Anda di halaman 1dari 8

KERTAS KERJA HARI KOKURIKULUM

MAKTAB MAHMUD KUALA MUDA


TAHUN 2018

Tarikh
29 - 31 Mac 2018 (Khamis - Sabtu)

Tempat
Maktab Mahmud Kuala Muda.

1. PENDAHULUAN

Karnival Kokurikulum & Jalinan Mahabbah Komuniti adalah satu acara dwi tahunan
yang diadakan bagi memantapkan lagi minda murid dengan ilmu yang tidak didapati secara
langsung melalui pengajaran dan pembelajaran (P&P) dalam kelas. Selain itu, ianya juga
dapat memberi kesedaran kepada pelajar-pelajar supaya aktif, bukan sahaja dalam bidang
kokurikulum, tetapi juga menggalakkan mereka aktif dalam bidang kemasyarakatan.
Beberapa aktiviti yang dianjurkan seperti pameran, jualan gerai, pertandingan
sukan/permainan, kawat kaki, pemainan dalaman, deklamasi sajak, melukis poster, merentas
desa, sukan rakyat dan sebagainya. Selain itu, terdapat juga pameran dan pertunjukan dari
Jabatan Kerajaan, Badan-badan Berkanun serta pihak swasta bagi memeriahkan lagi acara ini.
Aktiviti-aktiviti yang akan diadakan bukan sahaja memberi peluang dan keseronokan kepada
pelajar yang terlibat tetapi juga menguji dan memantapkan lagi kemahiran dan pengalaman
murid dalam kerja berkumpulan serta kemasyarakatan. Para pelajar akan dibantu oleh guru-
guru penasihat yang berpengalaman daripada Persatuan /Kelab Sukan & Permainan dan
Badan Beruniform masing-masing, para ibu bapa waris serta komuniti setempat.

2. MATLAMAT

Matlamat Karnival Kokurikulum & Jalinan Mahabbah Komuniti pada tahun ini
adalah bertujuan bagi mencapai beberapa sasaran:
2.1 Menanam sifat berkerjasama, bertolak ansur dan ikatan perpaduan dalam
kalangan murid dan guru-guru.
2.2 Melahirkan bakal pemimpin pada masa depan dalam kalangan murid.
2.3 Meningkatkan suasana sekolah yang lebih menarik dan mengembirakan murid-
murid dalam usaha melahirkan Budaya Sekolah yang unggul.
2.4 Meningkatkan penglibatan PIBG dan waris pelajar dalam program sekolah.
2.5 Mengukuhkan jalinan antara pihak sekolah dengan komuniti setempat.

1
3. OBJEKTIF

Objektif Karnival Kokurikulum & Jalinan Mahabbah Komuniti adalah bagi


menggalakkan murid aktif dan berminat dalam aktiviti-aktiviti kokurikulum yang akan
dianjurkan oleh pihak sekolah mahupun pihak tertentu. Antaranya ialah;
3.1 Memupuk semangat bersatu padu bekerja dalam satu kumpulan sama ada
persatuan, kelab atau unit beruniform.
3.2 Melahirkan murid yang berketrampilan dan dedikasi serta mampu menjadi
pemimpin yang berkaliber.
3.3 Menggalakkan murid berusaha dalam aspek kepimpinan serta dapat
memupukkan sikap disiplin yang tinggi.
3.4 Menjadikan murid-murid sebagai individu yang sentiasa bersifat inovatif dan
kreatif dalam sebarang tugas yang diberikan.
3.5 Mendedahkan murid-murid cara bersosialisasi dan berinteraksi bersama
masyarakat.

4. Kumpulan Sasaran

Aktiviti-aktiviti yang akan dijalankan pada Karnival Kokurikulum & Jalinan


Mahabbah Komuniti akan melibatkan semua warga pelajar, guru-guru, kakitangan Maktab
Mahmud Kuala Muda, Persatuan Ibu Bapa dan Guru (PIBG) dan komuniti setempat.
Anggaran kehadiran adalah seramai 5000 orang.

