Anda di halaman 1dari 59

AAAHHHM

MMAAADDDSSSHHHAAAHHHIIR
IRRBBBIIN
INNM
MMUUUHHHAAAM
MMAAADDD(((888000000333222999---000555---555111888555)))
KKKLLLM
M222111---M
M MAAAKKKTTTAAABBBPPPEEERRRG
M GUUURRRUUUAAANNNSSSUUULLLTTTAAANNNAAABBBDDDUUULLLHHHAAALLLIIM
G M...
IM

LOGO PENGAKAP

Logo Persekutuan Pengakap Malaysia

Logo Pengakap Sedunia

Logo Pengakap Malaysia hampir sama dengan Logo Pengakap Dunia.


Tiga cabang melambangkan tiga prinsip asas yang terkandung didalam
persetiaan Pengakap iaitu :

1
AAAHHHM
MMAAADDDSSSHHHAAAHHHIIR
IRRBBBIIN
INNM
MMUUUHHHAAAM
MMAAADDD(((888000000333222999---000555---555111888555)))
KKKLLLM
M222111---M
M MAAAKKKTTTAAABBBPPPEEERRRG
M GUUURRRUUUAAANNNSSSUUULLLTTTAAANNNAAABBBDDDUUULLLHHHAAALLLIIM
G M...
IM

i. Cabang ke atas melambangkan persetiaan pertama taat kepada tuhan,


raja dan negara.
ii. Cabang ke kanan melambangkan persetiaan Pengakap kedua iaitu
menolong orang setiap masa.
iii. Cabang ke kiri melambangkan persetiaan ketiga menurut undang-
undang Pengakap.

Ketiga-tiga cabang diikat dengan satu ikatan, melambangkan perpaduan


ahli Pengakap. Ikatan ini juga mengingatkan ahli-ahli Pengakap supaya sentiasa
berbuat kebajikan.

Bintang pecah 14 pula melambangkan negeri-negeri di Malaysia. Bulan


sabit melambangkan agama islam sebagai agama rasmi negara ini, manakala
bintang di kiri dan kanan melambangkan 10 undang-undang Pengakap. Warna
Merah melambangkan sifat, keberanian, Kuning melambangkan kedaulatan raja
dan negara. Hijau adalah warna rasmi Pengakap.

COGANKATA PENGAKAP

1. Bagi Pengakap Kanak-kanak : “Buat sehabis baik”.


2. Pengakap Muda : “Selalu sedia”.
3. Pengakap Remaja : “Pandangan luas”.
4. Pengakap Kelana : “Berkhidmat selalu”.

2
AAAHHHM
MMAAADDDSSSHHHAAAHHHIIR
IRRBBBIIN
INNM
MMUUUHHHAAAM
MMAAADDD(((888000000333222999---000555---555111888555)))
KKKLLLM
M222111---M
M MAAAKKKTTTAAABBBPPPEEERRRG
M GUUURRRUUUAAANNNSSSUUULLLTTTAAANNNAAABBBDDDUUULLLHHHAAALLLIIM
G M...
IM

PERSETIAAN PENGAKAP

Bahawa dengan sesungguhnya saya

berjanji dan bersetia, yang saya dengan

seberapa daya upaya saya akan taat

kepada tuhan, raja dan negara, menolong

orang pada setiap masa, menurut undang-

undang Pengakap

 Persetiaan ini hendaklah dilafazkan setiap kali perjumpaan Pengakap


dan dalam semua majlis istiadat Pengakap.
 Dilafazkan dalam keadaan ahli-ahli Pengakap Berdiri tegak dan
bersedia.
 Tangan Kanan diangkat separas bahu dengan tapak tangan menghala
ke hadapan.
 Ibu Jari diletakkan di atas kuku jari kelingking dari 3 jari tangan lurus
ke atas.

3
AAAHHHM
MMAAADDDSSSHHHAAAHHHIIR
IRRBBBIIN
INNM
MMUUUHHHAAAM
MMAAADDD(((888000000333222999---000555---555111888555)))
KKKLLLM
M222111---M
M MAAAKKKTTTAAABBBPPPEEERRRG
M GUUURRRUUUAAANNNSSSUUULLLTTTAAANNNAAABBBDDDUUULLLHHHAAALLLIIM
G M...
IM

Maksud Yang Terkandung Dalam Persetiaan Pengakap :

1) Taat Kepada Tuhan

- Beragama, patuh dan beramal dengan agama masing-masing. Bersyukur


kepada tuhan dengan rezeki dan rahmat yang diperolehi. Percaya pada diri
sendiri dan menjadi contoh yang baik.

2) Taat Kepada Raja

- Taat dan patuh kepada Yang Dipertuan Agong, Raja-raja dan Wakil raja.
Mengetahui dan memahami undang-undang negara dan istiadat diraja.
Berdisiplin dalam semua majlis diraja dan majlis rasmi negara.

3) Menolong Orang Setiap Masa

- Jujur dan ikhlas menabur bakti samada secara perseorangan atau


berkumpulan. Menyelamatkan magsa-magsa bencana alam dan
membantu mereka demi untuk keselamatan dan kesejahteraan hidup
bersama dan menolong secara sukarela.

4) Menurut / mengikuti Undang-undang Negara

- Patuh serta mengamalkan semua prinsip yang terkandung didalam


undang-undang Pengakap.

4
AAAHHHM
MMAAADDDSSSHHHAAAHHHIIR
IRRBBBIIN
INNM
MMUUUHHHAAAM
MMAAADDD(((888000000333222999---000555---555111888555)))
KKKLLLM
M222111---M
M MAAAKKKTTTAAABBBPPPEEERRRG
M GUUURRRUUUAAANNNSSSUUULLLTTTAAANNNAAABBBDDDUUULLLHHHAAALLLIIM
G M...
IM

UNDANG-UNDANG PENGAKAP

1. Pengakap adalah seorang yang setia, boleh dipercayai, maruah dan


kehormatannya.
2. Pengakap adalah seorang yang taat kepada Agong, Raja-raja, pemimpin
negara, pemimpin Pengakap, ibu-bapa, majikan dan orang-orang
dibawahnya.
3. Pengakap harus mewajibkan dirinya berguna dan menolong orang setiap
masa.
4. Pengakap adalah sahabat sekelian orang dan saudara kepada Pengakap
yang lain walaupun berlainan agama, bangsa dan pangkat.
5. Pengakap adalah seorang yang berguna dan sempurna budi pekertinya
dan sentiasa berbudi.
6. Pengakap adalah seorang yang baik dan kasih kepada semua binatang.
7. Sentiasa menurut perintah dan mematuhi suruhan ibu-bapa, ketua patrol
dan pemimpin Pengakap.
8. Sentiasa sabar dan manis air mukanya walaupun pada masa kesusahan.
9. Sentiasa berjimat-cermat.
10. Hendaklah bersih dan suci dari segi fikiran, percakapan dan perbuatan.

5
AAAHHHM
MMAAADDDSSSHHHAAAHHHIIR
IRRBBBIIN
INNM
MMUUUHHHAAAM
MMAAADDD(((888000000333222999---000555---555111888555)))
KKKLLLM
M222111---M
M MAAAKKKTTTAAABBBPPPEEERRRG
M GUUURRRUUUAAANNNSSSUUULLLTTTAAANNNAAABBBDDDUUULLLHHHAAALLLIIM
G M...
IM

HORMAT PENGAKAP

Pengakap sebagai sebuah pertubuhan beruniform mempunyai identiti


yang tersendiri semasa memberi hormat. Biasanya homat ini diberikan kepada
Seri Paduka Baginda Raja-raja dan Sultan, pembesar-pembear negara dan
negeri serta tetamu kehormat. Hormat juga diberikan kepada pegawai Pengakap
samada di peringkat negara atau negeri, pemimpin di daerah ataupun
dikumpulannya, ketua patrol dan ahli Pengakap sendiri.

Hormat Pengakap diberikan selepas kamu menerima hadiah kurniaan dan


istiadat mengibarkan bendera. Pengakap kanak-kanak mestilah berada dalam
keadaan sedia, seterusnya angkat tangan kanan ke penjuru kening.

Tiga jari bermakna taat kepada tuhan, raja dan negara, menolong orang
pada setiap masa, menurut undang-undang Pengakap. Semua Pengakap di
dunia memberi hormat dengan tiga jari.

Mengangkat tiga jari sahaja semasa memberi hormat Pengakap

6
AAAHHHM
MMAAADDDSSSHHHAAAHHHIIR
IRRBBBIIN
INNM
MMUUUHHHAAAM
MMAAADDD(((888000000333222999---000555---555111888555)))
KKKLLLM
M222111---M
M MAAAKKKTTTAAABBBPPPEEERRRG
M GUUURRRUUUAAANNNSSSUUULLLTTTAAANNNAAABBBDDDUUULLLHHHAAALLLIIM
G M...
IM

Hormat juga boleh diberikan semasa seseorang Pengakap sedang


memegang tongkat Pengakap, Cuma cara memberi hormatnya berlainan sedikit
berbanding dengan semasa tidak bertongkat. Ketika memberi hormat, tongkat
hendaklah dipegang dengan tangan kanan dan dirapatkan ke badan serta dalam
keadaan sedia. Kemudian angkat tangan kiri, bengkokkan dan rapatkan tangan
kiri ke dada dengan membuka tiga jari. Jari hendaklah menyentuh tongkat.

Hormat menggunakan tongkat Pengakap

7
AAAHHHM
MMAAADDDSSSHHHAAAHHHIIR
IRRBBBIIN
INNM
MMUUUHHHAAAM
MMAAADDD(((888000000333222999---000555---555111888555)))
KKKLLLM
M222111---M
M MAAAKKKTTTAAABBBPPPEEERRRG
M GUUURRRUUUAAANNNSSSUUULLLTTTAAANNNAAABBBDDDUUULLLHHHAAALLLIIM
G M...
IM

SEJARAH PENUBUHAN PENGAKAP

Pergerakan Pengakap diselaraskan oleh Lord Badon Powell, beliau


adalah seorang tentera British yang berpangkat Leftenan Jeneral. Pergerakan
Pengakap ini diasaskan dan diailhamkan daripada pengalaman beliau melatih
tentera dan sebagai ketua tentera yang bertanggungjawab menjaga Bandar
Mafeking dalam peperangan yang mengambil masa selama 213 hari. Dalam
pperangan ini beliau bertanggungjawab melatih kanak-kanak sebagai utusan
untuk menggantikan tentera di medan perang.

