Anda di halaman 1dari 4

MPU3313

1.0 PENGENALAN
Gaya hidup sihat bermaksud amalan kehidupan yang memberi kesan yang positif
kepada setiap individu, setiap keluarga dan masyarakat seluruhnya. Impak positif dari
mengamal gaya hidup sihat ini dapat mengurangkan risiko pelbagai penyakit di masa
hadapan. Menurut Pertubuhan Kesihatan Sedunia (WHO – World Health Organization 1948),
gaya hidup sihat ditakrifkan sebagai suatu keadaan fizikal, minda dan sosial yang sihat,
cerdas serta bebas dari sebarang penyakit atau dalam maksud yang lain iaitu kemampuan
untuk meneruskan hidup dengan sempurna dengan prospek yang positif. Selain itu,
Donatelle, Show dan Wilcox (1999) menganggap konsep kesihatan sebagai keseimbangan
antara dimensi sosial, fizikal, psikologi, intelektual, alam sekitar dan spiritual seseorang.
Ianya berkait rapat kepada kita sebagai individu, bagaimana kita memberi maklum balas
terhadap masyarakat, persekitaran dan cabaran-cabaran kehidupan harian. Justeru itu
kesihatan amatlah penting untuk menjamin kecerian hidup pada setiap individu

2.0 ENAM FAEDAH KOMPREHENSIF HASIL DARIPADA GAYA HIDUP


SIHAT DAN SEJAHTERA
Sepertimana yang dikenal pasti terdapat enam faedah komprehensif hasil daripada
amalan gaya hidup sihat dan sejahtera. Ianya bermula dengan peningkatan kecekapan
kardiovaskular atau jantung dan saluran darah yang memastikan oksigen sampai ke seluruh
badan dan mengeluarkan bahan buangan daripada sel. Peningkatan tonus (tone), kekuatan,
fleksibiliti dan ketahanan otot pula membolehkan anggota badan bertindak dan bergerak
dalam melakukan aktiviti harian serta memberi bentuk badan yang menarik. Seterusnya
peningkatan kawalan kendiri, kecekapan kendiri dan harga diri dapat memberi kesan positif
pada keyakinan diri dan harga diri dalam kehidupan individu serta masyarakat sekelilingnya.
Faedah keempat ialah peningkatan pengurusan tekanan dan pandangan dalam kehidupan.
Dengan peningkatan ini, sesorang itu cenderung untuk mempunyai pandangan positif dalam
kehidupan disamping dapat melupakan perkara yang memberi tekanan dengan cepat.
Peningkatan hubungan interpersonal pula dapat memaksimumkan pola interaksi positif dan
meningkatkan daya tarikan sosial. Akhir sekali penurunan kes kematian dan morbiditi akibat
penyakit, di mana faedah keenam ini dapat meningkatkan sistem imun dalam melawan
penyakit. Keenam-enam faedah gaya hidup kesihatan dan kesejahteraan ini akan
dibincangkan secara terperinci dan kritis dalam subtopik – subtopik berikutnya.

0
MPU3313
2.1 PENINGKATAN KECEKAPAN KARDIOVASKULAR ATAU JANTUNG
DAN SALURAN DARAH.
Sistem Kardiovaskular terdiri daripada jantung dan saluran darah. Kardio
membawa maksud jantung manakala Vaskular pula membawa maksud saluran darah yang
terbahagi kepada tiga iaitu Arteri, Vena/urat dan Kapilari. Jantung berfungsi menyediakan
oksigen ke seluruh tubuh dan membersihkan karbondioksida dari tubuh yang terhasil
daripada metabolisme. Fungsi tersebut terlaksana dengan jantung mengumpul darah yang
kekurangan oksigen mengepam darah melalui saluran darah yang berfungsi sebagai tempat
darah mengalir dan menyalurkan oksigen dan ke setiap sel di dalam badan. Melalui amalan
gaya hidup sihat seseorang individu dapat meningkatkan fungsi jantung dan saluran darah. Ini
boleh dicapai apabila individu itu mengamalkan diet permakanan yang sihat, bersenam yang
berkala dan menjauhi tabiat yang negatif. Rajah 2.0 adalah Piramid Makanan yang

1
MPU3313
Impak positif yang diperolehi daripada amalan gaya hidup sihat adalah peningkatan
kecekapan fungsi jantung dan saluran darah. Sebagai contoh amalan

Rakyat di negara ini sering terdedah kepada masalah kesihatan yang kronik dan
akhirnya menyebabkan kematian. Ini berpunca daripada amalan gaya hidup yang tidak sihat
yang memberi impak negatif kepada kesimbangan kesihatan rohani dan jasmani. Sehubungan
dengan itu rakyat di negara ini perlu mengubah kepada gaya hidup yang sihat.

Menurut Pertubuhan Kesihatan Sedunia ( WHO, 1948), mendefinisikan bahawa gaya


hidup sihat merupakan sebagai suatu keadaan fizikal, minda dan sosial yang sihat, cergas,
cerdas serta bebas dari sebarang penyakit atau dalam erti kata lain iaitu kemampuan untuk
meneruskan hidup dengan sempurna dengan prospek yang positif.

Kardio membawa maksud jantung manakala Vaskular pula membawa maksud saluran darah
yang terbahagi kepada tiga iaitu Arteri, Vena/urat dan Kapilari.

APENDIKS

RUJUKAN / REFERENSI

Nama Pengarang, (tahun), Tajuk Buku, Penerbitan

Wee Eng Hoe, (2003), Pendidikan Jasmani & Pendidikan Kesihatan, Shah Alam: Karisma

Publication.
2
MPU3313

Anda mungkin juga menyukai