Anda di halaman 1dari 11

AMALI 1

MENJALANKAN AMALI UNTUK MENGKAJI EKOSISTEM TANAH: BIOTA TANAH


DAN JARINGAN MAKANAN

Tajuk :
Ekosistem Tanah – Biota Tanah dan Siratan Makanan

Tujuan :
i. Mengenalpasti jenis makrofauna dan mikrofauna ke atas dua lokasi yang berbeza.
ii. Mengkaji kesan kehadiran makrofauna dan mikrofauna ke atas ekosistem di dalam
tanah.

Teori / Pengenalan :

Gambar 1

Tanah adalah suatu ekosistem yang kaya; terdiri daripada bahan hidup (biotik) dan
tidak hidup (abiotik) yang berinteraksi antara satu sama lain. Komponen biotik ialah semua
hidupan dalam ekosistem iaitu haiwan, tumbuhan dan mikroorganisma. Sisa dari hidupan dan
organisma mati juga termasuk dalam komponen biotik. Hidupan-hidupan ini bergantung dan
berinteraksi antara satu sama lain untuk mendapatkan makanan yang dapat dilihat dari
rantaian atau siratan makanan. Komponen abiotik pula merupakan bahagian yang tidak hidup
dalam ekosistem seperti batu, matahari, awan dan bahan kimia di dalam tanah. Gabungan
kedua-dua persekitaran ini menghasilkan kawasan yang boleh digunakan sebagai habitat
untuk beberapa spesies organisma seperti makrofauna dan mikrofauna tanah.
Makrofauna ialah kumpulan besar haiwan-haiwan tanah yang merupakan sebahagian
daripada biodiversiti tanah yang memainkan peranan penting dalam meningkatkan sifat
fizikal, kimia dan biologi tanah. Dalam penguraian bahan organik, makrofauna tanah
memainkan peranan yang besar dalam proses pemecahan dan menyediakan keadaan
persekitaran yang baik untuk proses penguraian selanjutnya yang dijalankan oleh kumpulan
mikrofauna tanah serta pelbagai jenis bakteria dan kulat. Dinamika populasi pelbagai jenis
makrofauna tanah bergantung kepada faktor persekitaran yang menyokongnya sama ada
dalam bentuk sumber makanan, pesaing, pemangsa dan keadaan persekitaran fizik-kimia.
Antara faktor-faktor persekitaran yang boleh mempengaruhi aktiviti organisma tanah adalah
iklim (hujan, suhu), jenis tanah (suhu tanah, nutrien, kelembapan tanah, keasidan), tumbuh-
tumbuhan (hutan, padang, rumput) dan matahari (keamatan cahaya).

Oleh itu, dalam eksperimen ini, kumpulan kami telah memilih dua lokasi yang berbeza
di dalam kawasan IPG Kampus Sultan Mizan, Besut untuk mengambil sampel tanah. Lokasi
yang pertama ialah di bawah pokok berhampiran dengan tapak semaian RBT dan lokasi yang
kedua pula ialah di bawah pokok berhampiran kawasan asrama. Sebanyak 500 g tanah telah
diambil dari setiap lokasi untuk dianalisis. Kami perlu membandingkan contoh sampel
kandungan tanah yang mengandungi biota tanah antara dua lokasi yang berbeza ini.

Alatan / Radas :
Serampang tiga mata, sudip tanah, dulang, beg plastik, bikar, mentol, corong Tullgren, corong
turas, penapis, lidi, air, etanol.

Prosedur:

Tullgren Funnel

Water

Gambar rajah susunan radas


Langkah Berjaga-jaga :

i. Sampel tanah diambil dengan menggunakan alat secara berhati-hati.


ii. Organisma makrofauna yang dijumpai dikendalikan dengan berhati-hati supaya ia
berada dalam keadaan yang asal untuk dianalisis ciri-ciri fizikalnya.

