Anda di halaman 1dari 4

Bagaimanakah mulanya bidang leksikografi atau perkamusan?

Leksikografi tidak
bermula dengan kamus-kamus bahasa moden tetapi dengan bahasa-bahasa lama
terutama sekali bahasa-bahasa seperti Latin, Sanskrit, Yunani dan lain-lain.
Menurut al-Kassimi (1983), kamus bermula bukan sebagai alat teoritis tetapi
sebagai alat praktis. Ini disebabkan kemunculan leksikografi berbeza antara satu
budaya dengan budaya yang lain. Leksikografi Arab muncul pada abad ke-7 kerana
sebab-sebab agama. Kamus mula-mula disusun untuk menerangkan perkataan luar
biasa yang terdapat dalam al-Quran dan hadis.

Di India pula, bentuk awal leksikografi berkembang melalui nota-nota istimewa yang
dibuat mengenai ungkapan-ungkapan luar biasa dalam kesusasteraan klasik India,
misalnya karya-karya Veda dan sifatnya ekabahasa. Di negara Yunani, glos dibuat
di bahagian tepi untuk menerangkan ungkapan yang lama dan sukar, dan bukan
untuk menulis semula teks-teks lama dengan cara yang lebih mudah. Secara
beransur-ansur glos-glos ini bertukar menjadi glosari yang memberikan padanan
baru untuk bahasa lama tetapi menggunakan bahasa yang sama (perkataan Yunani
lama dijelaskan dengan bahasa Yunani moden). Leksikografi bahasa Inggeris pula
bermula dengan penterjemahan teks Latin ke dalam bahasa Anglo-Saxon.

Munculnya kamus Melayu dalam persada dunia merupakan rentetan peristiwa


dalam konteks perkembangan sejarah di Eropah. Collins mengatakan bahawa pada
zaman 1450-1680 merupakan era yang bercirikan Âcommerce of ideas‰ yakni
bukan semata-mata barang dagangan yang disalurkan tetapi juga budaya dan
teknologi, bahkan khayalan yang tersalur antara benua Eropah dan alam Melayu.
Kemunculan Melaka sebagai pelabuhan utama di alam Asia Tenggara pada awal
abad ke-15 dan kemudian diikuti pula oleh perkembangan budaya yang amat pesat
di Melaka dengan kemasukan kebudayaan asing terutamanya pengaruh kesultanan
Othmaniyah dari Asia Barat dan Eropah Timur, dan jugapengaruh empayar Moghul
di India dan Asia Tengah, dan kebudayaan dari Tanah Besar Cina.

Menurut Asmah Haji Omar (1987), kamus Melayu yang paling awal yang pernah
diketahui ialah senarai kata Melayu-Cina yang terdiri daripada 482 kata entri yang
dikumpulkan antara 1403M-1511M, seperti yang dihuraikan oleh C.O.Blagden
dalam karangannya yang bertajuk „A Chinese Vocabulary of Malacca Malay Words
dan Phrases Collected Between A.D. 1403 and 1511(?)‰, dalam Bulletin of the
School of Oriental and African Studies, Vol.VI, 1930-32, (h. 715-749). Pada tahun
1560, Yang Pin seorang panitera dalam arkib di negara Cina mengumpulkan,
menyunting dan menyatukan beberapa senarai kata bahasa Cina-Melayu yang
tersimpan dalam arkib tersebut oleh pelaut, pegawai dan pedagang Cina sewaktu
dinasti Ming yang pernah belayar ke alam Melayu.

Senarai yang dicatatkan antara tahun 1403-1511 ini malangnya tidak pernah
ditemui. Menurut Collins, yang terdapat pada hari ini hanyalah senarai yang
diterbitkan di London dalam makalah Edwards dan Blagden pada tahun 1930- 1932
tersebut. Oleh itu, berbeza dengan karya Pigafetta yang lebih tua dan sama
besar cakupannya, tulisan Yang Pin tidak kelihatan memberikan impak terhadap
sejarah perkamusan bahasa Melayu. Pada abad ke-16, selain usaha Pigafetta dan
Yang Pin, hanya sebuah senarai kata kata Melayu yang agak penting, iaitu senarai
dwibahasa Belanda-Melayu yang dihasilkan pada tahun 1598 yang dikumpulkan
sebagai salah satu daripada hasil pelayaran Belanda yang pertama di Nusantara
dan disebarkan di Eropah.

