Anda di halaman 1dari 43

KANDUNGAN

MUKA
BIL PERKARA SURAT
A KONSEP DAN PERANAN PKG
LATAR BELAKANG 1
TAKRIF PKG 2
KONSEP PKG 2
Konsep Institusi Pendidikan 3
Konsep Budaya Perkongsian 4
Konsep Pendemokrasian Pendidikan 6
Konsep Rangkaian Dalam Bahagian Teknologi Pendidikan 6
VISI 8
MISI 8
OBJEKTIF 8
FUNGSI 9
PERANAN 9
Sebagai Pusat Kegiatan Iktisas Dan Pembelajaran Profesional 10
Sebagai Pusat Sumber 10
Sebagai Pusat Kegiatan Sosial / Komuniti 11
Sebagai Agen Perubahan 12
Sebagai Agen Penyelesaian Masalah 13
Sebagai Pemangkin Kecemerlangan Guru 13
Sebagai B-Inkubator ( showcase inisiatif ICT ) 14
KESIMPULAN 16

B PENGOPERASIAN PKG
PENTADBIRAN UMUM 17
STRUKTUR PENGURUSAN 18
BIDANG TUGAS 19
JAWATANKUASA PENASIHAT TEKNOLOGI PENDIDIKAN NEGERI 20
JAWATANKUASA PENASIHAT TEKNOLOGI PENDIDIKAN DAERAH 20
JAWATANKUASA PENGURUSAN AKTIVITI PKG 21
JAWATANKUASA KERJA 21
PEGAWAI TEKNOLOGI PENDIDIKAN PKG 22

C PERANCANGAN DAN PELAKSANAAN AKTIVITI


PERANCANGAN AKTIVITI 23
Proses Pelaksanaan Aktiviti 24
Jadual Pelaksanaan Aktiviti 26
Proses Mengatasi Masalah 27
Aktiviti dan Perkhidmatan 29
KEPERLUAN IKHTISAS KURIKULUM 29
Strategi, Kaedah dan sumber pengajaran dan pembelajaran 30
Mendapatkan maklumat dan pengetahuan 30
Mengesan Pencapaian Matlamat Meningkatkan Prestasi / Kualiti
30
PKG
Penggunaan Inisiatif ICT dan Pembestarian Sekolah 30
KEPERLUAN PUSAT SUMBER 30
Membina Koleksi Bahan Yang Lengkap 31
Penghasilan Bahan 31
Bimbingan dan Khidmat Bantu 31
KEPERLUAN KEGIATAN SOSIAL / KOMUNITI 32
SEBAGAI AGEN PERUBAHAN 32
SEBAGAI AGEN PENYELESAIAN MASALAH 33
SEBAGAI PEMANGKIN KECEMERLANGAN GURU 33
SEBAGAI B-INKUBATOR ( Showcase Inisiatif ICT ) 33

D LAMPIRAN
A. Cadangan Pelan Bertindak bagi mengatasi Masalah Kurikulum. 35
B. Surat Pekeliling KP(BTP) 8804/23 Jld. 1/(54) 37
C. PKG – Bilangan dan Lokasi ( 1991 ) 40

E GAMBARAJAH
Konsep Institusi Pendidikan 5
PKG dalam rangkaian 7
Agen Perubahan 12
Agen penyelesaian masalah 15
Konsep Dan Peranan PKG 16
Pola Pengoperasian PKG 17
Proses Pelaksanaan Aktiviti PKG 25

F JADUAL
Perancangan Aktiviti PKG 24
Jadual Pelaksanaan Aktiviti 26

G CARTA ALIR
Proses mengatasi masalah 28
KONSEP DAN PERANAN

LATAR BELAKANG

Dari segi sejarahnya, gerakan ractic penubuhan PKG berlaku secara beransur-ansur,
bermula dengan penubuhan Pusat Sumber Tempatan dalam tahun 1978 dan digantikan
namanya dengan Pusat Media Daerah dalam tahun 1981. Selaras dengan konsep dan
rasional penubuhan Pusat Sumber Pendidikan Negeri di empat negeri dalam tahun
1982-1984 dan Pusat Sumber Sekolah di seluruh 4racti dalam tahun 1983, Pusat Media
Daerah telah ditukar namanya kepada Pusat Sumber Pendidikan Daerah (PSPD)
dalam tahun 1986.

Sebanyak 302 buah sekolah telah dipilih untuk menempatkan Pusat Sumber
Tempatan / Pusat Media Daerah / Pusat Sumber Pendidikan Daerah yang tersebut di
atas. Ini telah dilakukan dengan pengertian bahawa setiap Pusat Sumber Pendidikan
Daerah (PSPD) akan memberi khidmat kepada sejumlah sekolah di kawasan
sekitarnya. Pada amnya sebuah PSPD berkhidmat untuk 15 hingga 20 buah sekolah di
kawasannya.

Pusat ini diwujudkan bagi mengatasi serta memperbaiki ketidakseimbangan


pencapaian pendidikan di antara bandar dan luar bandar. Tujuannya pada waktu itu
hanya untuk memberi perkhidmatan pinjaman alatan serta menyediakan kemudahan
membina bahan pengajaran dan pembelajaran berharga rendah.

Melalui kegiatan PSPD, pihak Kementerian Pendidikan berhasrat meluaskan


membudayakan teknologi dalam pendidikan untuk mempertingkatkan taraf pengajaran
dan pembelajaran. Dengan ini PSPD dianggap sebagai agen untuk membiasakan guru
khasnya guru luar bandar dengan teknologi pendidikan.
Pada tahun seterusnya, adalah disedari bahawa istilah PSPD menimbulkan kekeliruan
disebabkan istilah ‘Daerah’ yang digunakan kepada nama PSPD sebenarnya tidak
mencerminkan satu daerah pentadbiran kerana di dalam sesuatu daerah pentadbiran
Pejabat Pendidikan Daerah (PPD) lazimnya terdapat lebih daripada sebuah PSPD.(1)

Dalam pada itu beberapa perkembangan yang telah dialami dalam bidang pendidikan
hasil daripada meningkatnya keperluan profesional guru, PSPD ditukar namanya
kepada Pusat Kegiatan Guru serta diberikan peranan yang lebih luas.

Pertukaran nama ini adalah untuk memberi satu gambaran sebenar tentang aktiviti
yang dijalankan di pusat ini. Merujuk kepada surat Ketua Pengarah Pendidikan
Malaysia bertarikh 14 Ogos 1990 yang ditujukan kepada semua Pengarah Pendidikan
Negeri. “PKG adalah merupakan pusat logistik bagi hal-hal pengajaran dan
pembelajaran. Ianya juga berfungsi sebagai satu pusat di mana perbincangan di
kalangan guru-guru setempat di atas isu-isu dan masalah-masalah professional dapat
diadakan”.(2)

TAKRIF

Pusat Kegiatan Guru merupakan jalinan rancangan prasarana pendidikan yang


memberikan perkhidmatan kepada guru setempat bagi meningkatkan profesionalisme
yang mengutamakan pelaksanaan kurikulum berlandaskan teknologi pendidikan
selaras dengan Falsafah Pendidikan Kebangsaan.

