter dengan pantas dan
berkesan tanpa perlu mengeluarkan kos yang besar. Lama sosial tersebut boleh dikemaskini
setiap masa jika terdapat maklumat baru mengenai perniagaan yang ingin disampaikan
kepada pelanggan khususnya.

5.2 Pasaran Yang Luas

Secara umumnya, pelanggan yang menggunakan e-dagang terdiri daripada mereka


yang menggunakan Internet. Di Malaysia, kita dapat melihat budaya masyarakat yang
membawa komputer riba (notebook) ke mana-mana sahaja bagi memudahkan mereka

8 236972
SADE 1013 ASAS KEUSAHAWAN APRIL 2016/2017 JA161

melakukan urusan jual beli menggunakan e-dagang. Banyak transaksi e-dagang yang
melibatkan pelajar adalah untuk pembelian buku, pakaian, makanan, dan perkakasan
komputer. Ada juga pembelian dibuat untuk barangan di luar Negara.
Prospek pasaran yang luas ini juga tidak terhalang oleh faktor geografi sesuatu kawasan.
Hal ini adalah kerana semua produk yang diiklankan menerusi Internet boleh dicapai oleh
pengguna dari serata dunia. Sebagai contohnya, seorang usahawan tani dari Selangor telah
berjaya mendapat kontrak beratus ribu ringgit setahun untuk membekalkan ubi kentang ke
beberapa kilang tempatan yang mengeluarkan produk makanan ringan berasaskan kentang.
Usaha ini terhasil apabila usahawa tersebut mengiklankan produknya menerusi Internet
dengan bantuan Jabatan Pemasaran Pertanian daerah. Kini, beliau boleh berbangga kerana
walaupun tidak mempunyai tahap pendidikan yang tinggi, beliau berjaya meneroka dan
menguasai pasaran pertanian khususnya ubi kentang yang dianggap sukar untuk mendapat
keuntungan besar.

Justeru, pasaran yang luas telah membuktikan apabila usahawan menjalankan


perniagaan secara e-dagang dengan memenuhi permintaan pelanggan dari seluruh dunia.
Usaha membawa produk seperti belacan, rempah, kicap dan buah-buahan tempatan ke
pasaran antarabangsa bukan lagi impian malah boleh menjadi kenyataan seperti mana yang
produk-produk luar Negara dengan pelbagai jenis dan jenama boleh menembusi pasaran
tempatan sehingga ada yang boleh dibeli di kedai runcit di kawasan pedalaman setiap negeri
di Malaysia.

5.3 Mengurangkan Kos Perniagaan

Kebanyakan usahawan khususnya bumiputera sering menghadapi masalah untuk


memulakan perniagaan disebabkan ketiadaan modal mencukupi. Peruntukan untuk
menyewa premis perniagaan bukanlah murah, selain daripada kos pengubahsuaian agar
premis kelhatan cantik dan mampu menarik perhatian pembelia. Kebanyakan produk juga
perlu dibayar secara tunai dan peniaga juga perlu menggaji pekerja bagi membantu
menguruskan perniagaan dengan lebih cekap. Semua ini jelas memerlukan modal yang
besar sebelum pulangan daripada perniagaan tersebut diperolehi.

Hal ini menyebabkan kebanyakan orang tidak berminat menceburi bidang perniagaan
khususnya keusahawanan biarpun mereke mempunyai sumber yang boleh diniagakan.

9 236972
SADE 1013 ASAS KEUSAHAWAN APRIL 2016/2017 JA161

Justeru, kaedah e-dagang boleh dipratikkan oleh golongan ini. Melalui e-dagang, usahawan
berpotensi untuk mendapatkan pelanggan amatlah besar. Sebagai contohnya, usahawan
yang mengiklankan produk cenderamata berasakan mengkuang di Internet bakal mendapat
pesanan daripada pihak-pihak yang berminat untuk menjual produk tersebut di Negara
mereka.