Daftar kata tertua dikatakan merupakan catatan daftar kata Itali-Melayu yang
dihasilkan oleh Pigafetta (Rajah 8.2) pada tahun 1521. Senarai kata ini dinamakan
Daftar Kata Orang Islam. Dalam buku ini terdapat sejumlah 426 kata atau frasa
bahasa Itali yang mempunyai 450 padanan kata dalam bahasa Melayu. Inilah
kamus bahasa Melayu yang pertama dapat dikesan. Fungsi utama usaha ini adalah
untuk kepentingan penyebaran agama Kristian dan perdagangan. Kandungannya
merupakan senarai nama barang, sukatan beras, perkapalan, hasil bumi dan
sebagainya. Pada umumnya, isi kamus ini mudah dikenal pasti, walaupun ejaan
Pigafetta mengikut ejaan bahasa ibundanya. Kamus Pigafetta merupakan salah
satu dokumen penting pada abad ke-16 kerana bahasa Melayu mulai diperkenalkan
di Eropah dan dikenali pada zaman tersebut berdasarkan penulisan beliau.

Pada tahun 1623 muncul kamus Melayu yang lebih baik, iaitu kamus Belanda-
Melayu yang berjudul Vacabularian ofte Woord-boek naer ordre vanden Alphabet
inÊt Duytsch-Maleysch ende Maleysch-Duytsch. Kamus ini disusun oleh Casper
Wiltens dan Sebastianus Dankaerts. Kamus „Dictionarium Malaico-Latinum et
Latinum Maicum‰ yang diusahakan oleh Paderi David Haex pada tahun 1631
mengandungi entri Melayu-Latin. Kamus ini diterjemahkan ke dalam bahasa
Inggeris dan Perancis. Kamus ini lebih bersifat kamus tatabahasa yang
menerangkan pelbagai sifat bahasa dan terpisah daripada sifat kamus semasa.
Daftar kata lain yang dihasilkan ialah daftar kata Melayu-Belanda oleh J. Heurnius
pada tahun 1650, „A Brief Dictionary of the Malay Tongue‰ oleh John Ogilby pada
tahun 1673, dan daftar kata Melayu-Belanda oleh F. Gueyniers pada tahun 1677
yang merupakan kamus huraian dan tatabahasa.

Usaha seterusnya dilakukan oleh orang Belanda, iaitu Werndly pada tahun 1736
yang merupakan daftar kata Belanda-Melayu. Pengkaji berbangsa Inggeris yang
terlibat dalam perkamusan ialah J.Howison, iaitu „Dictionary of the Malay
Tounge As Spoken in the Peninsular of Malcca, the Island of Sumatera, Java,
Borneo, Pulo Pinang etc.„. Kajian ini merupakan entri kata Inggeris-Melayu
dihasilkan pada tahun 1801. Karya oleh Marsden pada tahun 1812 yang berjudul
„A Dictionary of the Malayan Languageʉ merupakan perkembangan baru
dalam dunia perkemusan Melayu. Usaha ini kemudiannya diteruskan dengan
menghasilkan „The Grammar of the Malayan Languages‰ pada tahun 1824.
Kamus lain yang diusahakan oleh P.P. Roorda van Eysinga, iaitu Kamus
Belanda-Melayu (1824) dan Kamus Melayu-Belanda (1825). Di Perancis juga
terdapat seorang pakar bahasa Melayu, iaitu LÊB Abbe P. Favre yang menyusun
kamus dwibahasa Melayu-Perancis pada tahun 1875 dan kamus Perancis-
Melayu 1880 yang berjudul Dictionaire Malaise Francaise.

