Anda di halaman 1dari 1

Kesimpulan

Latihan Industri merupakan satu latihan yang banyak memberi tunjuk ajar, faedah dan
manfaat kepada setiap pelajar. Ini adalah bertujuan untuk membolehkan pelajar
mempraktikkan segala apa yang dipelajari di Universiti dan kemudiannya dipraktikkan pula
apabila bekerja kelak. Melalui latihan ini para pelajar akan diberi gambaran sebenar alam
pekerjaan dan memdedahkan realiti sebenar sesuatu bidang yang diceburi. Setelah menjalani
Latihan Industri dalam tempoh yang telah ditetapkan, dapat saya simpulkan bahawa wajarlah
para pelajar universiti amnya Universiti Tun Hussein Onn Malaysia (UTHM) menjalani
Latihan Industri. Ini adalah kerana ianya amat penting sebagai panduan dan pengalaman yang
berguna di masa hadapan.

Selama 15 minggu latihan industri yang telah saya lalui, banyak perkara yang telah saya
pelajari dan mendedahkan saya kepada situasi dan cara bekerja yang sebenar. Syarikat Haliza
Industries Sdn Bhd banyak memberikan saya tunjuk ajar didalam bidang pengeluaran
operasi.& Pemasaran. Banyak pelajaran dan pengajaran yang didapati sepanjang menjalani
latihan praktikal. Antara lain yang dapat saya simpulkan disini adalah :

 Pelajar dapat mempelajari banyak kemahiran yang berguna berkaitan operasi


pengeluaran dan pemasaran. Kemahiran ini benar – benar memberikan motivasi
kepada saya untuk menamatkan pengajian saya di semester akhir dengan jayanya dan
seterusnya melangkah kealam pekerjaan yang sebenar.
 Program latihan ini juga membolehkan saya menyesuaikan diri dengan pergaulan
antara rakan – rakan sekerja. Ia banyak mengajar saya agar lebih menitik beratkan hal
– hal hubungan sosial tidak kira dengan pihak atasan mahupun pekerja am. Namun
demekian sifat ingin tahu juga amat penting bagi membolehkan saya mengumpul
seberapa pengalaman dan pengetahuan.
 Tahap keyakinan saya juga ada bertambah dan kini memebuatkan saya lebih bersedia
untuk menempuh alam pekerjaan yang sebenar

Anda mungkin juga menyukai