KONSEP

Pusat Kegiatan Guru dapat dibezakan daripada segala bentuk sokongan yang lain bagi
guru dan masyarakat setempat dalam aspek berikut:-

 membantu meningkatkan amalan terbaik dalam pengajaran dan


pembelajaran ( best teaching / practices ).
 menyediakan wadah bagi pemusatan perkhidmatan dan
melaksanakan aktiviti pendidikan yang bersifat setempat.

 menyediakan prasarana yang sesuai bagi guru untuk bekerja secara


perseorangan atau dalam kumpulan.

 memartabatkan profesionalisme keguruan.

Aspek di atas terangkum dalam empat konsep PKG yang jelas, iaitu:-

 Konsep Institusi Pendidikan


 Konsep Budaya Perkongsian
 Konsep Pendemokrasian Pendidikan
 Konsep Rangkaian Dalam Bahagian Teknologi Pendidikan

KONSEP INSTITUSI PENDIDIKAN

Peningkatan pendidikan 6ea rah6t6al dalam perkhidmatan adalah suatu proses berterusan
yang boleh dirintis dan dikenalpasti oleh guru sendiri atau ditentukan oleh pentadbir
pendidikan serta pelaksana program di peringkat daerah, bahagian, negeri dan kebangsaan.

PKG bertujuan menggalakkan guru setempat berinteraksi bagi memenuhi keperluan 6ea
rah6t6al keguruan. Pelbagai aktiviti pendidikan yang diadakan bertujuan meningkatkan
kualiti pengajaran dan pembelajaran mengikut keperluan semasa serta melaksanakan
program yang dirancang oleh pihak pentadbiran pendidikan setempat. PKG juga bertindak
sebagai saluran untuk menyampaikan maklumat kepada komuniti setempat. Berteraskan
penyediaan prasarana yang sesuai, peluang mempertingkatkan potensi diri guru dan melalui
penyampaian maklumat terkini mengenai pendidikan kepada komuniti setempat. Gambarajah
1 memperlihatkan PKG sebagai institusi pendidikan dari berbagai sudut.

KONSEP BUDAYA PERKONGSIAN

Konsep Budaya Perkongsian memberi keutamaan kepada pengajaran pemuafakatan


pendidikan. Perkongsian bermaksud milik bersama yang berasaskan kepada ciri
kesetiakawanan, sedia memberi bantuan sama ada berbentuk pengetahuan, idea,
kemahiran, kepakaran atau peralatan dari sekolah dan PKG yang berhampiran.
Budaya pemuafakatan di kalangan guru setempat terus dipupuk melalui semangat
kekitaan dan bertindak sebagai sebuah pasukan. Pengukuhan dan penghayatan
budaya perkongsian di kalangan guru akan menjitukan kecemerlangan proses
pengajaran dan pembelajaran serta membina masyarakat penyayang sesuai dengan
hasrat negara kita.
KONSEP

SIAPA ?
Pengguna - Guru-guru,Komuniti
Pentadbir - Pegawai PKG
- Jawatankuasa Pengurusan Aktiviti PKG
- Pusat Teknologi Pendidikan Bahagian (PTPB)
- Bahagian Teknologi Pendidikan Negeri (BTPN)
- Bahagian Teknologi Pendidikan KPM (BTP)

Hubungan Profesional
- Pejabat Pelajaran Daerah (PPD)
- Pejabat Pelajaran Gabungan
- Jabatan Pelajaran Negeri

MENGAPA ?
BILA ? PKG Memenuhi keperluan
-Mengikut keperluan semasa INSTITUSI
-Mengikut program yang PENDIDIKAN
Profesional keguruan.
dirancang oleh PKG

BAGAIMANA ?
DI MANA ?
Melalui aktiviti dan
Pemusatan yang meliputi
beberapa buah sekolah perkhidmatan
di sesuatu kawasan. pendidikan yang
dilaksanakan.

Gambarajah 1; Konsep Institusi Pendidikan


KONSEP PENDEMOKRASIAN PENDIDIKAN

Melalui Konsep Pendemokrasian Pendidikan, peluang pendidikan bermutu akan dapat dinikmati
oleh segenap lapisan masyarakat terutamanya di kawasan luar 9ea ra. Pendemokrasian dalam
konteks ini dapat dicapai apabila sekolah menikmati peluang untuk meningkatkan mutu
pengajaran dalam bilik darjah melalui PKG. Di PKG guru boleh berinteraksi antara satu sama
lain bagi mengenalpasti dan merancang strategi, kaedah serta media yang sesuai digunakan
bagi memperbaiki amalan pengajaran dan pembelajaran. Pendemokrasian ini membolehkan
setiap ahli masyarakat mendapat pendidikan yang sama rata tanpa jurang perbezaan.

KONSEP RANGKAIAN DALAM BAHAGIAN TEKNOLOGI PENDIDIKAN

Bahagian Teknologi Pendidikan Negeri (BTPN) telah ditubuhkan untuk memberi kemudahan
dalam penghasilan bahan bantu pengajaran dan pembelajaran, mengendalikan bengkel dan
menyediakan sumber rujukan untuk kegunaan guru di peringkat negeri. Di peringkat setempat
kemudahan serupa disediakan oleh PKG.

Konsep Rangkaian Dalam Bahagian Teknologi Pendidikan memperlihatkan jalinan


perhubungan secara berterusan di antara PKG dengan Pusat Sumber Sekolah (PSS), Pusat
Teknologi Pendidikan Bahagian (PTPB), Bahagian Teknologi Pendidikan Negeri (BTPN),
Bahagian Teknologi Pendidikan (BTP), Kementerian Pelajaran. PKG mempunyai jalinan
perhubungan secara profesional dengan Pejabat Pelajaran Daerah (PPD), Pejabat Pelajaran
Gabungan (PPG) dan Jabatan Pelajaran Negeri (JPN).(Gambarajah 2)

Kewujudan PKG mengeratkan rangkaian hubungan semua Bahagian Teknologi Pendidikan.


Kerjasama, persefahaman dan interaksi akan memantapkan prasarana PKG yang menjurus
9ea rah pembudayaan penggunaan teknologi pendidikan dalam kalangan guru.
PKG DALAM RANGKAIAN

BTP JABATAN PELAJARAN


NEGERI

BTPN PEJABAT PELAJARAN


GABUNGAN

PTPB PEJABAT PELAJARAN


DAERAH

PKG

PSS / ICT

Gambarajah 2; PKG dalam Rangkaian


VISI

Meneraju transformasi generasi bestari melalui teknologi pendidikan

MISI

Pembangunan kapasiti dan peningkatan kualiti pengurusan instruksional menerusi


pembudayaan inovasi teknologi pendidikan.

OBJEKTIF

1. Membudayakan penggunaan ICT dalam pendidikan bagi meningkatkan kualiti


pengajaran dan pembelajaran, keberkesanan pengurusan dan pentadbiran
sekolah serta kompetensi guru yang berterusan.
2. Membangunkan bahan teknologi pendidikan yang sesuai bagi kegunaan
pengajaran dan pembelajaran.
3. Menyebar maklumat, pengetahuan dan inovasi pendidikan.
4. Meningkatkan kecekapan, pengurusan, kemudahan dan aktiviti pusat sumber
bagi menyokong peningkatan kualiti pengajaran dan pembelajaran .
5. Meningkatkan penggunaan teknologi pendidikan dan memantapkan
pelaksanaan program pembestarian sekolah melalui pemantauan dan khidmat
bantu.
6. Menyediakan kemudahan bagi aktiviti profesional pendidikan untuk guru dan
masyarakat setempat.
FUNGSI

a. Mengumpul data asas teknologi pendidikan bagi tujuan penilaian, pembangunan


dan pelaksanaan dasar teknologi pendidikan.

b. Memberi khidmat bantu penggunaan teknologi pendidikan dan media kepada


sekolah dan institusi pendidikan yang lain.

c. Menyediakan bahan sumber untuk penerbitan bahan pelbagai media.

d. Menyebar, mempromosi, dan menggalakkan penggunaan teknologi pendidikan.

e. Memantau, menyelaras, menilai, dan memberi khidmat bantu pusat sumber


sekolah.