Kitab Pengetahuan Bahasa (Rajah 8.3) yang dihasilkan oleh Raja Ali Haji pada
tahun 1858 merupakan ensiklopedia yang tidak lengkap dan kurang sistematik.
Bahan-bahan yang terdapat dalam buku ini pelbagai dan tidak terbatas kepada
penjelasan erti kata sematamata. Pengkaji lain yang menghasilkan kamus pada
tempoh ini ialah Favre (1875), Tugault (1898), John Crawford (1852), Frank
Swettenhem (1881), John Tamar (1867), Van de Wall (1877), H.C.Klinkert (1885),
Shellabear(1902), dan Van Ronkel (1918).

R.J. Wilkinson menghasilkan A Malay-EnglishDictionary Jilid 1, II, dan III pada


tahun-tahun 1901-1903. Kamus ini ditulis dengan ejaan Jawi dan disusun mengikut
tertib huruf Rumi. Asal kata pinjaman turut dimasukkan. Kamus ini diperbaharui
dalam bentuk Rumi pada tahun 1932. Kamus Melayu yang menghuraikan makna
perkataan pula dihasilkan oleh Haji Shamsudin Muhamad Yunus pada tahun 1920.
Di samping itu, Mahmud bin Sayid Abdul Kadir menyusun sebuah kamus berjudul
Kamus Mahmudiyyah yang diterbitkan pada tahun 1894, kemudian sekali lagi pada
tahun 1925.
Muhamad Idris Abdul Raof Al-Marbawai telah menghasilkan Kamus Idris al-
Marbawi: Arab-Melayu pada tahun 1931. Kamus ini telah berjaya memenuhi
keperluan masyarakat Melayu dalam bidang agama. Kamus ini telah mendapat
sambutan yang hangat dan telah diulang cetak sebanyak 24 kali. Kamus ini
mempunyai dua jilid yanag menyenaraikan 36,000 patah perkataan Arab yang diberi
makna dalam bahasa Melayu. Jilid pertama diterbitkan pada tahun 1350H (1931)
yang mengandungi 408 halaman, dan jilid kedua pada tahun 1354H (1935) yang
mengandungi 407 halaman. Kedua-duanya dicetak di MatbaÊah Mustafa albabial-
halabi wa-Auladihi, Mesir. Kamus ini mengandungi petunjuk cara menggunakan
kamus dengan mencari kata akar, lukisan dan gambar bagi menjelaskan sesuatu
keterangan, keterangan tentang perlunya melukis gambar binatang dan manusia,
dan keterangan tentang jenis binatang dan hukum memakannya sama ada halal
atau haram, dan binatang yang belum jelas hukumnnya. Kesemua hukum
berdasarkan mazhab Syafie.

Usaha ini kemudiannya diteruskan pula oleh Pakatan Bahasa Melayu


danPersuratan Diraja Johor (P.Bm.P.D.) yang menerbitkan sebuah kamus
penjelasmakna kata Melayu pada tahun 1936 dengan judul Buku Katan P.Bm.P.B.
Diraja .Kamus ini terdiri daripada empat jilid. Sejak tahun 1950, terdapat dua kamus
yang dihasilkan, iaitu Kamus Am Bahasa Melayu dan Kamus Melayu (di Indonesia
dikenali sebagai Kamus Moderen Bahasa Indonesia dan Kamus Umum yang
diterbitkan pada tahun 1954 dan 1952). Selepas tahun 1950, telah muncul beberapa
kamus besar dan juga institusi-institusi formal yang berusaha menyusun kamus
seperti Dewan Bahasa dan Pustaka dan juga Pusat Bahasa Indonesia. Era ini
ditandai dengan kemunculun Kamus Umum Bahasa Indonesia susunan W.J.S
Poerwadaminta pada tahun 1952 yang telah menyimpan 20 ribu entri. Selain itu,
terdapat juga beberapa Kamus Besar muncul pada zaman yang sama. Perkamusan
pada peringkat ini telah diterap dengan tujuan yang baru iaitu pembentukan kamus
normatif yang mengetengahkan penggunaan bahasa yang "betul".

Anda mungkin juga menyukai