Oleh itu beliau telah merangka rancangan latihan untuk Pelatih Pengakap
pada tahun1906 dan 1907. Ketika beliau telah siap menulis buku ‘Aids to
scouting’, satu perkhemahan Pengakap diadakan di Pulau Browea, England
pada tahun 1907. Pada tahun 1908 beliau telah menulis buku ‘Scouting For
Boys’. Buku ini merupakan panduan asas dan rujukan utama bagi penubuhan
Pengakap di seluruh dunia. Lanjutan daripada itu beliau telah mengelilingi dunia
untuk berjumpa dengan Pengakap diseluruh dunia. Pada mulanya ahli Pengakap
hanya terbuka kepada belia yang berumur 13 hingga 18 tahun sahaja.

8
AAAHHHM
MMAAADDDSSSHHHAAAHHHIIR
IRRBBBIIN
INNM
MMUUUHHHAAAM
MMAAADDD(((888000000333222999---000555---555111888555)))
KKKLLLM
M222111---M
M MAAAKKKTTTAAABBBPPPEEERRRG
M GUUURRRUUUAAANNNSSSUUULLLTTTAAANNNAAABBBDDDUUULLLHHHAAALLLIIM
G M...
IM

Pada tahun 1916, beliau memberi peluang kepada kanak-kanak yang


berumur bawah 12 tahun untuk menyertai Pengakap dalam unit Pengakap
kanak-kanak. Pada tahun 1919, satu tapak perkhemahan Pengakap dunia dibina
khusus untuk melatih Pengakap, ia dikenali sebagai “Gilwell Park” di London.
Jambori Pengakap dunia yang pertama diadakan di London pada tahun 1920.

Pergerakan Pengakap terus menular ke negara-negra lain sehingga


apabila genap usia penubuhannya 21 tahun, keanggotaannya melebihi dua juta
orang. Mengenangkan jasa yang diberikan, Baden Powell telah dianugerahkan
darjah kemuliaan yang tertinggi di England iaitu Lord, dan diberi gelaran Lord
Baden Powell of Gilwell. Lord Baden Powell telah meninggal dunia di Paxtu,
Kenya pada 8 Januari 1941. Beliau telah disemadikan di kawasan Gunung
Kenya dan kata-kata terakhir sekali kepada Pengakap ialah “Tuhan memimpin
dan membantu di dalam kerja-kerjamu”. Isteri beliau pula, Lady Baden Powell
adalah pengasas Pergerakan Pandu Puteri dan beliau telah banyak menolong
Powell dalam semua usaha dan kerja mengembangkan pergerakan pengakap di
dunia.

Seterusnya Jambori peringkat dunia diadakan selama empat tahun sekali.


Ia dikelolakan oleh berlainan negara. Pergerakan Pengakap ditubuhkan di
seluruh dunia kecuali di negara-negara Komunis, ini kerana mengikut dasar
pergerakan Pengakap, setiap ahli mesti mempunyai agama bertentangan
dengan fahaman yang dipegang oleh negara-negara Komunis.

Biro pengakap atau pusat pentadbiran Pengakap terletak di Geneva. Biro


ini bertindak menyelaras aktiviti dan sebagai penghubung diantara persatuan-
persatuan Pengakap di seluruh dunia. Hanya sebuah persatuan peringkat
Kebangsaan bagi setiap negara diterima biro ini. Ianya terbahagi kepada 6

9
AAAHHHM
MMAAADDDSSSHHHAAAHHHIIR
IRRBBBIIN
INNM
MMUUUHHHAAAM
MMAAADDD(((888000000333222999---000555---555111888555)))
KKKLLLM
M222111---M
M MAAAKKKTTTAAABBBPPPEEERRRG
M GUUURRRUUUAAANNNSSSUUULLLTTTAAANNNAAABBBDDDUUULLLHHHAAALLLIIM
G M...
IM

bahagian iaitu wilayah Afrika, Wilayah Arab, wilayah Eropah, Wilayah Inter
Amerika dan Wilayah Asia.

Di Malaysia, pengakap bermula pada tahun 1910 iaitu dengan penubuhan


kumpulan pertama bagi Malaysia oleh Fc, Sands. Kumpulan pertama bagi orang-
orang melayu berbahasa Inggeris telah ditubuhkan di Singapura pada tahun
1919 dibawah pimpinan V.M Hashim dan A.Z Alsayoff. Sebelum merdeka
pergerakan Pengakap di Malaysia merupakan satu cawangan daripada
Persekutuan budak-budak Great Britain kawasan Malaya termasuklah
Singapura. Selepas perang dunia kedua, pergerakan Pengakap disusun semula.

PERGERAKAN PENGAKAP DI MALAYSIA

Sejarah Pengakap di MALAYSIA Pergerakan Pengakap mula


berkembang di Malaysia (Malaya) apabila F.C.Sands menubuhkan pasukan
Pengkap Kanak-Kanak (cubs) di Singapura pada tahun 1910 ( Dua tahun setelah
BP mengasaskan Pergerakan ini di England).

Bergerak dari tarikh itu, pada tahun 1919 Pasukan Pengakap untuk
budak-budak Melayu telah diasaskan oleh Kapten N.M. Hashim dan Encik
A.Z.Alsagoff,juga di Singapura. Negeri Melayu yang pertama memulakan
Pergerakan Pengakap ialah Pahang (Pekan) oleh G.M.Laidlow.Namun
begitu, pergerakan ini terus terkubur setelah G.M.Laidlow meninggal.

Pada tahun 1927, pergerakan Pengakap dihidupkan semula oleh


H.P.Hertslet, Frisby dan Wheeler dari Jabatan Pelajaran Pahang memajukan
pergerakan ini. H.R. Cheesman (seorang ahli pendidikan yang terkenal) telah
menubuhkan pergerakan Pengakap di Pulau Pinang iatu di Penang Free School
pada tahun 1915.

10
AAAHHHM
MMAAADDDSSSHHHAAAHHHIIR
IRRBBBIIN
INNM
MMUUUHHHAAAM
MMAAADDD(((888000000333222999---000555---555111888555)))
KKKLLLM
M222111---M
M MAAAKKKTTTAAABBBPPPEEERRRG
M GUUURRRUUUAAANNNSSSUUULLLTTTAAANNNAAABBBDDDUUULLLHHHAAALLLIIM
G M...
IM

Mendiang juga menjawat jawatan sebagai Penolong Pesuruhjaya


Pengakap Malaya selama 13 tahun lamanya. Di Perak pula, pergerakan
pengakap ditubuhkan di Maktab Melayu Kuala Kangsar (MCKK) pada tahun
1926 oleh I.R.Wheeler.Pada tahun 1922, pergerakan Pengakap bermula di
Kedah. Manakala di Johor pula, pergerakan ini bermula pada tahun 1928 dengan
kumpulan pertamanya di Maktab Sultan Abu.Bakar.

Melaka dan Negeri Sembilan memulakan pergerakan Pengakap pada


tahun 1926 oleh Brunstone. Selangor menubuhkan pergerakan Pengakap pada
tahun 1926 oleh Ameen Akbar. Terengganu dan Kelantan memulakan
pergerakan ini pada tahun 1927. Pengasas di Terengganu ialah A.J.Gracle,dan
di Kelantan pula ialah YM Tengku Ahmad Temenggong.

Perlis pula ialah pada tahun 1931. Sarawak menubuh pergerakan


pengakap pada tahun 1913 dan Sabah pada tahun 1915. Setelah merdeka pada
tahun 1957, Persekutuan Budak-Budak Pengakap Tanah Melayu, menjadi ahli
dalam Persidangan Pengakap Sedunia. Pada tahun 1963 (penubuhan Malaysia),
Persekutuan Budak-Budak Pengakap Tanah Melayu ditukar kepada
Persekutuan Pengakap Malaysia.

Ringkasan Tahun Negeri Yang menubuhkan pergerakan Pengakap 1910


Singapura F.C. Sands 1913 Sarawak (tidak aktif sehingga tahun 1930) . 1915
Sabah (tidak aktif sehingga tahun 1930) . 1915 Pulau Pinang H.R.Cheesman
1919 Singapura (pengakap Melayu) Kepten NM Hashim/En.AZ Alsagoff 1922
Kedah EC Hicks / EAG Stuart / RPS Walker 1926 Perak I.R. Wheeler 1926
Melaka & Negeri Sembilan Brunstone 1926 Selangor Ameen Akbar 1928 Johor
1927 Terengganu A.J. Gracle 1927 Kelantan YM Tengku Ahmad Temenggong
1931 Perlis [ senarai pilihan ].

11
AAAHHHM
MMAAADDDSSSHHHAAAHHHIIR
IRRBBBIIN
INNM
MMUUUHHHAAAM
MMAAADDD(((888000000333222999---000555---555111888555)))
KKKLLLM
M222111---M
M MAAAKKKTTTAAABBBPPPEEERRRG
M GUUURRRUUUAAANNNSSSUUULLLTTTAAANNNAAABBBDDDUUULLLHHHAAALLLIIM
G M...
IM

Pada 1 september 1967, Persekutuan Budak Pengakap Persekutuan


tanah Melayu telah diterima menjadi ahli penuh persidangan Pengakap sedunia.
Kemudian persekutuan ini dikenali sebagai ‘Persekutuan Pengakap Malaysia’
pada tahun 1974. Persekutuan Pengakap Malaysia didaftarkan dan tertakluk
dibawah Akta parlimen no. 38 tahun 1965 dengan pindaan undang-undang
Malaysia, Akta 143 Akta Persatuan Pengakap Malaysia 1974. Pentadbiran
persatuan ini di rumah BP, Jalan Hang Jebat, Kuala Lumpur.

PENGERTIAN PENGAKAP

Pergerakan Pengakap telah terkenal di seluruh dunia. Pergerakan ini


diasaskan untuk melatih generasi muda khususnya, supaya menjadi rakyat yang
baik, hidup berdisiplin dan berbakti secara luhur kepada agama, negara dan
masyarakatnya. Kini pergerakan ini mempunyai keahlian lebih daripada 20 juta
ahli dari lebih 100 buah negara. Berjuta-juta orang pula turut memberi sokongan
sama ada secra langsung mahupun tidak langsung bagi memperkembangkan
lagi pergerakan Pengakap.