C. Memantau, menyelaras, menilai, dan memberi khidmat bantu pelaksanaan


program gerakan membaca.

g. Memantau, menyelaras, menilai, dan memberi khidmat bantu pelaksanaan


pembestarian sekolah

PERANAN

Untuk mencapai matlamat dan objektif PKG, peranan dan aktiviti yang dijalankan
adalah atas prinsip mengikut keperluan guru yang dikenalpasti dari semasa ke semasa
oleh guru atau pihak lain selaras dengan kehendak kurikulum sekolah.

Peranan PKG dapat dibahagikan kepada lima bahagian, iaitu sebagai:-


 Pusat Kegiatan Ikhtisas Dan Pembelajaran
Profesional
 Pusat Sumber
 Pusat Kegiatan Sosial
 Agen Perubahan
 Agen Penyelesaian Masalah
 Pemangkin kecemerlangan guru
 B-Inkubator ( showcase inisiatif ICT )

Sebagai Pusat Kegiatan Iktisas Dan Pembelajaran Profesional

Selaras dengan konsep PKG sebagai sebuah institusi pendidikan, setiap PKG mengadakan
kegiatan ikhtisas mengikut keperluan untuk mempertingkatkan prestasi pengajaran dan
pembelajaran serta kualiti pendidikan di sekolah.

Bagi memenuhi keperluan ikhtisas masa kini, PKG seharusnya menjadi tempat guru berunding
untuk mendapatkan nasihat berhubung dengan hal profesional mereka. Di PKG, mereka boleh
merancang dan membina bahan pengajaran dan pembelajaran. Mereka boleh mengakses
bahan pengajaran dan pembelajaran yang diperlukan. Mereka juga boleh menyertai sesi
diskusi, seminar, kursus dan bengkel yang dirancang mengikut keperluan guru setempat. Di
sana juga tempat mereka berbincang dan berkongsi idea, maklumat dan bahan dengan guru
lain. Melalui aktiviti seperti ini, guru dapat meluaskan pengetahuan ikhtisas mereka khasnya
tentang kaedah pengajaran dan maklumat terkini dalam kurikulum sekolah.

Oleh itu, Pegawai PKG perlu berperanan sebagai penasihat, pemudahcara, penyampai ilmu
dan penggerak aktiviti profesional.

Sebagai Pusat Sumber

PKG haruslah memainkan peranan sebagai pusat yang dilengkapi dengan pelbagai bahan
untuk rujukan dan pinjaman.
PKG sebagai pusat sumber, beroperasi untuk faedah guru setempat. Pusat ini
menyediakan bahan buku dan bahan bukan buku, perkakasan dan perisian yang boleh diguna
atau dipinjam oleh guru. PKG juga bertindak sebagai agensi penyebar maklumat tentang
perkembangan dunia pendidikan.

Sebagai Pusat Kegiatan Sosial / Komuniti

Selain daripada berperanan sebagai sebuah pusat profesional, PKG juga merupakan suatu
tempat di mana guru/ komuniti setempat dapat bertemu dan berinteraksi untuk memupuk
hubungan silatur-rahim, membina semangat kesepasukan, kesefahaman dan kekitaan melalui
kegiatan sosial dan rekreasi.

Sebagai Agen Perubahan

PKG sebagai agen perubahan, [lihat rajah 3] berfungsi dalam pengemaskinian kaedah
pengajaran dan pembelajaran yang menekankan aspek penggunaan teknologi pendidikan
secara bersepadu merentasi kurikulum. PKG dapat berfungsi dalam mencetuskan usaha ke
arah perubahan kendiri, pengumpulan dan pengembangan idea, inovasi dan kreativiti. Di
samping itu PKG juga dapat berfungsi dalam hal pembaharuan kaedah pengajaran, maklumat
dan pengesanan serta penilaian.

Kesimpulannya, PKG memudahkan pelaksanaan program perubahan dalam proses


meningkatkan pendidikan sesuai dengan keperluan semasa.
PKG SEBAGAI AGEN PERUBAHAN

Agen Agen
Pengemaskinian Penggerak
Agen Kaedah
Pengesanan Pengajaran Ke arah
dan Penilaian Pembelajaran Perubahan
Melalui Teknologi Kendiri
Pendidikan

PKG
AGEN
PERUBAHAN
PENDIDIKAN

Agen Agen
Pencetus Meningkatkan
Idea Inovasi Kaedah Agen
Pengajaran
dan Kreativiti Penyebaran
dan
Pembelajaran Maklumat
Gambarajah 3; Agen Perubahan

Sebagai Agen Penyelesaian Masalah

PKG sebagai agen penyelesaian masalah (lihat Rajah 4) dapat berfungsi dari
beberapa segi dan dengan beberapa cara. Ia dapat berfungsi dari segi
kemanusiaan, kemahiran dan kemudahan.

Dari segi kemanusiaan, PKG berperanan membina dan menyemarakkan sikap


profesionalisme keguruan, meningkatkan semangat berkhidmat dan keazaman
guru, memberi khidmat nasihat atau bimbingan kepada komuniti dengan
menerapkan nilai murni.

Bagi menyelesaikan masalah dari segi kemahiran, PKG dapat membantu guru
untuk memantapkan kaedah pengajaran dan pembelajaran berasaskan sumber.
Melalui kaedah ini guru dapat merancang, menghasil dan menggunakan alat
atau bahan pengajaran dan pembelajaran dengan lebih cekap dan berkesan.

Dalam mengatasi masalah dari segi kemudahan fizikal, PKG menyediakan


kemudahan bagi tempat mengadakan pelbagai aktiviti seperti diskusi, kursus,
ceramah, bengkel dan interaksi 16ea rah16t16al, kemudahan mengakses
maklumat, menghasilkan bahan pengajaran dan pembelajaran secara individu
atau berkelompok, serta menyediakan kemudahan rujukan bahan dan alat/bahan
pengajaran dan pembelajaran.

Sebagai Pemangkin Kecemerlangan Guru

Pegawai PKG harus merancang dan menyelaras aktiviti bagi meningkatkan kepakaran,
kemahiran dan profesionalisme guru dalam pengajaran dan pembelajaran berteraskan
teknopen dan ICT . Pegawai PKG juga membantu untuk memupuk ikhtiar dan minat
guru ke arah meningkatkan kualiti profesionalisme mereka ( Best teaching
practices ),dan merekabentuk pengajaran (instructional design) dalam bilik darjah.