Dapatan / Pemerhatian :

Ciri-ciri Lokasi 1 Lokasi 2


Jenis Tumbuh-tumbuhan Berpokok kayu Tanaman pokok kelapa dan
mangga
Tahap Keredupan Tinggi Tinggi
Kelembapan Tanah Sederhana Lembap
Kepadatan Tanah Sederhana Padat
Tekstur Tanah Lembut Lembut
Habitat Bawah pokok berdekatan Bawah pokok berhampiran
tapak semaian RBT dengan kawasan asrama
Jadual 1 : Ciri-ciri sampel tanah

Makrofauna Lokasi 1 Lokasi 2


Isipadu Tanah : 0.5 kg Isipadu Tanah : 0.5 kg

Anai-anai Banyak -
Belalang 2 -

Lipan 1 1

Labah-labah 2 -

Cacing - 5
Lipas - 1

Jadual 2 : Bilangan makrofauna besar dan kecil yang dijumpai di kedua-dua lokasi

Lokasi 1 Lokasi 2
Isipadu Tanah = 500 g Isipadu Tanah = 500 g
Kumpulan
Labah- Anai-
labah anai Belalang Lipan Cacing Lipas Lipan
A (berkaki enam) / /
B (berkaki lapan) / / - - -
C (berkaki banyak) / /
D (tidak berkaki) - - - - /
E (badan
bersegmen) / / / / / / /
F (berkulit keras) / / / / /
G (berkulit lembap) / /
Jadual 3 : Pengelasan makrofauna berdasarkan ciri-ciri fizikal

Kesimpulan :

Kesimpulannya, jenis tanah mempengaruhi kehadiran dan kepadatan makrofauna dan


mikrofauna dalam tanah. Tanah yang subur akan mempunyai bilangan dan jenis makrofauna
dan mikrofauna yang lebih banyak kerana dapat menyediakan persekitaran yang baik dan
membolehkan organisma untuk hidup dalam tanah tersebut. Justeru, didapati sampel tanah
dari lokasi 2 adalah lebih subur berbanding tanah di lokasi 1. Hal ini kerana tanah di lokasi 2
mempunyai tahap kelembapan yang lebih tinggi berbanding tanah di lokasi 1. Tanah di lokasi
2 juga adalah lebih padat berbanding tanah di lokasi 1.
Soalan Perbincangan :

1. Bagaimana kepelbagaian (bilangan kumpulan dan bilangan individu) makrofauna


tanah dari dua lokasi yang berbeza? Bolehkah anda cadangkan mengapa mungkin
ada perbezaan. Apakah parameter tanah yang anda boleh ukur untuk menerangkan
perbezaan tersebut?

Hasil pemerhatian mendapati lokasi yang berbeza mempunyai jenis makrofauna yang
berbeza. Lokasi 2 mempunyai jumlah makrofauna dan bilangan individu yang lebih banyak
berbanding lokasi 1. Lokasi 1 mempunyai empat jenis spesies makrofauna iaitu anai-anai,
belalang, lipan dan labah-labah dalam bilangan yang sedikit dan kebanyakkannya hidup
di atas tanah manakala lokasi 2 mempunyai spesis makrofauna dalam tanah seperti
cacing, lipas dan lipan dalam bilangan yang lebih banyak. Walaupun lokasi 1 dan 2
mempunyai tahap keredupan yang tinggi kerana terletak di bawah pokok besar, namun
kelembapan tanah di lokasi 2 adalah lebih baik daripada lokasi 1. Terdapat banyak faktor
yang mempengaruhi kehadiran dan kepadatan organisma tanah, antaranya adalah suhu,
kelembapan tanah, pH tanah dan kadar organik tanah. Suhu tanah mempengaruhi aktiviti
mikrobial tanah. Suhu yang terlalu tinggi akan mempercepatkan kehilangan air yang dapat
menyebabkan organisma mati. Seterusnya, kelembapan yang tinggi adalah lebih baik bagi
makrofauna tanah daripada kelembapan rendah. Hal ini kerana, makrofauna memerlukan
kawasan yang lembap untuk mengelakkan badan mereka kehilangan air dan mati. Selain
itu, nilai pH tanah juga mempengaruhi kehadiran makrofauna tanah. pH tanah boleh
memberi kesan terhadap organ-organ makrofauna tanah. Dalam hal ini, kebanyakkan
makrofauna dapat hidup dengan baik pada pH yang neutral iaitu antara 6-8. Akhir sekali,
kadar organik tanah dapat menentukan kepadatan makrofauna tanah. Tanah yang
mempunyai kandungan organik yang tinggi adalah lebih baik untuk hidupan makrofauna
tanah.

