Anda di halaman 1dari 18

<FAKULTI >

SEMESTER MEI/2016

HBPE3103

KEGIATAN PROFESSIONAL (PERMAINAN)

NO. MATRIKULASI : <NO MATRIKULASI>

NO. KAD PENGNEALAN : <NO. KAD PENGENALAN>

NO. TELEFON : <TELEFON>

E-MEL : <EMEL ID>

PUSAT PEMBELAJARAN : <PUSAT PEMBELAJARAN>


ISI KANDUNGAN

PENGENALAN 1

LAPORAN PEMERHATIAN 2-5

Senarai Semak Kemahiran

ANALISIS KRITIKAL KEMAHIRAN 6 - 14

KESIMPULAN 15

RUJUKAN / REFRENSI 16
PENGENALAN

Permainan bola baling merupakan salah satu permainan yang melibatkan ketangkasan dan
kreativiti pemain dalam merencana dan mengatur permainan bagi menjaringkan gol.
Permainan bola baling berasal dari Eropah. Mula diperkenalkan di Malaysia pada tahun 1976.
Pada tahun 1978, Kementerian Pendidikan telah menerapkan permainan ini dalam kurikulum
sekolah. Banyak kejohanan diadakan bagi mempopularkan permainan ini dalam kalangan
warga sekolah.

Pada tahun 1984, Persekutuan Bola Baling Malaysia telah menganjurkan Kejohanan Bola
Baling antara Kelab-kelab Negara Komanwel. Antara negara yang mengambil bahagian
terdiri daripada Bangladesh, England, India, Kenya, Nigeria, New Zealand dan Malaysia.
Kini sebanyak 86 buah negara terdiri daripada lebih 200,000 pasukan dan tiga juta pemain
telah menyertai permainan ini.

1
LAPORAN PEMERHATIAN KEMAHIRAN

Saya telah meneliti beberapa orang murid yang sedang menjalani latihan bola baling di
sekolah ini. Mereka mempunyai kemahiran pergerakan asas yang baik namun dari sudut
kemahiran khusus permainan bola baling, mereka masih mempunyai beberapa kekurangan
antaranya kemahiran menghantar dan kemahiran menjaring.

Kemahiran menghantar bola merupakan satu kemahiran penting yang perlu dikuasai semua
pemain tanpa mengira posisi. Sepanjang pengalaman saya dalam membimbing sukan ini,
kemahiran ini perlu diberi penekanan supaya pemain dapat menghantar dan menangkap bola
dengan ketinggian, kelajuan dan ketepatan yang baik kepada rakan untuk melakukan
serangan mahupun pertahanan.

Rajah 1

Berdasarkan rajah 1, pemerhatian saya terhadap seorang murid (pemain) mendapati


kelemahan yang ketara adalah kemahiran menghantar bola aras bahu. Pemain ini tidak
menggunakan teknik hantaran yang betul dari fasa persediaan sehingga fasa ikut lajak.
Perhatikan gerak tubuh pemain ini melakukan hantaran atas bahu. Pemain ini terlihat kaku
dan gerak badan tidak turut serta ketika melakukan hantaran. Hanya tangan yang dihayun
manakala postur badannya tidak seiringan.

Guru memerlukan set senarai semak bagi mengemudi satu penilaian terhadap muridnya.
Justeru, saya membuat beberapa penyelidikan namun tidak menjumpai set senarai semak
yang lengkap mengenai kemahiran ini. Saya membina satu set senarai semak berdasarkan

2
kemahiran asas menghantar yang digariskan kebanyakan buku rujukan dan menggandingkan
dengan taksonomi Dave (1970) dalam menyukat skala aras penguasaan pemain.

Domain pembelajaran psikomotor (Dave's, R.H., 1970) yang agak sama dengan Moore,
D.Kenneth (1989) tetapi domain ini diluaskan lagi kepada lima (5) tahap. Tahap penguasaan
kemahiran adalah seperti berikut;

Peniruan (Imitation) Mengulangi apa yang dilihat atau mendapat penerangan daripada pihak
kedua. Mereka mencuba gerak balas yang sama seperti yang dilihat. Kesilapan dan kesalahan
sering berlaku sehingga mereka berjaya membuat yang gerak balas yang serupa. Contohnya,
pemain novis cuba melakukan hantaran seperti rakan lain tanpa bimbingan jurulatih.