Dengan ini, konsep e-dagang telah membuktikan bahawa usahawan bakal menerima
tempahan yang besar, bergantung kepada permintaan pasaran di dalam dan luar Negara
tanpa membina sebuah kilang, usahawan dapat dengan kemampuannya membawa produk
kecilnya menembusi pasaran dalaman mahupun antarabangsa. Oleh yang demikian,
perniagaan menerusi e-dagang tidak memerlukan kelengkapan yang besar seperti kedai
yang luas, jentera yang canggih, bilangan pekerja yang ramai dan sebagainya. Kunci kepada
dunia perniagaan telah dibuka dan peluang untuk rakyat menikmati kekayaan menerusi
teknologi maklumat kini terbuka dengan luasnya.

5.4 Peluang Berinteraksi Dengan Sektor Korporat

Perkembangan dalam dunia ekonomi digital telah mendorong banyak syarikat tempatan
dan luar Negara membangunkan e-dagang masing-masing. Hal ini bagi menyediakan
mereka dengan persekitaran budaya perniagaan secara e-dagang yang dapat
mengurangkan kos, memperbaiki kecekapan operasi, meningkatkan kesetiaan pelanggan,
memperluaskan pasaran serta memberi keuntungan antara pembekal dan pengedar produk.

Banyak tapak laman web baru yang muncul dan menawarkan e-dagang sebagai satu
cabang pelaburan baru dalam perniagaan mereka. Beberapa syarikat tempatan seperti
Hitechniaga dan sebagainya telah membangunkan tapak web khusus untuk golongan
usahawan IKS mendirikan perniagaan di internet. Usaha ini dilihat sangat bertepatan bagi
menggalakkan golongan peniaga melibatkan diri dalam persekitaran perniagaan secara
digital.

Negara juga beruntung kerana kini terdapat banyak graduan yang mempunyai
kemahiran tinggi dalam bidang teknologi maklumat berjaya membangunkan pelbagai
perisian yang berpotensi untuk diketengahkan ke peringkat antarabangsa. Malah, ramai anak
tempatan telah diambil bekerja oleh firma-firma besar seperti Intel, Microsoft, DHL dan

10 236972
SADE 1013 ASAS KEUSAHAWAN APRIL 2016/2017 JA161

sebagainya telah menwujudkan satu komuniti pengguna internet yang besar dan bertambah
pada setiap tahun serta terus memberi sokongan terhadap e-dagang di Malaysia.

6.0 PENGGUNAAN E-DAGANG SECARA GLOBAL

Perniagaan e-dagang berkembang secara meluas di seluruh pelusuk dunia seiring


dengan perkembangan pesat dalam bidang teknologi maklumat. Melalui perniagaan e-
dagang, pembekal atau peniaga melantik ‘agen maya’ secara bebas kepada mana-mana
pemilik atau webmaster laman web. Pemilik laman web yang berminat akan mengisikan
borang permohonan dan dalam tempoh yang singkat mereka akan dilantik menjadi agen
maya setelah memasang sepanduk pembekal dalam laman mereka. Kod sumber html
sepanduk berkenaan akan melibatkan No. ID (pengenalan) perujuk (pemilik laman web) di
mana perujuk akan diberikan komisyen setiap kali transaksi berlaku menerusi laman web
berkenaan.

Perkara ini akan memudahkan lagi transaksi penjualan dan pembelian yang menjimatkan
pelbagai kos. Ada juga pemilik atau webmaster laman web lain yang ditaja oleh organisasi
korporat untuk memaparkan produk dan perkhidmatan yang dibekalkan. Pemilik atau
webmaster ini biasanya terdiri daripada orang-orang yang bertaraf professional di bidang
masing-masing dan sesuai untuk mempromosikan produk dan perkhidmatan organisasi
korporat dan dibayar royalti atau gaji bagi mereka yang bekerja secara rasmi dengan
organisasi berkenaan, sama ada secara langsung atau pun secara maya.