Menurut Odum (1996), terdapat beberapa parameter yang dapat diukur untuk mengetahui
keadaan suatu ekosistem misalnya dengan melihat nilai kepelbagaian. Indeks
kepelbagaian digunakan untuk menentukan kesan kualiti alam sekitar terhadap komuniti
makrofauna. Semakin banyak jenis spesies yang wujud di sesuatu kawasan, semakin
tinggi tahap kekayaannya. Hal ini kerana, setiap jenis makrofauna mempunyai adaptasi
dan toleransi yang berbeza terhadap habitatnya. Indeks Kepelbagaian telah
diperkenalkan oleh Shannon-Wiener yang disebut oleh Begen (2000).
2. Terangkan peranan makrofauna dalam tanah.

i. Aktiviti makrofauna tanah akan mempercepatkan proses dekomposisi dalam tanah.


ii. Makrofauna tanah seperti herbivor memakan tumbuhan, sisa organik mati dan
menyerap bahan organik tanah dalam pelbagai peringkat penguraian bersama-sama
dengan mikroorganisma yang berkaitan.
iii. Makrofauna membebaskan nutrien dan menjadikan tanah lebih subur untuk
pertumbuhan tumbuhan.
iv. Makrofauna membantu menghasilkan struktur tanah yang lebih baik melalui lubang
yang dihasilkan. Contohnya, cacing tanah yang selalu bergerak dan menembusi
tanah dapat memberi ruang pengudaraan yang baik kepada struktur tanah.
v. Makrofauna seperti cacing dan semut yang cenderung untuk mengembara dan
mencampurkan tanah dapat meningkatkan saliran tanah. Semut dapat menambahbaik
kapasiti tanah untuk menakung air, menambah keliangan tanah dan menyediakan
ruang bagi akar untuk tumbuh (Clive A. Edwards, 2011).

3. Pada rajah rangkaian makanan yang disediakan, labelkan jenis biota (contoh: fungi,
nematode dan sebagainya). Apa yang mereka lakukan (pemangsa, pengurai dan
sebagainya) dan terangkan bagaimanakah cara tenaga disalurkan, di manakah
tenaga itu dikumpulkan dan dimanakah tenaga itu berakhir (ie. Yang utama dalam
rantaian makanan). Apa yang terjadi kepada tenaga dan nutrien apabila organisma
yang utama dalam rantaian makanan mati?
Secara umum, faktor biotik adalah komponen hidup ekosistem dan disusun menjadi tiga
kumpulan :

iii. Pengeluar / Autotrof i. Pengguna / Heterotrof ii. Pengurai / Detritivora

Faktor biotik saling berinteraksi untuk membentuk satu ekosistem semula jadi yang stabil
dan seimbang. Autotrof ialah semua jenis tumbuhan yang menghasilkan makanan mereka
sendiri dengan menukarkan tenaga cahaya kepada tenaga kimia melalui proses
fotosintesis dan merupakan peringkat pertama dalam rantaian makanan kerana mereka
menghasilkan makanan untuk organisma yang lain. Heterotrof pula ialah semua haiwan
dan saprofit yang tidak boleh menghasilkan makanannya sendiri dan bergantung kepada
haiwan atau tumbuhan lain dan dikenali sebagai pengguna. Heterotrof ini termasuklah
mangsa dan pemangsa. Pemangsa ialah organisma yang memakan organisma lain untuk
mendapatkan sumber tenaga manakala mangsa pula ialah organisma yang dimakan oleh
pemangsa. Pengurai merujuk kepada pengguna kecil seperti bakteria, kulat dan cacing
yang menyebabkan penguraian organisma yang telah mati. Pengurai memecahkan bahan-
bahan kompleks dalam tumbuhan dan haiwan yang telah mati menjadi bahan yang lebih
ringkas. Pengurai ialah pengguna akhir dalam komuniti biotik.

