Anda di halaman 1dari 3

1.

Berdasarkan kenyataan di atas, [1 markah]

i) Tuliskan kenyataan (Bruntland Report, 1987) tentang maksud Pembangunan lestari

Ans:

Menurut Bruntland Report(1987), Pembangunan lestari bermaksud pembangunan


atau perkembangan yang memenuhi keperluan semasa tanpa memusnahkan atau
memperjudikan keperluan generasi akan datang.

ii) Kepentingan pendidikan dalam mempromosi perkembangan lestari dan


meningkatkan keupayaan manusia untuk menangani isu persekitaran dan
pembangunan seperti yang dijelaskan dalam Agenda 21, Bab 36 telah menyenaraikan
beberapa cadangan atau tindakan kepada negara-negara di dunia berhubung perkara
tersebut.

Senaraikan cadangan dan tindakan yang disarankan untuk meluaskan pengantara


dan skop pendidikan untuk menyokong perkembangan lestari. [2 markah]

Ans:

 Meluaskan pengantara dan skop pendidikan untuk menyokong perkembangan


lestari.
 Berusaha untuk menyediakan strategi-stragegi bertujuan untuk mengintegrasi
persekitaran dan pembangunan sebagai satu isu merentasi semua peringkat
pendidikan.
 Menyokong usaha ke arah menyediakan kursus-kursus bercorak merentas disiplin
untuk semua pelajar, jaringan dan aktiviti-aktiviti serantau serta tindakan
mempromosikan penyelidikan dan pendekatan pengajaran sejagat tentang
pembangunan lestari oleh universiti-universiti termasuklah jaringan baru dengan
bisnes dan industri..
 Menggalakkan universiti-universiti supaya lebih menyumbang kepada
pembentukan/pengembangan kesedaran semua pihak.

1
Iii) Tuiiskan beberapa ciri tafsiran konsep pembangunan lestari secara luas [2 markah]

 Penghapusan kemiskinan dan penafian.


 Pengekalan sumber dan peningkatan asas sumber yang dengan sendirinya
dapat mempastikan penghapusan kemiskinan.
 Memperluaskan konsep pembangunan untuk meliputi bukan sahaja
pembangunan ekonomi tetapi juga pembangunan sosial dan penyertaan
komuniti dan golongan berkepentingan.
 Integrasi ekonomi dan ekologi dalam penggubalan dan membuat keputusan
dasar di semua peringkat.

2.

Agenda 21: Satu pelan tindakan alam sekitar yang menyeluruh untuk menghadapi
alaf ke-21 yang lebih mencabar dan hebat khususnya berkaitan dengan isu alam
sekitar global

i) Tuliskan ketetapan dalam Agenda 21. [2 markah]

 penubuhan sumber maklumat dan data kepelbagaian biologi dunia.

 Melindungi sumber biodiversiti.

 Menawarkan peluang pemuliharaan biodiversiti.

 Perkongsian kepakaran antara negara.

 Pemuliharaan spesies terancam.

 Menilai kesan terhadap alam sekitar menerusi Laporan Penilaian Impak Alam
Sekitar (EIA).

ii) Jelaskan dengan memberi contoh yang releven tentang tiga daripada ketetapan yang
anda tulis

[3 markah]

Pemuliharaan spesies terancam

Antara contoh spesies yang mengalami kepupusan ialah harimau, tapir, orang utan, gajah
Pygmy Borneo, seladang dan banyak lagi. Spesies marin seperti tuntung, penyu hijau dan
terumbu karang juga menjadi semakin pupus. Pemuliharaan species terancam boleh
dilaksanakan secara ex-situ dan in-situ. Pemuliharaan ex-situ merupakan pemuliharaan flora
dan fauna di luar habitat semulajadi mereka. Bagi fauna yang dikategorikan sebagai terancam
atau akan mengalami kepupusan akan dilindungi dan dibiakbaka dalam kurungan atau habitat
buatan manusia sebelum dilepaskan ke habitat semula jadi mereka apabila saiz populasi

2
spesis tersebut telah pulih dan mempunyai habitat yang sesuai. Pemuliharaan ex-situ
hidupan liar fauna dijalankan di zoo, akuarium dan program pembiakan kurungan.

Melindungi sumber biodiversiti.

Langkah mengatasi kepupusan atau kemusnahan biodiversiti perlu diambil dengan segera.
Kaedah yang terbaik untuk memelihara sumber biodiversiti adalah dengan melindunginya
sebelum ia tercemar.

Antara langkah yang perlu diambil ialah dengan mengadakan Bengkel Pengurusan
Biodiversiti. Bengkel ini merupakan jalan terbaik untuk membentuk sikap manusia terhadap
sumber biodiversiti. Pendedahan tentang kepentingan biodiversiti terhadap masyarakat sejak
kecil amat penting untuk membentuk sikap dan tingkah laku manusia apabila menguruskan
sumber biodiversti.

Selain itu, penubuhan pusat penyelidikan dan pembangunan perlu diperbanyakkan. Sebagai
contoh, Taman Teknologi Malaysia(TPM) sedang giat menjalankan kajian terhadap potensi-
potensi yag boleh digunakan daripada hasil khazanah alam Negara. Pusat-pusat penyelidikan
seperti Pusat Biodiversiti Raub menjalankan kerja-kerja mengutip, memelihara dan
menjalankan kerja kajian farmakologi sample, pemprosesan dan penghasilan benih. Hal ini
penting untuk mengawal kepupusan spesies terancam.

Kawalan dan pemantauan yang lebih ketat juga amat penting. Teknologi konservasi
biodiversity adalah teknologi yang paling praktikal dan digunakan secara meluas pada masa
kini untuk pemantuan biodiversity menerusi satelit. Sensor dipasang pada bahagian tertentu
spesies haiwan terancam memudahkan pemantauan dan kawalan terhadap spesies tersebut
dilakukan. Aktiviti pembalakan dan pemburuan haram misalnya perlu dikawal dengan lebih
ketat.Begitu juga dengan biodiversity akuatik yang mempunyai nilai tinggi supaya tidak
merugikan negara.

Menilai kesan terhadap alam sekitar menerusi Laporan Penilaian Impak Alam Sekitar
(EIA).

EIA dilihat sesuatu yang sangat penting dalam memastikan keadaan alam sekelilingsentiasa
terjamin walaupun berlaku perkembangn pesat di dalam sektor pembangunan mahupun
perindustrian. Dengan ini, EIA menjadi satu alat untuk mengawal kualiti alam sekitar dan
seterusnya memastikan keadaan alam sekitar tidak terganggu dengan pembangunan dan
aktiviti manusia. Penyediaan EIA mula dititikberatkan apabila kita mula didedahkan dengan
impak yang sangat membimbangkan daripada kesan pembangunan yang kian maju dewasa
ini. Oleh itu, penyediaan EIA ini adalah satu langkah yang wajar bagi mengawal aktiviti
manusiayang sentiasa mengejar kekayaan tanpa mengambil kira kesannya terhadap
masyarakat dan alam sekeliling seperti berlakunya pencemaran daripada aktititi perindustrian.
Selain itu, dengan adanya EIA juga, maka sesuatu permasalahan dapat ditangani dengan
cekap. Hal ini berikutan, EIA membantu pihak-pihak pemaju dalam mengenalpasti masalah
dan seterusnya merancang tindakan wajar bagi mengatasi masalah tersebut secara
bersepadu dan seimbangiaitu dengan mengambil kira peraturan-peraturan alam sekeliling.