Transaksi e-dagang biasanya melibatkan pihak ketiga seperti bank, syarikat kewangan,
pengeluar kad kredit dan badan-badan persijilan tertentu. Apabila pembeli membuat sesuatu
pembelian, mereka akan diminta memberikan nombor kad kredit mereka untuk dienkripsikan
oleh komputer penjual. Kaedah enkripsi ini akan membenarkan komputer penjual meminta
nombor kad kredit pembeli untuk menyelesaikan proses pembayaran. Dengan ini nombor
kad kredit pembeli tidak akan dibaca oleh penjual. Di antara teknologi yang menyokong
pembayaran melalui kaedah ini ialah Secure Electronic Transaction (SET) yang dibangunkan
oleh Master Card dan Visa serta Secure Socket Layer (SEL). Selain itu, terdapat beberapa
mod pembayaran yang telah diperkenalkan organisasi yang membangunkan e-dagang
seperti tunai digital (digital cash), cek digital dan teknologi sokongan seperti sistem

11 236972
SADE 1013 ASAS KEUSAHAWAN APRIL 2016/2017 JA161

Kriptografi PKI (Public Key Infrastructure) dan sijil digital. Kaedah tunai digital membolehkan
pembeli menghantar wang di dalam talian tanpa menggunakan nombor kad kredit. Kaedah
pembayaran ini dipelopori oleh DigiCash, Net.Trader dan Cyber Cash di Amerika Syarikat. Di
Malaysia kaedah ini mula dibangunkan oleh MIMOS Berhad dan Hitechniaga Sdn. Bhd.
melalui laman web Jaring’s Mall. Apa yang perlu dilakukan oleh pengguna ialah mengisi
borang permohonan dan memilih nilai wang digital yang mereka kehendaki. Setelah proses
pembayaran kepada Jaring’s Mall dilakukan anda akan diberikan nombor rahsia yang
membolehkan anda melakukan pembelian.

Para peniaga pada masa kini juga amat mengemari perniagaan dan perdagangan
secara global. Dengan adanya jaringan internet, para pedagang mampu melakukan urusan
pembelian dan perbincangan secara atas talian sekaligus mampu menjimatkan masa dan
kos disamping mampu meningkatkan perniagaan secara global.

7.0 TAHAP PENGGUNAAN E-DAGANG DI MALAYSIA

Aplikasi e-dagang merupakan antara projek yang diberi penekanan oleh pihak kerajaan
dalam menggalakkan lagi komunikasi dan transaksi menerusi elektronik melalui transaksi
perniagaan secara atas talian (online). Hal ini kerana, walaupun ianya masih diperingkat
awal, e-dagang telah menunjukkan potensi yang tinggi dalam merevolusikan proses dan
struktur industri dan mengembalikan semula persekitaran persaingan bagi perniagaan di
seluruh dunia (Mahathir, 1998).

E-dagang merupakan perkara baru di Malaysia. Kebanyakan pengguna lebih


menggemari untuk berurusan secara langsung dan melakukan transaksi secara bersemuka
tanpa menggunakan teknologi ICT seperti Internet. Hanya segelintir sahaja penduduk yang
menggunapakai sistem e-dagang ini terutamanya untuk aktiviti yang melibatkan urusan
transaksi kewangan seperti pembayaran bil, menempah tiket penerbangan dan membeli
barangan dan perkhidmatan secara online (Suruhanjaya Komunikasi Multimedia Malaysia,
SKMM, 2008).

Penggunaan e-dagang di Malaysia dilihat mula berkembang pesat sejak tahun 2000
apabila pendapatan yang diperoleh adalah sebanyak RM1.6 bilion dan ianya telah melonjak

12 236972
SADE 1013 ASAS KEUSAHAWAN APRIL 2016/2017 JA161

sebanyak 600 peratus berbanding dengan tahun sebelumnya (ITU, 2002). Pada tahun 2000,
satu kajian telah dijalankan dan ianya mendapati lima peratus daripada pengguna Internet di
Malaysia pernah melakukan pembelian menerusi e-dagang (Rosario, 2000). Pada tahun
2005, kajian yang dijalankan oleh SKMM telah mendapati sebanyak 9.3 peratus pengguna
Internet telah melakukan aktiviti yang melibatkan e-dagang seperti pembelian menerusi
online (SKMM, 2005). Ianya dilihat terus meningkat dengan mencatatkan sebanyak 11.4
peratus daripada pengguna Internet yang pernah melakukan pembelian menerusi Internet
(SKMM, 2006). Pada tahun 2010, kajian dari SKMM mendapati bahawa jumlah tersebut telah
meningkat kepada 33.6 peratus. Hal ini telah menunjukkan bahawa aktiviti yang melibatkan
e-dagang dalam Internet telah mula mendapat perhatian daripada pengguna Internet.
Penggunaannya adalah semakin meningkat saban tahun dan ianya dijangkakan akan terus
meningkat sejajar dengan peningkatan penggunaan Internet itu sendiri.

