Anda di halaman 1dari 2

PERSOALAN

Rangkap 1 → berbakti kepada ibu.

Rangkap 2 → balasan anak soleh atau solehah.

Rangkap 3 → lupa jasa ibu.

Rangkap 4 → penyesalan.

TEMA

Tema sajak ini ialah kasih sayang seorang ibu terhadap anak dan penyesalan
seorang anak. Ini terbukti apabila seorang anak tidak lagi menghiraukan ibunya
setelah dia dewasa kerana beralasan sibuk dengan tugas dan tanggungjawab di
pejabat dan juga terhadap keluarga sendiri. Bahkan, dia juga mulai lupa dengan
ajaran dan didikan ibunya mengenai hal-hal keagamaan seperti anak yang soleh
dan derhaka kerana terlalu sibuk mengejar kemewahan dunia sehinggalah ibunya
meninggal dunia. Akhirnya, si anak mulai insaf dan menyedari kesilapannya kerana
telah mengabaikan ibunya yang sudah uzur sehingga ibunya pergi menemui Illahi,
namun penyesalan itu tidak berguna lagi.

PERUTUSAN ATAU MESEJ

1. Seharusnya ajaran seorang ibu itu hendaklah diamalkan, diikuti, dilanjutkan


dan juga dikekalkan pada bila-bila masa walaupun sampai ke tua.

2. Janganlah sudah berkedudukan, ibu itu dilupakan. Perbuatan ini dianggap


sebagai menderhaka.

3. Sepatutnya, semasa ibu itu masih hiduplah kita menurut segala


pengajarannya dan tidak melukakan hatinya. Biasanya, setelah dia
meninggal dunia baharulah akan ada timbulnya penyesalan yang tak sudah-
sudah.

4. Memang benar bahawa syurga itu di bawah telapak kaki ibu.

PENGAJARAN

1. Nasihat dan ajaran seorang ibu itu hendaklah dipatuhi kerana ia amat
berguna di dunia dan juga di akhirat.

2. Jangan menderhaka kepada ibu. Ini kerana seorang ibu itulah yang telah
melahirkan dan membesarkan kita. Begitu besar pengorbanan seorang ibu
kepada kita yang telah mengandungkan kita selama sembilan bulan dan
sembilan hari. Tanpa jasa seorang ibu maka kita tidak akan menjadi orang
yang sempurna di masa kini.
3. Apabila kita sudah berjaya, kita tidak boleh hanya mementingkan diri sendiri
dan melupakan jasa ibu kita yang telah melahirkan, membesarkan kita
dengan penuh kasih sayang dan memberikan pendidikan yang baik sehingga
kita berjaya. Tanpa jasa seorang ibu ini, kita tidak akan berjaya. Oleh itu,
apabila kita mencapai kejayaan kita janganlah melupakan dan mengabaikan
ibu kita. Kita hendaklah membalas semampu mungkin segala jasa dan bakti
ibu yang telah dicurahkan atau diberikan kepada kita tanpa mengenal erti
penat lelah dalam membesarkan kita.

GAYA BAHASA

Melihat sajak ini, kita seolah-olah menikmati sebuah prosa kerana baris demi
barisnya bersambung-sambung sehingga pada rangkap yang terakhir. Meskipun
demikian, kita menemui juga beberapa unsur seperti berikut:

1. Unsur pertentangan (paradoks); sebagai contoh pada rangkap yang pertama,


baris yang kelima iaitu antara hidup dan mati,

2. Unsur perlambangan (simbol);

a. syurga (pada rangkap yang kedua, baris yang ketiga) yang membawa
maksud kebahagiaan,

b. para syuhada (pada rangkap yang kedua, baris yang kelima) yang
bermaksud orang-orang mati syahid,

c. air mata (pada rangkap yang keempat, baris yang kedua) yang
membawa maksud kesedihan atau kekecewaan,

d. anak derhaka (pada rangkap yang ketiga, baris yang keempat) yang
bermaksud anak yang melawan ibu bapa,

e. jauh-jauh dinihari (pada rangkap yang keempat, baris yang kedua)


yang bererti hari-hari terkahir atau setelah tua, dan

f. nadi (pada rangkap yang keempat, baris yang ketiga) yang bermaksud
kehidupan.