Anda di halaman 1dari 9

TEKA-TEKI SAINS

1. Kamu koyak dan buang kulit saya, tetapi saya tidak


menangis. Bahkan kamulah yang menangis. Siapakah
saya?

Jawapan: Bawang

2. Dalam banyak-banyak bunga, bunga apa yang berwarna


hitam?

Jawapan: Bunga tayar

3. Banyak jenis haiwanyang bertelur. Namun bagi bunga ada


satu jenis sahaja yang bertelur. Bunga apakah itu?

Jawapan: Bunga telur

4. Ia tak makan, tapi makin lama makin panjang. Apakah itu?

Jawapan: Rambut

5. Dalam diri kita, apa yang paling manis?


TEKA-TEKI SAINS

Jawapan: Jari. Sebab ada jari manis

6. Sentiasa masuk tapi sentiasa kat luar? Apakah itu?

Jawapan: Butang baju

7. Dalam banyak-banyak mata, mata apakah yang paling


besar?

Jawapan: Matahari

8. Bermata tidak pandai melihat, bercakap tidak ada bunyi.


Apakah ia?

Jawapan: Pen

9. Banyak-banyak binatang, binatang apakah yang kurang


adab?

Jawapan: Kutu. Sebab dia duduk di atas kepala.


TEKA-TEKI SAINS

10. Badannya hijau, matanya merah dan berjalan


mengundur. Tahinya pula berwarna kelabu. Siapakah
dia?

Jawapan: Lingkaran nyamuk

11. Ada seorang lelaki, dia sedang memberus gigi sambil


bersiul. Bagaimanakah dia boleh melakukan kedua-dua
perkara tersebut dalam satu masa?

Jawapan: Sebab dia berus gigi palsu.

12. Saya ada 3 mata dan satu kaki. Siapakah saya?

Jawapan: Lampu isyarat


13. Dia ada banyak kaki tetapi bukan binatang. Dia lalu ikut
landasan bukan keretapi. Apakah bendanya?

Jawapan: Zip

14. Binatang apa yang telurnya saja yang boleh makan, tapi
tuannya tak boleh dimakan?
TEKA-TEKI SAINS

Jawapan: Penyu

15. Ada laut tak ada air, ada pokok tak ada buah, ada rumah
tak ada orang. Apakah ia?

Jawapan: Peta

16. Kadang-kadang memakai baju lelaki, kadang-kadang


pula memakai baju perempuan. Siapakah dia?

Jawapan: Hanger baju / Pengantung baju

17. Semasa pergi dia terbang, semasa balik dia berenang.


Siapakah dia?

Jawapan: Mata kail.

18. Antara ekor tikus dengan ekor lembu, yang manakah


lebih panjang?

Jawapan: Ekor tikus. Sebab ia cecah tanah/lantai.

19. Benda apa kalau kita ikat, baru boleh jalan?

Jawapan: Kasut
TEKA-TEKI SAINS

20. Bagaimana cara paling cepat untuk gemuk?

Jawapan: masuk ke dalam sarang lebah

21. Ianya berasal dari kayu, namun tidak boleh digergaji.


Apakah itu?

Jawapan: Habuk kayu.

22. Lelaki ini menggunting rambut beberapa kali sehari.


Tetapi dia tetap juga memiliki rambut. Siapakah dia?

Jawapan: Tukang gunting

23. Tujuh orang gadis berteduh di dalam sebuah payung.


Tetapi, tiada seorang pun di antara mereka yang basah.
Bagaimana mereka melakukan itu?

Jawapan: Kerana hari tidak hujan

24. Menghabiskan masa di lantai atau tanah, tetapi tidak


pernah kotor. Siapakah dia?

Jawapan: Bayang-bayang

25. Kalau seorang diri anda berani, jika berama-ramai anda


takut. Apakah itu?

Jawapan: Menyeberangi jambatan yang hendak runtuh.

26. Nampak di bawah tapi mencari di atas.

Jawapan: Bumbung bocor

27. Jauh macam ambulan, dekat macam doktor. Siapakah


dia?

Jawapan: Nyamuk. Sebab dari jauh sudah berbunyi. Bila


dah dekat terus suntik.

28. Buang isi ambil kulit. Apakah ia?

Jawapan: Tong sampah


TEKA-TEKI SAINS

29. Benda ini kalau dimakan akan habis, tidak dimakan pun
akan habis. Apakah ia?

Jawapan: Ais

30. Negara apa kalau dibuang 1 hurug jadi benda, kalau


dibuang 2 huruf jadi manusia?