Beberapa polisi dan juga strategi telah diambil oleh pihak kerajaan dan juga para
peniaga bagi memastikan perniagaan secara e-dagang di Malaysia dapat dijalankan dengan
lebih berkesan. Namun begitu, terdapat beberapa isu dan juga perkara yang perlu diberi
perhatian semasa melakukan perancangan dan juga polisi dan juga strategi bagi e-dagang di
Malaysia. Hal ini adalah termasuk dengan perkara yang melibatkan adat resam, agama, dan
juga kebudayaan kerana negara kita terdiri daripada masyarakat yang majmuk dan berbilang
kaum. Ini akan menjadikan kelainan dalam merencanakan polisi dan juga strategi bagi e-
dagang. Pihak kerajaan dan juga pihak swasta perlulah memainkan peranan dalam
memastikan polisi dan strategi ini dapat dijalankan.

Peranan swasta juga amat penting dalam perjalanan e-dagang di Malaysia. Untuk
mewujudkan suasana perjalanan e-dagang yang kondusif, pihak swasta hendaklah
mewujudkan satu sistem transaksi selamat yang melindungi pengguna dari ancaman
penggodam siber supaya maklumat peribadi pengguna tidak disalah gunakan. Penyediaan
kemudahan yang bersifat mesra pelanggan perlu diwujudkan supaya persekitaran
komunikasi dan interaksi dapat dijalankan dengan lancar dan selesa.

13 236972
SADE 1013 ASAS KEUSAHAWAN APRIL 2016/2017 JA161

8.0 CABARAN/ HALANGAN PENGGUNAAN E-DAGANG

E-dagang menggunakan sepenuhnya kemudahan teknologi maklumat (IT) terutama


telekomunikasi canggih yang dapat melindungi dan memuaskan pengguna-penggunanya.
Namun begitu, masih terdapat pelbagai masalah sama ada di pihak pengguna, mahupun
pengusaha atau peniaga. Di antara cabaran atau halangan terhadap penggunaan e-dagang
adalah :-

8.1 Budaya Masyarakat Kurang Yakin Terhadap Sistem Keselamatan E-Dagang

Masalah budaya dan kekurangan pendedahan kepada Internet merupakan antara


masalah yang menjadi penghalang kepada kejayaan e-dagang di kalangan rakyat di Negara
ini. Walaupun Negara kita semakin maju, namun masih terdapat rakyatnya yang tidak mahir
dalam penggunaan komputer dan Internet khususnya rakyat yang tinggal di kawasan luar
Bandar. Disamping itu, budaya masyarakat di Malaysia lebih selesa berinteraksi atau
bersemuka dengan penjualnya semasa membeli sesuatu barangan.

Hasil kajian yang telah dijalankan oleh SKMM (2010) mendapati, pengguna lebih gemar
untuk membeli di kedai atau pasaraya iaitu sebanyak 66.3 peratus berbanding membeli di
Internet atau secara on-line. Ini kerana pengguna masih lagi berasa kurang yakin dan risau
terhadap sistem keselamatan e-dagang. Keadaan ini tentunya berlawanan dengan konsep
pembelian menerusi perniagaan e-dagang. Melalui e-dagang segala urusan penjualan dan
pembelian dilakukan secara maya di mana tanpa bersemuka atau mengenali antara satu
sama lain, urusan penjualan dan pembelian berlaku.

8.2 Kekurangan Pengetahuan Dalam Konsep E-Dagang

Masalah seterusnya ialah kekurangan pengetahuan dan pendedahan di kalangan


pengguna tempatan berkaitan dengan konsep e-dagang, lebih-lebih lagi di kawasan
pendalaman. Biarpun kemudahan Internet telah lama wujud, namun sebahagian daripada
pengguna tempatan masih tidak memahami konsep e-dagang dan cara ia berfungsi. E-
dagang bukan satu revolusi tetapi ia merupakan satu evolusi. Walaubagaimanapun,

