Anda di halaman 1dari 16

GGGB6663 :

PENGAJARAN DAN PEMBELAJARAN


BANTU KOMPUTER
(Tugasan Kumpulan)

Tajuk 1:
PENGGUNAAN BLOG DALAM
PENGAJARAN DAN PEMBELAJARAN

Nama Ahli Kumpulan:

Martina Rabai Anak Lee (GP 06666)


Gomes Anak David Apat (GP 06634)
Jenny Bong Siat Sze (GP 06663)
Mary Anak Lawrence Ballang (GP 06632)
Sawai Anak Pilok (GP 06534)

Pensyarah: Dr. Fariza Binti Khalid

1
PENGGUNAAN BLOG DALAM PENGAJARAN DAN PEMBELAJARAN

PENGENALAN

Penggunaan media teknologi dan maklumat (ICT) mempunyai pengaruh yang kuat dalam
sistem pendidikan kerana ia merupakan satu medium pengajaran dan pembelajaran yang
lebih sofisikated dan berkesan kepada pelajar. Menurut Mohd Noorhadi et.al. (2017),
teknologi kini mempunyai manfaat yang berupaya meningkatkan motivasi dan minat pelajar
aktif dalam PdP. Selain itu, para pelajar sering menyatakan keseronokan dalam penggunaan
teknologi dalam pembelajaran kerana mediumnya yang interaktif dan kemudahan akses dari
segi maklumat, perkongsian bahan dengan rakan lebih mudah dan menjimatkan masa.

Sistem pendidikan sedia ada di sekolah rendah mahupun sekolah menengah


bergantung sepenuhnnya kepada guru dan white board adalah merupakan metodologi
pengajaran yang lapuk penggunaannya. Pada abad ke-21 ini, para guru amat digalakkan
untuk menggunakan teknologi dalam pembelajaran agar mampu meningkatkan kemahiran
murid. Menurut Mahdzir (2018), menyatakan para pendidik perlu menguasai pembelajaran
abad ke-21 untuk membentuk murid yang menguasai kemahiran 4C (Communication,
Collaboration, Critical Thinking dan Creativity). Guru masa kini kena sentiasa berusaha
mendalami ilmu pengetahuan, meningkatkan kemahiran serta memperkasakan kaedah
pengajaran dan pembelajaran, menggalakkan murid untuk menyemai kemahiran berunsurkan
aras tinggi (KBAT) dan kreatif serta inovasi, menguasai kemahiran Teknologi Maklumat dan
Komunikasi (ICT) yang pesat berkembang, cepat berubah serta berdaya saing (Aminudin
Mansor, 2017).

Kajian Mohd Noorhadi (2017) berkaitan penggunaan ICT dalam PdP perlu
dipertingkatkan dan dipelbagaikan melalui beberapa medium elektronik seperti berbantukan
komputer dan perisian, melalui sistem rangkaian (networking), pangkalan data atau sistem
internet seperti medial sosial yang meliputi facebook, e-learning, streaming video, laman web
online, M-learning, dan youtube. Dapatan kajian Farrah (2011) turut mendapati blog
berupaya menggalakkan pembelajaran kolaboratif dalam matapelajaran Ekonomi Asas dalam
kalangan pelajar. Selain itu, terdapat pelbagai kajian lain mendapati penggunaan blog dalam
keberkesanan pengajaran untuk pembelajaran dunia siber (Micheal, 2013).

2
DEFINISI BLOG

Blog merupakan jurnal, artikel atau informasi yang dibuat oleh blogger berdasarkan tarikh
penerbitan dengan konteks atau informasi terbaru berada di urutan teratas yang ada di laman
web. Ia merupakan satu platform untuk penulis secara individu mahupun berkumpulan
berkongsi idea ke atas informasi yang dikongsikan oleh individu tersebut. Pembaca blog
boleh menyatakan pendapat pada ruang komen dan berkomunikasi dengan penulis (Ogi,
2018). Antara senarai platform blog yang boleh membina blog seperti Blogger.com,
WordPress.com, LiveJournal.com, Tumblr.com, Weebly.com dan lain-lain (Blogger Passion,
2018).

Menurut Micheal (2013), blog sebagai alat media sosial secara personal. Sejak
kebelakangan ini, penggunaan blog semakin luas digunakan sebagai alat pembelajaran dalam
sistem pendidikan. Kajian menunjukkan pelajar kolej sekarang lebih meluangkan masa dalam
penggunaan media sosial seperti mesej, blogging, penggunaan Facebook atau Twitter dan
lain-lain dalam kehidupan seharian mereka. Oleh demikian, blog telah dijadikan salah satu
medium pembelajaran dunia siber. Aplikasi blog dalam pendidikan meliputi penulisan, kajian,
intepretasi, interaksi, refleksi, penyelesaian masalah, kolaboratif, perkongsian idea dan
penyataan pendapat secara individu atau kumpulan (Brescia and Miller, 2006 petikan di
Micheal, 2013).

