Anda di halaman 1dari 21

DIPLOMA IN EARLY CHILDHOOD EDUCATION (FEL)

FACULTY OF EDUCATION AND LANGUAGES

JANUARY 2018

HDPS2203

PEMERHATIAN DAN PENTAKSIRAN KANAK-KANAK

NO. MATRIKULASI :

NO. KAD PENGNEALAN :

NO. TELEFON :

E-MEL :

PUSAT PEMBELAJARAN : KOTA BHARU LEARNING CENTRE

1
BIL TAJUK MUKA SURAT
1. PENGENALAN 3-5
PENGUMPULAN DATA/MAKLUMAT DAN ALAT
2. 6
PEMERHATIAN

3. PEDEKATAN LANGSUNG DAN TIDAK LANGSUNG 6

4. ALAT PEMERHATIAN 1 : ANEKDOT 7-8


5. ALAT PEMERHATIAN 2 : SENARAI SEMAK 9-10
6. KESIMPULAN 11
BAHAGIAN 2
7. 12-14
PERKEMBANGAN MOTOR HALUS
8. PERKEMBANGAN MOTOR KASAR 15-16
9. KESIMPULAN 17
10. RUJUKAN 18

2
1.0 Pengenalan

Kebanyakan tadika mempunyai pelajar yang berbilang kaum, pelajar juga mempunyai
perbezaan umur dan sikap. Setiap kanak-kanak juga unik dan tidak sama dengan kanak-kanak
yang lain, kerana sedemikian ianya tidak mudah bagi guru tadika membuat andaian tentang
perkembangan pelajar-pelajarnya tanpa melakukan pentaksiran individu yang tepat atau spesifik.

Pentaksiran pendidikan awal kanak-kanak adalah satu proses yang siitemetik dan penting
merangkumi aktiviti menghurai, mengumpul, merekod, memberi skor dan menginterpretasi
maklumat tentang pembelajaran seseorang pelajar bagi sesuatu tujuan (LPM, 2000) dan tentang
perkembangan murid bagi membantu guru membuat penilaian terhadap mereka dengan tujuan
mengenai pasti tindakan susulan yang sesuai dan berterusan untuk membantu murid mencapai
objektif pengajaran dan pembelajaran di prasekolah. Proses dalam pentaksiran melibatkan
aktiviti mengumpul menganalisis dan menginterpretasi maklumat yang diperoleh. ( Carolyn
Seefeld, 1990).

Kepentingan pentaksiran adalah untuk membolehkan guru mengabil tindakan susulan


yang berkesan dan ia juga dapat membantu guru memperkembangkan potensi murid sepenuhnya
dalam domain kognitif, efektif dan psikomotor sebagai persediaan mereka untuk ke sekolah
rendah.

Pentaksiran murid prasekolah bukan bertujuan melabel dan membandingkan murid


dengan murid yang lain, tetapi untuk meningkatkan pembelajaran murid berkenaan. Ia juga lebih
menekankan kepada usaha kearah penambahbaikan serta perkembangan dan bukan pencapaian
semata-mata. Dan amat berguna unutk membuat pertimbangan tentang tindakan selanjutnya( Phi
Delta Kappan, 1971).

Pentaksiran juga amat berguna kepada guru, ia boleh membantu guru di prasekolah untuk:

Mengesan keberkesanan pengajaran


Memberi maklum balas yang sesuai dan tepat kepada murid
Mengesan pertumbuhan murid mengikut kesuaian dengan peringkat umur
Merancang tindakan susulan untuk tujuan pemulihan dan pengayaan
Mengenal pasti tahap pengetahuan,kemahiran dan nilai yang dikuasai murid

3
Merancang aktiviti pengajaran dan pembelajaran mengikut keperluan
perkembangan dan pertumbuhan murid
Mengenai pasti kelebihan dan kekurangan dari semasa ke semasa
Mengenal pasti pelbagai kecerdasan, kemahiran dan potensi murid yang boleh
diperkukuhkan
Pengumpulan matlumat dari ibu bapa juga dapat membantu guru membuat
kesimpulan yang tepat
Sebagai garis panduan dalam menyelesaikan masalah antara kanak-kanak , ibu
bapa dan guru
Mengesan dan mengenal pasti perkembangan kanak-kanak adalah berlaku secara
normal atau sebaliknya

Pentaksiran juga bertujuan bagi pihak ibu bapa memahami tahap pencapaian
perkembangan kanak-kanak di prasekolah,memahami kelemahan yang dihadapi oleh kanak-
kanak,memahami masalah pembelajaran kanak-kanak dan juga cara yang berkesan untuk
memberi kerjasama dengan guru prasekolah.