Manipulasi (Manipulation) Mereka berlatih urutan dalam sesuatu kemahiran sehingga


menjadi habit. Pada tahap ini mereka mula cekap dan yakin dengan apa yang dilakukan.
Namun begitu mereka masih belum mampu kawal diri. Contoh, pemain novis cuba
melakukan hantaran atas bahu namun belum menguasai teknik yang betul

Penghalusan (Precision) Pada tahap ini, prestasi tindakan atau pergerakan akan diperhalusi
lagi dari segi kecepatan, kesempurnaan dan ketepatan. Perbuatan ini dilakukan dengan sedikit
usaha sahaja tanpa sebarang tekanan dari mana pihak. Hasil kerja menjadi lebih kemas.
Kesilapan kurang dan mula mencapai kriteria tahap terbaik.

Menghubung kait (Relation) Pada tahap ini proses pemindahan pembelajaran telah berjaya.
Kebolehan atau kemahiran telah dimiliki. Cuma mereka akan mengawal bentuk-bentuk
pergerakan dalam mana-mana kemahiran yang telah dikuasai itu mengikut situasi masalah
dan memenuhi keperluan. Siri pergerakan yang dilakukan konsisten dan harmoni. Pemain
sudah mula menunjukkan respon pantas apabila perlu atau tidak melakukan hantaran –
hantaran.

Peneutralan (Naturalization) Dengan kebolehan dan kemahiran mereka mula bergerak balas
secara automatik seolah-olah dah menjadi darah daging. Tindakan yang dihasilkan secara
semula jadi tanpa berfikir. Mereka mula mengumpul pengalaman, mencipta pergerakan yang
terbaru dan berpotensi serta mampu memanipulasikan bahan. Pemain tidak lagi mempunyai
kesukaran bahkan berjaya melakukan hantaran dengan baik dan memiliki gaya tersendiri.

3
Melalui senarai semak , pemain tersebut hanya dapat menguasai beberapa kriteria yang
digariskan. Selebihnya, pemain perlu memperbaiki corak hantaran. Pemain dapat menguasai
fasa pra-persediaan. Beliau dapat mengenal pasti rakan yang akan menerima hantaran
tersebut. Walau bagaimanapun, pemain ini mempunyai masalah postur badan pada fasa
persediaan. Badan yang agak kaku dan tegak tanpa memasang kuda-kuda bagi melakukan
hantaran ini. Hasilnya, hantaran yang dilakukan tidak laju dan lemah.

Rajah 2

4
Senarai Semak Kemahiran Menghantar Bola Atas Bahu

ARAS PENGUASAAN
BIL POSISI
1 2 3 4 5
1 Pemain mengenal pasti rakan yang ingin dihantar
2 Pemain dalam keadaan bersedia melakukan
hantaran
3 Pemain memegang bola dengan betul dan kemas
4 Tangan dominan pemain diangkat aras bahu untuk
menghantar bola. Tangan tidak memegang bola
melintang ke arah bertentangan.
5 Postur badan yang betul bagi melakukan hantaran
6 Pemain mengilas tangan dominan bagi
menyudahkan hantaran. Berat badan dipindah ke
kaki hadapan.
7 Bola sampai tepat kepada pemain yang dikenal
pasti

Skala Aras Penguasaan :

SKALA KETERANGAN
1. Peniruan Meniru kemahiran asas (Baik atau Tidak)
2. Manipulasi Manipulasi kemahiran asas
3. Ketepatan Perlakuan Ketepatan perlakuan kemahiran asas
Boleh menghubung kait kemahiran asas dengan
4. Hubung Kait
situasi permainan
Menguasai kemahiran asas secara tindakan
5. Tindakan Semula Jadi
semula jadi

5
Analisis Kritikal Pelaksanaan Kemahiran Menghantar Bola Atas Bahu

Walaupun bola baling ialah sejenis permainan berpasukan, beberapa ciri tertentu perlu ada
pada setiap pemain antaranya teknik kemahiran yang tinggi, tahap kecergasan dan
keseimbangan, pengetahuan taktikal, pendekatan mental dan psikologi dan semangat
kesukanan.