Sebagai B-Inkubator ( showcase inisiatif ICT )

Selaras dengan perkembangan Program Pembestarian, PKG harus dijadikan B-


Inkubator atau showcase inisiatif ICT). Melalui usaha ini kita dapat mewujudkan ruang
pamer bagi memaparkan segala inisiatif ICT dan model pembestarian sekolah bagi
mempastikan Program Pembestarian sekolah dilaksanakan mengikut garis panduan
yang betul berdasarkan model yang sama.
PKG AGEN PENYELESAI MASALAH

KEMANUSIAAN KEMAHIRAN KEMUDAHAN

Membina sikap Tempat


profesionalism untuk kursus
e keguruan Kaedah
ceramah
pengajaran
pembelajaran bengkel
berlandaskan
Meningkatka Menghasil
sumber
n semangat Perancangan bahan
dan azam dan pengajaran
sedia penghasilan Mendapatkan
bahan pembelajaran
berkhidmat sumber
Khidmat pengajaran
nasihat/ pembelajaran Penggunaan maklumat
bimbingan alat/bahan
komuniti pengajaran
pembelajaran Aktiviti
Memupuk Pinjaman sosial
nilai-nilai alat/bahan
murni pengajaran
Gambarajah 4; Agen penyelesaian masalah pembelajaran
KESIMPULAN

Secara ringkas pegawai PKG menggunakan pendekatan yang bersepadu dan


menyeluruh dalam memajukan pengajaran dan pembelajaran di sekolah.

PKG

Pusat Sumber

Agen Perubahan Pusat Kegiatan


Ikhtisas Kurikulum
Agen Penyelesaian
Masalah Pusat Kegiatan Sosial

Gambarajah 5; Konsep Dan Peranan PKG


PENGOPERASIAN PKG
KE ARAH PENINGKATAN
PKG harus dikelolakan dengan baik untuk membolehkannya memainkan peranan
PROFESIONALISME
dengan berkesan. Pengelolaan yang baik membolehkan PKG
KEGURUAN berkembang dan
melahirkan satu identiti institusi pendidikan setempat yang benar-benar memahami
tentang kekuatan dan kelemahan sekolah kelompok.
InstitusiRangkaian
Budaya Pendemokrasian
Dalam Pusat
Pengoperasian PKG secara
Pendidikanumum merangkumi
Perkongsian aspek-aspek pentadbiran umum,
Pendidikan
Sumber Pendidikan
struktur pengurusan PKG, serta perancangan dan pelaksanaan aktiviti.

PENTADBIRAN UMUM
PKG terletak di bawah amanah dan tanggungjawab BTPN dan BTP. Pengurusannya
dikendalikan oleh Pegawai PKG dan staf sokongan. BTP menyalurkan peruntukan
tahunan PKG melalui BTPN. Kecemerlangan pengoperasian PKG memerlukan
komitmen yang tinggi daripada Jawatankuasa Pengurusan Aktiviti dengan konsep kerja
berpasukan dan rasa sepunya terhadap PKG. Keadaan seperti ini memberi
kesempatan kepada PKG merancang secara bersama program yang dapat
meningkatkan kualiti pendidikan.

Pentadbiran
Umum

Pengoperasia
n
Struktur Perancangan dan
Pengurusan Rajah 6: Pola Pengoperasian PKGPelaksanaan
Aktiviti

STRUKTUR PENGURUSAN
Pengurusan PKG membantu memudahkan perancangan dan pelaksanaan
aktiviti teknologi pendidikan mengikut keperluan setempat. Aktiviti PKG membuka
ruang dan mendorong ke arah usaha bersama guru menyelesaikan masalah dan
keperluan ikhtisas mereka secara lebih terbuka.

Struktur penyelarasan dan pengurusan yang dicadangkan bagi pengoperasian PKG


adalah seperti berikut :-

1. Jawatankuasa Penasihat Teknologi Pendidikan Negeri


Pengerusi : Pengarah Jabatan Pelajaran Negeri
Tim. Pengerusi : Timbalan Pengarah Jabatan Pelajaran Negeri
Setiausaha : Ketua Penolong Pengarah BTPN
Ahli Jawatankuasa : 1. Semua Ketua Sektor JPN
2. Semua Pegawai Pelajaran Daerah
3. Wakil Jemaah Nazir
4. Wakil Institut Pendidikan Guru
5. Wakil BTPN Cawangan (Sabah dan Sarawak)
6. Wakil PKG Daerah
D. Jawatankuasa Penasihat Teknologi Pendidikan Daerah

Pengerusi : Pegawai Pelajaran Daerah


Tim. Pengerusi : Penolong Pegawai Pelajaran Daerah
Setiausaha : Pegawai PKG
Ahli Jawatankuasa : 1. Semua Pengerusi JK Pengurusan Aktiviti PKG
2. Pegawai BTPN Cawangan
3. Pegawai PKG
4 YDP PKPSM
5. YDP Majlis Guru Besar
6. Wakil Majlis Guru Cemerlang

E. Jawatankuasa Pengurusan Aktiviti PKG

Pengerusi : Pengetua/Guru Besar


Tim. Pengerusi : Pengetua/Guru Besar
Setiausaha : Pegawai PKG
Ahli Jawatankuasa : Semua Pengetua dan Guru Besar sekolah kelompok

F. Jawatankuasa Kerja

Jawatankuasa ini dibahagikan kepada 4 bidang:-


b. Jawatankuasa Latihan dan Penghasilan
c. Jawatankuasa Pembangunan Pusat Sumber Sekolah
d. Jawatankuasa ICT
e. Jawatankuasa Sosial dan Kebajikan
Nota :-
i. Adalah digalakkan agar jawatan Pengerusi digilirkan kepada semua
Pengetua dan Guru Besar dalam kelompok berkenaan
ii. Seseorang guru boleh menyertai lebih daripada satu jawatankuasa
berdasarkan kepada kebolehan dan kemampuannya

BIDANG TUGAS
Sesuai dengan semangat Pusat Kegiatan Guru, tugas dan tanggungjawab berkaitan
dengan perjalanannya adalah dikongsi bersama oleh beberapa Jawatankuasa dan individu
seperti berikut:-

 Jawatankuasa Penasihat Teknologi Pendidikan Negeri

 Jawatankuasa Penasihat Teknologi Pendidikan Daerah

 Jawatankuasa Pengurusan Aktiviti PKG

 Jawatankuasa Kerja PKG

 Pegawai PKG

Nota :-

C. Tugas-tugas yang dicadangkan boleh ditambah mengikut keperluan-

keperluan khusus PKG yang berkenaan.

JAWATANKUASA PENASIHAT TEKNOLOGI PENDIDIKAN NEGERI

Jawatankuasa Penasihat Teknologi Pendidikan Negeri bertanggungjawab memastikan


matlamat dan objektif PKG terlaksana berdasarkan Falsafah Pendidikan Kebangsaan. Di antara
tugas-tugas Jawatankuasa ini adalah seperti berikut:

 Mengadakan mesyuarat Jawatankuasa Penasihat Teknologi Pendidikan


di peringkat Negeri
 Bertindak sebagai badan perhubungan dengan agensi kerajaan, swasta
dan badan berkanun
 Menilai keberkesanan pelaksanaan program, rancangan dan aktiviti PKG
 Memberi cadangan meningkatkan mutu perkhidmatan PKG dari semasa
ke semasa.