5. Cadangan Aktiviti

5.1 Jualan Gerai


5.2 Pameran
- ATM, JPJ, PDRM (Unit Dadah dan Trafik), AADK, JKJR, Jabatan
Kesihatan (termasuk Bahagian Pergigian), Hospital Sultan Abd. Halim(derma
darah), Jabatan Penjara, Jabatan Bomba & Penyelamat, Jabatan Pertahanan
Awam, Hasani Edar, Alim Harmoni, YaPIEM.
5.3 Pemeriksaan Kesihatan, Pergigian dan Derma Darah
5.4 Jamuan Komuniti
5.5 Forum Perdana Tarbiah
5.6 Malam Kesenian Islam
5.7 Merentas Desa
5.8 Sukan Rakyat

2
6. Senarai Ahli Jawatankuasa

6.1 Jawatankuasa Induk


Pengerusi. : En. Abd. Ghani Bin Abidin (Pengetua)
Timb. Pengerusi : En. Ridzauddin Bin Yaakob (YDP PIBG MMKM)
Naib Pengerusi : Ustaz Mohd. Hilmi Bin Mohd Zain (GPK Kokurikulum)
(Merangkap Pengarah Jawatankuasa Kerja)
: Pn. Ahlam Binti Samsudin (Penolong Kanan 1)
: En. Zulkifli Bin Mahamadan (Penolong Kanan HEM)
Setiausaha : Pn. Nabilah Binti Md. Yusuf
Bendahari : Pn. Nor Azura Binti Mat Nasir

6.2 Jawatankuasa kerja

Jawatankuasa Pengacaraan Majlis Perasmian & Teknikal:


 En. Mohd ’Amir Bin Md Azmi, En. Hamdi Salim Bin Pahrolrazi & En.
Hafiszul Bin Haji Mohamad

Jawatankuasa Kawalan & Keselamatan :


 En. Abd. Halim Bin Mansor & Pengawal-pengawal Keselamatan

Jawatankuasa Hadiah & Cenderamata :


Pn. Mafizah Binti Mohd Akhir & Pn. Nor Azura Binti Mat Nasir

Jawatankuasa Buku Program, Fotografi & Dokumentasi :


 En. Mohd Asyraf Bin Mohd Tajari & Pn. Fatin Najwa Binti Zakarial Ansar

Jawatankuasa Persiapan Tempat, Banner & Siaraya:


 En. Mohd Naim Bin Md. Ariffin, En. Khairul Bashar Bin Hashim & Cik
Farah Hana Binti Shihabudin

Jawatankuasa Gerai Jualan:


 En. Azhar Bin Mat Sharihudin, Pn. Nordiana Binti Ishak & Pn. Latifah Binti
Abd. Rahim

Jawatankuasa Pameran:
 Ustaz Abdul Mu’in Bin Abdul Halim & Cik Nur Alia Binti Mohd Nahar &
Pn. Balkis Binti Saad

Jawatankuasa Kebersihan
 En. Mohd Asri Bin Md. Saad & Pn. Shatirah Binti Ahmad Sakaoff

Jawatankuasa Kupon & Tuntutan Bayaran:


 Pn. Nor Azura Binti Mat Nasir, Pn. Normeyla Binti Nasir, Pn. Norlia Binti &
Pn. Norhasnizah Binti Jamaudin

3
6.3 Penyelaras Aktiviti/Program

BIL NAMA PROGRAM PENYELARAS PROGRAM

PAMERAN OLEH AGENSI KERAJAAN/ USTAZ ABDDUL HALIM BIN MANSOR


1.
PIHAK LUAR PN. BALKIS BINTI SAAD
2. USTAZ ABDUL MU’IN BIN ABDUL HALIM
PERTANDINGAN KAWAT KAKI (KAPA)
PN. SHATIRAH BINTI AHMAD SAKAOFF
MERENTAS DESA USTAZ HAMDI SALIM BIN PHAHROLRAZI
3.
PN. NABILAH BINTI MD. YUSUF
SUKAN RAKYAT EN. MOHD NAIM BIN MD ARIFIN
4.
PN. SITI NURUL HASANAH BINTI CHE MANSOR
PN. AHLAM BINTI SAMSUDIN
5. IDUL ILMI (ANUGERAH CEMERLANG)
KETUA-KETUA PANITIA
USTAZ MOHAMAD HILMI BIN MOHD ZAIN
6. JAMUAN KOMUNITI
PIBG MMKM
JUALAN GERAI (KELAB/PERSATUAN)