Untuk mencapai tahap kemahiran yang diharapkan, pemain memerlukan bimbingan dan
tunjuk ajar daripada jurulatih yang berpengalaman dan berpengetahuan. Ini merupakan aspek
penting agar latihan dapat dijalankan dengan berkesan demi mencapai objektif sesuatu
kemahiran yang diingini.

Hantaran atas bahu adalah hantaran yang mudah dan sering dilakukan oleh pemain.
Kemahiran asas ini mempunyai prinsip sains yang diaplikasikan ke dalamnya. Contohnya,
dalam kemahiran hantaran bola, prinsip sains yang diaplikasikan ialah sistem tuas di mana
bola sebagai beban, lengan sebagai daya dan siku sebagai fulkrum.

Penggunaan teknik yang betul perlu dititikberatkan supaya pemain dapat menguasai
kemahiran ini dengan baik. Postur badan pemain dalam melaksanakan sesuatu kemahiran
amat penting kerana badan merupakan faktor sampingan kejayaan hantaran itu dibuat melalui
gabungan elemen yang tepat.

Kemahiran ini diperoleh menerusi teknik latihan yang betul dan berterusan. Kejayaan
sesebuah pasukan bola baling banyak bergantung pada keupayaan para pemainnya membuat
hantaran dan tangkapan dengan baik. Keupayaan ini perlu digabungkan melalui empat prinsip
berikut:

1. Ketepatan hantaran – hantaran yang dibuat menepati arah yang dituju


2. Ketepatan masa – pemain mengetahui masa yang terbaik dan paling tepat untuk
membuat hantaran
3. Sudut – pemain mengetahui sudut sesuai untuk membuat hantaran bagi membolehkan
tangkapan yang baik dibuat rakan
4. Berat badan – pemain yang bijak dan berkeupayaan menggunakan berat badan bagi
memberikan keberkesanan yang optimum dalam membuat hantaran

6
Berikut merupakan teknik kemahiran menghantar bola atas bahu yang betul dan tepat
berpandukan fasa persediaan sehingga fasa ikut lajak.

PERBUATAN FASA

Fasa Pra-Persediaan
1. Pemain memerhati dan mengenal pasti rakan bagi
melakukan hantaran.

Fasa Persediaan
1. Pemain dalam keadaan bersedia (pemain memasang kuda-
kuda)
2. Pemain memegang bola dengan betul dan kemas.

Fasa Pelaksanaan
1. Tangan dominan diangkat ke atas bahu dengan lengan
dibengkokkan pada siku
2. Tangan tidak memegang bola dilentangkan ke arah
bertentangan
3. Postur badan mengumpul berat badan dari belakang untuk
dikilas.

Fasa Lontaran
1. Tangan dominan dikilas ke hadapan ke arah hantaran
2. Badan dikilas ke hadapan bagi memindahkan berat pada
kaki

Fasa Ikut Lajak


1. Tangan dominan diturunkan
2. Pemain bersedia melakukan pergerakan seterusnya

7
Berdasarkan pemain tersebut, terdapat beberapa kelemahan yang perlu diperbaiki bagi
mempertingkatkan kualiti hantaran beliau. Pertamanya, beliau didapati mempunyai masalah
ketika melakukan fasa persediaan. Jika diperhatikan dalam rajah 3, emain ini berdiri tegak
tanpa memasang kuda-kuda. Beliau berdiri dengan kedua kaki seiring. Keadaan ini
merumitkan pemain ini untuk memindahkan berat badan dari kaki belakang ke kaki hadapan.

