Anda di halaman 1dari 2

JIKA SAYA SEORANG RAJA

Raja merupakan pemerintah dan simbol kedaulatan bagi sesebuah negeri. Jika

saya diberi peluang menjadi seorang raja, saya akan memberi fokus kepada naugan

yang saksama keapda setiap warga tanpa mengira kaum dan agama. Raja memainkan

pelbagai peranan yang penting untuk memelihata kesejahteraan penduduk di bawah

jajahannya.

Perpaduan yang kuat dan kukuh antara rakyat mampu mewujudkan kejayan dan

kecemerlangan bagi kesejahteraan serta kemakmuran negara. Oleh itu, saya akan

sentiasa menyeru rakyat saya supaya berpegang teguh kepada elmen perpaduan demi

mengekalkan keharmoniaan dalam kalangan mereka. Tambahan pula, raja seharusnya

menjadi contoh yang baik untuk rakyatnya, maka saya sendiri akan melibatkan diri

dalam setiap majlis atau kegiatan yang mengekalkan perpaduan.

Seterusnya, saya akan memberi penekanan kepada memelihara dan

memulihara alam sekitar. Pembalakan haram akan diisytiharkan sebagai musuh

nombor satu kepada alam sekitar negeri ini. Ganjaran yang setimpal akan diberikan

kepada rakyat yang memberi maklumat tentang pembalakan haram. Selain itu,

penanaman semula hutan akan diperluaskan kepada setiap daerah bermula dengan

sasaran satu keluarga satu pokok. Kawasan tadahan hujan akan diselia secara berkala

dan ditambah bagi mengelakkan masalah kekurangan bekalan air bersih. Penggunaan

baja kimia dalam sektor pertanian akan dikurangkan secara berperingkat. Ini

seterusnya akan diganti dengan baja organik yang lebih mesra alam sekitar.
Justeru, jika saya seorang raja saya akan memastikan bidang pendidikan di

Negara saya berada di tahap yang sangat tinggi. Saya akan memberi pendidikan

secara percuma dari peringkat rendah hingga university demi mengurangkan

kebebanan ibu bapa. Saya akan yang berilmu pemikiran aras tinggi dan akhlak yang

tinggi. Rakyat yang berfikiran tinggi akan meningkatkan mutu pendidikan seperti

menyumbangkan tenaga mereka demi melahirkan golongan yang berpendidikan. Di

samping itu, saya juga pastikan pendidikan di Negara saya mampu melahirkan

pemimpin dan golongan berpendidikan yang cemerlang supaya membantu saya dalam

pentadbiran dan ekonomi negara serta menaikkan imej Negara di peringkat

antarabangsa.

Kesimpulannya, seperti peribahasa ‘harimau mati meninggalakan belang,

manusia mati meninggalkan nama’ saya juga ingin menjadi raja yang sentiasa dikenang

dan di sayangi walaupun saya tiada di dunia ini.