Anda di halaman 1dari 3

Permainan Bebola Putar

‫بسم ال الرحممنٰ الرحيم‬

ٰ‫الحمد ل رب العالمينٰ والصلةا والسلما على سيدنا محمد وعلى آله وصحبه أجمعين‬

Firman Allah SWT :

‫ب هوٱملهمزهلــنم ذرمج س س‬
‫س مممن هعهمذل‬ ‫صاَ ن‬ ‫هيـــأ هييههاَ ٱللذذيهن هءاهمننـواا إلنهماَ ٱملهخممنر هوٱملهمميذسنر هوٱ م ه‬
‫لن ه‬ ‫ذ‬

(٩٠) ‫ٱللشميهطــذن هفٱَمجهتذننبوهن لههعللنك مم نتمفلذنحوهن‬

Maksudnya :
“Wahai orang-orang yang beriman! Bahawa sesungguhnya arak dan judi dan pemujaan berhala
dan mengundi nasib dengan batang-batang anak panah, adalah (semuanya) kotor (keji) dari
perbuatan Syaitan. Oleh itu hendaklah kamu menjauhinya supaya kamu berjaya.” (90 : Al
Maidah)

Al-Maisir dari segi bahasa bermaksud pertaruhan atau perjudian.


Menurut Ustaz Dr. Muhammad Rawwas Qal‘aji dalam Kitabnya Mu’jam Lughat Al Fuqaha’
halaman 337, al-Maisir atau al-Qimar bermaksud setiap permainan yang disyaratkan padanya
bahawa pemenang akan mengambil sesuatu hak dari yang dikalahkan.

Dari sudut istilah Fuqaha al-Qimar ialah Menggantungkan milik di atas sesuatu (harta) yang
boleh membawa risiko kerugian dengan hilang milik atau memiliki sedangkan harta tersebut
adalah dari kedua belah pihak yang bertaruh.

Sebahagian Fuqaha’ seperti Imam Malik, Ibnu Taimiyyah dan Ibnu Qayyim membahagikan al-
maisir kepada 2 bahagian :

(1) Maisir al-Lahwi


(2) Maisir al-Qimar

1
Maisir al-Lahwi ialah permainan seperti adanya dadu dan catur yang tidak disertai dengan
pertaruhan harta. Para Ulama berbeza pandangan dalam masalah hukum bermain dengan
permainan seperti itu. Namun apabila disertai dengan pertaruhan harta, ulama sepakat
mengatakan hukumnya adalah haram.

Adapun Maisir al-Qimar ialah semua permainan yang disertai dengan pertaruhan harta seperti
wang dan sebagainya. Ini dinyatakan dalam al Mausu’ah al Fiqhiyyah al Kuwaitiyyah, Jilid 39.

Permainan seperti tikam-tikam, cabut-cabutan, bebola putar dan seumpamanya yang


mempunyai unsur pertaruhan atau pengundian nasib walaupun dalam bentuk pertaruhan yang
sedikit atau kecil adalah sesuatu yang boleh di kategorikan sebagai Maisir Al Qimar (Judi)

Permainan bebola putar memang berbeza dengan permainan yang lain kerana ia berupa
sebuah mesin yang menyediakan ganjaran atau hadiah kepada setiap pelanggannya namun,
nilai hadiah yang diperolehi hasil pertaruhan kebiasaanya tidak senilai dengan wang yang di
masukkan ke dalam alat permainan tersebut, yang menyebabkan adanya unsur pertaruhan,
spekulasi dan pergantungan pada nasib serta risiko kerugian pada pelanggan adalah termasuk
perkara yang di haramkan dalam Islam.

Pengharaman ini berlandaskan adanya :


i. Bentuk rampasan dari dua pihak atau dari salah satu pihak terhadap harta yang
dipertaruhkan,
ii. Pengundian nasib yang tidak jelas dalam transaksi jual beli memandangkan hadiah yang
diperolehi adalah tidak senilai yang dikategorikan sebagai kerugian pada sesuatu pihak
atau memperolehi keuntungan sesuatu yang melebihi dari nilainya dengan sebab
pertaruhan tersebut.
Maka semua unsur di atas termasuk unsur judi yang ditegah di sisi Syarak.

Bahkan menjadikan ia sebagai bentuk perniagaan adalah lebih berat hukumnya kerana ia
menggalak dan mendidik golongan kanak-kanak dan remaja Islam dengan anasir perjudian,
pembaziran serta budaya tidak sihat secara tidak langsung adalah amat serius jika ia dibiarkan
berterusan.

2
RUMUSAN

1. Permainan yang berunsurkan pertaruhan dan pergantungan manusia kepada


nasib untuk memperolehi hasil keuntungan adalah di kira perjudian yang
diharamkan dalam Islam.
2. Permainan bebola putar juga termasuk dalam kategori Maisir al-Qimar
(bentuk perjudian) walaupun menyediakan habuan kepada setiap
pelanggannya.
3. Keuntungan dan kerugian yang sedikit dalam hasil pertaruhan tidak
mengubah dasar hukum perjudian yang dilakukan.
4. Melibatkan golongan muda terhadap unsur perjudian adalah satu jenayah
jangka panjang yang perlu dibenteras.
5. Pengharaman permainan bebola putar dan seumpamanya juga adalah untuk
mengelakkan ianya menjadi budaya atau perjudian kecil-kecilan yang boleh
dianggap remeh oleh umat Islam.

Demikianlah penjelasan ringkas mengenainya, semoga ianya memberikan manfaat.

‫وا تعالى أعلم‬