Ilmu Pengakap dilaksanakan melalui amalan secara amali dimana ahli-


ahlinya didedahkan dengan cara hidup yang sebenar dan berlandaskan
kenyataan yang hakiki. Mereka telah dilatih cara bagaimana mengatasi jika
berlaku sebarang kemusykilanatau kebuntuan. Latihan-latihan seperti ini sangat
perlu bagi generasi yang sedang membesar.

Kita perlu meneliti dan mengkaji asas dan prinsip yang terkandung dalam
pergerakan ini bagi memahami semangat berpengakap. Prinsip dalam

12
AAAHHHM
MMAAADDDSSSHHHAAAHHHIIR
IRRBBBIIN
INNM
MMUUUHHHAAAM
MMAAADDD(((888000000333222999---000555---555111888555)))
KKKLLLM
M222111---M
M MAAAKKKTTTAAABBBPPPEEERRRG
M GUUURRRUUUAAANNNSSSUUULLLTTTAAANNNAAABBBDDDUUULLLHHHAAALLLIIM
G M...
IM

pergerakan boleh didapati daripada persetiaan dan undang-undang Pengakap.


Prinsip ini boleh dibahagikan kepada empat bahagian, seperti berikut :

1. Intisari kepercayaan kepada Tuhan.


2. Intisari tanggungjawab kepada masyarakat dan negara.
3. Intisari perkhidmatan.
4. Intisari undang-undang.

Setiap di dunia mempunyai naluri ingin memohon kepada kuasa mutlak


(Tuhan). Dengan ini individu mempunyai kepercayaan kepada Tuhan, hanya
cara-cara penyampaian hajat atau memohon pertolongan kepada Tuhan yang
berlainan diantara satu agama dengan agama lain di muka bumi ini. Lantaran itu,

pergerakan pengakap tidak ditubuhkan di negara-negara Komunis, dimana


penduduknya tidak mempercayai kewujudan Tuhan.

Semua manusia di dunia mempunyia masyarakat dan setiap ahli dalam


masyarakat itu mempunyai tanggungjawab ke atas ahli dalam masyarakatnya.
Maju atau mundurnya sesuatu masyarakat bergantung kepada kerjasama dan
persefahaman ahli-ahli dalam masyarakat tersebut. Beberapa masyarakat
dikumpulkan membentuk sebuah negeri, mempunyai tanggungjawab seperti
tanggungjawab individu terhadapa masyarakatnya.

Setiap ahli Pengakap harus sanggup melibatkan dirinya seperti meberi


pertolongan kepada orang lain, terutama sekali bagi mereka yang memerlukan
bantuan dan pertolongan.

13
AAAHHHM
MMAAADDDSSSHHHAAAHHHIIR
IRRBBBIIN
INNM
MMUUUHHHAAAM
MMAAADDD(((888000000333222999---000555---555111888555)))
KKKLLLM
M222111---M
M MAAAKKKTTTAAABBBPPPEEERRRG
M GUUURRRUUUAAANNNSSSUUULLLTTTAAANNNAAABBBDDDUUULLLHHHAAALLLIIM
G M...
IM

Setiap orang perlu bersedia memberi khidmatnya sepanjang masa, seperti


yang terdapat pada cogankata Pengakap, iaitu SELALU SEDIA. Setiap ahli
pengakap wajib menolong orang tua, golongan yang lemah serta orang
perempuan.

Intisari yang terakhir ialah undang-undang. Setiap ahli Pengakap perlu


mendisiplinkan dirinya dahulu sebelum menolong orang lain. Mereka diberi
latihan cara bergaul dan mengikut arahan ketua patrolnya, pemimpin dan
sebagainya. Sistem latihan dalam pengakap dijalankan dalam sistem berpatrol.

Pengakap adalah satu pertubuhan yang bergerak dan berubah ke arah


kemajuan mengikut suasana dan peredaran masa, sesuai dengan aliran zaman
dengan menitikberatkan hasrat-hasrat negara. Skim latihan telah disusun
mengikut peringkat umur Pengakap. Pelajaran ini disampaikan untuk
melayakkan seseorang Pengakap itu dapat memberi perkhidmatan kepada
masyarakat sama ada di bandar-bandar atau di kampung, dan melatih diri dalam
pertukangan tangan yang boleh menolong dalam penghidupan mereka kelak.
Seorang Pengakap yang terlatih nanti mempunyai sifat-sifat seperti berikut :

1. Jujur dan lurus dalam berbicara.


2. Patuh kepada suruhan agama dana undang-ndang negara.
3. Bertimbang rasa dan berbaik dengan semua ahli masyarakatnya.
4. Sentiasa berikhtiar memajukan diri sendiri dan menggunakan sebaik-
baiknya masa dan segala kepunyaannya.
5. Tidak cemas dalam menghadapi sebarang cabaran atau dugaan.
6. Pandai menjaga maruah dirinya dan sentiasa menghormati orang lain.
7. Bersikap kemas dan segak perwatakannya.

14
AAAHHHM
MMAAADDDSSSHHHAAAHHHIIR
IRRBBBIIN
INNM
MMUUUHHHAAAM
MMAAADDD(((888000000333222999---000555---555111888555)))
KKKLLLM
M222111---M
M MAAAKKKTTTAAABBBPPPEEERRRG
M GUUURRRUUUAAANNNSSSUUULLLTTTAAANNNAAABBBDDDUUULLLHHHAAALLLIIM
G M...
IM

SIFAT-SIFAT SEORANG PEMIMPIN PENGAKAP

 Berminat terhadap tugas.

 Mempunyai rasa insaf untuk memimpin dan sedar tentang mustahaknya


memimpin.

 Ikhlas terhadap tugas sukarela dan sedia mengorbankan tenaga, masa dan
material.

 Mempunyai rasa persaudaraan Pengakap dengan pemimpin lain dan


menyelesaikan masalah yang timbul dengan semangat persaudaraan
pengakap.

 Sabar menjalankan tugas.

 Tabah menghadapai dugaan dan menjalankan tugas.

 Yakin bahawa cara-cara yang diamalkan akan dapat menyelesaikan masalah


serta mencapai objektif.

 Jujur, cekap dan amanah.

 Menerima teguran dengan hati terbuka dan segera memperbaikinya.

 Tidak mengharapkan sesuatu seperti nama, sanjungan dan sebagainya.

15
AAAHHHM
MMAAADDDSSSHHHAAAHHHIIR
IRRBBBIIN
INNM
MMUUUHHHAAAM
MMAAADDD(((888000000333222999---000555---555111888555)))
KKKLLLM
M222111---M
M MAAAKKKTTTAAABBBPPPEEERRRG
M GUUURRRUUUAAANNNSSSUUULLLTTTAAANNNAAABBBDDDUUULLLHHHAAALLLIIM
G M...
IM

Mengetahui kaedah yang betul dalam mengendalikan pertolongan cemas


adalah amat penting begi seseorang apabila berhadapan dengan keadaan yang
mencemaskan. Kemalangan boleh berlaku di hadapan mata kita sama ada luka
berdarah yang teruk, terbakar kulit, patah, pitam, tidak sedar diri dan berbagai-
bagai lagi. Sering kita dapati bahawa pengendalian pertolongan cemas tidak
dilaksanakan dengan betul, oleh kerana ilmu mengenai pertolongan cemas itu
tidak dipelajari ataupun tidak dilengkapkan sewajarnya. Dalam sesebuah kilang
itu tidaklah dapat dinafikan betapa mustahaknya pekerja atau pegawai di tempat
bekeja mempelajari cara mana mengendalikan kes-kes kemalangan di tempat
mereka bekerja sama ada kemalangan kecil ataupun besar. Begitulah juga
halnya di sekolah yang mana setiap penghuninya hendak mengetahui mengenai
cara yang betul mengendalikan pertolongan cemas. Guru hendaklah lebih peka
mengenai kepentingan menguasai pertolongan cemas ini manakala pelajar
hendaklah diajarkan tentang langkah-langkah mengelak dan mencegah
daripada berlaku sebarang kemalangan atau kes kecemasan. Pengetahuan
yang kukuh mengenai pertolongan cemas dapat meminimakan kadar
kemalangan jiwa. Dengan adanya pengetahun ini sekurang-kurangnya
mengelakkan sesuatu kecedaraan menjadi bertambah teruk dan menghindarkan
terjadi keadaan panik dalam situasi yang tidak terkawal.

Di mana jua kita berada keselamatan hendaklah dititikberatkan dan ianya


hendaklah berada ditahap yang meyakinkan serta konsep “Keselamatan
diutamakan” diamalkan sentiasa. Seandainya berlaku kemalangan, langkah awal
mengenai pertolongan cemas haruslah diketahui oleh semua individu.

16
AAAHHHM
MMAAADDDSSSHHHAAAHHHIIR
IRRBBBIIN
INNM
MMUUUHHHAAAM
MMAAADDD(((888000000333222999---000555---555111888555)))
KKKLLLM
M222111---M
M MAAAKKKTTTAAABBBPPPEEERRRG
M GUUURRRUUUAAANNNSSSUUULLLTTTAAANNNAAABBBDDDUUULLLHHHAAALLLIIM
G M...
IM

BAB 1 : APAKAH ITU BANTUAN KECEMASAN?

BANTUAN KECEMASAN

Bantuan Kecemasan ialah bantuan awal atau rawatan yang diberikan


kepada orang yang sakit atau orang yang cedera ( dipanggil pesakit ) sebelum
ketibaan ambulans atau pakar yang berkelayakan.

Pengakap bukanlah orang yang pakar dalam bidang berkenaan dengan


pertolongan cemas tetapi Pengakap hanya sekadar memberi rawatan sementara
sebelum dihantar ke hospital atau klinik. Pertolongan cemas perlu dipelajari oleh
setiap orang Pengakap kerana hidup seseorang pengakap sentiasa
mengembara, dengan ini sudah tentu risiko dia menghadapi kemalangan adalah
tinggi sama ada secara langsung atau tidak langsung.

OBJEKTIF BANTUAN KECEMASAN

1. Untuk Menyelamatkan Nyawa


- Jika tidak sedar diri (pengsan) pastikan bahawa saluran udaranya tidak
terganggu.
- Pastikan ia bernafas.
- Hentikan pendarahannya.

2. Untuk Mengelakkan Kecederaan Menjadi Bertambah Teruk


- Jangan alihkan pesakit kecuali terpaksa elakkan sebarang kecederaan
bertambah parah.