Dari segi sudut pendidikan, blog membolehkan pelajar untuk berkongsi pendapat
terhadap isu dan mengulas mengenainya dengan pembaca dari seluruh dunia. Petikan Farrah,
(2011) oleh Cambell (2003) dan Mompen (2010) menyatakan blog boleh terbahagi kepada
tiga jenis iaitu:

a. Blog tutor, yang boleh digunakan oleh guru bagi menyusun kandungan kursus
matapelajarannya
b. Blog kelas, yang digunakan oleh guru untuk mengendalikan kelas dan melibatkan
pelajar
c. Blog pelajar, yang digunakan oleh pelajar secara bersendirian atau berkumpulan.

Menurut Ogi (2018), terdapat beberapa faedah dalam penggunaan blog antaranya:

a. Menjadi seorang penulis dan pemikir yang lebih baik


b. Sebagai pengiktirafan bagi individu dalam bidang tertentu
c. Meningkatkan keyakinan diri

3
d. Medium sosial untuk berkawan dan seronok
e. Menjana pendapatan melalui blog

Secara rumusan, blog merupakan satu medium pembelajaran dan pengajaran yang
berkesan dalam pendidikan. Guru hendaklah mempelajari penggunaan blog dalam pengajaran
agar pembelajaran lebih menarik dan memberi kesan pembelajaran yang mendalam kepada
murid. Micheal (2013), menyatakan penggunaan blog mempunyai potensi memperkayakan
pengalaman pembelajaran dan menyebabkan pembelajaran lebih mendalam boleh berlaku.

FUNGSI BLOG DALAM PEMBELAJARAN DAN PENGAJARAN DALAM DUNIA


PENDIDIKAN

Blog dalam dunia pendidikan adalah medium penyampaian maklumat guru kepada
pelajar. Antara ciri-ciri blog seperti mudah untuk di akses diharapkan dapat membantu
pelajar mendapatkan maklumat berkenaan dengan pembelajaran. Penggunaan blog oleh guru
sangat memudahkan pelajar untuk mengakses apa sahaja bahan pembelajaran dan pengajaran
pada bila-bila masa sahaja sekiranya mendapat capaian rangkaian internet. Selain itu,
penggunaan blog merupakan alat berkomunikasi seperti menggunakan email. Terdapat
beberapa fungsi penggunaan blog dalam pembelajaran dan pengajaran:

1. Blog sebagai sumber maklumat


Dalam dunia pendidikan pelbagai pengetahuan yang perlu dikuasai sama ada guru
mahupun pelajar. Guru dan pelajar haruslah memiliki pelbagai sumber untuk
mengembangkan pengetahuannya. Selain buku, terdapat juga sumber lain untuk
mendapatkan maklumat. Contohnya ialah penggunaan blog. Kita boleh mendapatkan
pelbagai pengetahuan dari blog-blog yang dihasilkan dalam dunia maya.

2. Blog sebagai media pembelajaran


Kepesatan dan kemajuan teknologi memerlukan perubahan dan pengetahuan yang
meluas bagi memudahkan pelajar dan guru melaksanakan proses pengajaran dan
pembelajaran. Guru dan pelajar seharusnya bergerak selari dengaan perubahan semasa di
dalam dunia pendidikan. Contohnya, pembelajaran boleh berlaku di mana sahaja sama
ada pembelajaran jarak jauh hanya menggunakan blog. Kebiasaannya, guru akan
menyediakan bahan-bahan pengajaran di dalam blog seperti nota dan latihan untuk di

4
akses oleh pelajar. Pelajar akan diberikan arahan untuk melaksanakan tugasan yang telah
dikemaskini di dalam blog.

3. Blog sebagai pengasah bakat dan minat


Walaupun kemajuan teknologi lebih memudahkan, tetapi ada juga pelajar yang tidak
suka untuk menggunakan aplikasi seperti blog. Sebilangan pelajar lebih memilih bakat
dalam dunia nyata berbanding dunia maya. Contohnya, pelajar yang suka kepada sukan
bola keranjang tidak suka untuk melayani blog. Kebiasaannya, pelajar yang suka kepada
penggunaan blog adalah pelajar yang mempunyai hobi fotografi, keseniaan dan
sebagainya. Dengan demikian pelajar yang minat mengambil foto akan mudah untuk
memasukkan hasil fotografi dan karya di dalam blognya utuk dikongsikan bersama
pengguna blog yang lain.