Pentaksiran atau penilaian harus dilakukan dengan beberapa cara iaitu senarai semak,
rekod anekdot, rekod berterusan, time sampling, soal selidik ibu bapa/ penjaga, Portfolio murid.
Guru akan menyimpan contoh hasil kerja murid, sama ada tulisan,liputan, bahan projek dan lain-
lain untuk melihat perkembangan tertentu murid dalam emosi, motor halus, motor kasar, sosial
dan kognitif dan sebagainya.

4
Pentaksiran Proses Menjalankan

Merancang
Menentukan Konstruk dan Kaedah penilaian

Membina Intrument
Membina Instrumen dan menentukan Standard Prestasi

Melaksanakan Pentaksiran
Pemerhatian Tingkah laku, interaksi / Lisan/ Hasil kerja Murid

Merekod

Menganalisis data yang dikumpul dan Melapor

TIDAK YA

Sudahkan Murid
Manguasai
Tindakan Tindakan Susulan /
Susulan/ Aktiviti Aktiviti Pengayaan
Binbingan

5
2.0 Pengumpulan data / maklumat dan Alat pemerhatian:

Pengumpulan maklumat adalah penting dan ia telah menjadi asas kepada pentaksiran.
Segala maklumat harus di rekod dengan nama dan tarikh. Dengan adanya nama dan tarikh ia
dapat memudahkan guru-guru membuat tindakan atau mengambil tindakan lanjutan. Maklumat
berkenaan perkembangan kanak-kanak boleh diperolehi melalui pemerhatian, senaria semakan,
gambar, rekod bertulis dan hasil kerja kanak-kanak. Segala yang dikumpul boleh menjadi kolesi
lengkap yang boleh dijadikan bahan untuk menilai kanak-kanak.

Terdapat dua pendekatan yang boleh diambil, iaitu:

i) pendekatan langsung

ii) pendekatan tidak langsung

2.1 Pendekatan Langsung:

Pedekatan langsung berbentuk pengumpulan maklumat yang mengenal pasti tingkah laku
sebenar kanak-kanak. Pendekatan secara spontan dibuat dengan memerhatikan kanak-kanak
tanpa gangguan di dalam persekitaran semula jadi tanpa menukar suasana yang sedia ada, setiap
tingkah laku kanak-kanak di ambil kira serta waktu ia berlaku. Perkembangan direkodkan secara
spontan. Terdapat juga peristiwa yang tidak dijangka berlaku dan ini memberikan peluang untuk
merekodkan perkembangan tingkah laku yang tidak pernah dilihat sebelumnya. Contohnya,
berlaku semasa perbualan pagi dalam kelas semasa guru menyoal dan tiba-tiba kanak-kanak
yang tidak pernah bersuara menjawap. Kejadian ini harus direkod oleh guur kerana ia
menrupakan perkembangan bahasa.

2.2 Pendekatan tidak langsung

ia melibatkan pemerhatian berstruktur yang tingkah laku kanak-kanak diperhatikan di


dalam persekitaran yang disediakan. Pentaksiaran yang dibuat adalah mengenai perkembangan
atau pembelajaran spesifik yang berlaku. Contohnya perkembangan dapat dijangka semasa

6
kanak-kanak bermain dan kedua-dua pendekatan digunakan dalam mentaksir kanak-kanak. Dan
ada kalanya pentaksiran yang dijalankan bukan hanya sekali malah ia menggunakan pelbagai
teknik, pencapaian kanak-kanak akan dipertingkatkan serta pentaksiran ditaksir dalam suasana
yang tenang tanpa merasa tekanan. Seterusnya penjaga dan guru haruslah menyediakan laporan
tentang pemerhatian sebagai bukti perkembangan setiap kanak-kanak.

Alat permerhatian digunakan untuk mencatat maklumat secara sistematik daripada apa
yang diperhatikan berkaitan dengan perkembangan kebolehan, kemajuan, pengetahuan dan
pencapaian murid yang ingin dinilai.Disini penulis memilih dua jenis alat iaitu anekdot dan
senarai semak yang akan digunakan oleh penulis untuk mengumpul dan merekod segala
maklumat murid.

