Anda di halaman 1dari 5

TEKS PENGACARAAN MAJLIS PERTANDINGAN AKHIR NYANYIAN SOLO DAN DUET LAGU-LAGU

CIPTAAN AHMAD NAWAB SEKOLAH RENDAH DAN MENENGAH DAERAH KLANG

Minta perhatian. Hadirin diingatkan supaya mematikan telefon bimbit


semasa majlis sedang berlangsung. Hadirin dipersilakan berdiri sebaik
sahaja ketibaan tetamu diumumkan. Terima kasih.

UCAPAN ALU-ALUAN

Assalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh dan salam sejahtera.

Indah bersinar seri bintang,


Tampak dari Pulau Mutiara,
Pemanis kata selamat datang,
Awal bismilah pembuka bicara.

Yang berbahagia,

Pegawai Pendidikan Daerah Klang,

Yang dihormati,
Puan Mazanah bt Dawi,
Guru Besar SK Telok Gong, selaku tuan rumah,

Barisan
Pegawai-pegawai PPD, Para Pengetua, Guru Besar, Sekolah-sekolah
Daerah Klang, Ahli-ahli Jawatankuasa Pengelola, Para guru pengiring
pasukan persembahan, Peserta-peserta dan hadirin dan hadirat yang
dikasihi sekalian.

Kami selaku wakil pihak majlis pada petang ini, turut sama merakamkan
ucapan jutaan terima kasih yang tidak terhingga kepada seluruh hadirin
warga dewan kerana telah sudi meluangkan masa bagi bersama-sama
menjayakan AKHIR NYANYIAN SOLO DAN DUET LAGU-LAGU CIPTAAN
AHMAD NAWAB SEKOLAH RENDAH DAN MENENGAH DAERAH KLANG

UCAPAN YB

Tanpa melengahkan masa, untuk meneruskan majlis, dengan ini


dijemput Yang Berhormat Tuan Azmizan bin Zaman Huri selaku Ahli
Dewan Undangan Negeri PelabuhanKlang untuk menyampaikan ucapan
alu-aluan seterusnya merasmikan majlis. Majlis dengan segala
hormatnya mempersilakan....

>>
Majlis mengucapkan ribuan terima kasih atas ucapan perasmian itu tadi.
Majlis dengan ini menjemput para hakim pertandingan, mengambil
tempat.

Sebelum kita menyaksikan pertandingan ,izinkan saya memperkenalkan


barisan hakim yang akan mengendalikan pertandingan NYANYIAN LAGU
SOLO dan duet kita pada hari ini.

Memperkenalkan...

Selaku ketua juri. Seterusnya

PERTANDINGAN

Siti Wan Kembang perintah kelantan


Nama termasyur zaman dahulu kala
Saat yang dinanti telahpun datang
Pertandingan nyanyian akan bermula.

PERTANDINGAN AKHIR NYANYIAN SOLO DAN DUET LAGU-LAGU


CIPTAAN AHMAD NAWAB SEKOLAH RENDAH DAN MENENGAH
DAERAH KLANG 2018 dimulakan dengan menjemput peserta pertama
dari

Demikianlah tadi persembahan dari


............................................................dari ..................................................

majlis menjemput ...............................................yang akan


menyampaikan lagu pertama berjudul..............................
Dengan segala hormatnya dipersilakan.

Terima kasih atas persembahan yang cukup menarik sebentar tadi

Seterusnya
dijemput…………………………………………………………………………………………………..
Untuk membuat persembahan

Terima kasih atas persembahan tadi.

Majlis diteruskan lagi dengan persembahan


dari………………………………………………………………….
Majlis mempersilakan

Begitulah persembahan dari sekolah……………………………………

Secupak timbang tak cukup


Tambah seguni belumlah lagi
Nyanyi tari belum penutup
Sambung dengan sederet menanti

Berikutnya persembahan
dari……………………………………………………………………
Majlis mempersilakan.

Terima kasih atas persembahan yang mendayu-dayu tadi

Seterusnya kita akan dihiburkan dengan persembahan


dari………………………………………….
Dipersilakan

Demikianlah persembahan dari…………………………………………………..

Kini tibalah masanya majlis menjemput peserta terakhir iaitu


.......................................Dengan lagu.................................................
dan................................................
Hadirin sekalian terimalah persembahan ini.

Demikian tadi persembahan NYANYIAN SOLO DAN DUET LAGU-LAGU


CIPTAAN AHMAD NAWAB SEKOLAH RENDAH DAN MENENGAH
DAERAH KLANG 2018. Debaran kian memuncak untuk mengetahui
peserta manakah yang akan menyandang gelaran johan pertandingan
nyanyian solo lagu tradisional peringkat sekolah rendah Limbang 2015.

Sidang hadirin sekalian,kita akan berehat seketika untuk memberi laluan


kepada barisan juri bagi pengiraan markah.

Hadirin yang dihormati sekalian,

Debaran semakin memuncak . Peserta manakah yang akan menyandang


gelaran johan bagi pertandingan NYANYIAN SOLO DAN DUET LAGU-
LAGU CIPTAAN AHMAD NAWAB SEKOLAH RENDAH DAN MENENGAH
DAERAH KLANG 2018 .Kini tiba detik yang dinantikan, iaitu
pengumuman keputusan yang sudah pun berada di tangan saya.
Sebelum pemenang diisytiharkan, bagi pihak majlis saya dengan
sukacitanya mempersilakan
…………………………………………………………………………….

mengiringi …………………………………………………………………………………….. ke
pentas bagi menyempurnakan penyampaian cenderamata dan hadiah.

Tanpa para hakim yang bijaksana, sesuatu pertandingan tidak akan


dapat dijalankan. Sebagai menghargai kesudian mereka meluangkan
masa, pihak penganjur menyediakan cenderamata yang tidak sepertinya
untuk para hakim kita pada hari ini. Dipersilakan

Terima kasih daun keladi. Jika diundang, harap datanglah lagi.

Cue
Selesai penyampaian sagu hati kepada hakim, dan mereka selamat
turun pentas

Debaran peserta bakal bertemu titik noktah. Bagi kategori nyanyian solo,
Diumumkan pemenang ketiga jatuh kepada peserta dari
_________________________________________________
Dipersilakan naik ke pentas.

Pemenang kedua jatuh kepada


________________________________________
Johan ………pertandingan nyanyian solo lagu tradisonal peringkat sekolah
rendah Limbang 2015 disandang oleh
_______________________________________________
Syabas dan tahniah diucapkan.

Terima kasih kepada


…………………………………………………………………………………………….. Tahniah
kepada semua pemenang, dan tahniah juga kepada peserta yang lain
yang telah berusaha gigih dan memberi saingan. Jadikan pengalaman ini
satu kenangan manis yang pernah kalian lalui.

Majlis berakhir di sini. Bagi pihak majlis dan Jawatankuasa Pengelola


pertandingan, saya memohon maaf andainya terdapat kesilapan dan
kekurangan yang berlaku. Seterusnya saya dengan sukacitanya
menjemput para tetamu, hakim, guru pengiring, dan peserta menikmati
kudapan.
Kalau tiada jarum yang patah
harap simpan di dalam peti
kalau benar madah dan tingkah
harap sematkan di dalam hati

segala kelemahan dan kekurangan mohon dimaafkan yang benar itu


datangnya daripada Allah SWT, silap dan salah adalah kelemahan diri
kami sendiri

Akhirul kalam ...semoga kita berjumpa lagi...wabillahi taufiq wal


hidayah.....assalamualaikum WBT...