Anda di halaman 1dari 18

Kebebasan media di Malaysia jatuh merudum di mata antarabangsa apabila kedudukannya dalam Indeks Kebebasan

Akhbar merosot lagi lapan anak tangga.


Daripada 173 negara yang ditinjau, Malaysia berada di tangga ke 132 berbanding 124 pada tahun lepas, demikian
menurut organisasi pemantau kebebasan media, Wartawan Tanpa Sempadan (RSF) yang berpangkalan di Paris hari
ini.
Kedudukan baru ini meletakkan Malaysia lebih teruk berbanding tahap kebebasan di beberapa negara Afrika seperti
Nigeria (di tangga 131) dan Cameroon (129) dan hanya baik sedikit berbanding Chad (133), Sudan (135) dan
Bangladesh (136).
Tahun lalu, Malaysia merosot mendadak sebanyak 32 anak tangga berbanding kedudukan ke-92 pada 2006.
Menurut laporan RSF, kerajaan Malaysia menerima "kritikan menggunung" bawah pemerintahan Perdana Menteri
Datuk Seri Abdullah Ahmad Badawi akibat mengenakan tindakan keras terhadap media, termasuk penulis blog.
Media utama selalunya terpaksa mengecilkan liputan atau mengabaikan banyak program parti pembangkang dan
NGO, misalnya demonstrasi Barisan Bertindak Hak-hak Hindu (Hindraf) tahun lepas dan mengarahkan media
menghentikan perbahasan tentang status negara Islam Malaysia.
Kes-kes lain termasuklah pengharaman akhbar Tamil Makkal Osai, pengharaman nama Allah di mingguan Kristian
The Herald dan penamatan kolum penulis berwibawa Zainah Anwar dan Amir Muhammad di New Straits Times.
Penulis blog juga tidak terlepas daripada mendapat ancaman saman dan tangkapan polis, lapor RSF.
Petugas media beberapa akhbar seperti Malaysia Nanban dan Guangming Daily turut diserang oleh penyokong parti
kerajaan.
Laporan itu juga mendakwa, media-media arus perdana didapati dikawal kerajaan dan mengamalkan swa-saringan.
Negara-negara jiran menikmati kebebasan akhbar yang lebih baik - dengan Indonesia di tangga ke-111 dan Thailand
(124).
Bagaimanapun indeks kebebasan Singapura lebih buruk daripada Malaysia di kedudukan 144.
RSF merupakan organisasi terkenal yang memantau kebebasan akhbar di seluruh dunia sejak 1985.

Cabaran media bebas & kebebasan media


Oleh Fathi Aris Omar,
Pengarang Berita Malaysiakini.Com

Media tidak hidup sendirian. Ia berinteraksi dalam lingkungan masyarakat, antara kerajaan, kaum
pemodal dan pembaca. Ia juga harus mempunyai segugusan idealisme profesionalismenya sendiri dan
juga idealisme perjuangan setempat.

Seperti juga beberapa kerjaya profesional yang lain, media tertakluk kepada etika dan hukum
profesionalisme yang tersendiri. Bagaimana berita ditulis harus mengikut hukum 4W + 1H yang menjadi
asas teknik penulisan berita.

Selain itu, ia juga berpegang kepada idealisme etika wartawan itu sendiri -- bagaimana mereka
mendapatkan berita melalui cara-cara yang beretika dan bagaimana berita harus dipaparkan secara
beretika. Di negara ini, soal teknik penulisan berita, khususnya mereka yang tidak terlatih dalam media-
media kecil, masih lagi menjadi isu besar tetapi isu yang lebih besar ialah bagaimana berita dipaparkan.

Isu inilah yang dipertikaikan oleh beberapa pihak terhadap media arus perdana di negara ini. Kawalan
ketat politik dan kerajaan menghasilkan sejenis budaya kewartawanan tersendiri di negara ini dengan

1
pelbagai amalan dan konsep yang lintang-pukang.

Debat awal bulan Disember lalu antara Zakiah Koya (wartawan Malaysiakini.Com) dengan Jacqueline
Ann Surin (The Star) mendedahkan isu-isu yang cerewet daripada segugusan tanggapan terhadap
media. Kedua-duanya memaparkan beberapa sudut yang benar, walaupun kedua-duanya juga
menunjukkan sisi-sisi yang lemah.

Selain itu, isu yang cukup serius ialah tekanan Kementerian Dalam Negeri (KDN) terhadap media-media
bebas dan propembangkang. Budaya kawalan yang kuat ini mahu pula diterapkan di luar batasan media
arus perdana. Kerajaan nampaknya sangat serius membolot semua saluran maklumat.

Bagaimanapun, wartawan bebas dan kumpulan pembangkang tentunya meneruskan perjuangan


berteriak melalui media mereka sendiri. Ia akhirnya mendorong istilah media alternatif atau media
bebas. Kedua-duanya mempunyai kelemahan ketara, kedua-duanya menjadi alat politik -- atau dilihat
begitu -- akibat sikap cemburu KDN, amalan politik dan amalan niaga di negara ini.

Tidak ramai orang menyedari -- walau mereka tahu -- bahawa media memerlukan kerja berpasukan
dan modal yang besar. Nasib media alternatif atau media di luar arus perdana sentiasa gagal mencapai
profesionalisme yang sebenar (atau lebih tepat, profesionalisme yang relatifnya tinggi daripada keadaan
kini) kerana kekurangan modal untuk mengambil wartawan terlatih dan menikmati kejayaan akibat
kumpulan pembaca (pasaran) yang besar.

Tidak ada syarikat besar dan kukuh bersedia membeli ruang iklan di media alternatif walaupun
pasarannya kini sangat besar selepas era reformasi 1998. Syarikat kecil yang bergantung kepada
kontrak kerajaan atau diusahakan oleh mereka yang "ingin selamat" (play safe) turut termasuk dalam
kategori itu.

Walaupun, harga ruangan iklan berbanding jumlah edaran sesebuah penerbitan sudah kompetitif dan
berbaloi dengan harga pasaran tetapi tidak ada syarikat yang sanggup membeli ruangan itu kerana
takut pandangan kerajaan. Keadaan ini wujud sebahgiannya persepsi masyarakat niaga terhadap sikap
keras kerajaan atau kualiti media-media alternatif itu sendiri.

Sesebuah media harus mempunyai reka bentuk, konsep penerbitan dan kualiti laporan yang berwibawa
dan profesional tetapi ini semua memerlukan sejumlah suntikan modal atau pelaburan, selain
pendapatan daripada jualan dan iklan.

Akibat modal yang terhad, kita dapati semua media cetak yang bersaiz kecil (bukan daripada syarikat
arus perdana) mengalami nasib ini. Maksud saya, media yang memaparkan isu-isu semasa dan politik.
Beberapa jenis majalah lagi, seperti majalah wanita, fesyen dan remaja, lebih senang mendapat iklan.
Majalah berbahasa Inggeris walaupun jumlah edarannya jauh lebih terhad mendapat lebih banyak iklan
dengan harga yang relatifnya lumayan.