JAWATANKUASA PENASIHAT TEKNOLOGI PENDIDIKAN DAERAH


Selaras dengan konsep desentralisasi PKG, Jawatankuasa Penasihat Teknologi Pendidikan
Daerah berperanan untuk menyelaras program dan aktiviti teknologi pendidikan peringkat
daerah. Antara bidang tugas Jawatankuasa ini adalah seperti berikut:-

 Menyelaraskan perancangan jangka pendek dan jangka panjang aktiviti


teknologi pendidikan daerah.
 Mengadakan mesyuarat penyelarasan program dan aktiviti di peringkat
daerah.
 Menganjur dan menggalakkan perbincangan dengan Pegawai PKG
untuk meningkatkan peranan PKG dari semasa ke semasa.
 Bertindak sebagai badan perhubungan di kalangan PKG dan daerah
 Menilai keberkesanan pelaksanaan program rancangan dan aktiviti
teknologi pendidikan daerah.
 Mengemukakan saranan secara bersama untuk mempertingkatkan
kualiti perkhidmatan untuk murid, guru, dan masyarakat.

JAWATANKUASA PENGURUSAN AKTIVITI PKG

Jawatankuasa Pengurusan Aktiviti PKG bertanggungjawab merancang aktiviti untuk


mempertingkatkan proses pengajaran dan pembelajaran mengikut keperluan dan kesesuaian
setempat. Berikut adalah antara tugas-tugas Jawatankuasa ini:

 Menerima cadangan yang dikemukakan di peringkat negeri dan daerah


dengan pengubahsuaian mengikut keperluan setempat
 Membantu dan memastikan PKG sebagai pusat rujukan yang lengkap
dan berfungsi
 Mengenal pasti pakar-pakar yang diperlukan untuk sesuatu aktiviti
 Mengkaji laporan penilaian aktiviti bagi menentukan tindakan susulan

JAWATANKUASA KERJA
Berdasarkan konsep dari guru, oleh guru, untuk guru, jawatankuasa kerja menjadi tenaga
penggerak utama bagi melaksanakan aktiviti PKG. Tugas-tugas pasukan kerja antara lain
meliputi:

 Merancang dan menyediakan strategi untuk melaksanakan aktiviti yang


dipersetujui bersama dengan bantuan kepakaran setempat
 Melaksanakan aktiviti yang dirancang hingga selesai
 Membuat pengesanan dan laporan terhadap setiap rancangan,
program, dan aktiviti yang dijalankan
 Melakukan tindakan susulan bagi mempertingkatkan mutu
perkhidmatan PKG
 Melibatkan masyarakat setempat dalam aktiviti-aktiviti pendidikan sosial
 Mempertingkatkan keberkesanan pelaksanaan aktiviti PKG dengan
kerjasama guru dari semasa ke semasa.

PEGAWAI TEKNOLOGI PENDIDIKAN PKG

Pegawai PKG perlu mahir dalam pelbagai bidang untuk menjayakan aktiviti-aktiviti yang
dirancang. Selain itu, Pegawai PKG berperanan:

 Mengurus PKG dengan cekap dan berkesan bagi melicinkan


pelaksanaan aktiviti dan perkhidmatan

 Memberi khidmat nasihat penghasilan, penggunaan bahan dan peralatan


pengajaran dan pembelajaran

 Mengambil bahagian dalam sesi perancangan aktiviti secara berpasukan

 Menjadi pemudah cara dalam program peningkatan profesionalisme yang


dijalankan

 Menerajui dan mengendalikan aktiviti khas untuk kumpulan yang


mempunyai minat/ keperluan tertentu (special interest group)
 Menjadi agen perubahan bagi setiap pembaharuan pendidikan yang
bertujuan untuk disebarkan

 Mempromosi dan menggalakkan amalan teknologi pendidikan kepada


sekolah dan masyarakat setempat.

PERANCANGAN DAN PELAKSANAAN AKTIVITI

 Perancangan Aktiviti

 Jadual Pelaksanaan Aktiviti

 Proses Pelaksanaan Aktiviti

 Proses Pelaksanaan Aktiviti di Kawasan Pedalaman

 Proses Mengatasi Masalah

PERANCANGAN AKTIVITI

Jawatankuasa Pengurusan Aktiviti PKG menyediakan rancangan tahunan jangka pendek dan
jangka panjang. Jawatankuasa ini haruslah memastikan setiap aktiviti dapat dilaksanakan
mengikut perancangan.

Setiap Jawatankuasa Kerja hendaklah mengemukakan kertas cadangan dan melaksanakan


semua aktiviti mengikut keutamaan. Pegawai PKG menyediakan laporan aktiviti. Langkah-
langkah ini diterangkan dalam Jadual 1.

LANGKAH-LANGKAH KETERANGAN
D. Mewujudkan Jawatankuasa Jawatankuasa terdiri daripada Pengetua dan
Pengurusan Aktiviti PKG Guru Besar sekolah kelompok; Guru-guru
dan masyarakat sebagai ahli ; KPP BTPN
sebagai Penasihat;
E. Menyediakan Rancangan Jawatankuasa Pengurusan Aktiviti PKG,
Tahunan – Jawatankuasa Kerja, guru setempat.
Jangka masa pendek/panjang
– Pegawai PKG sebagai Setiausaha.
F. Menetapkan Jawatankuasa Dipertanggungjawabkan kepada
Kerja Jawatankuasa Pengurusan Aktiviti PKG.
Pengerusi Jawatankuasa Kerja dilantik
daripada Ahli Jawatankuasa Pengurusan
Aktiviti PKG.

G. Kertas Kerja rancangan Mengandungi:-


setiap
jawatankuasa Kerja Matlamat, sasaran, aktiviti, perbelanjaan,
tenaga, pakar, jangkamasa.

H. Kelulusan oleh Pengerusi Jawatankuasa Kerja


Jawatankuasa membentangkan Kertas Kerja kepada
Pengurusan Aktiviti PKG Jawatankuasa Pengurusan Aktiviti,
Pengerusi Jawatankuasa Pengurusan Aktiviti
dan memaklumkan kepada PPD/JPN/BTPN.

I. Pelaksanaan Program Pengerusi Jawatankuasa Kerja


membentangkan Kertas Kerja kepada
Jawatankuasa Pengurusan Aktiviti,
Pengerusi Jawatankuasa Pengurusan Aktiviti
dan memaklumkan kepada PPD/JPN/BTPN.

Tanggungjawab Pengerusi Jawatankuasa


a. Persediaan Pengurusan Aktiviti dan Pegawai PKG.

Pegawai PKG dengan kerjasama


b. Menjalankan aktiviti Jawatankuasa Kerja.

Jawatankuasa Kerja.
c. Penilaian

J. Laporan kepada Pegawai PKG.


Jawatankuasa
Pengurusan Aktiviti PKG,
Jawatankuasa Penasihat Teknologi
Pendidikan Daerah, dan BTPN.

Jadual 1: Perancangan Aktiviti PKG

PROSES PELAKSANAAN AKTIVITI


Dalam pelaksanaan aktiviti PKG [lihat Gambar rajah 6], semua aktiviti tersebut adalah hasil dari
keperluan guru yang diselaraskan dengan aktiviti yang dijalankan oleh pihak Jabatan
Pendidikan Negeri (JPN), Bahagian Teknologi Pendidikan (BTP ) dan rangkaian, Bahagian
Pendidikan Guru (BPG) dan bahagian-bahagian lain Kementerian Pelajaran.