Tenaga dipindahkan melalui tahap trofik yang berasingan dalam siratan makanan. Tahap
trofik yang pertama ialah tumbuhan yang merupakan contoh autotrof. Mereka
menghasilkan makanan mereka sendiri melalui proses fotosintesis dan menyimpan tenaga
kimia dalam bentuk sebatian karbon. Sebaik sahaja ini berlaku, tenaga boleh diambil oleh
pengguna primer (herbivor dan omnivore) di peringkat trofik kedua. Kemudian, pengguna
sekunder di peringkat trofik ketiga mendapatkan tenaga daripada pengguna primer dan
seterusnya. Namun begitu, tidak semua tenaga dipindahkan dalam siratan makanan itu.
Kadar pemindahan tenaga akan berkurang di setiap peringkat sehinggalah semua tenaga
habis digunakan. Hanya 10% daripada tenaga dari satu tahap rantaian makanan
dipindahkan ke tahap yang seterusnya dan selebihnya hilang ke persekitaran sebagai
tenaga haba melalui proses pernafasan, penyahtinjaan, pertumbuhan dan pergerakan.

Apabila organisma yang utama dalam rantaian makanan mati, tenaga yang tersimpan
dalam tubuh haiwan tersebut tidak akan hilang sebaliknya ia akan diuraikan oleh ulat-ulat
untuk dikembalikan kepada tanah. Ulat ini akan berfungsi sebagai pengurai semula jadi.
4. Kumpulan organisma mana yang membentuk mesofauna? Kumpulan mana yang
membentuk mikrofauna? Apakah fungsi utama kedua-dua kumpulan utama ini?

i. Mesofauna ialah organisma yang mempunyai ukuran tubuh antara 0.1mm ke 2mm.
Contohnya ialah Mikroarthropoda, Collembolan, Acarina, Termintes, Olgochaeta dan
Ecnchytraeidae. Mesofauna menyumbang kepada pecahan bahan organik,
rangsangan mikroorganisma dan pemendapan kotoran yang meningkatkan
kesuburan tanah.

ii. Mikrofauna ialah organisma yang mempunyai ukuran tubuh kurang daripada 100𝜇m.
Contohnya ialah Protozoa dan Nematoda. Fungsi mikrofauna ialah menjadi
mikropredator bagi mikroorganisma lain serta menjadi parasit pada tanaman.
Mikrofauna juga mendiami usus organisma lain yang lebih besar untuk menguraikan
bahan selulosa.

5. Rangkaian makanan boleh menunjukkan biologikal yang kompleks dan juga


kesuburan tanah. Terangkan bagaimana pihak pengurusan tanah meningkatkan
kesuburan tanah.

i. Menggunakan bahan organik


Penggunaan bahan organik seperti najis lembu dan kambing sebagai baja adalah cara
terbaik untuk meningkatkan kesuburan tanah.

ii. Menggunakan kompos


Kompos ialah salah satu sumber nitrogen yang baik untuk tanaman. Kompos
diperbuat daripada bahan-bahan organik seperti daun kering, sisa sayur dan kertas
yang dicincang. Kompos dapat membantu memecahkan zarah tanah liat dan
menjadikan air mengalir dengan lebih baik. Selain itu, dalam loji berpasir, kompos
mengikat biji-bijian bersama untuk mengurangkan kelembapan dan menjadikan tanah
lebih subur.

iii. Penanaman campur


Penanaman campur ialah menanam tanaman yang berbeza dalam kawasan yang
sama untuk mencegah hakisan tanah dan mengawal penyebaran penyakit tumbuhan
yang disebabkan oleh tanah.
iv. Sungkup (Mulch)
Sungkup ialah cara untuk menutup tanah dengan menggunakan sisa tumbuhan.
Sungkup membantu mengekalkan air, mengawal rumput dan mencegah hakisan dan
seterusnya meningkatkan kesuburan tanah.