4. Blog sebagai medium komunikasi dua hala


Sebagai seorang guru haruslah memiliki kemahiran dan memanfaatkan blog yang
dikendalikannya untuk mendapatkan maklum balas daripada pelajar bagi meningkatkan
lagi proses serta kualiti pembelajaran yang berlaku. Kadangkala, pelajar berasa malu
untuk menyuarakan pendapat atau persoalan di dalam kelas tetapi apabila menggunakan
aplikasi blog pelajar tersebut dapat menyampaikan idea yang lebih kreatif terhadap proses
pengajaran dan pembelajaran. Dalam blog juga, pelajar diberikan kebebasan untuk
memberikan pandangan di dalam ruangan komen yang disediakan oleh guru terhadap
sesuatu persoalan pembelajaran yang diberikan oleh guru.

CARA PENGGUNAAN BLOG DALAM PENGAJARAN DAN PEMBELAJARAN

Muktahir dengan perubahan masa dan cara berfikir manusia masa kini. Dunia
pendidikan memerlukan perubahan bagi memudahkan penyebaran maklumat dan
menjadikan masyarakat kita memiliki minda kelas pertama. Pelbagai cara dan kedah yang
digunakan dalam pengajaran dan pembelajaran yang menjadikan pendidikan hari ini lebih
menarik dan berkesan sejajar dengan penggunaan digital teknologi. Antaranya ialah
penggunaan blog untuk pengajaran dan pembelajaran.

Blog merupakan satu medium yang dapat membantu meningkatkan kemahiran menulis,
kemahiran membaca, kemahiran berkomunikasi dan kemahiran untuk membuat keputusan
bagi seorang penulis blog. Salah satu cara penggunan blog yang mampu meningkatkan taraf

5
pendidikan negara ialah menggalakkan guru membuat classroom blog. Classroom blog
mengandungi beberapa komponen iaitu ruang guru dan pelajar profile, bahan pengajaran
dan pembelajaran, refleksi serta buletin. Melalui classroom blog, guru dapat berhubung
dengan pelajar. Berkongsi maklumat, malah pelajar dapat muat naik bahan sama ada di
rumah atau di mana-mana mereka berada selagi ada liputan internet. Setiap pelajar akan
dibekalkan dengan kata laluan bagi memudahkan mereka mendapatkan maklumat.

Seterusnya, apabila pelajar mendapat kata laluan. Guru perlu membuka talian sistem
bagi memudahkan pelajar atau murid berbincang dan memberikan pendapat. Berdasarkan
kajian lepas, David Weatherall (2015) mendapati bahawa pelajar menggunakan blog untuk
berbincang, berkongsi idea dan maklumat, mendapatkan tugasan dan membuat refleksi.
Munira Mutmainna (2016), mendapati blog dapat membantu mewujudkan suasana
pembelajaran yang memerlukan penulis blog melibatkan diri secara aktif dan berpeluang
untuk melakukan EFL/ESL (English Foreign Language/English Language Skill) berbanding
pembelajaran cara tradisional dalam kelas.

Langkah seterusnya ialah guru perlu mewujudkan hak reka cipta kelas bagi hasil karya
murid atau pelajar bagi memudahkan mereka menulis, menghasilkan dan mengubahsuai
karya mereka dalam blog pelajar. Hak Cipta penting supaya tidak ada yang meniru tugasan
mereka. Hal ini juga, akan menjadikan seorang pelajar atau murid dapat meningkatkan
kemahiran menulis, menganalisis dan menilai hasil karya rakan malah mampu membimbing
rakan yang lemah dalam penulisan. Selain itu, ia mampu meningkatkan keyakinan diri pelajar
dalam berkarya. Apabila ada yang memberi komen positif pelajar atau murid akan menjadi
lebih bermotivasi untuk menulis. Kajian Ghada Awada dan Ghazi Ghaith (2014), mendapati
blog dapat membantu “Learners asserted the importance of the blog in increasing the
confidence in one's abilities and accordingly increasing motivation. Some learners
underscored the importance of the blog as a marketing too, learners respectively asserted the
importance of using blog in the writing process, especially they highlighted the impact of the
weblog postings as a source of feedback.” Blog menjadi platform bagi seorang pelajar atau
murid untuk menulis dan menambah pengetahuan mereka melalui pembacaan jurnal atau
news. Pelajar atau murid akan dapat membuat kritikan.

6
Seterusnya, sentiasa mengemaskini bahan yang ada dalam blog tersebut dalam jangka
masa yang sesuai. Sekiranya dapat, kemaskini setiap aktiviti kelas seperti kelas tambahan,
jadual peperiksaan bagi memudahkan ibu bapa mengakses maklumat. Sekiranya perlu
kemaskini bahan setiap minggu.