Rajah 3

Berat badan merupakan salah satu elemen penting dalam kemahiran ini di samping
merupakan daya sokongan (inertia terhadap lontaran), keseimbangan posisi badan juga perlu
diberi perhatian. Jika pemain ini meletakkan kaki seiring, beliau mudah diasak dan akhirnya
jatuh atau kehilangan bola ketika pemain lawan melakukan hadangan. Kelemahan seperti ini
perlu dielakkan memandangkan teknik hantaran atas bahu ini merupakan perkara paling asas
dan mudah dalam permainan ini.

8
Langkah mengatasi dan memperbaiki pemain ini, jurulatih perlu melakukan tunjuk cara yang
berkesan dalam menguasai fasa persediaan. Postur dan posisi badan yang tepat merupakan
asas dalam kemahiran ini. Pemain – pemain meniru perlakuan jurulatih dalam latihan ini.
Jurulatih perlu menekankan fasa ini sahaja dalam sesi latihan tersebut. Latihan “Run and
Freeze” merupakan salah kaedah yang tepat. Pemain berlari dari A dan beku di B.

A B

Rajah 4

Kaedah latihan ini memberikan gambaran awal bagaimana seorang pemain dalam situasi
berlari dari `A’ untuk melakukan hantaran dalam fasa persediaan pada `B’. Jurulatih boleh
memulakan ansur maju dengan tidak menggunakan bola dan seterusnya menggunakan bola.
Ansur maju dalam latihan ini menunjukkan kepada pemain bagaimana ingin mengaplikasikan
teknik ini.

Kaedah ini juga memberikan jurulatih lebih ruang dalam memerhati pemain-pemainnya
dengan lebih terperinci. Kepelbagaian boleh dibuat dengan menambah lorong untuk
melakukan secara berdua, bertiga atau berempat. Semakin banyak lorong latihan, semakin
kurang pemerhatian jurulatih terhadap pemain. Kesimpulannya, pelaksanaan kaedah ini
menunjukkan perincian dalam satu-satu kemahiran.

9
Kelemahan kedua pemain ini adalah, teknik lontaran atau hantaran dalam fasa pelaksanaan.
Berdasarkan pemerhatian saya, pemain ini tidak membengkokkan lengannya pada siku.
Pemain ini hanya meletakkan tangan dan bola pada posisi seperti berikut ;

Rajah 5

Berdasarkan rajah 5, posisi tangan ini tidak sesuai untuk melakukan hantaran atas bahu
kerana ia memerlukan daya kilas yang tinggi berbanding teknik yang tepat. Tangan
seharusnya membengkok pada siku seakan membentuk huruf L. Walau bagaimanapun,
jurulatih harus memperbaiki posisi tangan ini dengan memperbetulkan kedudukan tangan dan
bola dalam fasa pelaksanaan.

Latihan atau cadangan penambahbaikan yang boleh diguna pakai dengan menggunakan
kaedah latih tubi. Kaedah ini bagi membiasakan pemain-pemain dengan teknik dan cara yang
betul bagi melakukan hantaran atas bahu. Kaedah ini merupakan kaedah konvensional latihan
dalam permainan. Berikut merupakan pelaksanaan latihan ini ;

A B

A B

A B

Rajah 6

10
Latihan seperti dalam rajah 6 memerlukan pemain membuat hantaran atas bahu dan
menangkap. Jurulatih terlebih dahulu menerangkan kepentingan hantaran dan tunjuk cara
kemahiran hantaran atas bahu ini. Pemain dibahagikan kepada dua kumpulan. Kumpulan A
dan Kumpulan B. Apabila kumpulan A melakukan hantaran, kumpulan B bersedia menerima
hantaran. Seterusnya, kumpulan B akan melakukan hantaran dan kumpulan A akan menerima
hantaran. Lakuan ini berlanjutan sehingga jurulatih berpuas hati dengan kemahiran
menghantar bola atas bahu dengan betul. Jurulatih perlu meninjau setiap pemain dan
memperbetulkan lakuan yang salah.