6. Terangkan bagaimana biota tanah menyumbang kepada fungsi ekosistem tanah.


Apakah servis yang ekosistem jalankan?

Biota tanah memberi manfaat kepada produktiviti tanah dan menyumbang kepada
kebolehidupan ekosistem yang lain. Sebagai contoh, penghasilan mukus bersama
rembesan air dalam tubuh biota tanah seperti cacing akan meningkatkan aktiviti
mikroorganisma yang lain. Aktiviti biota tanah dapat meningkatkan kitaran nutrien dalam
tanah secara pantas ke dalam bentuk mineral tanah seperti kalium, fosforus dan kalsium
yang boleh digunakan oleh pokok-pokok. Tambahan lagi, biota tanah juga boleh
menguraikan bangkai haiwan dan tumbuhan serta menggerakkan fosforus di dalam tanah.

Terdapat banyak servis ekosistem tanah dalam kehidupan ini. Ekosistem tanah
memainkan peranan penting dalam pengurusan, pemprosesan dan penyahtoksifikasi
pelbagai jenis buangan. Organisma tanah menguraikan banyak sebatian organik seperti
baja, sisa tumbuhan dan racun perosak seterusnya menghalang bahan-bahan ini dari
masuk ke dalam air dan menjadi bahan pencemar. Mikroorganisma dalam tanah boleh
merendahkan atau menyahtoksikan bahan-bahan ini dan menjadikannya tidak lagi
berbahaya kepada manusia, haiwan dan alam sekitar. Selain itu, tanah ialah pelindung
semula jadi untuk benih dan tumbuhan. Di dalam ekosistem tanah, benih boleh tersebar
dan bercambah. Tanah menyediakan sistem sokongan fizikal untuk tumbuhan dan
membekalkan nutrien kepada mereka. Selain itu, tanah boleh memegang dan melepaskan
air. Dengan itu, ia membenarkan pertumbuhan tumbuhan, mengawal banjir dan
menyediakan perkhidmatan penapisan dan pembersihan air.
Rujukan

Elliot Richmond. (2002). Biotic factors. Diperoleh pada 3 Februari 2018 daripada
http://www.encyclopedia.com/earth-and-environment/ecology-and-
environmentalism/environmental-studies/biotic-factor

Eugene P. Odum. (1996). Asas ekologi bahagian satu konsep dan prinsip ekologi asas edisi
ketiga. Selangor: Dewan Bahasa Dan Pustaka

Greentumble Editorial Team. (Disember 29, 2016). How to improve soil fertility naturally.
Diperoleh pada 3 Februari 2018 daripada https://greentumble.com/how-to-improve-soil-
fertility-naturally/

Herbert dan Schraer. (1993). Biology: the study of life. UK: Prentice Hall.

Kari Norborg Carter. (April 25, 2017). Biotic components of ecosystems. Diperoleh pada 3
Februari 2018 daripada https://sciencing.com/biotic-components-ecosystems-14613.html

Kenneth C Agudo. (June 15, 2016). Biotic factors of ecosystem: producers, consumers and
decomposers. Diperoleh pada 3 Februari 2018 daripada
https://owlcation.com/stem/Components-of-an-Ecosystem-Biotic-Part

Michael E Carpenter. (January 30, 2018). The definition of abiotic and biotic factors.
Diperoleh pada 3 Februari 2018 daripada https://sciencing.com/definition-abiotic-biotic-
factors-8259629.html

The Editors of Encyclopædia Britannica. Microfauna. Diperoleh pada 3 Februari 2018


daripada https://www.britannica.com/science/microfauna

Wawan Halwany. (2014). Peranan makrofauna tanah terhadap ekosistem. Balai Penelitian
Kehutanan Banjarbaru, 2, 49-53.

Whalen J.K., Sampedroc L. (2009). Soil ecology and management. Cambridge University
Press: Cambridge.

Anda mungkin juga menyukai