Pada peringkat permulaan, guru mengadakan sesi sumbang saran di PKG bagi
mengemukakan cadangan aktiviti mengikut keperluan. Khidmat pakar perlu diambil kira supaya
setiap pelaksanaan program memenuhi matlamatnya. Cadangan aktiviti yang dipersetujui
bersama ini diikuti dengan pengagihan peranan dan penetapan kerja yang akan dilaksanakan
untuk membantu guru dalam pelaksanaan pengajaran dan pembelajaran yang berkesan.Setiap
pelaksanaan aktiviti diteliti dan dikaji melalui proses pengesanan untuk pengubahsuaian bagi
menentukan keberkesanan atau kejayaan aktiviti seterusnya.
Gambarajah 7: Proses Pelaksanaan Aktiviti PKG

JADUAL PELAKSANAAN AKTIVITI

Untuk merangka perancangan aktiviti sama ada di peringkat negeri, daerah, atau PKG adalah
disyorkan supaya disediakan satu jadual pelaksanaan aktiviti. Berikut ialah satu contoh jadual
pelaksanaan aktiviti bagi tempoh satu tahun:

BULAN
JAWATANKUASA AKTIVITI
1 2 3 4 5 6 7 8 9 10 11 12

Menyelaras
perancangan dan
pelaksanaan
aktiviti
Jawatankuasa
Menilai program
Pengurusan PKG
dan aktiviti yang
dijalankan

Merancang
program aktiviti

Memberi latihan
Jawatankuasa Kerja
lanjutan kepada
Latihan dan
Kakitangan
Penghasilan
Sumber

Jawatankuasa Program Khidmat


Pengurusan Pusat Bantu Pusat
Sumber Sumber Sekolah

Jawatankuasa Program Galak


Teknologi Maklumat guna ICT
Majlis Anugerah
Jawatankuasa Sosial Kecemerlangan
dan Kebajikan Teknologi
Pendidikan

Jadual 2: Jadual Pelaksanaan Aktiviti

Jawatankuasa Pengurusan Aktiviti PKG menggariskan semua aktiviti yang akan dilaksanakan
sepanjang tahun, di samping memilih guru-guru berpotensi untuk dilantik sebagai kakitangan
sumber dan ahli pasukan kerja.

Jawatankuasa kerja berperanan menggerakkan aktiviti mengikut bidang yang telah ditetapkan
dan sentiasa mendorong guru-guru ke arah mencapai matlamat PKG melalui pelbagai aktiviti.

Setiap pelaksanaan aktiviti PKG harus diikuti dengan pengesanan dan penilaian untuk
menentukan tahap pencapaian. Pegawai PKG menyediakan laporan dan dokumentasi untuk
diteliti bagi menentukan arah, dasar dan perkembangan aktiviti seterusnya.

Aktiviti-aktiviti yang dirancang hendaklah juga tertakluk kepada pertimbangan dari segi faedah
yang dapat diperoleh oleh guru dan murid, waktu dan jangka masa yang sesuai, isi kandungan,
tenaga mahir untuk menjalankan aktiviti, bilangan peserta dan kewangan.

PROSES MENGATASI MASALAH

Guru berusaha secara kolektif dalam mengatasi apa jua masalah pengajaran dan pembelajaran
di peringkat sekolah. Ruang penyelesaian masalah dibuka lebih luas mengikut peringkat.
Sebarang masalah yang sukar di atasi di peringkat sekolah akan dikemukakan untuk tindakan
selanjutnya kepada Jawatankuasa Pengurusan Aktiviti PKG. Sekiranya masalah di peringkat
PKG masih belum dapat diatasi maka dimajukan pula ke peringkat Jawatankuasa Penasihat
Teknologi Pendidikan Daerah dan begitulah seterusnya sehingga ke peringkat Kementerian
Pelajaran. Di Peringkat ini usaha penyediaan program dirangka oleh bahagian-bahagian yang
berkenaan di Kementerian Pelajaran untuk melaksanakan aktiviti penyelesai masalah dan
dapat pula melahirkan motivasi baru serta peka kepada perubahan di kalangan guru.

Pegawai PKG akan terus memantau ke setiap sekolah untuk mewujudkan hubungan terus serta
memberi khidmat nasihat profesional yang diperlukan. Pihak sekolah pula akan menghantar
laporan kepada Pegawai PKG serta mengadakan perbincangan bagi meningkatkan mutu
pengajaran dan pembelajaran.

Masalah di peringkat sekolah Dapat


diselesaika
Ya n

Tidak

Bincang di peringkat Jawatankuasa


Pengurusan Aktiviti PKG

Dapat
diselesaikan
Ya
Tidak

Bincang di peringkat Jawatankuasa


Penasihat Teknologi Pendidikan
Daerah

Dapat
diselesaikan Ya

Tidak

Bincang di peringkat Jawatankuasa


Penasihat Teknologi Pendidikan
Negeri

Dapat
diselesaikan
Ya
Tidak

Bawa ke pihak Bahagian


Kementerian Pelajaran yang Tamat
berkenaan
Carta alir 1: Proses mengatasi masalah
AKTIVITI DAN PERKHIDMATAN

Setiap PKG dikehendaki memberi perkhidmatan dan menjalankan aktiviti yang dirancang pada
setiap tahun berdasarkan fungsi dan peruntukan. Keputusan mengadakan aktiviti haruslah
berdasarkan perkembangan pendidikan semasa dan keperluan sekolah dalam kelompok bagi
meningkatkan profesionalisme guru.

Aktiviti dan perkhidmatan PKG boleh dilaksanakan mengikut keperluan ikhtisas Kurikulum,
Pusat Sumber Sekolah, kegiatan Sosial / Komuniti, sebagai agen perubahan, sebagai agen
penyelesaian masalah, sebagai pemangkin kecemerlangan guru dan sebagai B-Inkubator
( showcase inisiatif ICT )

KEPERLUAN IKHTISAS KURIKULUM

Untuk meningkatkan taraf profesionalisme keguruan serta kualiti pengajaran dan pembelajaran,
PKG boleh mengelolakan aktiviti ikhtisas seperti:

 memberi khidmat bantu tentang pedagogi kurikulum dan instruksi


 memberi khidmat nasihat tentang pemilihan media dan kaedah pengajaran yang
berkesan
 menganjur seminar, forum atau diskusi tentang pendekatan baru dalam pengajaran dan
pembelajaran
 mengadakan bengkel pembinaan alat dan bahan bantu mengajar
 mengadakan bengkel tunjuk cara penggunaan, kaedah dan teknologi baru dalam
pengajaran dan pembelajaran
 menyediakan kemudahan sumber untuk menjalankan penyelidikan tentang
keberkesanan pengajaran dan pembelajaran
 menyediakan peluang kepada guru untuk mencuba pendekatan baru dalam usaha
meningkatkan pengajaran dan pembelajaran
 membantu guru menyediakan data bank tentang soalan peperiksaan
 menyediakan kemudahan kepada guru untuk membina item ujian atau soalan
peperiksaan
 menjalankan aktiviti ikhtisas melalui Jawatankuasa Pengurusan Aktitiviti PKG.
Strategi, Kaedah dan sumber pengajaran dan pembelajaran:

 mengenalpasti dan membina koleksi bahan untuk mengatasi masalah pengajaran dan
pembelajaran
 merancang dan mempelbagaikan penggunaan sumber pengajaran dan pembelajaran
 menjalankan program inovasi bagi mencari kaedah pengajaran yang lebih sesuai
mengikut keperluan dan perkembangan pendidikan
 mengenalpasti dan menyebarkan maklumat tentang amalan pengajaran terbaik dari
sesebuah sekolah untuk dicontohi
 mendokumentasikan kaedah dan amalan pengajaran pembelajaran terbaik untuk
disebarkan