Oleh itu, media bebas selalunya sangat daif. Tidak ada pelabur -- individu atau syarikat -- yang sanggup
"menderma" wang mereka beratus-ratus ribu ringgit semata-mata untuk dibenci oleh kerajaan, atau
mengalami nasibnya ditutup oleh permit penerbitan KDN di hujung tahun. Di sinilah kita lihat DOSA
yang paling BESAR yang disumbangkan oleh kementerian itu terhadap akhbar Eksklusif dan majalah-
majalah Al-Wasilah dan Detik.

Nasib seumpama ini dialami juga oleh penerbitan web seperti Malaysiakini.Com atau Agenda Malaysia –
untuk mendapatkan pelaburan dan pengiklan yang bebas daripada kepentingan ekonomi kroni.

Selain isu pengaruh kerajaan dan modal terhadap media, jaminan media bebas juga terletak pada sikap
pembaca -- sama ada individu, parti politik atau kumpulan berkepentingan yang lain. Pengalaman saya
dan rakan-rakan dalam KAMI (Kumpulan Aktivis Media Independen) menunjukkan kumpulan pembaca
2
itu termasuk dalam dua kategori, (a) jahil walau kritis terhadap konsep dan peranan media bebas, dan
(b) melihat media sebagai alat promosi parti dan idea mereka.

Pembaca lebih gemar kita menulis apa yang mereka mahu baca, bukannya menulis apa yang
sepatutnya mereka ketahui, fikirkan dan bertindak. Pengalaman saya bersama Detik, Tamadun dan
Malaysiakini.Com vis-a-vis penyokong dan aktivis parti-parti pembangkang menunjukkan mereka ini
mempunyai "naluri kediktatoran" (dictatorial instinct), sama seperti sikap KDN atau Umno terhadap
media bebas.

Bezanya, satu kumpulan mempunyai kuasa yang rasmi untuk menindas; sementara satu lagi tidak
mempunyai kuasa itu.

Bagi diri saya, yang lebih menakutkan bukannya tekanan KDN tetapi sikap masyarakat pembaca dan
juga parti-parti pembangkang itu sendiri terhadap media dan wartawan bebas. Bagaimanapun,
umumnya masyarakat pembaca semakin kritis terhadap media, sama ada arus perdana atau bukan.
Cuma, banyak kalinya kita lihat hujah mereka itu dangkal dan tersimpang atau selalunya juga hanya
kecaman beremosi. Kedua-duanya tidak menampakkan harapan yang cerah untuk menyokong media
bebas.

Mahu atau tidak, akhirnya media didorong tercampak dalam kancah yang dikehendaki oleh aturan
sosio-politik seperti yang digariskan secara rasmi dan tidak rasmi antara KDN, Umno, pembangkang
dan pembaca. Media bebas dan pengamalnya tidak mempunyai banyak pilihan untuk mengatur arusnya
walaupun kami selalunya bermimpi untuk melihat media sebagai "tonggak keempat negara" (the fourth
estate) selain kabinet, Parlimen dan badan kehakiman, yakni untuk meneruskan sistem semak dan
imbang (check and balance).

Apabila difikirkan secara lebih halus dan mendalam, beberapa faktor yang mendorong hal ini ialah
kecetekan kefahaman demokrasi di kalangan rakyat-pemimpin negara ini. Kedua, kerana rakyat itu
sendiri tidak perkasa untuk memberikan impak politik terhadap media, parti politik dan agenda
kepentingan rakyat itu sendiri.

Rakyat tidak ubah sekawan lembu yang ditarik hidungnya oleh parti-parti politik pembangkang dan
kerajaan yang tidak mampu bersama media bebas dan wartawannya. Sebab itulah apabila Detik,
Eksklusif, Al-Wasilah dan Harakah mengalami penindasan KDN, kita tidak berjaya melihat kumpulan
beribu-ribu pembaca di Masjid Negara atau di depan Penjara Kajang.

Namun, dosa ini juga seharusnya dikongsikan oleh kalangan wartawan itu sendiri, baik kumpulan
wartawan bebas dan wartawan arus perdana itu sendiri. Misalnya, kegagalan wartawan bebas untuk
bersatu dalam sebuah kumpulan yang kukuh dan konsisten untuk menyedarkan pembacanya tentang
isu-isu yang dibicarakan di atas.

Selagi wartawan yang mewakili media ini tidak bersatu arah dan berkongsi perjuangan yang
dipersetujui bersama (nilai-nilai minimumnya), kita semua akan menjadi mangsa masyarakat pembaca,
pembangkang dan kerajaan.

Wartawan arus perdana menjadi mangsa kecaman masyarakat pembaca dan parti pembangkang.
Wartawan bebas pula menjadi mangsa KDN dan kumpulan pemodal. Kedua-duanya adalah himpitan
yang hina tetapi jasad (media) yang sakit dan terlantar hanya mampu menggerak-gerakkan hujung jari
dan bersuara lembik.

Wartawan dan media adalah kelompok manusia yang sakit dan sepi. Nampaknya, kita harus
menanggung kesakitan sendirian lagi. Bukan pembaca, bukan KDN-Umno dan bukan pembangkang
yang sanggup memikul perjuangan ini.

3
Apatah lagi, wartawan sendiri tidak mampu berjuang dengan lebih lantang. Oleh itu, kebebasan media
hanyalah idealisme dan teks kewartawanan di sekolah-sekolah komunikasi massa.

Thursday, May 07, 2009

REALITI KEBEBASAN MEDIA DI MALAYSIA


Ruhanie Ahmad

Pengenalan

Kebebasan adalah antara elemen penting dan fundamental bagi seluruh umat manusia. Elemen ini
termaktub dalam Deklarasi Hak Asasi Manusia Sejagaat 1948. Ia ditikberatkan oleh Pertubuhan Bangsa-
Bangsa Bersatu (PBB). Sesebuah negara yang demokratik juga memaktubkan aspek kebebasan dalam
perlembagaannya. Contohnya, Groves (1978:27) menyatakan, Perlembagaan Persekutuan memaktubkan
sembilan aspek hak dan kebebasan. Satu daripadanya adalah mengenai kebebasan bersuara, berhimpun
dan berpersatuan.

Bagaimanapunm antara aspek kebebasan yang sering dipolemik dan dipolitikkan oleh sesetengah pihak di
Malaysia adalah kebebasan akhbar. Pihak-pihak terbabit melontarkan pelbagai tuduhan dan kecaman
kononnya Malaysia tidak mengamalkan kebebasan akhbar. Mereka mendakwa kononnya Malaysia tidak
mematuhi prinsip kebebasan yang termaktub dalam Deklarasi Hak Asasi Manusia Sejagat. Mereka juga
memperbesar-besarkan ranking kebebasan akhbar Malaysia yang dikeluarkan oleh pelbagai pertubuhan
antarabangsa untuk menyokong dakwaan kononnya Malaysia adalah negara yang tidak mesra akhbar dan
menggunakan akhbar semata-mata demi keselamatan rejimnya sahaja.