14 236972
SADE 1013 ASAS KEUSAHAWAN APRIL 2016/2017 JA161

kebanyakan pengguna internet dan vendor gagal dalam mempromosikan bahawa konsep e-
dagang hanya merupakan satu pengembangan kaedah jualan tradisi kepada jualan
elektronik dalam proses perniagaan.
8.3 Masalah Penipuan

Penipuan lebih mudah berlaku dalam perniagaan melalui Internet. Ini disebabkan tiada
peluang berinteraksi secara terus antara pihak pembeli dan peniaga. Kegagalan transaksi
perniagaan apabila talian Internet tidak berfungsi dengan baik akan menimbulkan kerisauan
di kalangan pembeli. Selain itu, kebimbangan terhadap kegiatan penggodaan, penipuan dan
pembongkaran identiti/ maklumat pembeli serta rahsia kewangan turut menjadi faktor
penolakan di kalangan pengguna. Bagi pihak peniaga pula, mereka juga berwaspada
dengan pihak-pihak yang tidak bertanggungjawab memanipulasi sistem ke arah keuntungan
mereka. Begitu juga, system money laundering yang diperkenalkan oleh sesetengah pihak
melalui penipuan.

8.4 Kos Internet Yang Tinggi

Akses Internet yang mahal menjadi penghalang sesebuah organisasi perniagaan dan
para pelanggan untuk mencari maklumat atau info berkaitan dengan produk (Turban dan
King, 2003). Para peniaga dan pelanggan akan menghadapi masalah sekiranya kos bagi
mengakses Internet melibatkan kos yang tinggi. Malah, ianya turut akan membantutkan
perkembangan khasnya e-dagang kerana asas utama dalam sistem e-dagang adalah
Internet. Sekiranya kos bagi Internet mahal atau tinggi, ianya pastinya akan menyukarkan
banyak pihak. Selain itu, ianya juga menjadi penyumbang kepada halangan untuk membeli
sesuatu produk atau perkhidmatan menerusi Internet (Poong et. al 2007).

9.0 FAKTOR-FAKTOR PENDORONG PENGGUNAAN E-DAGANG

Terdapat pelbagai faktor - faktor yang mendorong penggunaan e-dagang kepada para
peniaga dan juga pembeli di Malaysia dan juga diserata dunia. Faktor - faktor ini merupakan
antara faedah - faedah yang boleh dinikmati oleh para pengguna yang menggunakan
perkhidmatan e-dagang. Faktor - faktor ini dapat dibahagikan kepada individu, masyarakat
dan juga kepada organisasi.

15 236972
SADE 1013 ASAS KEUSAHAWAN APRIL 2016/2017 JA161

9.1 Individu

Faktor seseorang individu menggunakan perkhidmatan e-dagang ini adalah kerana


pengguna biasa yang mempunyai komputer peribadinya sendiri, telefon dan juga modem
dan juga mempunyai akaun dengan mana- mana pemberi khidmat internet boleh berurusan
dengan mana - mana pedagang yang telah mengiklankan barangan atau perkhidmatannya
menerusi internet. Perniagaan seperti ini tidak mempunyai halangan daripada aspek
geografi. Produk yang dipasarkan menerusi atas talian ini boleh dicapai oleh pengguna
daripada serata dunia. Ini membolehkan individu tersebut membeli - belah secara 24 jam
daripada mana- mana lokasi.

Selain itu juga, e-dagang juga turut menyediakan pelanggan dengan lebih pelbagai
pilihan dan juga menyediakan barangan produk yang lebih murah dengan membuat
perbandingan, penghantaran lebih cepat, maklumat yang lebih terperinci, lelong, interaksi
dengan pelanggan lain dan juga sebagainya. Sebagai contohnya dalam industri automobil,
para pengguna boleh mencari, membeli, menginsurankan, membuat penghantaran tanpa
perlu pergi kepada pengedar. Keadaan ini boleh dilakukan dengan melakukan carian di
laman web Yahoo untuk mendapatkan senarai pembekal kereta. Dalam aspek penempahan
kapal terbang pula, syarikat penerbangan selalunya akan menawarkan harga tiket yang lebih
murah kerana tidak memerlukan orang tengah atau pun ejen untuk urusan jual beli. Bagi
pembelian buku pula, individu serta pengguna boleh mencari, membuat pesanan, serta
membuat pembayaran melalui laman web dengan menggunakan cek atau pun kad kredit.
Tawaran diskaun yang diberi oleh pihak peniaga juga mampu menarik pembeli.