Langkah seterusnya, galakkan pelajar atau murid membuka blog sendiri. Tujuannya
supaya pelajar dapat berkongsi maklumat. Guru harus mebimbing pelajar dalam proses
membina blog yang berkaitan dengan pembelajaran. Mengapa pelajar perlu ada blog?
Berapa sebab pelajar atau murid ada blog adalah untuk memberikan peluang untuk mereka
berbincang dengan kawan, dapat berhubung dengan guru dan rakan lain dari rumah,
meningkatkan kemahiran menulis, mewujudkan jaringan global. Selain itu dapat membina
kemahiran berfikir secara kritikal, kritis dan kreatif. Kajian Munira Mutmainna (2016),
mendapati blog dapat membantu mewujudkan suasana pembelajaran yang memerlukan
penulis blog melibatkan diri secara aktif dan berpeluang untuk melakukan EFL/ESL
berbanding pembelajaran cara tradisional dalam kelas. Hal ini, membuatkan komunikasi
antara penulis blog yang merupakan seorang guru atau pensyarah dapat menjalankan
pengajaran dan pembelajaran yang lebih menarik dan tidak membosankan.

Melalui blog seorang guru dapat berkongsi perancangan harianya. Guru adalah
perancang, melalui blog guru dapat menyediakan bahan untuk pengajaran dan pembelajaran
yang lebih menarik. Manakala pelajar atau murid juga dapat meneyediakan diri. Jadi ini akan
menjadikan pembelajaran semakin menyeronokkan. Apabila pelajar terlibat dalam
perancangan mererka akan menjadi lebih yakin dan rasa dihargai. Dalam kajian Aydin (2014),
mendapati bahawa blog mampu meningkatkan kemahiran berfikir dalam menghasil penulisan
yang baik.

Seterusnya dalam blog guru atau pelajar dapat mengumpulkan video, poskad, atau
gambar. Semua aktiviti dan gambar mahupun bahan dapat dikumpulkan dan ini menjadikan
pelajar lebih kreatif dan berfikir secara kritis untuk belajar. Pelajar suka kalau gambar dan
video pembentangan mereka dimuat naik.

Apabila blog kelas, blog student dah diwujudkan, guru atau pelajar bolehlah
mewujudkan blog kelab tertentu. Dalam blog itu juga ada ruangan untuk menulis komen.
Oleh itu, sebaik tamat kelas guru boleh meminta pelajr membuat refleksi. Kajian Micheal
Van Wyk (2015), yang mendapati penggunaan eportfolio memudahkan seseorang guru untuk
menulis refleksi. “… I think it is a mirror of my performance which gives me a clear picture

7
of what happened on my teaching day. Therefore, I could reflect on my classroom
experiences. It helps me modify my teaching practice.” Dalam situasi begini, guru akan
menggunakan blog sebagai alat untuk membuat penilaian kendiri dan beliau akan berusaha
untuk mengenalpasti cara terbaik untuk membantu pelajar. Menurut Micheal Van Wyk
(2015) mendapati blog dapat membantu seorang guru membuat atau membangunkan semula
cara pengajaran “… When I go back through my teaching lessons, reflectively in papers-or
classroom settings and interactions, I can think how I will teach better tomorrow Knowing
what is good and what is right in the economics education classroom is not an easy issue, it
takes me time to think about I think it changed my conception of teaching economics
education” Bagi guru yang menggunakan blog, mereka dapat menilai dan merancang
pembelajaran dengan lebih baik dan terancang. Malah guru ini mampu mencari kaedah yang
baru dalam meningkatkan pencapaian anak murid beliau. Sebagai contoh, seorang guru
ekonomi dapat mengenalpasti kelemahan pelajar dalam melukis keluk. Jadi seorang guru
yang kreatif mampu merancang aktiviti yang memudahkan muridnya memahami konsep
yang diajar.

Selain itu, penggunaan blog yang aktif menjadikan pengajaran lebih baik kerana blog
memerlukan sesorang guru menulis dan menyampaikan maklumat dengan baik. Guru juga
dapat membantu membetulkan tugasan pelajar dengan lebih mudah dan menjimatkan masa
melalui ruang komen. Sesuai dengan perubahan masa kita menyedari bahawa penggunaan
blog dalam pengajaran dan pembelajaran adalah amat penting memandangkan pembelajaran
pada hari ini berkonsepkan pembelajaran sepanjang hayat.

Bagi merancang blog yang baik seorang guru perlu mengetahui apakah blog yang akan
ditulis dan peranan blog kepada kumpulan sasaran yang ditetapkan. Antara blog yang sering
digunakan dalam pengajaran dan pembelajaran ialah Classroom Blog, Edublog, Kidblog dan
Class Blog Meister. Blog-blog ini membantu guru berkomunikasi dengan murid dalam
memberikan tugasan atau latihan, Kaedah ini pula cepat dan pantas. Malah murid tidak dapat
memberikan alasan tidak mendapatkan maklumat dan sebagainya. Selain itu melalui blog
juga guru dapat menggalakkan murid berbincang dengan memberikan komen atau pendapat.
Hal ini akan membantu guru untuk membuat refleksi dan menilai serta membuat
penambahbaikan dalam pengajaran.