Jawapan: ITALI. Buang 1 huruf jadi TALI, buang 2 huruf


jadi ALI.

31. Apakah yang bulan Disember ada tetapi bulan lain


tiada?

Jawapan: Huruf “D”

32. Sudah tua semenjak lahir lagi. Apakah ia?

Jawapan: Burung kakak tua

33. Dia mempunyai kaki tetapi tidak boleh berjalan?

Jawapan: Kaki kerusi dan meja

34. Saya berada di atas air, tetapi tidak boleh berenang,


ataupun bergerak. Siapakah saya?

Jawapan: Jambatan

35. Antara ayam dan telur yang mana boleh makan?

Jawapan: Ayam sebab dia ada mulut.

36. Rumah apakah yang menggunakan banyak air?

Jawapan: Rumah terbakar

37. Kalau abang pergi ke kedai,


Sampaikan salam kepada nyonya,
Jika abang bijak pandai,
Apakah haiwan panjang lehernya.

Jawapan: Zirafah
TEKA-TEKI SAINS

38. Orang berbudi selalu disanjung,


Budi sentiasa dalam ingatan,
Ia berbentuk seperti payung,
Banyak tumbuh selepas hujan.

Jawapan: Cendawan

39. Antara kereta dan motor, manakah yang lebih tua?

Jawapan: Motor sebab pakai tongkat.

40. Kuda apa yang tiada kaki?

Jawapan: Kuda kepang

41. Apabila masuk, ia keras dan apabila keluar, ia lembik.

Jawapan: Stokin

42. Binatang apa yang selalu penat?

Jawapan: Anjing kerana selalu keluarkan lidah.

43. Kereta apakah yang orang tak panggil kereta?

Jawapan: Teksi

44. Dalam banyak-banyak kereta, kereta apa yang tidak ada


tayar?

Jawapan: Kereta kebal/kabel

45. Apa benda yang kita boleh nampak, tapi bila kita cuba
pegang tak dapat-dapat walaupun dia tak lari pun?

Jawapan: Air

46. Ambil 1000 dan tambah 40. Sekarang tambah lagi 1000.
Kemudian, tambah lagi 30 dan lagi 1000. Lepas itu,
tambah 20, tambah 1000 dan akhir sekali 10. Jadi,
berapa yang anda dapat?
TEKA-TEKI SAINS

Jawapan: Jawapan lebih 5000 salah. Jawapan sebetulnya


adalah 4100.

47. Sukan apa selepas main kita tabik?

Jawapan: Golf

48. Kereta apakah yang orang tak panggil kereta?

Jawapan: Teksi

49. Dalam banyak-banyak kuih, kuih apakah yang orang


makan tepinya sahaja?

Jawapan: Donut / Kuih keria

50. Tak ada kepala, ada leher, ada tangan, tak ada jari, ada
badan, tak ada kaki?

Jawapan: Baju

51. Pokok apakah yang ada jantung?

Jawapan: Pokok pisang

52. Binatang apa yang ada kaki tetapi malas berjalan?

Jawapan: Katak kerana ada kaki tapi melompat.

53. Bila kita tidur dia bangun, bila kita bangun dia tidur.

Jawapan: Tapak kaki

54. Bila kita jalan, dia jalan. Bila kita berhenti, dia tetap
jalan. Tetapi bila dia yang berhenti, kita akan mati.

Jawapan: Jantung / Degupan jantung

55. Dalam banyak-banyak kenderaan, kenderaan apa yang


ada seorang penumpang, ramai pemandu?

Jawapan: Orang yang bawa keranda


TEKA-TEKI SAINS

56. Banyak-banyak bunga, bunga apakah di siram ia mati.

Jawapan: Bunga api


57. Banyak-banyak kenderaan, kenderaan apa yang pandai?

Jawapan: Bas sekolah sebab dia pergi sekolah.

58. Banyak-banyak jantung, jantung apakah bila dicabut ia


tak mati.

Jawapan: Jantung pisang

59. Apa yang orang selalu minta apabila hari raya?

Jawapan: Minta maaf la

60. Banyak-banyak air, air apa yang berani?

Jawapan: Air terjun

61. Dalam banyak-banyak haiwan, haiwan apakah yang


boleh beranak dan bertelur?

Jawapan: Siput babi...sebab siput bertelur manakala


babi beranak.

62. Dia bulat, berwarna, gemuk tetapi apabila berkentut


terus jadi kurus. Siapakah saya?

Jawapan: Belon

63. Banyak-banyak batu, batu apa kalau orang tengok akan


rasa sedih?

Jawapan: Batu nisan

Anda mungkin juga menyukai