Faktor yang menyebabkan seseorang individu tersebut menggunakan e-dagang juga


adalah disebabkab stok dan juga keselamatan. Sebagai contoh, penggunaan internet boleh
menggantikan fungsi seorang broker saham. Urusan pembelian dan juga penjualan saham
boleh dilakukan tanpa melalui broker. Contohnya syarikat yang menggunakan perkhidmatan
ini di Malaysia adalah Kenanga Broker. Sebagai tambahan, faktor ‘online flea market’ jua
mendorong para pembeli dan peniaga untuk menggunakan perkhidmatan e-dagang. Penjual
dan juga pembeli dipertemukan di dalam format lelongan untuk menjual produk peribadi.

16 236972
SADE 1013 ASAS KEUSAHAWAN APRIL 2016/2017 JA161

Kaedah ini membenarkan para penjual untuk menyenaraikan barangan dan pembeli pula
boleh membida barangan secara atas talian seperti yang sering dilakukan di laman web e-
bay dan juga lelong.com.
9.2 Organisasi

Faktor yang mendorong sesebuah organisasi menggunakan e-dagang dalam


perkhidmatan mereka adalah kerana e-dagang kini semakin meluas digunakan di kalangan
masyarakat internet terutamanya di negara - negara barat. Hal ini telah bermula sejak
pertengahan tahun 1990an lagi. Malah, e-dagang juga telah diakui oleh syarikat - syarikat
antarabangsa dan juga pakar- pakar pemasaran sebagai satu sektor perniagaan dan
pemasaran yang tidak boleh diabaikan lagi. E-dagang juga telah menjadi satu alternatif wajib
untuk apa jua jenis perniagaan yang ingin pergi ke peringkat antarabangsa.

Salah satu kebaikan dan keuntungan daripada menggunakan kaedah e-dagang ini
adalah perangkaian dan integrasi di antara semua syarikat - syarikat yang berhubung baik
sebagai pembeli, penjual ataupun penyedia perkhidmatan yang berkenaan. Dengan
menggunakan kaedah ini, pertukaran maklumat dan juga transaksi perniagaan dapat
dijalankan dalam sekelip mata. Cara ini dapat menggantikan cara yang dahulunya mungkin
dibelenggu oleh kerenah birokrasi dan juga pengisian borang - borang kertas. Secara
idealnya, semua ini dapat dijalankan dengan lebih efisyen oleh semua pihak yang terlibat
dalam rangkaian e-dagang. Kaedah ini juga tidak dibelenggu oleh isu - isu ketidakserasian
ataupun piawai teknologi dan juga telekomunikasi yang tidak serupa. Ini telah ditawarkan
oleh teknologi internet yang menggunakan protokol telekomunikasinya yang dipanggil TCP/
IP yang telah diterima pakai sebagai satu piawaian yang membolehkan sebarang pelantar
komputer dapat saling berhubung dan juga bertukar maklumat dengan mudah. Para
pengguna web juga dapat berinteraksi dengan dunia web dengan mudah dengan hanya
menggunakan ssebuah perisian pelayar.

Penggunaan e-dagang oleh sesebuah syarikat juga dapat membantu mengintegrasikan


semua bahagian dalaman syarikat tersebut dengan sesebuah transaksi perniagaan untuk
meningkatkan kualiti perkhidmatan kepada para pelanggan. Sebagai contoh, apabila
pelanggan membuat penempahan pembelian melalui e-dagang, tempahan tersebut boleh
dihantar dengan serta merta kepada beberapa bahagian dalaman yang berkenaan.
Bahagian itu adalah seperti bahagian penjualan, bahagian logistik dan juga bahagian

17 236972
SADE 1013 ASAS KEUSAHAWAN APRIL 2016/2017 JA161

pembuatan. Oleh itu, pengkoordinasian dalaman untuk memenuhi pesanan tersebut akan
menjadi lebih efisyen.