Anehnya, majoriti golongan yang mendakwa sebagai juara kebebasan akhbar di negara ini bukannya
pengamal kewartawanan. Mereka juga bersuara dan berbicara mengenai isu tersebut bukan atas dasar
professionalisme. Majoriti mereka adalah pemimpin pertubuhan bukan kerajaan (NGO). Mereka
menggunakan isu kebebasan akhbar sebagai perkakas untuk mengkecam kerajaan yang melaksanakan
beberapa undang-undang yang matlamat utamanya adalah bagi memelihara nilai-nilai teras Malaysia yang
berbilang keturunan. Mereka menggunakan isu kebebasan akhbar untuk memperolehi perbatuan siasah.

Konsep media dan akhbar

Media massa, terutamanya akhbar, tidak wujud berasingan daripada lain-lain institusi masyarakat. Ianya
merupakan bahagian penting dalam proses perubahan dan pemeliharaan sesebuah masyarakat (Ryan &
Wentworth 1999:23). Menurut teori liberal, akhbar mempunyai empat fungsi utama, iaitu menyampaikan
maklumat kepada masyarakat umum, memantau kerajaan, mendorong debat umum, dan menyalurkan
pendapat umum. Lain-lain fungsi tambahan adalah memupuk nilai-nilai utama yang dikongsikan oleh
sesuatu masyarakat, membantu masyarakat menyesuaikan diri kepada perubahan, dan mendedahkan
kemungkaran (Curran & Seaton, 2003:346).

4
Dalam pada itu, istilah media massa pula tidak boleh didefinisikan dengan sejelas-jelasnya. Sesetengah
media memang benar-benar bersifat media massa. Ini termasuklah radio, aktiviti perakaman, pangung
wayang dan televisyen. Bagaimanapun, media massa lazimnya merujuk kepada radio, akhbar, televisyen
dan media rakaman (Ryan & Wentworth, 1999:11). Dalam konteks Malaysia, akhbar adalah apa-apa hasil
penerbitan yang mengandungi berita, penerangan, laporan kejadian atau apa-apa pendapat, pemerhatian
atau ulasan, berhubungan dengan apa-apa berita, penerangan atau kejadian, atau dengan apa-apa perkara
lain, yang menarik minat orang ramai, atau apa-apa majalah, komik atau bentuk majalah berkala lain yang
dicetak dalam apa-apa bahasa untuk dijual atau diedarkan dengan percuma pada lat-lat tempoh yang kerap
atau tak kerap, tetapi tidaklah termasuk apa-apa hasil penerbitan yang diterbitkan oleh atau untuk Kerajaan
Persekutuan atau mana-mana Kerajaan Negeri atau Kerajaan Singapura (Akta Mesin Cetak dan
Penerbitan, 1984:Fasal 2).

Konsep kebebasan akhbar sejagat

Sebagaimana dinyatakan dalam pengenalan atikel ini, konsep kebebasan akhbar termaktub dalam
Deklarasi Hak Asasi Manusia Sejagat yang diluluskan oleh PBB pada 10 Disember 1948. Artikel 19
Deklarasi Hak Asasi Manusia Sejagat menyatakan, setiap individu mempunyai hak kepada kebebasan
bersuara dan pendapat. Hak ini termasuklah kebebasan mempertahankan pendapat-pendapat tanpa
gangguan. Ia juga merangkumi kebebasan memperoleh, menerima dan menyebarkan maklumat serta idea
menerusi sebarang media tanpa mengira sempadan. Artikel 29(2) deklarasi tersebut memaktubkan, dalam
melaksanakan seluruh hak dan kebebasan, setiap individu adalah tertakluk kepada sekatan-sekatan yang
ditentukan oleh undang-undang khusus. Sekatan-sekatan itu adalah bagi memastikan keperluan-keperluan
yang saksama terhadap moraliti, ketenteraman awam dan kesejahteraan umum di dalam suatu masyarakat
yang demokratik. Artikel 29(3) deklarasi berkenaan menegaskan, seluruh hak dan kebebasan tidak boleh
mencanggahi seluruh matlamat dan prinsip PBB. Menurut Piagam PBB, antara matlamat dan prinsip PBB
adalah pengamalan toleransi dan kehidupan bersama secara aman; bersatu memelihara keamanan dan
keselamatan antarabangsa; menghapuskan seluruh ancaman kepada keamanan; pemansuhan tindakan-
tindakan ganas; dan bertindak selaras dengan undang-undang antarabangsa untuk meleraikan
persengketaan atau lain-lain tindakan yang menjejaskan keamanan. Artikel 30 deklarasi yang sama pula
memaktubkan, tiada peruntukan dalam Deklarasi yang boleh ditafsirkan sebagai menggambarkan
sesebuah negara, kumpulan atau individu mempunyai hak untuk melakukan apa-apa kegiatan atau
melakukan apa-apa tindakan yang bertujuan untuk menghancurkan seluruh hak dan kebebasan yang
termaktub dalam Deklarasi.

Huraian di atas membuktikan kebebasan akhbar yang dijamin oleh Deklarasi Hak Asasi Manusia Sejagat
adalah kebebasan yang terhad, bersyarat, mempunyai batas dan mempunyai sekatan. Hakikat ini kurang
diketahui oleh masyarakat umum. Ini kerana pihak-pihak yang mendakwa diri mereka sebagai juara
kebebasan akhbar sengaja menyembunyikan fakta-fakta tersebut supaya masyarakat umum dapat
dikelirukan bahawa kebebasan akhbar adalah kebebasan yang total dan tanpa batas atau sekatan.

Huraian tersebut juga membuktikan nilai-nilai teras sejagat yang dititikberatkan dalam Deklarasi Hak Asasi
Manusia Sejagat dan oleh PBB adalah kesusilaan, kesejahteraan, ketenteraman, keamanan, keselamatan,
kesaksamaan, toleransi, serta pemeliharaan hak dan kebebasan manusia daripada kemusnahan. Ini
bermakna seluruh anggota komuniti dunia wajar memelihara dan mempertahankan nilai-nilai teras sejagat
atau universal core values ini supaya tidak terancam dan tergugat. Hakikatnya demikian kerana ramai
sarjana keselamatan antarabangsa berpendapat ancaman dan gugatan kepada nilai-nilai teras dunia atau
nilai-nilai teras sesebuah negara memang boleh mengancam keselamatan serta menjejaskan
5
kelangsungan sesebuah negara yang berdaulat dan merdeka.