17
AAAHHHM
MMAAADDDSSSHHHAAAHHHIIR
IRRBBBIIN
INNM
MMUUUHHHAAAM
MMAAADDD(((888000000333222999---000555---555111888555)))
KKKLLLM
M222111---M
M MAAAKKKTTTAAABBBPPPEEERRRG
M GUUURRRUUUAAANNNSSSUUULLLTTTAAANNNAAABBBDDDUUULLLHHHAAALLLIIM
G M...
IM

- Selesakan dan berikan keyakinan kepada pesakit.


- Berikan lindungan daripada kesejukan, kepanasan dan keadaan yang
lembab.

3. Mendapatkan Bantuan Kecemasan


- Dapatkan bantuan seseorang untuk memanggil ambulans atau doktor
dengan kadar segera.
- Pastikan anda sentiasa berada disisi pesakit sehingga bantuan sampai.

PERATURAN AM PERTOLONGAN CEMAS

1. Memberi pertolongan kepada mangsa yang cedera teruk dahulu.


2. Keutamaan kepada mangsa yang tidak sedar - menjaga, terutamanya
pernafasan pesakit itu
3. Jangan sekali-kali menanggalkan pakaian mangsa hanya sekadar
melonggarkannya sahaja dengan tujuan untuk memudahkan pernafasan
mangsa dan pembantu mula memerhatikan pergerakan pernafasan mangsa.
4. Membuat pengurusan bagi menghantar mangsa ke hospital.

PERATURAN-PERATURAN PENTING PERTOLONGAN CEMAS

1. Sebelum memberikan rawatan atau bantuan pertolongan cemas, pengenalan


punca penyakit adalah penting. Ini dapat diketahui menerusi kesan-kesan
kejadian, tanda-tanda yang terdapat pada pesakit, misalnnya lebam dan
tanda-tanda lain daripada keadaan biasa pada pesakit, contohnya pucat dan
sebagainya.

18
AAAHHHM
MMAAADDDSSSHHHAAAHHHIIR
IRRBBBIIN
INNM
MMUUUHHHAAAM
MMAAADDD(((888000000333222999---000555---555111888555)))
KKKLLLM
M222111---M
M MAAAKKKTTTAAABBBPPPEEERRRG
M GUUURRRUUUAAANNNSSSUUULLLTTTAAANNNAAABBBDDDUUULLLHHHAAALLLIIM
G M...
IM

2. lakukan pertolongan cemas dengan tertib dan segera, senyap tanpa gugup
(panik).
3. Pulihkan nafasnya jika pernafasannya terhenti.
4. Tahu tempat-tempat yang terkeluar darah.
5. Jaga atau tenangkan pesakit supaya dia tidak terkejut.
6. Jangan benarkan pesakit banyak bercakap atau bercakap tenatang perkara
yang tidak penting.
7. Beri semangat dan perangsang kepada orang yang cedera dengan kata-kata
manis, misalnya “ Luka anda adalah sedikit sahaja “, atau “ Anda akan segera
sembuh “.
8. Jangan biarkan orang berkumpul mengelilinginya, untuk mengadakan
pengudaraan yang selesa.
9. Jangan tanggal pakaiannya jika tidak perlu.
10. bawa segera berjumpa dengan doktor atau ke hospital.
11. Beritahu keluarga atau sahabat handai pesakit.
12. Prinsip-prinsip dalam pertolongan cemas (PC) :

o PC adalah berdasarkan prinsip-prinsip perubatan dan surgeri masakini.


o PC sebaik-baiknya sahaja Perawat Pertolongan Cemas (PPC) tiba di
tempat kecemasan dan berterusan sehingga pesakit dirawat oleh seorang
doktor, dipindahkan ke hospital, rumah, atau pulih semula.

i. PC membolehkan individu-individu yang terlatih di dalam memberi


pertolongan memberi bantuan untuk:
ii. Menyelamatkan nyawa;
iii. Membantu pemulihan; dan mencegah kecederaan daripada
bertambah teruk.

19
AAAHHHM
MMAAADDDSSSHHHAAAHHHIIR
IRRBBBIIN
INNM
MMUUUHHHAAAM
MMAAADDD(((888000000333222999---000555---555111888555)))
KKKLLLM
M222111---M
M MAAAKKKTTTAAABBBPPPEEERRRG
M GUUURRRUUUAAANNNSSSUUULLLTTTAAANNNAAABBBDDDUUULLLHHHAAALLLIIM
G M...
IM

o PC terhad kepada bantuan yang diberikan semasa kecemasan dan tidak


termasuk rawatan lanjut ke atas kecederaan.
o PPC hendaklah bekerjasama dangan PPC yang lain, menggunakan
bantuan orang ramai dan bersedia membantu kakitangan perubatan
sekiranya perlu.
o Individu-individu bertindakbalas secara berbeza kepada kecederaan dan
penyakit. PC hendaklah bersedia menghadapi perbezaan-perbezaan ini
dan menyesuaikan kaedah pertolongan cemas kepada keadaan-keadaan
tersebut.
o Rawatan perubatan ialah rawatan oleh seorang doktor ditempat kejadian
di rumah ,atau di hospital.

PETUA-PETUA PERTOLONGAN CEMAS

1) Buat penilaian segera mengenai keseluruhan keadaan kecemasan


di kawasan tersebut
2) Atasi punca kecemasan sekiranya masih ada lagi atau pindahkan
mangsa daripada keadaan yang merbahaya .
3) Bertindak secara waspada dan penuh keyakinan .
4) Periksa nadi mangsa.
5) Periksa pernafasan mangsa.
6) Kawal semua bentuk pendarahan.
7) Tentukan keadaan kesedaran mangsa.
8) Berikan keutamaan kepada kecederaan-kecederaan mengikut
keparahan.

20
AAAHHHM
MMAAADDDSSSHHHAAAHHHIIR
IRRBBBIIN
INNM
MMUUUHHHAAAM
MMAAADDD(((888000000333222999---000555---555111888555)))
KKKLLLM
M222111---M
M MAAAKKKTTTAAABBBPPPEEERRRG
M GUUURRRUUUAAANNNSSSUUULLLTTTAAANNNAAABBBDDDUUULLLHHHAAALLLIIM
G M...
IM

9) Tenangkan mangsa.
10) Kendalikan mangsa dengan baik.
11) Tanggalkan pakaian mangsa sekiranya perlu.
12) Buat persiapan untuk menghantar mangsa ke unit perubatan yang
terdekat.

SKOP PERTOLONGAN CEMAS

1. Untuk membuat diagnosis.


2. Untuk menentukan bentuk dan tahap rawatan yang diperlukan dan
memulakan rawatan segera.
3. Untuk menyediakan mangsa untuik dipindahkan bagi mendapatkan
rawatan perubatan

Diagnosis

PPC perlu mengambil kira SEJARAH, SIMPTOM-SIMPTOM, dan TANDA-


TANDA untuk membuat satu diagnosis bagi kes-kes tertentu.

Sejarah

Sejarah ialah keterangan mengenai sesuatu kemalangan atau penyakit yang


boleh didapati daripada:

 Mangsa
 Saksi-saksi
 Bukti-bukti persekitaran.

21
AAAHHHM
MMAAADDDSSSHHHAAAHHHIIR
IRRBBBIIN
INNM
MMUUUHHHAAAM
MMAAADDD(((888000000333222999---000555---555111888555)))
KKKLLLM
M222111---M
M MAAAKKKTTTAAABBBPPPEEERRRG
M GUUURRRUUUAAANNNSSSUUULLLTTTAAANNNAAABBBDDDUUULLLHHHAAALLLIIM
G M...
IM

Sejarah boleh menentukan sama ada seseorang itu telah diancam oleh sesuatu
penyakit, atau persekitaran yang boleh menunjukkan sesuatu punca, contohnya
kawasan kemalangan.

Simptom-simptom

Simptom-simptom merupakan perasaan yang dilaporkan oleh mangsa,


contohnya sakit, pening kepala, loya, dahaga.

Tanda-tanda

Tanda-tanda merupakan perubahan daripada normal pada mangsa yang boleh


dikesan oleh PC, contohnya pucat, peningkatan suhu badan, denyutan nadi
dengan pantas.

RAWATAN

1. Atasi punca kemalangan sekiranya masih ada, atau pindahkan mangsa


daripada punca merbahaya tersebut.
2. Mulakan rawatan yang perlu untuk:

a. Menyelamatkan nyawa melalui pengekalan sirkusi dan pernafasan;


b. Mengawal pendarahan; dan
c. Mengurangkan renjatan (shock)

3. Mencegah keadaan daripada semakin teruk melalui:

a. Pembebatan luka-luka.
b. Sekatan pergerakan fraktur, dan

22
AAAHHHM
MMAAADDDSSSHHHAAAHHHIIR
IRRBBBIIN
INNM
MMUUUHHHAAAM
MMAAADDD(((888000000333222999---000555---555111888555)))
KKKLLLM
M222111---M
M MAAAKKKTTTAAABBBPPPEEERRRG
M GUUURRRUUUAAANNNSSSUUULLLTTTAAANNNAAABBBDDDUUULLLHHHAAALLLIIM
G M...
IM

c. Penentuan kedudukan mangsa yang baik.

4. Menggalakkan pemulihan melalui:

a. Jaminan.
b. Pengurangan kesakitan.
c. Pengendalian yang cekap dan
d. Perlindungan daripada cuaca yang buruk.
e. Penyesuaian Tindakan sekiranya perlu.

PC perlu mengatur cara-cara untuk mengangkut mangsa ke unit-unit perubatan,


hospital, atau rumah.

Kotak Pertolongan Cemas

Setiap kali keluar bekhemah atau mengembara sama ada berkumpulan


atau dengan patrol, Pengakap mesti membawa kotak pertolongan cemas
bersama. Kotak ini hendaklah dilengkapi dengan segala peralatan dan perubatan
yang perlu. Kemalangan boleh berlaku pada bila-bila masa sahaja, dengan ini
Pengakap mesti bersedia terlebih awal. Pengakap juga mesti tahu kegunaan-
kegunaan peralatan dalam kotak pertolongan cemas. Pada kotak pertolongan
cemas patut ditulis nombor telefon hospital, klinik atau rumah doktor yang
berhampiran atau yang ada di daerahnya supaya senang menghubungi pihak
tersebut. Kotak pertolongan cemas yang dibawa ke perkhemahan mesti
mengandungi peralatan seperti berikut :

i. Pembalut (kain gulung jaring, pembalut tiga segi dan plaster).


ii. Kapas, penyepit, gunting dan pin penyemat.
iii. Dettol (pembasuh luka).
iv. Minyak angin.