E-dagang juga sebenarnya terdiri daripada beberapa komponen yang mempunyai ciri -
ciri dan fungsi yang tersendiri. Sebagai contoh, pertukaran data elektronik, pensijilan digital,
tandatangan digital, wang digital, Electronic Fund Transfer, Electronic Catalogs, Intranets,
kod bar dan pelbagai lagi. Jika halangan bagi seseorang usahawan untuk menjalankan
perniagaan di bandar untuk pasaran yang lebih luas lagi adalah kadar sewa bangunan yang
tinggi, maka dengan menggunakan e-dagang masalah ini tidak wujud lagi dan dapat diatasi.
Dengan menempatkan perniagaan mereka di sebuah pelayan web yang utama, mereka
telah pun menempatkan diri secara global. Hal ini demikian kerana, teknologi web boleh
diakses dari mana - mana tempat sekalipun. Dan yang lebih menarik perhatian ialah kos
secara relatifnya adalah amat kecil. Sebagai contoh, untuk menempatkan sesebuah
perniagaan produk dan juga perkhidmatan di dalam pelayan web Yahoo Geocities ataupun
Fortunecity, dua buah pelayan web yang mempunyai komuniti berjuta - juta pengguna
internet. Para peniaga hanya perlu membayar lebih kurang RM 100 hingga RM 150 sebulan.
Potensi pasaran usahawan ialah semua komuniti Yahoo Geocities / Fortunecity khususnya
dan pengguna internet amnya. Selain itu juga, usahawan turut ditawarkan dengan khidmat
penyelengaraan perniagaan maya mereka.

9.3 Masyarakat

Apa yang diharapkan oleh e-dagang adalah kecepatan penghantaran dan juga
penerimaan barangan ataupun perkhidmatan. Di samping itu juga, terdapat maklumat produk
yang lebih terkini dan rapi serta terdapat kemudahan membuat pesanan online. E-dagang
juga mengharapkan peningkatan usaha pemasaran massa dan juga penyingkiran orang
tengah. Seandainya kesemua ini dapat diwujudkan maka matlamat mutakhir adalah harga
barangan dan juga perkhidmatan akan menjadi lebih murah dan juga kompetitif. Sesebuah
syarikat atau individu mampu melakukan transaksi jual beli dari dan di mana sahaja di dunia
ini. Pra syarat yang terpenting untuk menjalankan perniagaan dalam suasana e-dagang ini
adalah pemilikan kelengkapan IT yang sesuai dan juga prasarana telekomunikasi yang akan
membolehkan anda mengakses internet. Dengan itu, lebih ramai lagi individu akan bekerja di
rumah serta mengurangkan perjalanan untuk membeli belah. Selain itu juga, kesesakan

18 236972
SADE 1013 ASAS KEUSAHAWAN APRIL 2016/2017 JA161

trafik dan pencemaran udara dapat dikurangkan. Harga barangan juga akan menjadi lebih
murah dan kos hidup juga akan menjadi lebih murah.

10.0 KESIMPULAN

Secara keseluruhnya, e-dagang adalah landasan perniagaan melalui Internet yang


membawa pelbagai perubahan dalam kehidupan masyarakat peniaga dan pengguna pada
abad ini. Melalui e-dagang, peniaga mempunyai peluang untuk memperolehi maklumat
mengenai sesuatu produk atau perkhidmatan yang berada di pasaran. Walau
bagaimanapun, pelaksanaan strategi pemasaran melalui laman web perlulah mempunya
unsur fleksibel memandangkan perubahan pasaran yang sentiasa berubah-ubah dan sukar
diramalkan.

Selain itu, konsep perniagaan e-dagang telah mencetuskan satu fenomena baru dalam
dunia perniagaan, bukan sahaja di Malaysia, tetapi di seluruh dunia. Perniagaan yang
berlandaskan kepada perkembangan pesat dalam industri teknologi maklumat ini telah
memberikan impak yang cukup baik terhadap perkembangan pesat dalam bidang
perniagaan. Boleh dikatakan perubahan dalam industri IT adalah yang paling pantas sejak
bermulanya revolusi perindustrian pada abad ke-19 dahulu. Industri IT adalah dinamik sekali
apabila ia mengambil masa kurang daripada 20 tahun untuk berkembang.