Konsep kebebasan akhbar di Malaysia

Kebebasan akhbar di Malaysia tidak dimaktubkan secara jelas dalam Perlembagaan Persekutuan.
Bagaimanapun, Fasal 10 (1)(a) Perlembagaan Persekutuan memaktubkan bahawa tertakluk kepada Fasal
(2), (3) dan (4), tiap-tiap warganegara adalah berhak bebas bercakap dan mengeluarkan pendapat.
Bagaimanapun, Fasal 10 (2)(a) Perlembagaan Persekutuan pula memaktubkan bahawa Parlimen boleh
dengan undang-undang menggunakan ke atas hak-hak yang diberi oleh perenggan (a) Fasal (1), apa-apa
sekatan yang didapatinya perlu atau mustahak demi kepentingan keselamatan Persekutuan atau mana-
mana bahagiannya, perhubungan persahabatan dengan negeri-negeri lain, ketenteraman awam untuk
melindungi keistimewaan-keistimewaan Parlimen atau mana-mana Dewan Negeri atau untuk mengelakkan
penghinaan terhadap mahkamah, fitnah, atau perbuatan mengapi-apikan supaya dilakukan sesuatu
kesalahan.

Fasal 10(4) Perlembagaan Persekutuan pula memaktubkan bahawa pada mengenakan sekatan-sekatan
demi kepentingan keselamatan Persekutuan atau mana-mana bahagiannya atau ketenteraman awam di
bawah Fasal 10(2)(a), Parlimen boleh meluluskan undang-undang melarang perbuatan mempersoal apa-
apa perkara, hak, taraf, kedudukan, keistimewaan, kedaulatan atau hak kedaulatan yang ditetapkan atau
diperlindung oleh Bahagian 3, Perkara 152, 153 dan 181 berhubung dengan apa-apa jua melainkan
berhubung dengan pelaksanaannya sebagaimana yang dinyatakan dalam undang-undang itu. Bahagian 3
Perlembagaan Persekutuan yang dimaksud di atas adalah mengenai kewaganegaraan, Perkara 152
mengenai Bahasa Kebangsaan, 153 mengenai perezapan quota mengenai perkhidmatan, permit dan
sebagainya untuk orang Melayu.

Hakikat sekatan terhadap kebebasan di Malaysia seperti di atas adalah selaras dengan Artikel 29(2) Artikel
29(3) dan Artikel 30 Deklarasi Hak Asasi Manusia Sejagat. Ia juga selari dengan matlamat serta prinsip
PBB. Nilai-nilai teras di sebalik sekatan yang dikenakan oleh kerajaan Malaysia pula adalah keselamatan
negara, ketenteraman awam, dan perpaduan rakyat. Ini membuktikan bahawa sekatan-sekatan terhadap
kebebasan akhbar di Malaysia adalah demi kepentingan negara dan majoriti rakyat jelatanya.

Konsep Kebebasan akhbar di Singapura

Kebebasan akhbar di Singapura adalah berasaskan falsafah kebebasan akhbar PAP selaku parti
pemerintah. Oleh sebab itulah PAP menjadi determinen yang tunggal dan penting kepada perkembangan
akhbar di Singapura. Falsafah berkenaan adalah berasaskan kenyataan Lee Kuan Yew di Perhimpunan
Agung International Press Institute, di Helsenki, pada 9 Jun 1971. Lee menyatakan: “freedom of the press,
freedom of the news media, must be subordinated to the overriding needs of the integrity of Singapore, and
to the primacy of purpose of an elected government.” Lee juga menyatakan, kerajaan Singapura mahukan
“the mass media to reinforce, not to undermine, the cultural values and social attitudes being inculcated in
our schools and universities.” Nilai-nilai yang dimaksudkan adalah nilai-nilai multirasialisme, toleransi
agama dan menghormati hak-hak golongan minoriti. PAP juga berpendapat, “the press may be separate
and independent of the government but in no circumstances should it imagine itself as having an equal role
or status. An elected government is ultimately the only institution with the legitimacy to represent public
opinion and interpret the national interest. The press is unelected, and cannot be permitted to obstruct the
government as it carries out its mandate.” Falsafah kebebasan akhbar ini direalisasikan menerusi undang-
undang akhbar, terutamanya the Newspaper and Printing Presses Act. (presspedia.journalism.sg: diakses
pada 8 Mei 2009).
6
Hakikat di atas membuktikan bahawa Singapura juga memberikan kebebasan akhbar secara bersyarat,
berdasarkan kepada nilai-nilai terasnya, iaitu multirasialisme, toleransi agama dan perasaan hormat
terhadap masyarakat minoriti. Amalan ini adalah selaras dengan Deklarasi Hak Asasi Manusia Sejagat.
Menurut presspedia.journalism.sg, kebebasan akhbar di Singapura juga diberikan berasaskan agenda
pembangunan negara dan tanggungjawab sosial. Menurut www.wikipedia.org (diakses pada 8 Mei 2009),
oleh sebab itulah kerajaan Singapura tidak berasa malu terhadap ranking kebebasan akhbar yang rendah
yang diberikan oleh sebuah NGO antarabangsa. Ini kerana republik itu mempunyai ranking yang tinggi di
bidang kebebasan ekonomi dan kemakmuran.

Konsep Kebebasan akhbar di Indonesia

Kebebasan akhbar di Indonesia adalah bersumberkan kepada Artikel 28 Perlembagaan Indonesia 1945.
Konsep kebebasan ini diperkukuhkan lagi menerusi Akta Akhbar 1999. Artikel 2 akta tersebut menyatakan,
kebebasan akhbar adalah satu daripada ciri-ciri kedaulatan rakyat berasaskan kepada prinsip-prinsip
demokrasi, kesaksamaan dan supremasi undang-undang. Artikel 4(1) menyatakan, kebebasan akhbar
adalah dijamin sebagai hak asasi setiap warganegara. Artikel 4(2) menegaskan, akhbar nasional tidak
mempunyai tapisan, sekatan atau larangan. Bagaimanapun, Artikel 5(1) menyatakan, akhbar nasional
mempunyai obligasi untuk melaporkan peristiwa dan pendapat dengan menghormati nilai-nilai agama dan
nilai-nilai masyarakat umum. Sementara itu, Artikel 6(b) menyatakan, akhbar nasional mestilah memainkan
peranan menguatkuasakan prinsip-prinsip asas demokrasi, mempromosikan kedaulatan undang-undang
dan hak-hak asasi manusia, serta menghormati kepelbagaian. Artikel 6(c) menyatakan, akhbar nasional
mestilah mengembangkan pendapat umum berasaskan kepada maklumat yang benar, tepat dan sah.
Selanjutnya, Artikel 13 pula menghuraikan, syarikat akhbar dilarang memaparkan iklan yang merendahkan
maruah sesuatu agama, menjejaskan keharmonian hubungan antara pelbagai penganut agama, dan
bertentangan dengan kesusilaan masyarakat.