23
AAAHHHM
MMAAADDDSSSHHHAAAHHHIIR
IRRBBBIIN
INNM
MMUUUHHHAAAM
MMAAADDD(((888000000333222999---000555---555111888555)))
KKKLLLM
M222111---M
M MAAAKKKTTTAAABBBPPPEEERRRG
M GUUURRRUUUAAANNNSSSUUULLLTTTAAANNNAAABBBDDDUUULLLHHHAAALLLIIM
G M...
IM

v. Larutan dan krim salvon serta iodin untuk luka.


vi. Milk of magnesia (sakit perut dan sembelit).

vii. Krim antisan (gigitan serangga).


viii. Panadol (sakit kepala dan demam).
ix. Optone (sakit mata).
x. Burnol (terbakar).
xi. Vicks (sakit tengkuk dan selesema).

SUDUT PERTOLONGAN CEMAS

Tak lengkap rasanya ruangan kesihatan tanpa panduan pertolongan


cemas. Anda tidak perlu pengetahuan perubatan yang tinggi untuk memberi
pertolongan cemas. Pada amnya setiap orang MESTI mempunyai asas
pengetahuan untuk memberi pertolongan cemas dengan kaedah yang betul.
Pertolongan cemas mesti diberikan secara pantas, betul dan berkesan. Ingat !
pertolongan cemas adalah penting dan perlu kerana ia membantu
mengurangkan penderitaan bahkan boleh menyelamatkan nyawa kerana anda
bertindak pada peringkat paling kritikal sebelum bantuan profesional sampai.
Adalah penting untuk memastikan kaedah yang betul dipatuhi... kerana jika
tidak bukan anda membantu.. tetapi anda memudaratkan keadaan.

KEBAKARAN

Pertolongan cemas hanya boleh diberi kepada mangsa dengan


kecederaan darjah pertama( 1st. degree burning ), yang mana simptomnya

24
AAAHHHM
MMAAADDDSSSHHHAAAHHHIIR
IRRBBBIIN
INNM
MMUUUHHHAAAM
MMAAADDD(((888000000333222999---000555---555111888555)))
KKKLLLM
M222111---M
M MAAAKKKTTTAAABBBPPPEEERRRG
M GUUURRRUUUAAANNNSSSUUULLLTTTAAANNNAAABBBDDDUUULLLHHHAAALLLIIM
G M...
IM

adalah keradangan sederhana dan pembengkakan yang tidak serius. Langkah


awalan ialah rendamkan kawasan terbakar di dalam air hingga hilang rasa sakit.

Jika tidak dapat direndam, lalukan di bawah aliran air paip.Jika perlu sejukkan air
rendaman dengan ketulan air. Jangan letak mentega atau apa-apa medium
berminyak yang lain di atas kawasan terbakar. Kawasan terbakar boleh dirawat
dengan lapisan krim khusus untuk terbakar, lapisan tebal madu, jeli petrolium
atau pasta soda bikarbonat.. Tutup kawasan terbakar dengan lapisan kain yang
nipis dan longgar.....

KEJUTAN ELETRIK

Jangan sentuh mangsa jika dia masih bersentuh dengan punca eletrik .
Putuskan bekalan eletrik yang terbabit. Jika gagal, alihkan mangsa dari bekalan
eletrik menggunakan kayu tebal atau selimut yang kering. Pastikan tangan anda
kering dan anda berada di tempat yang kering. Pastikan adakah mangsa masih
bernafas, jika tidak mulakan pernafasan dari mulut ke mulut dengan segera,

Pada masa yang sama dapatkan seseorang untuk meminta bantuan dari
pihak ambulan atau bantuan cemas yang lain. Teruskan pernafasan dari mulut

25
AAAHHHM
MMAAADDDSSSHHHAAAHHHIIR
IRRBBBIIN
INNM
MMUUUHHHAAAM
MMAAADDD(((888000000333222999---000555---555111888555)))
KKKLLLM
M222111---M
M MAAAKKKTTTAAABBBPPPEEERRRG
M GUUURRRUUUAAANNNSSSUUULLLTTTAAANNNAAABBBDDDUUULLLHHHAAALLLIIM
G M...
IM

ke mulut hingga bantuan tiba. Pemulihan Pernafasan Kardiak (CPR ) perlu juga
diberikan.

KESUKARAN BERNAFAS

Baringkan mangsa telentang, Berhati-hati dengan mangsa yang mengalami


kecederaan belakang atau tengkuk. Dongakkan kepala mangsa dengan
meletakkan satu tangan anda di bawah tengkuk, dan pada masa sama dengan
berhati-hati tekan bahagian dahi ke bawah.. Pastikan tiada objek yang
menghalang saluran tekak.

Gunakan tangan yang menekan dahi untuk menutup lubang hidung


mangsa, lekapkan mulut anda ke mulut mangsa. Dengan perlahan dan berhati-
hati hembuskan dua kali ke dalam mulut mangsa.Jika mangsa tidak bernafas lagi
dengan sendirinya, hembuskan lagi dengan kadar satu hembusan setiap 5 saat
atau 12 hembusan seminit.

Teruskan pemulihan mulut ke mulut hingga bantuan tiba. Sekiranya


mangsa seorang bayi, anda haruskan berikan 20 hembusan seminit atau sekali
setiap 3 saat. Sekiranya mangsa tiada langsung degupan jantung, anda mesti
mulakan CPR.

PENGSAN

Jika anda terasa hendak pengsan, cepat-cepat baring. Jika tidak boleh
baring, duduk dan rehatkan kepala anda antara kedua-dua lutut. Duduk dalam
kedudukan menunduk begini untuk sekurang-kurangnya 10 minit. Cuba rehat

26
AAAHHHM
MMAAADDDSSSHHHAAAHHHIIR
IRRBBBIIN
INNM
MMUUUHHHAAAM
MMAAADDD(((888000000333222999---000555---555111888555)))
KKKLLLM
M222111---M
M MAAAKKKTTTAAABBBPPPEEERRRG
M GUUURRRUUUAAANNNSSSUUULLLTTTAAANNNAAABBBDDDUUULLLHHHAAALLLIIM
G M...
IM

dalam suasana nyaman dan selesa. Jika sesiapa pengsan, rehatkan dia secara
duduk atau berbaring dengan keadaan kepala lebih rendah dari bahagian lain
badan. Setelah sedar pastikan mangsa baring dahulu untuk selama 10 minit.

GIGITAN ULAR

Di Amerika Syarikat terdapat 6,000 hingga 8,000 ekor ular berbisa


mematuk mangsanya setiap tahun, tetapi cuma 5 hingga 8 sahaja yang
membawa maut.

Sebabnya ialah: Ular tidak mahu membazirkan bisanya


yang berharga. Mereka lebih gemar menggunakan kepada
perkara yang lebih berfaedah, seperti membunuh
mangsanya untuk dimakan. Serangan terhadap manusia
kebiasaanya dilakukan hanyalah untuk tujuan pertahanan

dengan menyuntikkan bisa secukupnya untuk menyakitkan anda. Tetapi perlu


diingat, bahawa bisa ular membahayakan nyawa kanak-kanak. Sekiranya salah
seorang daripada anda digigit ular berbisa, jangan hanya bersimpati tapi
selamatkanlah ia. Dapatkan kemudahan perubatan. Dengan menggunakan
rawatan suntikan penyahan racun (antivenin) adalah rawatan terbaik sekali.
Dengan menggunakan cara lama iaitu dengan menoreh sedikit dibahagian
gigitan dan menyedut dengan mulut boleh menyebabkan keadaan mangsa
bertambah teruk.

Apabila kedudukan mangsa jauh daripada sebarang pengangkutan,


elakkan sebarang pergerakkan pada bahagian gigitan dengan menggunakan

27
AAAHHHM
MMAAADDDSSSHHHAAAHHHIIR
IRRBBBIIN
INNM
MMUUUHHHAAAM
MMAAADDD(((888000000333222999---000555---555111888555)))
KKKLLLM
M222111---M
M MAAAKKKTTTAAABBBPPPEEERRRG
M GUUURRRUUUAAANNNSSSUUULLLTTTAAANNNAAABBBDDDUUULLLHHHAAALLLIIM
G M...
IM

kayu belat (splint), jika boleh, angkat mangsa ke tempat yang ada kemudahan
pengangkutan. Jika anda tidak mampu mengangkat mangsa tersebut, si mangsa
kenalah berjalan sendiri. Kesan racun hanya akan kelihatan sekurang-kurangnya

dalam masa 2 jam. Perhatikan tanda-tanda kejutan pada si mangsa (banyak


berpeluh, kulit pucat, bernafas dengan kuat) kerana ketakutan disebabkan digigit
adalah lebih berbahaya berbanding kesan gigitan tersebut.

Apabila kedudukan untuk mengeluarkan mangsa mengambil masa lebih


daripada sehari, cara yang hanya disahkan mampu membantu mangsa ialah
dengan menggunakan alat penyedut bisa (Sawyer Extractor). Gunakan 2
penyedut secara berterusan pada kesan luka untuk mengeluarkan bisa pada
kedua-dua bahagian kesan taring ular tersebut. Apabila ia digunakan dalam
masa 5 minit selepas sahaja terkena gigitan tersebut, ia mampu mengurangkan
kesan keracunan pada si mangsa. Namun ia bukanlah pengganti kepada cara
rawatan dan perubatan profesional.

RACUN

Racun ialah suatu cecair, pepejal atau gas yang masuk ke dalam badan
dengan jumlah yang secukupnya sehingga merosakkan kesihatan, atau malahan
memusnahkan nyawa. Racun gas seperti gas dapur, asap api, asap kereta,
hidrogen klorida dan lain-lain biasanya disedut ke dalam badan. Racun yang
ditelan biasanya disebabkan oleh buah-buahan beracun, makanan berkuman
atau tersalah adunan. Alkali dan asid adalah racun yang kuat kerana akan
membakar mulut atau kerongkong atau perut, ia bertindak terhadap saraf. Jika
termakan racun, berilah tablet atau larutan untuk menghilangkan sakit misalnya

28
AAAHHHM
MMAAADDDSSSHHHAAAHHHIIR
IRRBBBIIN
INNM
MMUUUHHHAAAM
MMAAADDD(((888000000333222999---000555---555111888555)))
KKKLLLM
M222111---M
M MAAAKKKTTTAAABBBPPPEEERRRG
M GUUURRRUUUAAANNNSSSUUULLLTTTAAANNNAAABBBDDDUUULLLHHHAAALLLIIM
G M...
IM

aspirin, ubatan yang mengandungi candu, menidurkannya (dadah barbituret)


atau khayal fikiran.