Kejayaan e-dagang memerlukan gabungan perkongsian di antara sektor swasta dan


sektor awam. Sektor awam perlu menjadi peneraju dengan mengelakkan kekeliruan di
antara beberapa agensi kerajaan serta berhati-hati supaya tidak timbul pertelingahan
daripada sudut kewibaan (authority). Peningkatan infrastruktur komunikasi dalam bidang
teknologi maklumat akan mempengaruhi kelajuan dan peningkatan penggunaan aplikasi e-
dagang bagi sesebuah negara. Malaysia sudah pun menuju ke arah itu dengan projek
Lebuhraya Multimedia. Oleh yang demikian adalah diharapkan urusniaga melalui e-dagang
akan menjadi satu budaya urusniaga yang menggalakan dalam masa yang terdekat.
Disamping itu juga, perdagangan ini mempunyai peluang yang sangat besar di dalam
kegiatan atau urusan perniagaan di Malaysia. Melalui e-dagang ini juga akan
memperkenalkan cara dan gaya baru dalam urusniaga. Oleh yang demikian, para peniaga

19 236972
SADE 1013 ASAS KEUSAHAWAN APRIL 2016/2017 JA161

harus bersedia dan merangka polisi dan strategi bagi memasuki pasaran baru dengan e-
dagang.

Myblog :
https://ivytayblog.wordpress.com/2016/05/20/penggunaan-e-dagang-oleh-usahawan-usahawan-di-
malaysia/

BIBLIOGRAFI

SUMBER BUKU/ MAJALAH


Ang Chiew Seng. 2012. E- Dagang kuasa penggerak perniagaan baru.
Majalah Ekonomi, September : 28-32.
Abdul Manaf Bohari. 2005. Isu-Isu Profesional ICT Di Malaysia.
Petaling Jaya, Selagor : IBS Buku Sdn. Bhd.
Ahmad Shabery. 2015. Potensi E-Dagang Belum Dimanfaatkan Sepenuhnya.
Bernama, 29 Jun 2015
David McGeachie. 1999. Definig E-Commerce.
Singapura : Singapura Department Of Statistic
E-Dagang : Satu konsep perniagaan baru. ( 2013 ) .
Berita Harian, 23 Mac : 10.
E-Dagang dan perniagaan melalui internet. ( 2006 ) .
Majalah PC, 1 Ogos : 8-10.
Noor Azilawati Mohd Sabda. 2007. Kepenggunaan Dan Teknologi Maklumat.
Serdang, Selangor : Penerbitan PCT Sdn. Bhd.
Nurul ‘Ula Noor’ Aaisa. 2013. Teknologi Maklumat Kehidupan Masa Kini.
Serdang, Selangor : Content Plus Sdn. Bhd.
Mohd. Rafee Yusoff. 2000. Imperatif Etika Dalam Perdagangan Elektronik.
Kuala Lumpur : IKIM.
Muhamad Ridzuan Amin Lina Ahmad. 2009. E-dagang Dan Anda.
Selangor : Pustaka Seri Idaman.

SUMBER LAMAN SESAWANG


Perdagangan Elektronik. Diakses pada Mei 19, daripada
https://ms.wikipedia.org/wiki/Perdagangan_elektronik
Faktor Sekat Pelaburan Dalam E-dagang. Diakses pada Mei 19, daripada
http://ww1.utusan.com.my/utusan/info.asp?

20 236972
SADE 1013 ASAS KEUSAHAWAN APRIL 2016/2017 JA161

y=2000&dt=0209&pub=Utusan_Malaysia&sec=Ekonomi&pg=bs_01.htm
Kelebihan Penggunaan ICT Dalam Perniagaan. Diakses pada Mei 19, daripada
http://www.harakahdaily.net/index.php/gajet/36977-kelebihan-penggunaan-ict-dalam-perniagaan
Tahap Hubungan Antara Pelbagai Faktor Terpilih Dengan Keinginan Menggunakan E-Dagang Dalam
Kalangan Pengguna Internet. Diakses pada Mei 19, daripada
http://jpmm.um.edu.my/filebank/published_article/4082/02_JPMM%202011_2-Ahmad%20Syahrul
%20Haniff%20Mohd%20Rawi,%20Siti%20Zobidah%20Omar.pdf

21 236972

Anda mungkin juga menyukai