Seterusnya, pemain novis ini kelihatan mengalami masalah memindahkan jisim badan bagi
meningkatkan daya kilasan dalam fasa lontaran. Fasa ini menekankan kekuatan, ketepatan
dan berat badan pemain. Jika seseorang pemain hanya menggunakan kekuatan dan ketepatan,
mereka akan mendapati tubuh mereka mudah mengalami kecederaan seperti kekejangan otot.
Pemindahan berat badan dari kaki belakang ke kaki hadapan melalui kilasan badan
merupakan daya sokongan seorang pemain dalam melakukan hantaran atas bahu. Aplikasi
yang sama dilakukan bagi seorang atlet lontar peluru yang menggunakan kilasan badan dalam
melontar peluru ke hadapan.

Pemain ini kelihatan bersahaja menghantar bola tanpa mengilas badan. Beliau menggunakan
sepenuh tenaga yang terdapat pada otot deltoid, triceps, biceps dan radialis longus. Teknik ini
akan meletihkan dan mencederakan otot-otot beliau dalam permainan. Otot mungkin koyak
atau kejang. Justeru, latihan penambahbaikan yang boleh dilakukan adalah dengan
mengadakan latihan “Diamond”. Latihan ini menekankan teknik dan gaya hantaran. Jurulatih
boleh menyesuaikan latihan ini mengikut kemahiran yang diingini.

11
Dalam kes ini, kemahirannya adalah kemahiran hantar bola atas bahu. Berikut merupakan
pelaksanaan latihan berdasarkan rajah 7;

B
4 3

A A D D

1
2

Rajah 7

Jurulatih perlu menyediakan organisasi latihan seperti rajah di atas. Pemain A akan
memulakan hantaran atas bahu dengan teknik yang betul ke arah pemain C dan seterusnya
pemain A yang selesai melakukan hantaran tersebut berlari ke barisan belakang pemain C.
Pemain C yang mendapat hantaran tadi akan melakukan hantaran yang sama ke arah pemain
D dan melakukan larian setelah selesai menghantar bola. Pemain D pula akan melakukan
hantaran ke arah pemain B dengan teknik hantaran atas bahu dan berlari ke belakang barisan
pemain B. Akhir, pemain B akan melakukan hantaran semua ke barisan pemain A dan berlari
ke belakang pemain A setelah selesai. Kitaran ini berulangan sehingga jurulatih
menghentikan latihan.

Jurulatih juga boleh menambah aras kesukaran dengan menggunakan dua biji bola pada satu
masa yang sama. Namun, penekanan harus diberi pada teknik dan kemahiran menghantar
bola atas bahu terlebih dahulu. Kelebihan latihan ini. Semua pemain dapat mengasah
kemahiran menghantar bola mereka dengan baik di samping mendapat perhatian jurulatih
bimbingan. Selain itu, pemain dapat meningkatkan stamina dan daya tahan kardiovaskular
dengan larian-larian pendek setelah selesai melakukan hantaran.

12
Akhir, kelemahan yang dikenal pasti adalah pemain menghantar bola tidak tepat pada sasaran
dan pemain tidak berjaya menangkap hantaran. Menghantar bola kepada rakan sekumpulan
memerlukan sasaran dan jangkaan yang baik. Dalam situasi sebenar permainan, pemain perlu
berfikir pantas bagi melakukan hantaran dan gerakan. Hadangan pemain lawan merupakan
salah satu halangan yang menyukarkan hantaran disudahi dengan baik. Justeru, pemain yang
ingin melakukan hantaran perlu melakukan hantaran melangkaui hadangan dan halangan
pemain lawan bagi menyudahkan hantaran dengan jayanya. Pemain yang menerima hantaran
juga perlu sentiasa bersedia supaya bola yang dihantar dapat ditangkap dengan sempurna.