Hakikat di atas membuktikan bahawa akhbar di Indonesia tidak tertakluk kepada tapisan, larangan dan
sekatan. Ini boleh ditafsirkan bahawa akhbar di Indonesia menimkati kebebasan yang total. Bagaimanapun,
akhbar nasional di Indonesia adalah dituntut supaya menghormati nilai-nilai agama, menghormati nilai-nilai
masyarakat, menguatkuasakan prinsip-prinsip asas demokrasi, mempromosikan kedaulatan undang-
undang dan hak-hak asasi manusia, menghormati kebelpagaian masyarakat, tidak merendahkan maruah
seseuatu agama, tidak menjejaskan keharmonian antara penganut pelbagai agama, dan tidak
mencemarkan kesusilaan masyarakat. Oleh sebab itu, walaupun Akta Akhbar Indonesia memang tidak
mengenakan sebarang tapisan, sekatan ataupun larangan kepada kebebasan akhbar; tapisan, sekatan
ataupun larangan itu sebenarnya dijelmakan dalam bentuk nilai-nilai teras yang termaktub di dalam akta
berkenaan. Lantaran itu, kebebasan akhbar di Indonesia juga adalah selaras dengan Deklarasi Hak Asia
Manusia Sejagat 1948. Maksudnya, kebebasan akhbar di Indonesia adalah kebebasan yang mempunyai
had. Dan, had tersebut adalah temaktub di dalam Artikel 5, Artikel 6 dan Artikel 13 Akta Akhbar Indonesia
1999 seperti yang dihuraikan di atas.

Konsep kebebasan akhbar di Amerika Syarikat

Demikianlah hakikatnya kebebasan akhbar di Malaysia, Singapura dan Indonesia. Tetapi, oleh kerana
sesetengah pihak di Malaysia yang mendakwa diri mereka sebagai jaguh kebebasan akhbar sering
berkiblatkan kepada Amerika Syarikat (AS), maka wajarlah ditinjau apakah bentuk dan realiti kebebasan
akhbar di negara tersebut.

7
Kebebasan akhbar di AS adalah bersumberkan the First Amendment (1791) Perlembagaan AS. Di antara
seluruh media di AS, media cetak adalah yang paling bebas. Bagaimanapun, kebebasan akhbar di AS juga
adalah bersyarat. Kebebasan itu tidak termasuk kebebasan untuk menyiarkan bahan-bahan lucah dan
fonografi. Kebebasan itu juga tidak mengatasi keselamatan serta kepentingan negara. Media penyiaran
yang terangkum di bawah First Amendment AS pula menghadapi regulasi dan sekatan. The
Communications Act 1934 AS mewujudkan the Federal Communications Commission (FCC) untuk
meregulasikan radio, televisyen dan telekomunikasi. Anggota FCC dilantik oleh Presiden AS (Ryan &
Wentworth 1999:120-122).

Pada awal 1990-an Kerajaan AS menggunakan alasan “keselamatan ketenteraan” untuk menyekat
kebebasan akhbar di negara berkenaan. Contohnya, intervensi ketenteraan AS di Granada, Panama dan
Teluk Parsi memberikan kerajaan AS untuk menggunakan isu “keselamatan ketenteraan” sebagai alasan
untuk memperkenalkan satu sistem yang menyeluruh bagi menapis penyaluran berita mengenai perang
terbabit. Wartawan yang membuat liputan Perang Teluk, contohnya, hanya diizinkan melaporkan berita-
berita atas kawalan pegawai Pentagon. Wartawan yang diizin membuat liputan juga disaring oleh pihak
Pentagon (Exoo, 1994:96).

Berikutan tragedi 11 September 2001, kerajaan AS pula mengambil beberapa langkah yang disifatkan
sebagai menjejaskan kebebasan akhbar. Hakikat ini dihuraikan secara panjang lebar oleh Navasky
(2002:28). Antaranya, Navasky menyatakan, Kerajaan AS mengeluarkan satu arahan eksekutif untuk
menghalang pengedaran kertas-kertas maklumat mengenai bekas Presiden AS. Peguam Negara AS
menarik balik andaian di sebalik Freedom of Information Act bahawa sesuatu dokumen hanya akan dilarang
daripada edaran jika ianya menimbulkan mudarat. Kerajaan AS juga meluluskan Patriot Act. Akibatnya,
pengaliran maklumat di AS telah dikompromikan dan hak rakyat AS untuk mendapatkan maklumat juga
turut terjejas.

Hakikat kebebasan akhbar di AS seperti dihuraikan di atas membuktikan Perlembagaan AS juga


memberikan kebebasan akhbar secara bersyarat. Ianya selaras dengan kebebasan akhbar yang dipelopori
menerusi Deklarasi Hak Asasi Manusia Sejagat dan PBB. Pada waktu yang sama, dua nlai teras yang amat
dipelihara oleh AS adalah kepentingan dan keselamatan negara. Oleh sebab itulah kebebasan akhbar di
AS tidak boleh mengatasi aspek nilai-nilai teras berkenaan.

Realiti kebebasan akhbar di Malaysia

Berdasarkan seluruh huraian di atas, kerajaan Malaysia terbukti memberikan kebebasan akhbar di negara
ini selaras dengan prinsip dan konsep kebebasan akhbar yang dipelopori oleh Deklarasi Hak Manusia
Sejagat, PBB dan juga AS. Nilai-nilai teras yang dipertahankan oleh kerajaan Malaysia juga sama dengan
nilai-nilai teras yang dipertahankan menerusi Deklarasi Hak Asasi Manusia Sejagat, PBB dan AS. Dalam
lain-lain perkataan, kebebasan akhbar di Malaysia adalah sama piawaiannya dengan kebebasan akhbar
yang dilindungi oleh Deklarasi Hak Asasi Manusia Sejagat, selaras dengan matlamat serta prinsip PBB dan
sama tarafnya dengan standard kebebasan di AS. Pada waktu yang sama, amalan kebebasan akhbar di
Malaysia juga tidak jauh berbeza dengan amalan di Singapura dan Indonesia.

Oleh sebab itu, mengapakah pihak yang kononnya juara kebebasan akhbar di Malaysia gagal menerima
hakikat di atas? Oleh itu, mengapakah NGO antarabangsa yang memberikan ranking negatif terhadap
kebebasan akhbar di negara ini seolah-olah tidak mahu menerima realiti ini? Mengapakah diketepikan
kebenaran dan diperbesarkan pula kepalsuan?

8
Isu kebebasan akhbar di Malaysia juga dipolemik dan dipolitikkan mungkinkah kerana ia adalah antara isu
terbaik untuk dijadikan perkakas yang boleh melumpuhkan kekuasaan Melayu yang menjadi teras
pemerintahan negara ini? Oleh sebab itu, adakah soal kebebasan akhbar di negara ini yang kononnya
negatif akan lenyap bila kuasa negara beralih ke tangan yang lain, khususnya ke tangan bukan Melayu?
Mengapakah kelompok antarabangsa dan lokal yang prihatin terhadap kebebasan akhbar di Malaysia tidak
memberikan minat dan komen terhadap tindakan seorang ahli exco sebuah kerajaan negeri yang baru-baru
ini menyaman sebuah akhbar Melayu dengan jumlah beratus juta ringgit semata-mata kerana akhbar itu
menyiarkan sebuah cerpen mengenai seorang individu yang hanya wujud dalam dunia hayalan?
Mengapakah kelompok ini juga tidak pernah membuat apa-apa kritikan bila ahli exco yang sama juga
menyaman seorang penyair dan menuntut gantirugi sebanyak RM30 juta semata-mata kerana penyair itu
mengkaryakan sebuah puisi yang kononnya merujuk kepada ahli exco tersebut? Tidakkah tindakan
undang-undang seperti ini merupakan tindakan yang tidak kondusif kepada kebebasan bekarya dan
kebebasan akhbar?