8
Dewasa ini, pelajar tidak suka duduk membaca di dalam perpustakaan, malah pelajar
lebih banyak menghabiskan waktu bermain permainan dalam talian. Jadi, bagi menarik minat
pelajar untuk membaca penggunaan blog sebagai tutor amat penting. Menurut Said Fathy El
(2016), dalam kajiannya mendapati blog dapat meningkatkan kemahiran membaca bahasa
Inggeris dalam kalangan pelajar universiti yang aktif menggunakan blog sebagai alat untuk
mendapatkan maklumat.

KEBAIKAN DAN KELEMAHAN PENGGUNAAN BLOG

Meningkatkan kemahiran Penulisan

Seseorang yang sering menulis artikel dan menyampaikan maklumat melalui blog peribadi
mempunyai banyak kelebihan dari segi kemahiran menulis yang baik (Livy et.al., 2015).
Kemahiran ini perlu dalam menarik pembaca untuk melayari blog dan membaca penulisan
mereka. Gaya penulisan, bahasa dan maklumat-maklumat terkini amat perlu dalam penulisan
Blog. Di Amerika Syarikat, ramai pemuda-pemuda yang bekerja sebagai penulis blog, Jurnal
dan bibliografi. Penulis mendapat maklum balas melalui komen dan refleksi daripada para
pembaca. Idea-idea baru akan wujud daripada pembacaan ini. Para pembaca turut terkesan
daripada pembacaan ini. Mereka dapat menyelami perasaan dan kata-kata tersirat daripada
penulis tersebut.

Cepat dan mudah

Setiap maklumat yang diberikan dalam blog sangat mudah untuk diakses di mana-mana jua
seseorang itu berada. Seseorang yang selalu mengembara akan melihat pelbagai perkara baru
yang berlaku dalam perjalanan. Mereka dapat memberi maklumat dan pengalaman tersebut
dengan cepat melalui penulisan dalam blog mereka. melalui kajian Social Media Usage:2005-
2015 oleh Andrew Perrin (2015) mendapati banyak peningkatan berlaku sedekad yang lepas.
Demography menunjukkan golongan muda berumur antara 18 hingga 29 tahun antara
pengguna media massa tertinggi dicatatkan. dari segi perbezaan gender, wanita mendominasi
lelaki sebanyak 68% penggunaan media sosial. Golongan berpendapatan sederhana turut
meningkat penggunaan sosial media sejak sedekad yang lepas. Di sini dapat dilihat semua
lapisan masyarakat tidak terkecuali dalam menggunakan media sosial. Dalam media sosial
mereka , mereka dapat melibatkan diri dalam memberikan komen, menghantar pesanan

9
ringkas, ucapan bahkan menekan emoji dalam menunjukkan reaksi dalam perbualan dan
perbincangan.

Kemenjadian Murid

Sergio & Alex (2018) dalam blog mereka “Psychliverpool” adalah jambatan kepada
perhubungan semua pelajar di seluruh Liverpool. Blog ini mendapat pengiktirafan Google
dan universiti of Liverpool kerana menjadi tempat pelajar-pelajar universiti untuk berdialog,
berbahas dan berdiskusi. Pelajar boleh meluahkan segala idea dan panel-panel akan menilai
sebelum idea tersebut boleh dipaparkan dalam blog ini.
“Blogging can be effectively used as a platform to complete homework, share ideas, theories,
explanations, and discussions” (z.a.shana , e.s abulibdeh 2015).
Melalui blog, pembelajaran tidak akan terhenti selepas loceng sekolah berbunyi,
murid-murid masih mampu untuk terus mendalami isi kandungan pembelajaran melalui
komen dan maklum balas dalam blog. Murid dapat akses kepada internet dan menjawab
persoalan melalui pembelajaran yang telah berlaku. “Blogging to be a valuable teaching tool
to increase students’ clinical and critical thinking skills” Epstein & Ray, (2014). Blog juga
boleh dijadikan sebagai satu sumber dalam menilai dan mencerap murid selaras dengan
Kurikulum yang baru KSSR (Kurikulum Standard Sekolah Rendah) dan KSSM (Kurikulum
Standard Sekolah Menengah). Proses ini dapat memberi sedikit kelegaan kepada guru dalam
meringankan beban tugas yang banyak.

Kadar tekanan rendah

Tekanan perasaan berlaku kepada setiap manusia, tekanan berlaku sama ada eustress atau
distress. kadang-kadang stress akan menjadi burnout andai tidak dicegah melalui amalan-
amalan kesihatan seperti beriadah, melukis dan sebagainya. Penulisan menjadi satu cara
dalam mengurangkan kadar tekanan.
Penulisan dalam blog banyak berkaitan dengan pengalaman dan situasi yang berlaku
dalam diri seseorang. Seseorang yang banyak meluahkan perasaan diri melalui penulisan blog
dapat mengurangkan tekanan. perkongsian masalah sokongan sosial sebagai inti pati weblog
dalam menangani masalah tekanan secara emosi dan permasalahan (Petko et.al., (2015).

