Anda di halaman 1dari 5

Program Motivasi Persediaan Akhir UPSR 2018

UNIT BIMBINGAN DAN KAUNSELING


SEKOLAH KEBANGSAAN KAMPONG PADANG
25200 KUANTAN PAHANG

KERTAS KERJA
PROGRAM MOTIVASI KECEMERLANGAN UPSR 2018
PERINGKAT SEKOLAH KEBANGSAAN KAMPONG PADANG

1.0 Pendahuluan

Motivasi menjadi satu keperluan di era globalisasi ini. Manusia berlumba- lumba
menjadi yang cemerlang namun ianya bukan mudah kerana memerlukan kesedaran dan
usaha untuk mencapai kecemerlangan yang diimpikan.

Oleh yang demikian, Unit Bimbingan dan Kaunseling Sekolah Kebangsaan


Kampong Padang bersama Unit Kecemerlangan Tahun 6 telah bekerjasama untuk
menganjurkan program motivasi khusus bagi murid-murid tahun 6. Ia diharap dapat
memberi kesedaran kepada murid-murid tentang pentingnya untuk berubah menjadi yang
terbaik dan mencapai kecemerlangan di dalam peperiksaan UPSR 2018

Semoga dengan adanya program motivasi ini, diharap dapat membantu murid-
murid tahun 6 untuk berubah ke arah yang lebih positif demi mencapai kecemerlangan yang
diimpikan. Pencapaian murid bagi tahun-tahun kebelakangan ini tidak tekal. Berdasarkan
kekuatan dan peluang yang ada, seharusnya sekolah berpotensi keputusan yang lebih
cemerlang dari kualiti dan kuantiti dalam masa akan datang.

2.0 Objektif

i. Membantu murid meningkatkan kemahiran menguruskan diri dalam menghadapi


UPSR
ii. Meningkatkan tahap keyakinan diri murid dan persediaan dalam menghadapi
peperiksaan UPSR.
iii. Menyenaraikan faktor-faktor yang mempengaruhi kejayaan dan kegagalan.
iv. Mengenalpasti peluang dan ancaman.
v. Menganalisis kekuatan dan kelemahan diri.

3.0 Tema

“KE ARAH KECEMERLANGAN UPSR”

Ke arah kecemerlangan UPSR


Program Motivasi Persediaan Akhir UPSR 2018

4.0 Anjuran

Unit Bimbingan dan Kaunseling, Sekolah Kebangsaan Kampong Padang, 25200 Kuantan, Pahang

5.0 Perasmi

Cadangan Perasmi Majlis Pembukaan Program Motivasi ialah:


Perasmian Pembukaan oleh En Nawawi bin Sarupin, Guru Besar SK Kampong Padang

6.0 Penceramah

Pn Khalifah bt Khalib , Guru Bimbingan dan Kaunseling Sekolah Kebangsaan Sungai Ular

7.0 Tarikh & Tempat

Butiran seperti berikut :


Tarikh : 18 Julai 2018
Hari : Rabu
Masa : 10.00 - 12.00 tengahari
Tempat : Dewan Al-Ghazali

8.0 Sasaran

Program ini mensasarkan murid tahun 6 Sekolah Kebangsaan Kampong Padang, Kuantan

9.0 Perisian Program


Ceramah Motivasi
A. Ceramah motivasi kecemerlangan UPSR kepada murid tahun 6 yang akan disampaikan
oleh guru yang berpengalaman dan berpengetahuan.
Ceramah ini disampaikan oleh Pn Khalifah bt Khalib

10.0 Struktur Organisasi


(Sila lihat lampiran A)

Ke arah kecemerlangan UPSR


Program Motivasi Persediaan Akhir UPSR 2018

11.0 Aturcara Program


(Sila lihat lampiran B)

12.0 Anggaran Belanjawan

(Sila lihat lampiran C)

13.0 Penutup

Semoga Program Ceramah Motivasi Persediaan UPSR ini dapat dijalankan dengan jayanya
serta dapat mencapai objektif seperti yang diinginkan. Di samping itu, ia juga turut diharapkan dapat
mengeratkan lagi hubungan silaturahim antara murid-murid dan ibu bapa/penjaga dengan guru-
guru. Kerjasama antara ahli jawatankuasa, kakitangan sekolah dan murid-murid adalah sangat dialu-
alukan dalam menjayakan program ini.