a) PERSADA MELAYU

b) ENGLISH SOCIETY

c) J. LUGHAH AL-‘ARABIAH

d) PAI
7.
GURU-GURU PENASIHAT KELAB/PERSATUAN
e) SAINSTIS MUDA

f) SEGEORA

g) KELAB KOMPUTER

h) KESENIAN & KEBUDAYAAN


PIBG MMKM
8. FORUM PERDANA TARBIAH
ALUMNI MMKM
9. MALAM KESENIAN ISLAM
ALUMNI SMATAN
GERAI JUALAN SELAIN DARIPADA 1. KELAB GURU
10.
KELAB/PERSATUAN 2. KEDAI SEKOLAH

4
7. TENTATIF PROGRAM

29 MAC 2018 (KHAMIS)

7.30 pagi: Pelajar berhimpun di tapak perhimpunan

7.35 pagi : Ucapan aluan oleh pengerusi majlis.


Bacaan doa
Nyanyian lagu-lagu patriotik

8.00 pagi : Persiapan Gerai Jualan

9.00 pagi: Majlis Perasmian Karnival Kokurikulum MMKM 2018.


- Ustaz Mohd Shauki Bik Bin Mohd Kasim, Ketua Unit Kokurikulum LMM

9.30 pagi: - Jualan Gerai Hari Kantin,


- Idul Ilmi (Hari Anugerah Cemerlang MMKM)

9.30 mlm.: Malam Kesenian Islam & Persembahan Nasyid Jemputan


(Kumpulan Nasyid Shaoutul Imtiyaz & Shoutun Nashiin)

30 MAC 2018 (JUMAAT)

7.30 pagi: Pelajar berhimpun di tapak perhimpunan

8.00 pagi : - Merentas Desa terbuka komuniti

4.00 ptg. : Sukaneka Rakyat (Terbuka Komuniti dan Waris)

9.30 mlm.: Forum Agama Tarbiah


”Ibu Bapa dan Guru Bermuafakat, Pendidikan Anak Pelajar Mendapat Berkat”
Panelis : Prof Madya Dr. Harlina Binti Siraj
: Dr. Shukri Bin Abdullah
: Ustaz Shafii Bin Yusof Ghani
: Ustaz Abd. Rahman Bin Abidin (Moderator)

31 MAC 2018 (SABTU)

7.30 pagi: Pelajar berhimpun di tapak perhimpunan

8.00 pagi : - Jualan gerai,


- Pameran Jabatan Kerajaan, Badan Berkanun & pihak swasta.
- Pameriksaan kesihatan & derma darah
- Pemeriksaan gigi
- Demonstrasi Kebakaran oleh Pihak Bomba & Penyelamat.
- Demontrasi menangkap ular oleh JPAM
- Cabutan Bertuah

11.30 - Jamuan Komuniti

5
8. Anggaran Perbelanjaan :

JUMLAH
BIL PERKARA
(RM)
1.0 1.1 Merentas Desa:
(10 Hadiah bagi setiap kategori)
1.1.1 - Kategori Murid-Murid MMKM (Putera) RM 100.00
1.1.2 - Kategori Murid-Murid MMKM (Puteri) RM 100.00
1.1.3 - Kategori Guru dan Waris Murid (L) RM 100.00
1.1.4 - Kategori Guru dan Waris Murid (P) RM 100.00
1.1.5 - Kategori Terbuka Komuniti Bawah 12 Tahun (L) RM 100.00
1.1.6 - Kategori Terbuka Komuniti Bawah 12 Tahun (P) RM 100.00
1.1.7 - Kategori Terbuka Komuniti Bawah 17 Tahun (L) RM 100.00
1.1.8 - Kategori Terbuka Komuniti Bawah 17 Tahun (P) RM 100.00
1.1.9 - Kategori Terbuka Komuniti Bawah 40 Tahun (L) RM 100.00
1.1.10 - Kategori Terbuka Komuniti Bawah 40 Tahun (P) RM 100.00
1.1.11 - Kategori Terbuka Komuniti Atas 40 Tahun (L) RM 100.00
1.1.12 - Kategori Terbuka Komuniti Atas 40 Tahun (P) RM 100.00
Jumlah RM1200.00