Jika pesakit sedar dan tiada tanda mulut atau bibir terbakar, tanyalah apa
yang terjadi untuk mendapatkan maklumat. Muntahkan dengan menjolok jari ke
belakang tekak atau meminumkan air garam. Jika terdapat tanda mulut atau bibir
terbakar, berikan air untuk mencairkan. Jika pesakit tidak sedar dan masih
bernafas, tentukan salur nafas terbuka. Letakkan seperti kedudukan pemulihan
pernafasan terhenti. Hantar ke hospital atau klinik bersama bekas racun atau
kesan-kesan yang boleh didapati atau kesan muntah untuk memudahkan doktor
memeriksa jenis racun tersebut.

HIDUNG BERDARAH

Suruh pesakit duduk tegak dengan kepalanya tegak atau tundukkan


sedikit ke hadapan. Angkat lengannya naik sama rata dengan bahu, longgarkan
pakaian dilehernya. Suruh pesakit bernafas melalui mulut, letakkan sedikit air
batu di batang hidungnya dan picit lubang hidungnya selama lebih kurang lima
atau enam minit. Jika masih terdapat darah keluar, bawa ke hospital atau klinik
berdekatan. Seorang Pengakap harus tahu tempat atau bahagian-bahagian
menahan darah keluar daripada badan pesakit untuk mengurangkan kesakitan
atau ketenatan pesakit dan seterusnya membawa maut kepadanya.

29
AAAHHHM
MMAAADDDSSSHHHAAAHHHIIR
IRRBBBIIN
INNM
MMUUUHHHAAAM
MMAAADDD(((888000000333222999---000555---555111888555)))
KKKLLLM
M222111---M
M MAAAKKKTTTAAABBBPPPEEERRRG
M GUUURRRUUUAAANNNSSSUUULLLTTTAAANNNAAABBBDDDUUULLLHHHAAALLLIIM
G M...
IM

BAB 2 : LUKA-LUKA DAN PENDARAHAN

Luka-luka terjadi disebabkan pecahnya dibahagian kulit selepas sesuatu


kecederaan. Terpotong, calaran dan terbakar adalah digolongkan dalam jenis-
jenis luka.

Jenis-jenis Luka
Luka terbahagi kepada luka terbuka dan luka tertutup.
1. Luka terbuka : Pengaliran darah daripada luka melalui kulit. Ada berbagai
bagai jenis luka terbuka seperti luka terhiris, luka terkoyak, luka tusukan,
calar balar dan luka tembakan.

i. Luka terhiris : Pisau, pisau cukur atau hujung lembar kertas boleh
menyebabkan luka terhiris. Luka jenis ini menyebabkan darah keluar
terlalu banyak kerana saluran pembuluh darah telah terpotong dan amat
sukar untuk bercantum semula.

ii. Luka terkoyak : Kulit mungkin akan terkoyak terkena kawat duri, alatan
mesin, cakaran binatang. Luka jenis ini aliran darahnya kurang jika

30
AAAHHHM
MMAAADDDSSSHHHAAAHHHIIR
IRRBBBIIN
INNM
MMUUUHHHAAAM
MMAAADDD(((888000000333222999---000555---555111888555)))
KKKLLLM
M222111---M
M MAAAKKKTTTAAABBBPPPEEERRRG
M GUUURRRUUUAAANNNSSSUUULLLTTTAAANNNAAABBBDDDUUULLLHHHAAALLLIIM
G M...
IM

dibandingkan dengan luka terhiris kerana saluran pembuluh yang


terkoyak akan mudah bercantum. Darah beku akan kelihatan
merentangi pinggir-pinggir luka yang berjeriji. Luka ini kadangkala
tercemar.

iii. Luka tusukan : Paku, jarum-jarum,garpu perkebunan, batang besi, gigi


boleh menyebabkan luka tusukan yang mengakibatkan luka dalaman
yang serius. Jika lukanya dalam ia senang terdedah kepada jangkitan
oleh kerana kuman dan kotoran mungkin telah membawa kedalam
bersama.

iv. Calar-balar : Calar-balar dapat dilihat bila mana saluran darah bawah
kulit telah pecah seperti terjatuh, tergelincir atau berlaga. ‘Kehitaman
Mata’ juga adalah termasuk sebagi calar balar/lebam yang seharusnya
dirujukkan kepada doktor kerana diragukan berlaku kerosakan kepada
mata itu sendiri, tengkorak dan mungkin juga tulang pipi.

31
AAAHHHM
MMAAADDDSSSHHHAAAHHHIIR
IRRBBBIIN
INNM
MMUUUHHHAAAM
MMAAADDD(((888000000333222999---000555---555111888555)))
KKKLLLM
M222111---M
M MAAAKKKTTTAAABBBPPPEEERRRG
M GUUURRRUUUAAANNNSSSUUULLLTTTAAANNNAAABBBDDDUUULLLHHHAAALLLIIM
G M...
IM

2. Luka Tertutup : Pendarahan hanya berlaku didalam tubuh. Darah tidak


keluar melalui luka pada kulit dan boleh menyebabkan kesakitan dan
renjatan, kadangkala darah mungkin keluar melalui permukaan-
permukaan semulajadi dalam tubuh seperti melalui hidung, mulut, telinga,
melalui najis, air kencing atau pun muntah. Kadangkala kelihatan tanda-
tanda luaran seperti lebam atau darah terkumpul dibawah kulit.

Pendarahan
Jika kehilangan darah berlaku terlalu banyak dari tubuh badan disebabkan luka-
luka atau lain-lain kecederaan, pesakit mungkin akan membawa maut.
Sentiasalah beringat supaya memberhentikan pendarahan serta-merta.

Tanda-tanda

 Berdarah tanpa henti.


 Berpeluh dengan banyak.
 Muka menjadi pucat.
 Berasa dingin.
 Dahaga.
 Pening-pening.
 Pitam.

32
AAAHHHM
MMAAADDDSSSHHHAAAHHHIIR
IRRBBBIIN
INNM
MMUUUHHHAAAM
MMAAADDD(((888000000333222999---000555---555111888555)))
KKKLLLM
M222111---M
M MAAAKKKTTTAAABBBPPPEEERRRG
M GUUURRRUUUAAANNNSSSUUULLLTTTAAANNNAAABBBDDDUUULLLHHHAAALLLIIM
G M...
IM

 Gelisah.
 Denyutan nadi menjadi laju dan lemah.

Apa yang harus dilakukan ?

1. Bersihkan luka daripada kotoran. Bersihkan bahagian luka pada air yang
mengalir jika boleh sehingga bersih.
2. Basuh tangan anda sebelum atau selepas memberikan bantuan kecemasan
kepada seseorang untuk menghindarkan daripada infeksi dan juga gunakan
kain bebat sucihama (sterile bandage) jika boleh.
3. Hentikan pengaliran darah dengan menekan ke ruas atas luka, atau tautkan
rapat-rapat bahagian yang terpotong. Letakkan kain bebat yang tebal kemas-
kemas di atas bahagian yang luka jika kain bebat yang sesuai tidak
diperolehi, gunakan sebarang pembalut lapek atau bahan-bahan yang serupa
dengannya ataupun kertas tisu. Berikan tekanan yang kemas untuk 10 minit,
dan seboleh-bolehnya terlentangkan pesakit itu.
4. Jika luka berlaku pada anggota tangan atau kaki, tinggikan bahagian yang
cedera untuk meredakan pendarahan. Selesa dan yakinkan pesakit.

33
AAAHHHM
MMAAADDDSSSHHHAAAHHHIIR
IRRBBBIIN
INNM
MMUUUHHHAAAM
MMAAADDD(((888000000333222999---000555---555111888555)))
KKKLLLM
M222111---M
M MAAAKKKTTTAAABBBPPPEEERRRG
M GUUURRRUUUAAANNNSSSUUULLLTTTAAANNNAAABBBDDDUUULLLHHHAAALLLIIM
G M...
IM

INGAT !
BERIKAN TEKANAN
SELAMA 10 MINIT

5. Jika darah masih mengalir meresapi pada pembebatan pertama, pastikan


bebatannya berada di tempat yang betul. Jika masih juga berdarah,
tambahkan selapis lagi kain bebat – JANGAN BUANG kain bebat yang
pertama tadi.
6. Biarkan bahagian yang luka berada dalam kedudukan yang tinggi beberapa
ketika selepas pendarahan dapat dihentikan. Doktor seharusnyamemeriksa
kesemua luka yang teruk. Jika perlu dijahit supaya cepat sembuh.
7. Luka tusukan, contohnya tercucuk paku yang berkarat atau digigit anjing
boleh menyebabkan jangkitan kemudiannya. Oleh yang demikian suntikan
ANTI-TETANUS (Kancing Gigi) perlu diberikan.

34
AAAHHHM
MMAAADDDSSSHHHAAAHHHIIR
IRRBBBIIN
INNM
MMUUUHHHAAAM
MMAAADDD(((888000000333222999---000555---555111888555)))
KKKLLLM
M222111---M
M MAAAKKKTTTAAABBBPPPEEERRRG
M GUUURRRUUUAAANNNSSSUUULLLTTTAAANNNAAABBBDDDUUULLLHHHAAALLLIIM
G M...
IM

Objek-objek luar seperti kaca, besi atau serpihannya, kemungkinan terlekat


dalam bahagian luka, selepas sesuatu kemalangan. Ia hanya boleh dibuang oleh
pembantu Kecemasan sahaja, itupun kalau objek-objek tersebut terlekat
dilapisan luar kulit sahaja. Jika objek luar itu terbenam dalam, lekapkan kain
bebat di tepi sekeliling objek sebelum mengenakan tekanan untuk
memberhentikan pengaliran darah.

BAB 3 : PATAH TULANG

Patah

Rangka tubuh adalah terdiri daripada susunan tulang yang memberikan


perlindungan kepada organ-organ penting dalam tubuh. Dimana dua atau lebih
tulang-tulang bertemu akan melahirkan SENDI. Otot-otot bekerja dengan tulang-
tulang dan sendi-sendi untuk membantu kita bergerak.