10
Pembaca juga mendapat maanfaat melalui pembacaan blog dan media-media yang
lain. Membaca dapat membantu pembaca lebih memahami penyataan dan menilai suatu
maklumat yang lebih tepat dan sahih.

KELEMAHAN BLOG

Komunikasi Kurang Berkesan


Masa dan aktiviti banyak dihabiskan berhadapan dengan komputer. Walaupun kemahiran
menulis dapat mempengaruhi pembaca. Namun, mereka lemah dalam berkomunikasi dan
kurang bersosial. Keadaan ini bergantung pada kegunaan utama blog. Blog yang dijadikan
sebagai media untuk menambahkan pendapatan menyebabkan seseorang itu perlu berada di
atas meja dan mencari idea agar blog mereka dibaca oleh pembaca-pembaca di luar. Masa
yang banyak bersama jaringan internet membuatkan seseorang itu jarang melakukan interaksi
dan komunikasi secara bersemuka. Bahkan, dapat dilihat di sekeliling kita. Masyarakat lebih
berinteraksi dengan alatan elektronik seperti telefon bimbit dan peranti – peranti elektronik
yang lain ketika keluar bersama keluarga atau sahabat. Keadaan ini tidak terhenti di luaran
sahaja, malah berlaku dalam rumah juga. Semua ahli keluarga terlibat secara langsung atau
tidak langsung menyebabkan kurangnya komunikasi dalam rumah.
Hasil dapatan kajian daripada Hsin Yi, (2016) menunjukkan kelemahan penggunaan
blog dalam meningkatkan kemahiran menulis seperti blog lebih menjurus kepada penulisan
diari dan kurangnya kemahiran pengurusan, risiko keganasan maklumat peribadi, tidak dapat
dilakukan tanpa komputer dan internet, kurangnya maklum balas dan pembetulan dan
gangguan. Oleh itu, penggunaan blog dalam penulisan lebih berkesan jika medium
pembelajaran tersebut secara informal agar maklum balas yang dinyatakan lebih membina
dan bermakna.
Sekolah menjadi satu institusi pendidikan yang ingin mencapai modal insan yang
sihat dari segi jasmani, emosi, rohani dan intelektual. Pelan pembangunan Pendidikan
Malaysia turut mencadangkan agar murid-murid melibatkan diri dalam semua aktiviti yang
merangkumi 4C iaitu komunikasi, kolaborasi, kreatif dan pemikiran kritikal. KPM (PAK-21).
Komunikasi diterapkan dalam proses pembelajaran dan pengajaran di dalam kelas dan ia
berlaku sepanjang masa persekolahan. Walaupun pada hari ini sekolah masih menggunakan
buku teks sebagai elemen utama proses pembelajaran. Tidak mustahil, suatu hari nanti sistem

11
buku teks ditukar kepada penggunaan peranti sahaja dan semua proses pembelajaran
bergantung pada komputer riba atau peranti lain sahaja.

Dilema Pendidik

Tugas dan tanggungjawab pendidik amat mencabar. Dalam dunia teknologi dan dunia tanpa
sempadan menjadi satu cabaran kepada golongan pendidik. Dunia pendidikan yang banyak
berubah sejak beberapa dekad yang lalu. Era ini tidak lagi berfokuskan kepada kehendak
silibus dan murid hanya menerima sahaja. Hari ini kita berjuang meningkatkan generasi baru
yang lebih aktif dan sifat ingin tahu yang tinggi. Menurut Majorek, (2015). ”An era where we
have to fight for a student’s attention and meet his/her interests”.Generasi baru hari ini lebih
kepada kehendak dan pujukan untuk terus belajar. Para pendidik perlu lebih dedikasi dalam
menyediakan platform pembelajaran yang interaktif walaupun dalam silibus tidak ada syor
berkaitan perkara lain selain daripada yang dicadangkan.
Generasi hari ini banyak menghabiskan waktu dengan melayan peranti-peranti
elektronik. Mereka merasakan amat mudah menggunakan peranti ini berbanding dengan
menggunakan buku teks. Perubahan sosial dan intelektual murid turut mempengaruhi
pendidik. Ramai pendidik telah mengubah cara pengajaran kepada penggunaan peranti
seperti, komputer riba, telefon pintar, dan penggunaan LCD. perubahan ini perlu dalam
menarik perhatian murid kepada proses pembelajaran di dalam bilik darjah. Minda dan
pemikiran generasi hari ini terbuka luas dan mereka belajar dalam pelbagai cara. Justeru,
guru perlu lebih berpengetahuan dalam bidang mereka agar mereka juga tidak terikat dengan
penggunaan buku teks dan papan tulis.