Jurulatih boleh melakukan permainan kecil dalam mengasah kemahiran ini kerana kemahiran
menghantar dengan tepat dan cepat memerlukan latihan dalam situasi sebenar. Pemain boleh
bertindak secara semula jadi kemahiran asas yang diajarkan dengan baik. Tahap tertinggi
pada skala taksonomi Dave (1970). Psikomotor pemain berada pada tahap yang cemerlang
jika pemain berjaya bertindak melakukan kemahiran asas secara semula jadi atau dengan
cepat dan tepat. Selain itu, jurulatih juga boleh menerapkan latihan hadangan diselitkan
dengan kemahiran menghantar bola atas bahu. Cadangan pelaksanaan latihan seperti berikut;

Hadangan ke hadapan

Hantaran kepada rakan

Rajah 8

Secara keseluruhannya, pemain novis memerlukan banyak bimbingan. Terdapat juga


kelemahan – kelemahan kecil yang masih boleh diperbaiki secara tidak langsung apabila
menjalani latihan yang kerap. Antaranya, fasa pra-persediaan. Pemain perlu mengenal pasti
rakan yang akan menerima hantarannya. Setiap jurulatih mempunyai kata laluan rahsia dalam
hal ini. Terdapat jurulatih yang membenarkan pemain menggunakan nama di atas padang
permainan. Terdapat juga jurulatih yang menggalakkan pemainnya menggunakan bunyi
isyarat “psst” bagi memastikan rakan bersedia dengan hantaran yang akan diterima.

13
Perkara seperti ini tampak remeh namun memberikan impak besar dalam permainan sebenar.
Sudah pasti tidak ada jurulatih mahu melihat pasukannya kerap melakukan kesalahan tidak
dapat menangkap hantaran dan hantaran tersasar. Justeru, perkara seperti ini perlu dititik
beratkan supaya pemain secara natural nya memanggil atau mengenal pasti pemain yang akan
menerima hantaran.

Tambahan pula, pemain-pemain yang lain harus bersedia menerima hantaran. Tangan perlu
sentiasa dibuka supaya memudahkan tangkapan bola. Jika tangan masih dalam posisi tidak
bersedia, hantaran-hantaran pendek dan deras mungkin tidak dapat ditangkap dengan baik.
Oleh itu, kedua-dua kemahiran ini amat penting dalam merencanakan satu permainan yang
berkualiti. Pemain harus menguasai kemahiran hantaran mahupun tangkapan

14
Kesimpulan

Kemahiran asas bola baling merupakan perkara penting yang harus dikuasai oleh setiap
pemain. Jurulatih atau guru pembimbing merupakan individu mustahak dalam menubuhkan
satu kumpulan yang dinamik. Kemahiran hantaran mempunyai pelbagai gaya seperti hantaran
aras dada, hantaran belakang badan, hantaran lepas dan sebagainya. Pemain memerlukan
masa dan latihan yang cukup bagi menguasai kemahiran hantaran.

Namun, kemahiran hantaran atas bahu ini merupakan kemahiran asas yang harus dikuasai
setiap pemain bola baling. Pemain novis kebanyakannya teruja ingin melakukan jaringan-
jaringan yang menarik. Tetapi mereka lupa bahawa tidak akan terhasil jaringan jika tiada
hantaran yang baik dilakukan.

Justeru, latihan yang konsisten dan disiplin yang baik akan menunjukkan hasil yang
cemerlang. Jurulatih harus kreatif dalam merancang latihan-latihan dan penambahbaikan
dalam kumpulan supaya pemain dapat menguasai kemahiran asas dan seterusnya dapat
memanipulasi kemahiran kepada skil dan gaya mereka yang tersendiri. Perkara seperti itu
akan terdorong dengan sendirinya apabila setiap latihan diberikan aras kesukaran yang
berbeza.

(2541 PP)

15
HBPE3103

APENDIKS

RUJUKAN / REFERENSI

Choy, L. C. (2006). Siri Sukan Popular : Bola Baling. Shah Alam: Penerbit Fajar Bakti Sdn
Bhd.

H.A, F. (1989). Pendekatan Pengajaran Pendidikan Jasmani : Bola Baling. Kuala Lumpur:
Percetakan FS Sdn Bhd.

Norkhalid bin Salimin, Julismah Jani. (n.d.). Pentaksiran Kompehensif Bagi Permainan Bola
Baling Dalam Pendidikan Jasmani.

Omar, M. S. (2006). Dril Bola Baling. Shah Alam: Karisma Publication Sdn Bhd.

16

Anda mungkin juga menyukai