Mendapatkan maklumat dan pengetahuan :

 aktiviti mengakses, mengguna dan menyebar maklumat, kemahiran dan pengetahuan


dalam aspek-aspek pelaksanaan kurikulum
 Menambahkan kepekaan guru terhadap isu-isu semasa dan strategi pengajaran dan
pembelajaran terkini

Mengesan pencapaian matlamat meningkatkan prestasi / kualiti PKG :

 menjalankan pemantauan, pengujian, pengumpulan data ke atas sumber pengajaran


dan pembelajaran bagi mendapatkan maklumbalas tentang keberkesanannya
 mengenalpasti PKG yang aktif dan berkualiti untuk dijadikan penanda aras dalam
bidang-bidang tertentu

Penggunaan Inisiatif ICT dan Pembestarian Sekolah

 menjalankan khidmat konfigurasi rangkaian di makmal komputer


 memantau penggunaan dan galak guna inisiatif ICT sekolah
 membantu pelaksanaan program pembestarian Sekolah
 menjalankan tugas sebagai meja bantuan (help desk) aras satu

KEPERLUAN PUSAT SUMBER

Untuk membolehkan guru mendapatkan bahan-bahan rujukan dan bahan bantu pengajaran dan
pembelajaran dengan berkesan, PKG harus mempunyai pusat sumber yang berkesan untuk:-

 membantu guru membuat rakam salin audio dan video


 menyediakan kemudahan pra tayang sebagai persediaan untuk menggunakan bahan
TV Pendidikan dalam pengajaran dan pembelajaran
 menyediakan kemudahan untuk penerbitan bahan pengajaran video atau multimedia
 membantu dan memberi khidmat nasihat dan menilai bahan media untuk pembinaan
koleksi PSS
 memberi khidmat nasihat teknikal tentang pembelian alat media untuk kegunaan PSS
 menyebar maklumat tentang peralatan dan bahan bantu mengajar yang terdapat di PKG
 menyebar maklumat atau perkembangan tentang reka bentuk pengajaran dan teknologi
instruksional
 menyedia kemudahan pinjaman peralatan dan bahan media di PKG

 mengadakan pertandingan bahan mengajar atau perisian multimedia

 membantu Guru Perpustakaan dan Media menilai bahan media untuk


koleksi PSS
 mengadakan pameran dan bahan bantu mengajar yang dihasilkan oleh guru

Membina Koleksi Bahan Yang Lengkap

 bahan cetak
 bahan bukan cetak

Penghasilan Bahan

 menyediakan peralatan yang diperlukan untuk membina bahan pengajaran dan


pembelajaran seperti mesin cetak, alat menjilid, mesin 34ea rah34t, laminator dan lain-
lain.
 Mengenalpasti dan menggunakan kepakaran guru setempat dalam penghasilan bahan
pengajaran dan pembelajaran.

Bimbingan dan Khidmat Bantu

 memberi bimbingan nasihat dan rundingcara dalam penggunaan sumber pengajaran


dan pembelajaran
 memberi latihan dan bimbingan pengurusan sumber pendidikan kepada Guru
Perpustakaan dan Media (GPM)
 mengendalikan program khidmat bantu penggunaan sumber pendidikan mengikut
keperluan guru
 memberi khidmat pinjaman buku dan sumber pengajaran dan pembelajaran

KEPERLUAN KEGIATAN SOSIAL / KOMUNITI

Penganjuran hari keluarga guru , hari terbuka PKG dan program gotong-royong bersama
masyarakat dapat :

 membina semangat kesepasukan, kesefahaman, kekitaan dan tanggungjawab dalam


pendidikan
 memberi peluang guru-guru berkumpul secara informal dan formal untuk berbincang,
menggunakan kemudahan rekreasi dan membuat kerja-kerja secara bergotong-royong
 membina kemahiran sosialisasi di antara pembuat dasar, perancang dan pelaksana
kurikulum
 mewujudkan hubungan yang rapat dengan agensi-agensi kerajaan dan pihak swasta
dan sekolah
 menggunakan kepakaran dari komuniti sekolah dan luar sekolah untuk mencapai
matlamat PKG.

SEBAGAI AGEN PERUBAHAN

 menjadi agen perubahan teknologi pendidikan yang aktif supaya matlamat pelaksanaan
perubahan kurikulum yang baru tercapai.
 mengakses dan melaksanakan idea/inovasi baru atau amalan baru untuk meningkatkan
proses pengajaran dan pembelajaran
 menyebar idea atau amalan baru tentang penggunaan teknologi pendidikan dalam
pengajaran dan pembelajaran
 menjadi perintis kepada perkembangan atau amalan baru dalam pengajaran dan
pembelajaran
 bekerjasama dengan guru pakar, panitia sekolah atau PPD untuk mencetuskan
perubahan dalam pengajaran dan pembelajaran
SEBAGAI AGEN PENYELESAIAN MASALAH

 membantu guru menyelesaikan masalah pengajaran dan pembelajaran dalam bilik


darjah
 mengembling tenaga kepakaran setempat bagi mencari jalan penyelesaian terhadap
masalah pengajaran dan pembelajaran.

SEBAGAI PEMANGKIN KECEMERLANGAN GURU

 meningkatan kemahiran guru dalam teknologi pendidikan dan ICT


 meningkatkan kemahiran merekabentuk pengajaran ( Classroom Instructional Design )

SEBAGAI B-INKUBATOR ( Showcase Inisiatif ICT )

Melalui B-Inkubator sekolah-sekolah akan mendapat garis panduan yang betul untuk
melaksanakan program pembestarian sekolah.
 mewujudkan ruang pameran bagi memaparkan model pembestarian sekolah.

Perubahan 36ea rah peningkatan kualiti pendidikan bertaraf dunia menuntut kepekaan guru
terhadap perkembangan pendidikan semasa. Guru perlu juga mempunyai sikap positif, kreatif
dan terarah kendiri. Semua ini merupakan cabaran kepada PKG dalam menjalankan
peranannya sebagai agen perubahan dan peningkatan profesionalisme keguruan.

Justeru itu seharusnya setiap pihak yang terlibat mempunyai sikap positif serta bersedia
menggembeling tenaga dan mencurah idea bagi mencapai matlamat dan objektif penubuhan
PKG, agar ia dapat bergerak seiring dengan institusi pendidikan yang lain, berteraskan Falsafah
Pendidikan Kebangsaan.
LAMPIRAN

A. Cadangan Pelan Bertindak bagi mengatasi Masalah Kurikulum.

B. Surat Pekeliling KP(BTP) 8804/23 Jld. 1/(54)

C. PKG – Bilangan dan Lokasi ( 1991 )


LAMPIRAN A

CADANGAN PELAN BERTINDAK BAGI MENGATASI MASALAH KURIKULUM

Masalah pengajaran dan pembelajaran serta pencapaian murid dalam pembelajaran boleh
dilihat dari sudut sikap, kepemimpinan, kemahiran/ketrampilan dan kemudahan.
Berikut adalah beberapa cadangan untuk mengatasi sebahagian daripada masalah-masalah
yang mungkin timbul.

SIKAP CARA MENYELESAIKAN MASALAH

Sikap . menyebarkan maklumat tentang inovasi kurikulum


Profesionalisme melalui buku panduan, rancangan TV Pendidikan dan motivasi
guru VCD Amalan Pengajaran Terbaik.
. mengadakan kursus latihan motivasi
. menyebarkan hasil inovasi guru supaya dicontohi.
. penilaian dan pengesahan kemahiran secara berterusan dan
tindaksusulan
. mengadakan seminar dan kumpulan dinamik.