Kesimpulan

Kebebasan akhbar yang menjadi sebahagian ciri-ciri kebebasan dalam masyarakat yang demokratik adalah
kebebasan yang bersyarat dan kebebasan yang dihadkan oleh nilai-nilai teras sesebuah masyarakat dan
negara. Nilai-nilai teras yang sangat ditikberatkan oleh kerajaan Malaysia adalah ketenteraman awam,
keselamatan negara, keharmonian kaum dan perpaduan masyarakat. Amalan kebebasan akhbar yang
bersyarat ini juga terdapat di AS, Singapura dan Indonesia. Oleh sebab itu, tuduhan kononnya kerajaan
Malaysia tidak memberikan kebebasan akhbar adalah dakyah semata-mata.

9
20 comments:

Harat said...

Saya kira satu ciri penting kebebasan media dalam sesebuah negara ialah akhbar dalam negara itu
boleh diterbikan tanpa permit.

Bilakah Malaysia hendak berubah dan berani berubah?

12:14 AM

pakbelalang said...

I think it is high time for the government to act now to stop all this nonsense in the political front.

It looks like it has become out of control. The oppositions are really ridiculing the democratic system to
test the government's strength.

Drastic action must be taken once and for all and move on to focus on the development of the country.

Much time has been wasted just to "entertain" these irresponsible leaders of the opposition who don't
seem to be bothered about anything else except trying to rock the whole government machinery.

We cannot allow this situation to continue. It affects our country's security and political stability. It does
not augur well if the govt. just let it continue with this kind of uncertainty in the political front.

ENOUGH IS ENOUGH of fooling around. There must be a limit to everything in order to ensure that the
rakyat feel comfortable and safe.

So Hisham, I suggest you should start preparing another round of "OPERASI LALANG" to check this
rot. Don't give them a damn.

We are really tired to see all the stupid antics shown by the oppositions.

Kerajaan jangan jadi macam "PONDAN". Kerajaan jangan ikut rentak mereka yang tidak bertanggong
jawab dan menjadi pengkhianat negara.

A responsible government must act without fear and favour to protect the majority of the rakyat who
want peace of mind to continue with their life in order to earn decent living for their families.

Don't worry about being unpopular. The issue is whatever action taken must be seen to protect the
country's peace and security.

Being a minister of Internal Affairs how I wish you to repeat the statement made by the late Tun Ismail
10
appeared on TV way back after May 13 1969 incident telling the rakyat that DEMOCRACY IS DEAD.
Itu baru anak "JANTAN".

1:26 AM

pakbelalang said...

PERAK ASSEMBLY SHOWDOWN: Perak Regent admonishes Nizar to respect royal address

The Raja Muda told the duo: “I don’t want to get involved in this. I just want to give my speech, so
respect my speech, when I am giving it. You understand that? If you want to work with me in future,
you have to respect my speech. Understand?

comment:

What a great Regent he is.

Daulat Tuanku !!

3:56 AM

pakbelalang said...

Perak Crisis: Police put an end to Sivakumar's last stand

IPOH: He sat rooted to the speaker's chair for almost five hours, ignoring even the calls of nature, but
was finally led out in defeat by several plainclothes policemen.

This was the fate of ousted Perak assembly speaker V. Sivakumar on the first day of the second term
of the 12th assembly sitting here yesterday.

comment:

Kalau dia buat kacau tangkap masuk kem Kamunting. Jangan nak kurang ajar. Buat apa lagi melayan
"orang gila" kuasa.

Kalau kita berfikiran waras BN lah yang berhak mentadbir kerajaan Perak.

Kerajaan DAP (Ngah dan Ngeh) tidak mampu mentadbir kerajaan Perak pasal perangai mereka
macam penyangak.

11:41 AM

11
pakbelalang said...

Bilakah Malaysia hendak berubah dan berani berubah?

Perubahan tidak akan berlaku dalam masa singkat ini kerana rakyat Malaysia belum lagi mencapai
"benchmark" sebagai rakyat yang bertamadun dari segi akal dan kelakuan.

Tahap pemikiran rakyat Malaysia masih lagi belum matang.

Kalaulah media diterbitkan tanpa permit tentunya nanti Malaysia akan jadi huru hara dibuatnya. Segala
isu yang diterbitkan oleh media akan sentiasa berbentuk "subtle provocation" untuk memperjuangkan
isu perkauman yang berlarutan hingga mungkin akan mencetuskan perbalahan antara kaum. Inilah
hakikatnya yang tidak boleh dinafikan.

Semuanya ini berkisar kepada kematangan fikiran rakyat. Selagi kita belum mencapai tahap
"benchmark" sebagai civilised society maka adalah tidak wajar kerajaan melayani desakan supaya
terbitan akhbar dibuat tanpa dikawal.

12:07 PM

Dalam you tube dah siarkan apa yang berlaku dalam dun perak.satu dunia boleh tahu dan tv3 boleh
terus jadi alat propaganda.
apa yang pasti lepas ni imej Malaysia akan terpalit dan tercemar dengan insiden yang memalukan di
dun perak.
rakyat melihat umno berkomplot dengan polis membuli speaker perak dan mencemari kemuliaan dun
perak.mereka melihat betapa yang berhormat wakil rakyat mereka diperlakukan seperti penjenayah.ini
persepsi mereka setelah melihat you tube.tidak mustahil lepas ni akan disiarkan dalam al
jazeera,cnn,bbc dan lain-lain lagi.
lain kali kalau nak buat keja tak elok jangan bagi satu dunia tahu.kali ni tv3 pun dah tak dapat nak
defend korang

7:54 PM

AHIM KAMPONG said...

Akhbar umpama senjata, siapa yg berkuasa sudah pasti akan beroleh senjata yg baik...yg tak
berkuasa senjatanya ada tapi tumpul...

8:42 PM

pakbelalang said...

12
"Beta tak mahu masuk campur."
"Beta tak mahu masuk campur. [I don't want to get involved in this]. I just want to give my speech, so
respect my speech, when I am giving it. You understand that? If you want tto work with me in future,
you have to respect my speech. Understand? "So go and tell that (to the Pakatan Rakyat assemblymen
who had stood together in front of the royal dais) to take their seats." - Raja Dr Nazrin Shah

comment:
Belajar je tinggi-tinggi tapi tak tahu bahasa. Perangai macam "PARIAH". Memalukan. Memang
bangsat. Tak menghormati Raja Melayu langsong.Menjatuhkan maruah orang Melayu, Raja kita di
pandang macam tak berdaulat.