Disediakan oleh :- Disemak oleh:-

....................................................... ..................................................
Nor Najwa Arfah binti Sapri Norhanisah binti Mohad Salleh
Setiausaha Guru Bimbingan
Unit Bimbingan Kaunseling Unit Bimbingan Kaunseling
Sekolah Kebangsaan Kampong Padang Sekolah Kebangsaan Kampong Padang

Disahkan oleh:-

...........................................
Nawawi bin Sarupin
Guru Besar
Sekolah Kebangsaan Kampong Padang

Ke arah kecemerlangan UPSR


Program Motivasi Persediaan Akhir UPSR 2018

Lampiran A

CARTA ORGANISASI
PROGRAM CERAMAH MOTIVASI PERSEDIAAN AKHIR UPSR 2018
JAWATANKUASA INDUK

Pengerusi : En Nawawi bin Sarupin


(Guru Besar SK Kampong Padang)

Timbalan Pengerusi : Pn Norhanisah binti Salleh


( Guru Penolong Kanan Kurikulum )

Timbalan Pengerusi 2 : En Herman bin Harun


( Guru Penolong Kanan Hal Ehwal Murid )

Setiausaha : Pn Nor Najwa Arifah binti Sapri

Penyelaras : Encik Zakaria bin Mohamed


( Guru Bimbingan dan Kaunseling )

Bendahari : Pn Hayati binti Mamat

JAWATANKUASA PELAKSANA PROGRAM CERAMAH MOTIVASI


PERSEDIAAN UPSR 2018

Jurugambar : En Asman bin Suhari

Dokumentasi : En Zakaria bin Mohamed

Juruacara Majlis : Cik Mazilawati binti Mohamad

Persiapan Tempat : En Hj Rosdi bin Deraman


Pn Hajah Sarifah Naha binti Mohamad
Pn Tuan Faziah binti Tuan Aziz

PA Sistem : En Zakaria bin Mohamed

Cenderamata & sijil : Pn Nor Zarinah binti Hanafiah

Disiplin dan Kawalan Murid : Pn Siti Zanariah binti Malik


Pn Mastura binti Talib
Pn Aiza Mohawiah binti Mohamed
Pn Maslina binti Elias
Semua Guru Tahun 6 (mengikut Jadual)

Ke arah kecemerlangan UPSR


Program Motivasi Persediaan Akhir UPSR 2018

Lampiran B
Aturcara Program

PROGRAM CERAMAH MOTIVASI PERSEDIAAN UPSR 2018

10.00 pagi Murid – murid berkumpul di dewan


10.05 pagi Bacaan Doa
10.10 tghr Ceramah Motivasi Persediaan UPSR
Aktiviti Latihan Dalam Kumpulan
Pn Khalifah bt Khalib
12.00 tghr Ucapan daripada Guru Besar Encik Nawawi bin Sarupin
Penyampaian sijil serta cenderahati
12.30 tghr Bersurai

LAMPIRAN C

ANGGARAN BELANJAWAN

Jamuan RM 30.00
Makan Tengahari
Guru 3 x RM10.00 = RM 30.00

Cenderamata RM 150 .00


Bayaran Penceramah

Program RM 747.00
Kertas Manila Kad RM 1.20 x 94 = RM 112.80
Marker Whiteboard RM 42.00 x 7 = RM 294.00
Belon RM 15.00 x 2 = RM 30.00
Buku Nota Kecil RM 1.50 x 94 = RM 141.00
Pensel RM 0.80 x 94 = RM 75.20
Poket RM 1.00 x 94 = RM 94.00

JUMLAH KESELURUHAN RM 927.00

Ke arah kecemerlangan UPSR