Tulang yang retak ataupun terpisah dipanggil PATAH. Biasanya amat


suar untuk mengenalpasti sama ada tulang itu patah atau tidak. Bila mana kita
merasai sangsi, kecederaan itu mestilah di rawat sepertimana rawatan untuk
patah.

INGAT !
JIKA MASIH SANGSI
RAWAT SEPERTIMANA
PATAH
35
AAAHHHM
MMAAADDDSSSHHHAAAHHHIIR
IRRBBBIIN
INNM
MMUUUHHHAAAM
MMAAADDD(((888000000333222999---000555---555111888555)))
KKKLLLM
M222111---M
M MAAAKKKTTTAAABBBPPPEEERRRG
M GUUURRRUUUAAANNNSSSUUULLLTTTAAANNNAAABBBDDDUUULLLHHHAAALLLIIM
G M...
IM

AWAS !

 Jangan pindahkan mangsa.


 Jangan gerakkan bahagian yang tercedera.
 Jangan masukkan tulang yang tersembul.
 Jangan balut ketat.

Sebab patah

Patah boleh disebabkan oleh :

1. Kekuatan hentakan tepat (Direct Force) – patah yang berlaku di tempat


yang menerima hentakan.
2. Kekuatan hentakan sipi (Indirect Force) – patah yang berlaku bukan di
tempat yang menerima hentakan.

Jenis-jenis patah

PATAH TERTUTUP - Tulang patah tetapi kulit tidak tercedera.

PATAH TERBUKA - Luka akan wujud dibahagian tulang yang patah.

36
AAAHHHM
MMAAADDDSSSHHHAAAHHHIIR
IRRBBBIIN
INNM
MMUUUHHHAAAM
MMAAADDD(((888000000333222999---000555---555111888555)))
KKKLLLM
M222111---M
M MAAAKKKTTTAAABBBPPPEEERRRG
M GUUURRRUUUAAANNNSSSUUULLLTTTAAANNNAAABBBDDDUUULLLHHHAAALLLIIM
G M...
IM

Ciri-ciri patah

PATAH MELARAT - Patah tulang yang mengakibatkan organ


sekelilingnya rosak, seperti paru-paru yang rosak
disebabkan patah tulang rusuk. Atau kerosakan otak
disebabkan tengkorak pecah.

PATAH REBUNG - Sebahagian dari tulang itu patah. Ini berlaku apabila
tulang kanak-kanak yang muda dan baru membesar
itu cedera tetapi tidak patah langsung. Ia mungkin
terbengkok seperti ranting muda sesuatu pokok.

i- Patah terbuka ii- Patah tertutup.

Bagaimana untuk mengenal patah

1. Sakit di tempat yang patah atau berhampiran dengannya.


2. Bengkak dan lebam-lebam.
3. Hilang daya upaya dibhagian yang cedera.
4. Anggota badan yang cedera berubah bentuk, ini dapat dilihat perbezaan
diantara lengan tangan dan kaki yang cedera dengan anggota yang tidak
cedera. Tanda-tanda renjatan akan wujud.

37
AAAHHHM
MMAAADDDSSSHHHAAAHHHIIR
IRRBBBIIN
INNM
MMUUUHHHAAAM
MMAAADDD(((888000000333222999---000555---555111888555)))
KKKLLLM
M222111---M
M MAAAKKKTTTAAABBBPPPEEERRRG
M GUUURRRUUUAAANNNSSSUUULLLTTTAAANNNAAABBBDDDUUULLLHHHAAALLLIIM
G M...
IM

Apa yang harus dilakukan ?

1. Tenangkan mangsa.
2. Topang dibahagian yang cedera dan cegah gerak bahagian tersebut.
3. Tutup mana-mana luka dengan kain bebat yang telah disucihamakan.
4. Topang dibahagian yang cedera dalam posisi yang sangat-sangat selesa.
Rehatkan bahagian lengan yang patah dengan bantal atau kusyen. Gunakan
selimut yang digulung dan apitkan di sisi sepanjang anggota yang patah.
5. Gunakan bahagian anggota yang tidak cedera sebagai sokongan.
Contohnya, bebatkan jari yang patah kepada jari yang disebelahnya.
6. Dapatkan bantuan seberapa segera yang boleh.

TERKEHEL

Selepas sesuatu pergerakan yang tidak semena-mena dan luar biasa,


tulang dibahagian sendi mungkin menjadi terkehel dan biasanya diikuti dengan
kesakitan yang amat sangat dan membengkak. Kemungkinan hilang daya upaya
di tempat yang cedera. Kadangkala mungkin ada tulang yang cedera di tempat
tersebut atau berhampiran dengannya. Oleh yang demikian, jangan cuba
merawat tempat yang terkehel kerana ini akan menyebabkan kehilangan daya
rasa atau pergerakan disebabkan tekanan diatas urat saraf yang berhampiran
atau saraf saluran darah.

Apa yang harus dilakukan ?

1. Bantu pesakit supaya berada dalam posisi yang sangat selesa.


2. Tinggikan bahagian yang cedera bagi mengurangkan kesakitan dan
bengkaknya.

38
AAAHHHM
MMAAADDDSSSHHHAAAHHHIIR
IRRBBBIIN
INNM
MMUUUHHHAAAM
MMAAADDD(((888000000333222999---000555---555111888555)))
KKKLLLM
M222111---M
M MAAAKKKTTTAAABBBPPPEEERRRG
M GUUURRRUUUAAANNNSSSUUULLLTTTAAANNNAAABBBDDDUUULLLHHHAAALLLIIM
G M...
IM

3. Bilamana merasa sangsi, rawat kecederaan sebagaimana merawat patah.


4. Berikan demahan sejuk atau pek ais batu. Letakkan demahan di atas tempat
yang cedera selama 20 minit dalam setiap 4 jam.
5. Selepas 20 minit, sokong sendi dengan balutan yang kemas, tinggikan dan
rehatkan anggota yang cedera.
6. Kecederaan seharusnya diperiksa oleh doktor, bagi memastikan tidak ada
tulang yang patah

BAB 4 : TERBAKAR DAN MELECUR

Terbakar ialah kecederaan kepada kulit dan lain-lain tisu badan,


disebabkan terkena haba kering. Terbakar boleh disebabkan oleh api yang
menyala, bahanapi (flame), objek-objek yang panas, bahan kimia atau arus
elektrik.

Melecur ialah kecederaan disebabkan oleh haba lembab, seperti air


mendidih, wap atau minyak panas. Terbakar dan melecur biasanya adalah
serius. Selain daripada kesakitan dan renjatan yang serius selepas kemalangan,
ia juga akan meninggalkan kesan parut.

APA YANG HARUS DILAKUKAN JIKA PAKAIAN ANDA DISAMBAR API ?

BERHENTI : Jangan berlari kerana api akan marak bila kita berlari.

39
AAAHHHM
MMAAADDDSSSHHHAAAHHHIIR
IRRBBBIIN
INNM
MMUUUHHHAAAM
MMAAADDD(((888000000333222999---000555---555111888555)))
KKKLLLM
M222111---M
M MAAAKKKTTTAAABBBPPPEEERRRG
M GUUURRRUUUAAANNNSSSUUULLLTTTAAANNNAAABBBDDDUUULLLHHHAAALLLIIM
G M...
IM

REBAH : Rebah diri anda, sama ada meniarap atau terlentang ke bumi bagi
meminimumkan julangan api itu.

GULING : Bagi memadam api kebakaran itu.

 Jika pakaian anda diresapi dengan air panas atau minyak panas, tanggalkan
pakaian luar dengan segera sebelum menyejukkan kulit anda, itu pun kalau
kain tidak melekat pada kulit anda.
 Sejukkan dengan segera bahagian yang terbakar dengan air sejuk. Terbakar
di tangan, kaki, lengan boleh disejukkan dengan meletakkannya dibawah
cucuran air paip yang sejuk. Sejukkan kulit sekurang-kurangnya 10 minit
lamanya.

 Setelah kulit disejukkan, tutup dengan kain bebat sucihama atau kain bebat
yang bersih. Cadar yang bersih boleh digunakan dalam masa kecemasan.
 Jangan sapukan sebarang krim atau ubat sapu kepada bahagian yang
terbakar.
 Gelembung akan wujud selepas terbakar atau melecur. Jangan pecah atau
cucuk gelembung tersebut.
 Bahan-bahan kimia yang terpercik kepada kulit akan menyebabkan terbakar
kulit dan ianya perlu dibasuh dahulu dengan air selama 15 minit sebelum
pembebatan dilakukan.
 Jika mata terbakar oleh bahan kimia, hendaklah dirawat di bawah air yang
mengalir selama 15 minit. Kemudian balut mata tersebut dengan pelapik
yang bersih. Pesakit hendaklah dirujukkan kepada doktor.
 Jika sebahagian besar kawasan tubuh terlibat oleh kebakaran, renjatan akan
wujud, sehirup air boleh diberikan sementara menunggu doktor atau
ambulans tiba.

40
AAAHHHM
MMAAADDDSSSHHHAAAHHHIIR
IRRBBBIIN
INNM
MMUUUHHHAAAM
MMAAADDD(((888000000333222999---000555---555111888555)))
KKKLLLM
M222111---M
M MAAAKKKTTTAAABBBPPPEEERRRG
M GUUURRRUUUAAANNNSSSUUULLLTTTAAANNNAAABBBDDDUUULLLHHHAAALLLIIM
G M...
IM

Peraturan Sembilan

Cara mengukur peratus bahagian terbakar, melecur, dengan


menggunakan kaedah 9 (Rule of nine).

Bahagian muka 9 % - 9%

Bahagian anggota atas, 9 % setiap satu - 18 %

Bahagian dada dan perut, 18 % setiap satu - 36 %

Bahagian anggota bawah, 18 % setiap satu - 36 %

Bahagian kemaluan - 1%

Jumlah 100 %

41
AAAHHHM
MMAAADDDSSSHHHAAAHHHIIR
IRRBBBIIN
INNM
MMUUUHHHAAAM
MMAAADDD(((888000000333222999---000555---555111888555)))
KKKLLLM
M222111---M
M MAAAKKKTTTAAABBBPPPEEERRRG
M GUUURRRUUUAAANNNSSSUUULLLTTTAAANNNAAABBBDDDUUULLLHHHAAALLLIIM
G M...
IM

Bantuan awalan

1. Berhentikan kebakaran (Burning Stops)


- sejukkan bahagian anggota yang terbakar selama 20 minit. Tujuannya
ialah untuk mengurangkan kepanasan.
- Tentukan ia tidak merebak dan kurangkan kesakitan supaya tidak berlaku
renjatan.