Mereka semua patut di buang daerah.

12:34 AM

pakbelalang said...

Perak banyak sejarah silamnya.

Yang membanggakan kini rakyat Perak mempunyai raja Melayu yang paling intellectual sekali.

Rakyat Perak patut bersyukur kerana mempunyai Raja yang "cemerlang, gemilang dan terbilang".

Tapi kini institusi Raja di Perak telah tercemar oleh kerana kelakuan separuh dari golongan wakil
rakyat yang tidak langsong memberikan penghormatan terhadap raja mereka.

Apa yang telah berlaku di Dewan Undangan Negeri Perak jelas memperlihatkan bagaimana jijiknya
perangai wakil rakyat Pakatan Rakyat yang telah bersikap kurang ajar dan biadap terhadap raja
Melayu mereka.

Mereka sebagai ahli yang berhormat telah jelas mempapirkan sifat yang sungguh rendah moral
mereka tanpa segan silu tidak memberikan penghormatan yang setinggi-tingginya terhadap raja
mereka.

Tidak keterlaluan kita boleh mentakrifkan tindak tanduk mereka sebagai orang yang durhaka dan
pengkhianat kepada raja mereka.

Sungguh menjijikkan melihat perangai mereka yang tidak bertamadun kerana berkelakuan seperti
"setan dan iblis" tanpa sifat malu terhadap raja mereka.

Adakah ini rupa bentuk "Yang Berhormat" yang diharapkan oleh rakyat negeri Perak? Wakil Rakyat
yang tidak tahu erti sopan santu terhadap raja mereka.

Mereka bolehlah diumpamakan sebagai wakil rakyat berperangai seperti "LANUN DAN PENYANGAK".

Amat malang sekali kejadian ini berlaku. Patutkah rakyat menerima mereka sebagai wakil rakyat yang
telah menjatuhkan maruah Raja.

Fikir-fikirkanlah dengan hati yang ikhlas apakah rakyat negeri Perak tidak ambil peduli dan akan terus
memberikan sokongan kepada wakil rakyat mereka yang telah jelas cuba mempermainkan institusi

13
raja Melayu?

Kalau rakyat negeri Perak betul-betul menjungjungi institusi raja mereka maka adalah amat wajar
supaya semua rakyat negeri Perak bangkit beramai-ramai mempertahankan raja mereka dengan
mengadakan demonstrasi aman di depan Dewan Negeri Perak untuk melahirkan rasa kesalnya atas
kelakuan biadap wakil rakyat mereka terhadap raja mereka.

Daulat Tuanku! Daulat Tuanku! Daulat Tuanku !

12:53 PM

This post has been removed by a blog administrator.


7:05 PM

Pak belalang...rentilah komen kau yang berupa hasutan tu.


bila masa pulak rakyat nak menderhaka.
yang pasti rakyat dah tak mahukan umno....itu kira derhaka jugak ke
elok kau asah otak kau yang tumpul tu.
bila polis nak saman pak belalang ni.
terang-terang menghasut

7:08 PM

Sebilangan manusia terlupa bahawa kekuasaan ini adalah hak ALLAH SWT dan ALLAH yang
menentukan kepada siapa untuk diserahkan amanah menjaga Rakyat,Negeri dan Negara.

7:20 PM

Menarik untuk dikongsi bersama dalam the star online hari ni

Saturday May 9, 2009


Bare naked on Johor isle
Compiled by SIM LEOI LEOI, BEH YUEN HUI and A.RAMAN

AN ISLAND off Mersing in Johor has become a hot spot after it was used as the location for a
European reality show, which had its participants running stark naked.

Scenes from the Survivor Robinson Ekspeditionen programme, which had been broadcast over TV3 in
Denmark, were published on an online newspaper ScandAsia.com.

A reader with family ties to Malaysia alerted Harian Metro about the programe.

In the scenes, both men and women were seen running along a sandy beach without a stitch on.

The Danish national who e-mailed the images to Metro said he was surprised that the Malaysian
authorities had allowed the filming although the show was soft porn.

It is believed that this was the first time the programme had made 16 out of its 22 participants strip
naked for the run while five others got to keep their underwear on.

It is also understood that a woman who refused to strip was kicked out of the show and sent home to
14
Denmark.

An official at the Mersing District Council said it had only allowed the filming after telling the producers
that they could not have naked scenes on the island as it might offend local residents.

“The filming was originally scheduled at Pulau Besar for this and next month before moving to other
islands,” he said.

7:51 PM

Ramai yang tertanya-tanya,Ganesan tak angkat sumpah pun sebagai speaker Perak depan Sultan
Perak atau Raja Muda Perak.

Sahkah dia sebagai speaker.Ada pakar undang-undang pertikaikan Hee bertindak sebagai pemangku
speaker Perak sedangkan Sivakumar masih duduk di kerusi speaker.Soalan cepumas pulak sahkah
usul yang dikemukakan tanpa kehadiran Raja Muda Perak di dewan.

Pening kepala rakyat Perak dan pening lagi kepala hakim untuk buat keputusan.Ini bermakna
Sivakumar masih speaker yang sah.

Ramai yang mempertikaikan kegelojohan polis mengheret speaker perak dan mengusirnya keluar
dewan.kemudian speaker ditahan tanpa sebarang sebab dan dibebaskan sebaik sahaja dun perak
selesai bersidang.

UMNO jika hendak memerintah Perak eloklah menggunakan saluran undang-undang dan tidak
membelakangkan perlembagaan dan menghina dewan.

Apa guna menang sorak tapi kampung tergadai.kelak Perak akan menjadi pusara buat UMNO.Rakyat
tidak dapat menerima budaya samseng atau ugutan.

Bukankah One Malaysian mengutamakan aspirasi rakyat.Setakat ni rakyat masih meragui konsep ini
dan apa yang berlaku di Dun Perak memberikan gambaran sebenar betapa desperadonya UMNO
untuk berkuasa di Perak

9:07 PM ..

UMNO/BN MENJERUT LEHER SENDIRI

Kekecohan dan kecelaruan persidangan Dewan Undangan Negeri Perak, Khamis lepas adalah satu
kudeta yang sekali lagi memalukan yang boleh mengakhiri riwayat UMNO/BN, kata Datuk Mohd Ariff
Sabri Abdul Aziz, bekas ADUN Pulau Manis, Pahang.

"Apa yang berlaku akan menjerut leher sendiri, " katanya.

Ariff berkata, "rakyat akan bertambah meluat pada UMNO/BN dengan apa yang berlaku di Perak
kerana di sebalik mereka melaungkan untuk mendapat RESTU rakyat, TINDAKAN mereka sebenarnya
semakin menjauhkan rakyat. Rakyat semakin tidak mempercayai apa yang dilaungkan."

9:52 PM

pkbelalang said...