MINI-MINI KAJIAN
Exploring Students Perceptions of Blogs During Teaching Practice Placements
Kajian Micheal (2013) mengenai persepsi pelajar dalam penggunaan blog semasa latihan
pengajaran (praktikal) menggunakan kaedah qualitative. Seramai 457 sampel untuk
menjawab soal selidik secara online dan 267 sampel dikaji berkaitan dengan blog. Hasil
kajian menunjukkan bahawa blog dapat membina hubungan antara pelajar dalam komuniti,
refleksi pelajar menyatakan blog adalah satu alat yang bagus untuk berkongsi idea dalam
pengajaran semasa praktikal, memberi peluang kepada pelajar untuk bersosial antara rakan

12
sekelas mengenai pengajaran menggunakan medium blog, dan blog merupakan medium
membuat refleksi yang membina dalam menyelesaikan masalah semasa praktikal.

The Effectiveness of Using Online Blogging for Students’ Individual and Group Writing
Hasil Kajian Hashem (2018), ke atas pelajar EFL dalam penulisan selama 14 minggu
menggunakan pre-test dan post-test di mana mereka menggunakan blog online (post-test) dan
sebelum menggunakan blog (pre-test) untuk menyelesaikan tugasan penulisan menunjukkan
penggunaan blog sangat berkesan dalam meningkatkan cara penulisan pelajar dari segi
kemahiran menulis secara macrskopik dan microskopik. Beliau juga bersetuju bahawa
blogging adalah satu platform untuk latihan penulisan untuk pembelajaran kendiri dan
pengajaran kendiri hasil daripada respon pembaca lain.

Pembelajaran Kolaboratif Menggunakan Blog Dalam Pembelajaran Mata Pelajaran


Ekonomi Asas
Yusliza dan Farrah Dina (2016), blog mempunyai potensi bagi meningkatkan pembelajaran
secara kolaboratif di kalangan pelajar-pelajar sama ada semasa berada di dalam dan luar
waktu persekolahan. Tujuan pertama tinjauan literatur ini dijalankan ialah bagi menilai
keupayaan pembelajaran menggunakan blog dapat meningkatkan pemahaman pelajar
terhadap mata pelajaran Ekonomi Asas dengan melihat aspek blog yang boleh digunakan.
Tinjauan literature ini mendapati terdapat tiga cara blog dapat meningkatkan pengajaran dan
pembelajaran subjek Eknomi Asas, iaitu penggunaan blog dapat meningkatkan pemahaman
pelajar di dalam pembelajaran melalui pembelajaran kolaboratif, memberi maklum balas
yang cepat, dan guru dan pelajar dapat dihubungkan dengan guru-guru yang pakar di dalam
mata pelajaran Ekonomi Asas.

Kajian Penggunaan Blog Dalam Kalangan Pelajar Fakulti Pendidikan Universiti


Teknologi Malaysia
Noor Fazlinda (2010), penggunaan blog dalam pendidikan dapat membantu pelajar
berhubung secara atas talian dengan guru atau rakan. Pelajar boleh menggunakan blog
sebagai medium untuk belajar dengan cara mencari maklumat ataupun berkongsi maklumat
dengan pengguna blog yang lain. Terdapat beberapa faktor penggunaan blog dalam kalangan
pelajar Fakulti Pendidikan Universiti Tekonologi Malaysia iaitu perkembangan teknologi,

13
pengaruh sosial dan perkongsian maklumat. Secara umumnya, kajian ini menunjukkan
pelajar perlu menggunakan blog dalam aktiviti pembelajaran supaya menghasilkan suasana
pembelajaran yang lebih efektif dan efisyen.

RUMUSAN
Secara keseluruhan, blog merupakan antara alat yang sesuai digunakan oleh guru
meningkatkan pengajaran dan pembelajaran abad ke-21. Blog memainkan peranan penting
dalam dunia pendidikan selari hasrat dengan Pelan Pembangunan Pendidikan Malaysia
(PPPM 2013-2015) yang memanfaatkan ICT dalam PdPc. Guru boleh menjadikan blog
sebagai elemen memperkayakan lagi gaya dan kaedah pengajaran sejajar dengan ledakan
teknologi maklumat. Penggunaan blog mendatangkan banyak faedah kepada pelajar dan guru
untuk bertukar pendapat dan pandangan terhadap pelajaran. Pelajar boleh menjadi blog
sebagai medium meningkatan pengetahuan teknologi dan gaya pembelajaran maya. Di
samping itu, blog menjadi wadah meningkatkan kemahiran penulisan dalam kalangan pelajar.