2.3. Alat pemerhatian 1: Anekdot

Rekod Anekdot ialah satu catatan ringkas mengenai satu peristiwa atau tingkahlaku
murid yang dianggap penting, unik dan signifikan untuk direkodkan. Anekdot juga ditulis secara
objektif, ianya menerangkan apa yang berlaku, bilakah ianya berlaku dan dimana ianya berlaku.
Catatan ini adalah ringkas, tepat dan ia dapat membantu guru memahami murid berkenaan.

Sebelum menyediakan atau menulis Rekod Anekdot terdapat beberapa perkara-perkara


yang perlu dipertimbangkan:

Membuat permerhatian terhadap peristiwa yang berlaku tidak perlu dirancang .


Murid yang hendak dinilai atau diperhatikan tidak perlu dipilih atau ditentukan.
Menegenalpasti sama ada peristiwa itu penting kepada perkembangan kanak-kanak atau
tidak atau signifikan kepada aspek perkembangan.
Tuliskan secara objektif atas apa yang dilihat dan berlaku
Perkara-perkara yang akan ditulis dalam rekod anekdot ialah yang menggambarkan
tentang perkembangan bahasa dan literasi, pola interaksi sosial, kemahiran
menyelesaikan masalah dan kejayaan-kejayaan serta perkara yang mengambarkan
perkembangan kanak-kanak.

7
Panduan Merekod Secara Anekdot:

Membuat catatan bagi memastikan insiden yang direkod tidak tercicir.


Pastikan nama, tarikh, masa dan suasana dicatat dalam buku.
Rekod hasil permerhatian sebaik sahaja selesai pemerhatian.
Catatkan tingkah laku dan apa yang dikatakan oleh murid.
Masukkan pandangan atau respon orang lain sekiranya yang berkaitan.
Pastikan peristiwa dicatat mengikut urutan.

Contoh format Rekod Anekdot

TADIKA BISTARI T.T GUA MUSANG

Rekod Anekdot

Nama Murid:
Umur:
Tarikh:
Masa:
Nama Guru:
Aktiviti:

Rekod permerhatian dilakukan:

Ulasan:

8
2.4 Alat Pemerhatian 2 : Senarai Semak

Senarai semak adalah senarai item yang disediakan untuk mengenal pasti perkembangan
dari segi pengetahuan, kemahiran, sikap dan kebolehan. Senarai yang disediakan adalah untuk
menentukan sama ada tingkah laku yang berlaku, tingkah laku dapat diperhatikan dan kekerapan
tingkah laku itu berlaku dangan menandakan ( / ) atau cara lain mengikut arahan dalam senarai
semak.

Panduan menyediakan senarai semak:

Disedaikan awal sebelum pemerhatian dibuat


Tingkah laku yang ingin diperhatiankan dinyatakan dengan ringkas dan jelas
dalam bentuk pointform
Hanya kemahiran penting dinyatakan dalam senarai semak
Item disusun mengikut pemeringkatan
Maklumat bagi melengkapkan senarai semak boleh didapati daripada 1 hingga 2
pemerhatian
Dapat ditandakan semasa atau selepas pemerhatian
Ianya dilakukan sekurang-kurangnya 3 kali
Hanya kemahiran penting ( standard –standard pembelajaran atau kemahiran
eksplisit) dinyatakan dalm senarai semak

Panduan cara penggunaan Senarai semak:

 Disediakan lebih awal sebelum pemerhatian dibuat


 Tingkah laku yang diperhatikan dinyatakan dengan ringkas dan jelas dan semula jadi
 Pemerhatian hendaklah dilakukan beberapa kali untuk mendapatkan maklumat atau
amalan yang lebih tepat atau kekal
 Item disusun mengikut peningkatan supaya dapat memperlihatkan perkembangan tingkah
laku yang akan diperlihatkan

9
Contoh Senarai Semak individu:

Nama: Mohd Zaril Bin Azri Ya / Tidak

Membaca abjab /

Membaca frasa /

Membaca ayat pendek X

Contoh Senarai Semak untuk satu kumpulam atau kelas:

Nama/Kemahiran Menyambut Membaling Meyepak


bola Bola dengan bola
tepat

Mohd Zaril / / X

Lee Mei Mei / / /

Loo Shiew Chyn / X /

Salmah Ahmad / / /

10
3.0 Kesimpulan

Secara keseluruhan, rekod anekdot merupakan satu catatan ringkas mengenai sesuatu
peristiwa atua tingkah laku murid yang dianggap penting, unik dan signifikan secara positif atau
negetif untuk direkod. Rekod anekdot ini dilakukan terhadap murid secara individu, walupun
peristiwa berlaku dlam kumpulan. Tiada had masa yang ditentukan untuk membuat catatan rekod
ini. Catatan ini hendaklah ditulis secara objektif mengenai apa yang sebenarnya berlaku. Contoh
maklumat yang boleh direkod adalah peristiwa yang menggambarkan tentang perkembangan
bahasa dan literasi, pola interaksi sosial dan kemahiran menyelesaikan masalah.

Bagi senarai semak pula mudah difahami dan tidak memerlukan kemahiran praktikal
untuk merekod pemerhatian perkembangan walupun seseorang itu tidak mahir. Senarai semak
juga dapat dilakukan semasa atau selepas pemerhatian dilakukan. Senarai semak juga merupakan
senarai item yang disediakan unutk mengenal pasti perkembangan murid dari segi pengetahuan,
kemahiran, sikap dan kebolehan.Hanya kemahiran penting dinyatakan dalam senarai semak dan
ia disusun mengikut peningkatan supaya dapat memperlihatkan perkembangan tingkah laku yang
akan diperlihatkan. Ianya juga diguanakan di hadapan kanak-kanak ataupun semasa
ketiadaannya dengan membuat “flashback”. Dengan menggunakan senarai semak gru dapat
memberi focus pemerhatian pada beberapa tingkah laku pada satu masa. Penggunaan senarai
semak adalah sangat penting dalam merancang kurikulum kank-kanak.

11
Bahagian 2

1.0 Perkambangan Motor Halus

Kemahiran motor halus ialah kemahiran yang melibatkan kemahiran penggunaan otot
kecil seperti pengerakan jari serta koordinasi jari dan mata. Penguasaan menggunakan motor
halus yang baik amat penting dalm membantu pergerakan asas dan kemahiran menulis kepada
kanak- kanak. Semua aktiviti termasuk manipulasi mimic muka melibatkan penggunaan motor
halus.

Antara aktiviti dalam bentuk permainan yang boleh dijalankan bagi membantu
perkembangan fizikal dalam aspek ini seperti merantai manik, menjahit kad berlubang,
menconteng kertas, melipat, mengoyak dan merenyuk kertas, menguli doh dan lain-lain lagi.

Salah satu aktiviti yang menyeronokkan kanak-kanak dalam membantu aspek


perkembangan fizikal ialah dengan memain doh. Guru boleh membimbing kanak-kanak dalam
proses membuat doh sendiri. Penyediaan doh snediri dapat membolehkan kank-kanak merasa
struktur dan penggunaan warna kegemaran mereka. Semasa menggaul dan menguli doh dengan
tangan, ia dapat melatih pengerakkan motor halus kanak-kanak. Proses mengadun, menggaul,
meramas adalah sejenis pegerakkan yang baik bagi jari-jemari kanak-kanak dan ia juga
merupakan latihan awal bagi kank-kanak sebelum menulis.

12
1.1 Contoh senarai aktiviti Motor Halus bagi kanak-kanak berumur 5 hingga 6 tahun:

 5 hingga 6 tahun  Memegang pensel dengan berbagai cara

 Menyalin gambar sebuah segi empat

 Melukis gambar seorang manusia dengan bentuk yang


tidak realistic

 Menulis huruf “o”

 Mewarna dalam garisan

 Melukis objek atau bentuk manusia dengan seimbang

 Melukis segi tiga, segi empat tepat dan bulatan dengan


betul

13
1.2 Contoh Senarai Semakan Perkembangan Motor Halus :

Arahan: Tandakan ( / )pada yang dapat dilakukan oleh kanak-kanak dan ( X ) pada yang tidak
dapat dilakukan oleh kanak-kanak. Akhir sekali catatkan ulasan terperinci anda tentang tindak
balas tahap kemahiran kanak-kanak yang tidak dinyatakan di bawah.