15
KOTA BAHARU, May 9 (Bernama) -- The 1Malaysia concept mooted by Prime Minister Datuk Seri
Najib Razak aims to cure the "disease" of those who like to object and disrupt peace and stability in the
country said Rais Yatim.

comment:

Can the disease be cured before PRU13? It is a real challenge for Najib. All the best to him. If he fails
then nothing can be done. At least he is making an effort to cure the disease.

Now the ball is on the rakyat court how receptive they want the disease to be cured.

Maybe Anwar has the prescription to cure the disease but unfortunately he will have to wait until 16th
September 20...?

pakbelalang said...

Sebenarnya untuk mendapatkan permit tidak lagi releven untuk menerbitkan akhbar. Sudah banyak
berita yang boleh dibaca apabila kita layari internet.

THE INTERNET IS MIGHTIER THAN THE KERIS.

Character seorang individu itu boleh disanjung tinggi melambong dan juga boleh di "bunuh" mati katak
oleh setengah golongan "goblok-goblok" dari blog-blog yang terdapat di internet.

Itulah hakikatnya betapa kuatnya pengaruh internet di zaman cyber ini.

12:37 AM

tok iskandar said...

Apa yang Pak Rais ulas tu hanyalah persepsinya sendiri.Najib kata One Malaysia mengutamakan
kepentingan rakyat.Tak ada pulak dia kata nak ubati penyakit mereka yang suka menentang dan
menganggu kestabilan dan keamanan negara.

Bab putar-belit fakta ni kita serah kat orang-orang UMNO pasal ni memang kemahiran dan kepakaran
depa.

Kau sendiri dah tahu internet tu cukup power tapi masih menidakkan lagi gambar sebenar yang
disiarkan dalam internet tentang peristiwa yang berlaku pada 7 Mei di Sidang Dun Perak.

Apa boleh buat kemahiran berfikir korang takat ni je.nak terima perubahanpun tak berani.

Ada kampung yang YBnya UMNO,lebih 30 tahun tak ada bekalan air.Tak payah pegi jauh..kat
pedalaman Perak dalam area Bukit Gantangpun ada.Itupun masih mengundi UMNO.

Kat bandar-bandar,rakyatnya celik politik.Tak heranlah hanya 2 ibu negeri yang dikuasai BN iaitu
Kangar dan JB setelah KT berjaya dirampas PR.Kuching dan KKpun dikuasai PR.Kuantanpun
dimenangi PR.

Macamana UMNO nak menang kalau pemikiran dah ketinggalan zaman.Cara berpolitikpun macam
zaman merdeka dulu.Nak harapkan darurat untuk memerintah negara juga cara berfikir yang lapuk.

Rakyat dah berubah dan UMNO saja yang tak sedar atau buat-buat tak sedar.Orang Melayu sendiri

16
dah rasa malu nak jadi ahli UMNO.

Kemasukan Mahathir ke dalam UMNO tidak mampu lagi mengubat penyakit kronik parti
itu.Sebenarnya yang berpenyakit itu UMNO bukan rakyat kerena mereka sudah ada penawarnya.tak
lain tak bukan membuang UMNO-BN dan memilih PR sebagai pilihan mereka.

Jenayah pulak semakin bertambah sampai terdengar gebang-gebang kedai kopi,orang bersungut
dengan prestasi polis.Takkan polis tak ada KPI.

Kalau UMNO nak syok sendiri,bolehlah baca tulisan Pak Belalang ni.Kaki ampu memang banyak
dalam UMNO

3:28 PM

tok iskandar said...

Lain ceritanya kalau pada 7 Mei 2009 ketika Sidang Dun Perak berlangsung.
Mula-mula Raja Nazrin masuk dewan.
Lepas tu Sivakumar arahkan 10 Adun diketuai Zambri keluar dewan.
Mana berani Zambri berlaku biadap depan Raja Nazrin.
Dun Perakpun boleh bersidang dengan baik dan lancar.
Kemudian usul bubarkan dewan,sure PR menang pasal BN tak cukup majoriti dalam dewan.
Pilihanrayapun diadakan di seluruh Perak.
Kejap je kan.UMNO-BN yang buat kecoh dan bukti dalam you tube boleh dilihat atau ditonton rakyat.
Ada yang bertanya mengapa Raja Nazrin tak masuk dulu ke dalam dewan?Sapa yang berani arahkannya
menunggu selama 5 jam.
Cuba fikir logik,kalau raja nazrin masuk sapa berani nak buat kecoh.
logiknya,Umno-BN takut hilang kuasa sampai jadi desperado dan bertindak biadap dalam dewan.
Rakyat dah boleh buat persepsi UMNO takut pilihanraya dan konsep One Malaysian retorik semata-
mata.sekadar perencah ajinomoto dalam masakan

4:35 PM

dan kajang said...

As'kum Dato',

1. Sememangnya 'kebebasan' mempunyai tafsiran yang berbeza2 antara sesebuah negara.


Tapi apa yang saya ingin sentuh disini ialah mengenai kebebasan pendirian oleh ahli2 politik.

2. Ahli politik seharusnya bebas mempunyai pendirian masing2. Tapi bila ia menganggotai
sesebuah parti siasah maka sudah tentu pendiriannya hendaklah selari dengan perjuangan
partinya. Seterusnya apabila partinya memlilihnya untuk bertanding dalam sesuatu PRU dan ia
memenangi pilihanraya itu atas tiket partinya, maka ia wajib mendukung dasar parti dan
pendirian peribadinya dalam sesuatu isu itu seharusnya terhad dan diselaraskan mengikut
acuan parti. Namun dalam sesuatu isu beliau juga "bebas" menentang secara berhemah jika
sesuatu isu itu bertentangan dengan pendirian peribadinya.

3. Seterusnya jika beliau dilantik pula sebagai Menteri atau Timbalan Menteri oleh pucuk
pimpinan maka beliau tidak ada lagi "kebebasan" berjuang pendirian peribadinya. Tapi
17
sebaliknya apa yang dilakukan Timbalan Menteri Pelajaran, YB Fuad nampaknya adalah
betentangan dengan prinsip Kabinet berpasukan. Dalam isu PPSMI misalnya, walaupun
Menterinya yang juga TPM belum bersedia mengemuka pendirian untuk keputusan Kabinet,
namun beliau secara terbuka menyatakan pendirian peribadinya yang tidak menyokong PPSMI.
Apakah beliau ingin meletakkan "ransom" kepada Menterinya(TPM) supaya mengikut pendirian
peribadinya?

4. Apa yang sepatutnya dilakukan oleh YB Fuad ialah beliau hendaklah mengenepikan dulu
atau tidak perlu menghebahkan pendirian peribadinya dulu sehingga Kerajaan mmbuat
keputusan. Sekiranya keputusan itu tidak selari dengan pendirian peribadinya maka barulah
beliau tidak lagi mempunyai "kebebasan" tapi sebaliknya secara prinsip hendaklah meletak
jawatannya sebagai Timbalan Menteri Pelajaran.

18

Anda mungkin juga menyukai