1.2 Sukan Rakyat


1.2.1 - Sekolah Rendah (Lelaki) RM 100.00
1.2.2 - Sekolah Rendah (Perempuan) RM 100.00
1.2.3 - Sekolah Menengah (Lelaki) RM 100.00
1.2.4 - Sekolah Menengah (Perempuan) RM 100.00
1.2.5 - Terbuka (Lelaki) RM 100.00
1.2.6 - Terbuka (Perempuan) RM 100.00
Jumlah RM 600.00

1.3 Kawat Kaki Pasukan Pakaian Seragam (Tertutup MMKM)


1.3.1 - Pertama –Hamper (RM200.00) RM 200.00
1.3.2 - Kedua –Hamper (RM150.00) RM 150.00
1.3.3 - Ketiga –Hamper (RM100.00) RM 100.00
1.3.4 - Saguhati –Hamper (RM80.00) RM 80.00
Jumlah RM 530.00
2.0 Forum Agama:
2.1 Saguhati panelis (RM500 X 2) RM1000.00
2.2 Saguhati Pengerusi Forum (RM300 X 1) RM300.00
2.3 Banner RM 290.00
2.4 Poster RM 150.00
JUMLAH RM1740.00
3.0 Malam Kesenian Islam:
3.1 Bayaran Kumpulan Nasyid Shoutul Imtiyaz (Jemputan) RM4000.00
3.2 Saguhati Kumpulan Nasyid Shoutun Nashiin RM 500.00
JUMLAH RM4500.00
4.0 Jamuan Komuniti (Anggaran Kehadiran 4000 orang):
Gulai daging ( 2 ekor lembu) RM8000.00
5.0 Perbelanjaan Lain :
5.1 Banner Karnival Kokurikulum (RM123.00 X 2 unit) RM 246.00
5.2 Persiapan RM 500
5.3 Makan & Minum Urusetia sepanjang Karnival RM 400
5.4 Belanja Runcit RM 200
2.5 Pengurusan Kupon Jualan Gerai Hari Kantin RM 100
JUMLAH RM1446.00

JUMLAH KESELURUHAN RM18016.00

6
9. Sumber Kewangan
9.1 Sumbangan YaPIEM
9.2 Sumbangan PIBG
9.3 Sumbangan Alumni
9.4 Sumbangan Komuniti

10. Strategi Perlaksanaan :


10.1 Mengemukakan proposal Program.
10.2 Melantik Ahli Jawatankuasa.
10.3 Mesyuarat Ahli Jawatankuasa Kerja.
10.4 Melaksanakan Program.
10.5 Pemantauan.
10.6 Penilaiaan.

11. Kawalan & Penyeliaan:


11.1 Pengetua
11.2 Penolong-Penolong Kanan
11.3 YDP PIBG MMKM.
11.4 Pengerusi Alumni MMKM

12. Penilaian:
Keberkesanan program Karnival Kokurikulum dan Jalinan Mahabbah Komuniti 2018
ini dapat dinilai berdasarkan :
12.1 Program yang dilaksanakan berjaya sepertimana yang dirancangkan.
12.2 Mendokumentasikan laporan program yang dirancangkan dalam format yang
standard.
12.3 Membuat post mortem tentang kelemahan yang perlu diatasi dan kekuatan yang
perlu dikekalkan.

7
13. Penutup

Karnival Kokurikulum dan Jalinan Mahabbah Komuniti yang telah dijadikan acara
dwi tahunan ini diharapkan akan dapat memberi dorongan kepada pelajar supaya lebih aktif
dalam menyumbangkan sesuatu yang bermakna bagi menaikkan nama baik Maktab Mahmud
Kuala Muda serta mengukuhkan lagi jalinan kerjasama dengan komuniti setempat yang telah
lama sedia terjalin. Semoga segala perancangan yang diatur dapat dilaksanakan dengan licin
dan berkesan.

Disediakan oleh, Disahkan oleh,

…………………………………………….. ……………………….............
(MOHAMAD HILMI BIN MOHD ZAIN) (ABD. GHANI BIN ABIDIN
GPK Kokurikulum Pengetua
Maktab Mahmud Kuala Muda Maktab Mahmud Kuala Muda.