RUJUKAN

Aminudin Mansor. 2017. Rencam & Hebat Cabaran Guru Abad Ke-21. Majalah Pendidik.
Julai: 38-39.

Andrew Perrin. 2015. Social Media Usage: 2005-2015 65% of adults now use social
networking sites – a nearly tenfold jump in the past decade. Pew Research Center.

Aydin, S. 2014. The Use of Blog in Learning English as A Foreign Language. Melvana
International Journal of Education. Vol. 4(1), pp. 244-259, 1 April 2014.

Blogger Passion. 2018. Top 15 Free Blog Sites For Creating Free Personal Blog Really
Quickly. https://bloggerspassion.com/free-blogging-sites/ [11 Jun 2018]

David Weatherall. 2015. Online blogs as a reflective tool - the experience and support needs
of a group of international students in Higher Education The Journal of Technology
Enhanced Learning, Innovation and Change 1(1).

Epstein I.,& Ray.A. 2014. Nursing students’ experiences on blogging in the classroom:
Linking between ethics and pedagogy: Journal of Nursing Education and Practice,
2014, Vol. 4, No. 4

Farrah, D.Y. 2011. Pembelajaran Kolaboratif Menggunakan Blog Dalam Pembelajaran Mata
Pelajaran Ekonomi Asas.

14
Ghada Awada, Ghazi Ghaith 2014. Effect of Using the Blog Educational Tool on Writing
Achievement and Motivation for Legal Writing International. Journal of Education
and Research, Disember 2 (12).

Hashem, A. A. 2016. The Effectiveness of Using Online Blogging for Students’ Individual
and Group Writing. International Education Studies. Vol. 11, No. 1; 2018.

Kementerian Pendidikan Malaysia , (Pembelajaran Abad Ke-21).

Livy Lloyd Angeles, Rose Marthy B. Bongon, Fiel Myron C. Esguerra, Marjorie L.
Rodrigues and Ma. Anna Corina G. Kagaoan. 2015. Perception of Students Towards
Blogging As A Method of Writing. Journal of Arts and Sciences. Vol. 2, No.1.
Mahdzir Khalid. 2018. PAK-21 - Bukan Bermakna Guna Teknologi dan Gajet Semata-mata.
Majalah Pendidik. Feb: 6-8.

Majorek. M.(2015). The Use Of Youtube In Education.Advantages And Disadvantages Of


The Service As A Teaching Tool.

Micheal Van Wyk. 2015. Eportfolios As an Alternative Assessment Tool Toward


Empowering Economics Student Teachers.

Micheal, M. 2013. Exploring Students Perceptions of Blogs During Teaching Practice


Placements. Journal of Social Sciences, (4)14.

Mohd Noorhadi, M.Y. & Zurinah Tahir. 2017. Kepentingan Penggunaan Media Sosial
Teknologi Maklumat dalam Pendidikan IPTA. Journal of Social Sciences and
Humanities. 12 (3).

Munira Mutmainna. 2016. Implementing Blogs as a Learning Tool in Asian EFL/ESL


Learning Context. BRAC University Journal, XI (1): 27-35

Noor Fazlinda B. Othman. 2010. Kajian Penggunaan Blog Dalam Kalangan Pelajar Fakulti
Pendidikan. Kuala Lumpur: Universiti Teknologi Malaysia.

Ogi, D. 2018. How to Start a Blog. The Beginner’s Guide to Successful Blogging.

Petko, D., Egger, N., Schmitz, F. M., Totter, A., Hermann, T., & Guttormsen, S. 2015. A
review of studies on the potential benefits of weblogs for stress reduction.
Cyberpsychology: Journal of Psychosocial Research on Cyberspace, 9(2), article 5.
doi: 10.5817/CP2015-2-5

Robert Mening. 2018. How to strart a blog. http: //www.monster.com (7 Jun 2018).
Said Fathy El Said Abdul Fattah.2016. The Effectiveness of Using Blogs as an Independent
Learning Tool to Develop Reading Skills for University Students. Journal of
Education and Practice, 7(32).
Selami Aydin. 2014. The Use of Blogs in Learning English as a Foreign Language. Mevlana
International Journal of Education (MIJE), April 4 (1): 244-259.

15
Sergio A. Silverio & Alexandra Forsythe. 2018. Blogging As A Pedagogy: The Award-
Winning‘Psychliverpool Blog’ And How It Is Developing A Community For Meaning.

Yusliza Baharin & Farrah Dina Yusop. 2011. Pembelajaran Kolaboratif Menggunakan Blog
Dalam Pelaksanaan Pembelajaran Mata Pelajaran Ekonomi Asas. Jurnal Pendidikan,
31 (1). Kuala Lumpur: Universiti Malaya.

Z.A.Shana , E.S Abulibdeh. 2015. Engaging Students through Blogs: Using Blogs to Boost A
Course Experience.

16

Anda mungkin juga menyukai