1.Koordinasi mata tangan

BIL PERKARA ( / ) ( X )

1. Masukkan batu ke dalama botol menggunakan tangan

2. Melukis garis menegak dan melintang

3. Menggunting garisan lurus

4. Mencantum puzzle

5. Melukis orang dengan kepala, badan dan kaki

6. Memakai baju sendiri

7. Membutang baju sendiri

8. Boleh mereka bentuk yang rumit dengan bahan permainnan


binaan lego

9. Memegang pensel untuk menulis

10. Memasuk benang di dalam mata jarum

11. Membina blok

12. Meyikat rambut sendiri

13. Membentuk objek menggunakan doh

14. Meniru melukis bulatan

15. Melipat kertas

14
2.0 Perkembangan Motor Kasar
Diprasekolah, kanak-kanak harus diberi peluang unutk menyertai pelbagai aktiviti
pergerakan yang aktif, pantas dan mencabar. Dengan bermain terutamanya dalam permainan
aktif, kanak-kanak belajar mengawal pergerakan dan mengimbangi tubuh mereka serta
melicinkan perjalanan system dalam tubuh seperti system pernafasan dan system saraf.

Aktiviti pergerakan akan membantu pertumbuhan tubuh badan menjadi sihat. Selain itu
kanak-kanak dapat menguasai kemahiran fizikal serta dapat meningkatkan lagi keupayaan
pengerakannya melalui pengalaman yang diperolehi melalui permainan, pergerakan kreatif dan
gimnastik. Malah kanak-kanak juga dapat mengawal keseimbangan mereka semasa melakukan
aktiviti seperti memanjat dan sebagainya.

Pengerakan badan dari satu tempat ke satu tempat yang lain ( pergerakan locomotor) juga
dapat mengembangkan motor kasar kanak-kanak dan juga fizikal kanak-kanak.

2.1 Contoh senarai aktiviti Motor kasar bagi kanak-kanak berumur 5 hingga 6 tahun:

 5 hingga 6 tahun
 Berjalan ( lurus atau bengkang-bengkok )

 Berkawad seperti askar atau polis

 Berlari dan berhenti mengikut arahan

 Melompat setempat

 Melompat katak

 Meniru pergerakan haiwan ( kucing, ular, arnab dan


sebagainya )

 Memanjat monkey bar di taman permainan

 Membaling bola

 Menyambut bola

 Menendang dan menolak pelbagai objek

15
2.2 Contoh Senarai Semakan Perkembangan Motor Kasar :

Arahan: Tandakan ( / )pada yang dapat dilakukan oleh kanak-kanak dan ( X ) pada yang tidak
dapat dilakukan oleh kanak-kanak. Akhir sekali catatkan ulasan terperinci anda tentang tindak
balas tahap kemahiran kanak-kanak yang tidak dinyatakan di bawah.

1.Koordinasi mata kaki

BIL PERKARA ( / ) ( X )

1. Berdiri menggunakan satu kaki

2. Melompat menggunakan satu kaki dengan laju dan terkawal

3. Berjalan secara berjengkat

4. Berjalan lancer dengan mengubah kelajuan setiap minit

5. Berjalan naik tangga

6. Berjalan di atas satu garisan lurus

7. Melompat diantara satu gelang ke gelang rotan yang lain

8. Melompat menggunakan dua kaki

9. Melompat dari anak tangga bawah

10. Menendang bola

11. Berjalan ke belakang di atas garisan lurus

12. Berjalan menggunakan tumit kaki

13. Berjalan dari kiri atau kanan

14. Duduk daripada keadaan berdiri dangan stabil

15. Skip dan meloncat

16
3.0 KESIMPULAN

Perkembangan pergerakan atau motor adalah perkembangan yang dapat dilihat dengan
jelas. Perkembangan pergerakan kanak-kanak terjadi secara teratur iaitu bermula dengan
pergerakan yang agak kasar dan diikuti dengan kebolehan berkoordinasi sehingga sempurna.
Perkembangan pada kanak-kanak akan menjadi lebih matang dengan cara latihan dan
penggunaan angota yang berterusan.

17
4.0 RUJUKAN

Kementerian Pendidikan Malaysia. (2003 ). Kurikulum prasekolah kebangsaan,


Kuala Lumpur, Malaysia: Dewan Bahasa dan Pustaka

Modul Pentaksiran Perkembangan Murid Di Prasekolah (2010 ) Bahagian perkembangan


pelajaran Malaysia

https://www.scribd.com/.../PENTAKSIRAN-PRASEKOLAH-PENE...

zubir5588.blogspot.com/2011/.../soalan-pra-3111-penilaian-dan.ht...

18
19
20
21

Anda mungkin juga menyukai