KEPIMPINAN CARA MENYELESAIKAN MASALAH

Kepimpinan . mengadakan bengkel penerangan klinikal yang berterusan


Pengetua,
guru besar
guru . mengadakan kursus kepeminpinan
. mengadakan lawatan ke PKG Contoh
. mengadakan sesi sumbangsaran antara guru,
pengetua dan guru besar untuk penyelesaian
masalah kurikulum
KEMAHIRAN / CARA MENYELESAIKAN MASALAH KETRAMPILAN

Peningkatan . mengadakan program peningkatan pengajaran dan


Kemahiran/ pembelajaran
Ketrampilan
. mengadakan bengkel penghasilan bahan pengajaran dan
pembelajaran yang dikenalpasti.
. berkongsi bahan dan kaedah pengajaran dan pembelajaran
. bersama mencari kaedah alternative yang sesuai dari sesuatu
daerah atau kelompok PKG ( untuk dijadikan contoh )
. memberi peluang kepada guru mengembangkan idea yang telah
diuji keberkesanannya kepada guru lain
. merekabentuk model tertentu bersama ibubapa bagi mengatasi
masalah pengajaran dan pembelajaran

KEMUDAHAN CARA MENYELESAIKAN MASALAH

Kemudahan fizikal . memberi kemudahan fizikal untuk menjalankan

Peralatan dan seminar/kursus/bengkel

Kepakaran

. memberi pinjaman buku, perkakasan dan perisian yang berkaitan


dengan kurikulum

. memberi perkhidmatan sebagai pusat rujukan, direktori pakar dalam


bidang yang tertentu, direktori alat/dokumen tertentuhudungan
rangkaian antara PKG

. mengadakan kemudahan perkhidmatan kepakaran tempatan untuk


membantu guru melaksanakan pengajaran dan pembelajaran.
LAMPIRAN B

Bahagian Teknologi Pendidikan


Kementerian Pendidikan Malaysia
Jalan Ampang Tel : 03 - 2483422
50604 Kuala Lumpur Fax : 03 – 2480459

Ruj. Kami : KP(BTP) 8804/23 Jld. 1 (54 )


Tarikh : 14 Ogos 1990

Semua Perngarah Pendidikan Negeri

Y. Bhg . Datuk/Tuan,

Pusat Kegiatan Guru ( PKG )

Sukacita Bahagian ini menarik perhatian Y. Bhg Datuk/Tuan mengenai perkara di


atas.

2. Adalah dimaklumkan bahawa Jawatankuasa Perancangan Pendidikan (JPP)


atau Education Planning Committee (EPC) di dalam mesyuaratnya pada 26
Julai 1990 telah bersetuju supaya nama Pusat Sumber Pendidikan Daerah
(PSPD) ditukarkan kepada Pusat Kegiatan Guru (PKG). Tarikh
penguatkuasaan penggunaan nama Pusat Kegiatan Guru (PKG) adalah serta
merta.

3. Penuduhan nama pusat Pendidikan Daerah (PSPD) kepada Pusat Kegiatan


Guru (PKG) adalah seperti alasan-alasan berikut :-

a) Nama Pusat Kegiatan Guru (PKG) memberi satu gambaran yang


sebenar tentang aktiviti yang dijalankan di Pusat tersebut. Nama Pusat
Sumber Pendidikan Daerah adalah terlalu umun dan kegiatannya
terlalu luas.

b) Pusat Kegiatan Guru (PKG) mampu menyelesaikan masalah yang


dihadapi oleh Pusat Sumber Sekolah (PSS) pada peringkat awal
( Problems could be solved at source).
c) Pusat Kegiatan Guru (PKG) ini adalah merupakan pusat logistic bagi
hal-hal pengajaran dan pembelajaran. Ianya juga berfungsi sebagai satu
pusat di mana perbincangan dikalangan guru-guru setempat di atas isu-
isu dan masalah-masalah professional dapat diadakan.

d) Nama Pusat Kegiatan Guru (PKG) mencerminkan satu yang “neutral”.


Ini akan membolehkan lain-lain Unit di Pejabat Pendidikan Daaerah
untuk menggunakan kemudahan-kemudahan Pusat Kegiatan Guru itu.
Ini bermakna iannya tidak terhad penggunaanya kepada sebuah unit
sahaja.

e) Pusat Kegiatan Guru (PKG) adalah sebenarnya satu lanjutan daripada


konsep Pusat Sumber Sekolah, iaitu mana-mana kemudahan yang tidak
terdapat di Pusat Sumber Sekolah, kemudahan-kemudahan itu dapat
disediakan oleh Pusat Kegiatan Guru. Dengan cara ini alat-alat dan
bahan-bahan boleh diperolehi dengan cara yang lebih ekonomik dan
penggunaan yang lebih meluas.

f) Istilah “ Daerah “ yang digunakan kepada nama Pusat Sumber


Pendidikan Daerah sebenarnya tidak mencerminkan satu daerah
pentadbiran (administrative district) kerana di dalam sesuatu daerah
lazimnya terdapat lebih daripada sebuah PSPD. Oleh yang demikian
nama Pusat Kegiatan Guru (PKG) adalah lebih sesuai dan boleh
mengelakkan sebarang kekeliruan.

4. Sila maklumkan pertukaran nama ini kepada semua yang


berkenaan di dalam negeri Y. Bhg. Datuk/Tuan.

Sekian untuk tindakan selanjutnya oleh pihak Y. Bhg. Datuk/Tuan.

Terima kasih,

“ BERKHIDMAT UNTUK NEGARA ”

t.t.

TAN SRI DATUK WIRA ABDUL RAHMAN ARSHAD

Ketua Pengarah Pendididkan Malaysia


s.k.

Y.B. Saudara Anwar Ibrahim, Menteri Pendidikan Malaysia.

Y.B. En. Woon See Chin, Timbalan Menteri Pendidikan

Y.B. Dr. Leo Michael Toyad, Timbalan Menteri Pendidikan

Ketua Setiausaha, Kementerian Pendidikan Malaysia

Timbalan Ketua Setiausaha I dan II

Kementerian Pendidikan Malaysia

Timbalan Ketua Pengarah Pendidikan I dan II

Kementerian Pendidikan Malaysia

Ketua Ketua Bahagian, Kementerian Pendidikan Malaysia

Pegawai Perhubungan Awam,

Kementerian Pendidikan Malaysia.


LAMPIRAN C

PKG – BILANGAN DAN LOKASI ( 2009 )

Bilangan PKG
Bil Negeri Bangunan
Bangunan Kekal Jumlah
Sementara
1 Perlis 3 5 8
2 Kedah 19 13 32
3 Pulau Pinang 10 8 18
4 Perak 26 24 50
5 Selangor 21 15 36
6 WP Kuala Lumpur 2 4 6
7 Negeri Sembilan 11 10 21
8 Melaka 9 7 16
9 Johor 26 19 45
10 Pahang 18 15 33
11 Terengganu 11 11 22
12 Kelantan 16 11 27
13 Sarawak 14 12 26
14 Sabah 14 12 26
15 WP Labuan 0 1 1
Jumlah 200 167 367

Anda mungkin juga menyukai