2. Tentukan mangsa tersebut bernafas (Breathing Maintain).


3. Periksa tahap kebakaran (Body Examine).
a) SEJUKKAN – COOL
- Letakkan bahagian yang cedera dengan cermat kedalam air sejuk
yang mengalir secara perlahan-lahan atau rendam anggota itu ke
dalam air sejuk.

b) BEBATKAN – COVER
- Bebatkan dengan kain yang telah dibasahkan.

c) PEMINDAHAN
- Hantarkan ke hospital dengan serta-merta.

42
AAAHHHM
MMAAADDDSSSHHHAAAHHHIIR
IRRBBBIIN
INNM
MMUUUHHHAAAM
MMAAADDD(((888000000333222999---000555---555111888555)))
KKKLLLM
M222111---M
M MAAAKKKTTTAAABBBPPPEEERRRG
M GUUURRRUUUAAANNNSSSUUULLLTTTAAANNNAAABBBDDDUUULLLHHHAAALLLIIM
G M...
IM

BAB 5 : RENJATAN

Renjatan terjadi disebabkan oleh kekurangan pengaliran darah melalui


tubuh kita. Kecederaan atau sakit dengan tiba-tiba boleh membawa kepada
renjatan. Dalam pendarahan yang serius, maut akan menemui seseorang
disebabkan renjatan yang teruk, tetapi dapat dielakkan sekiranya langkah-
langkah bantuan kecemasan diberikan dengan cepat dan betul.

Pesakit yang terenjat

 Kelihatan pucat.
 Sejuk dan kulit melekit.
 Denyutan nadi lemah tetapi pantas.
 Rasa sakit dan hendak muntah.
 Rasa hendak pitam dan pening.

43
AAAHHHM
MMAAADDDSSSHHHAAAHHHIIR
IRRBBBIIN
INNM
MMUUUHHHAAAM
MMAAADDD(((888000000333222999---000555---555111888555)))
KKKLLLM
M222111---M
M MAAAKKKTTTAAABBBPPPEEERRRG
M GUUURRRUUUAAANNNSSSUUULLLTTTAAANNNAAABBBDDDUUULLLHHHAAALLLIIM
G M...
IM

 Mungkin terasa dahaga kerana kehilangan cairan tubuh yang banyak


(biasanya pada kes terbakar dan pendarahan).
 Akan menyebabkan tidak sedar diri.

Punca

 Hilang terlalu banyak darah.


 Jantung gagal berfungsi dengan baik.
 Keracunan.
 Kejutan elektrik.
 Kepanasan / sejuk melampau.
 Serangan vasuvagal – menahan sakit berdiri terlalu lama.

Apa yang harus dilakukan ?

1. Telentangkan pesakit, tinggikan kedua-dua kaki bagi memulihkan peredaran


darahnya.
2. Longgarkan pakaian yang ketat terutama di bahagian leher dan pinggangnya.
3. Tentukan keadaan sekeliling tenang dan dapatkan seberapa banyak udara
yang bersih.
4. Selimutkan pesakit agar sentiasa panas, tetapi jangan biarkan badannya
kepanasan.
5. Jangan beri sebarang makanan atau minuman kepada pesakit kerana ini
boleh menyebabkan muntah.
6. Berikan keselesaan dan keyakinan kepada pesakit, periksa bahawa semua
kecederaan dikenal pasti dan dirawat.
7. Dapatkan bantuan lanjut . Sekiranya didapati pesakit tidak sedar diri, bukakan
saluran udaranya. Periksa sama ada pesakit bernafas, jika bernafas pastikan

44
AAAHHHM
MMAAADDDSSSHHHAAAHHHIIR
IRRBBBIIN
INNM
MMUUUHHHAAAM
MMAAADDD(((888000000333222999---000555---555111888555)))
KKKLLLM
M222111---M
M MAAAKKKTTTAAABBBPPPEEERRRG
M GUUURRRUUUAAANNNSSSUUULLLTTTAAANNNAAABBBDDDUUULLLHHHAAALLLIIM
G M...
IM

ia dalam keadaan posisi pemulihan dimana kepalanya didongakkan supaya


saluran udaranya terbuka luas. Sentiasa berada disamping pesakit.
8. Dapatkan bantuan ambulans secepat mungkin.

PITAM

Pitam mungkin disebabkan mendengar berita buruk, tersangat gembira,


tersangat panas atau berdiri terlalu lama. Pesakit kelihatan terperanjat, nadi
lemah, merasa pening dan berpusing dan mungkin rebah.

Apa yang harus dilakukan ?

1. Rawatan yang paling berkesan ialah baringkan pesakit di lantai dan tinggikan
kakinya.
2. Longgarkan pakaian yang ketat di bahagian leher dan pinggang.
3. Makanan atau minuman sama sekali TIDAK BOLEH diberikan sehingga I
betul-betul pulih seperti sediakala.

45
AAAHHHM
MMAAADDDSSSHHHAAAHHHIIR
IRRBBBIIN
INNM
MMUUUHHHAAAM
MMAAADDD(((888000000333222999---000555---555111888555)))
KKKLLLM
M222111---M
M MAAAKKKTTTAAABBBPPPEEERRRG
M GUUURRRUUUAAANNNSSSUUULLLTTTAAANNNAAABBBDDDUUULLLHHHAAALLLIIM
G M...
IM

4. Periksa reaksi pesakit bila anda bercakap dengannya. Jika ia tidak sedar diri,
baringkan pesakit dalam posisi pemulihan dan pastikan saluran udaranya
terbuka.

Tinggikan kaki mangsa

BAB 6 : TEKNIK-TEKNIK CPR

Resusitasi kardiopulmonari (CPR) yang awal adalah penghubung penting


dalam menentukan kitar mandiri kepada mangsa jantung terhenti atau
pernafasan terhenti. CPR termasuklah pernafasan bantuan mulut ke mulut
(ataupun pernafasan bantuan dengan cara lain) dan tekanan dada. Dengan cara
ini darah yang mengandungi oksigen akan terus mengalir ke otak dan organ-
organ penting hingga rawatan perubatan sewajarnya tiba untuk memulikan
jantung.

Jantung terhenti menyebabkan mangsa pengsan dalam masa beberapa


saat. Hubungilah sistem rawatan kecemasan dengan segera. Jika cepat

46
AAAHHHM
MMAAADDDSSSHHHAAAHHHIIR
IRRBBBIIN
INNM
MMUUUHHHAAAM
MMAAADDD(((888000000333222999---000555---555111888555)))
KKKLLLM
M222111---M
M MAAAKKKTTTAAABBBPPPEEERRRG
M GUUURRRUUUAAANNNSSSUUULLLTTTAAANNNAAABBBDDDUUULLLHHHAAALLLIIM
G M...
IM

melakukan CPR, defibrilasi dan rawatan lanjutan, magsa mempunyai peluang


untuk dipulihkan.

CPR merangkumi tiga kemahiran penyelamat asas : saluran pernafasan,


pernafasan dan edaran darah (ataupun disebutkan ABCs of CPR : Airway,
Breathing, and Circulation).

Saluran Pernafasan (Airway)

Tindakan utama untuk kejayaan resusitasi ialah membuka saluran


pernafasan serta merta dengan membetulkan posisi kepala magsa. Perlu diingati
bahawa bahagian belakang lidah dan epiglotis selalu menghalang saluran
pernafasan mangsa yang tidak sedar diri. Oleh kerana lidah dan epiglotis
bercantum di bahagian bawah rahang, dengan cara mendongakkan kepala ke
belakang dan mengangkat dagu ke atas, anda boleh mengangkat lidah dan

epilogtis daripada bahagian belakang tekak. Ini biasanya membuka saluran


pernafasan.

Pernafasan (Breathing)

Apabila pernafasan terhenti badan kita hanya mempunyai oksigen yang


masih ada dalam paru-paru dan darah. Oleh sebab itu apabila pernafasan
terhenti, jantung akan terhenti dan mangsa akan mati sejurus selepas itu.
Bantuan pernafasan mulut ke mulut adalah cara yang tercepat untuk
menyampaikan oksigen ke parau-paru mangsa. Udara yang anda hembus
mengandungi cukup oksigen untuk sekurang-kurangnya menampung

47
AAAHHHM
MMAAADDDSSSHHHAAAHHHIIR
IRRBBBIIN
INNM
MMUUUHHHAAAM
MMAAADDD(((888000000333222999---000555---555111888555)))
KKKLLLM
M222111---M
M MAAAKKKTTTAAABBBPPPEEERRRG
M GUUURRRUUUAAANNNSSSUUULLLTTTAAANNNAAABBBDDDUUULLLHHHAAALLLIIM
G M...
IM

sebahagian daripada keperluan mangsa. Pernafasan bantuan perlu diteruskan


sehingga mangsa boleh bernafas sendiri atau sehingga para profesional terlatih
tiba.

Sekiranya magsa tidak sedar, tetapi bernafas dan tiada tanda-tanda


trauma, anda perlu meletakkan mangsa mengiring dalam posisi pemulihan. Jika
jantung masih berdenyut, anda perlu :

1. pastikan saluran pernafasan sentiasa terbuka.


2. berikan pernafasan bantuan.

Jika jantung mangsa tidak berdenyut, pernafasan bantuan dan tekanan dada
perlu dimulakan.

Edaran Darah

Tekanan dada mengekalkan edaran darah ke paru-paru, otak, arteri,


koronari dan organ-organ penting yang lain. Apabila tekanan dada dijalankan
pernafasan bantuan mulut ke mulut juga patut dilakukan bersama.

POSISI PEMULIHAN : Jika mangsa mula bernafas dan nadinya kembali semasa
atau selepas resusitasi, anda perlu meletakkan mangsa dalam posisi pemulihan.

CARA-CARA PEMULIHAN NAFAS

48
AAAHHHM
MMAAADDDSSSHHHAAAHHHIIR
IRRBBBIIN
INNM
MMUUUHHHAAAM
MMAAADDD(((888000000333222999---000555---555111888555)))
KKKLLLM
M222111---M
M MAAAKKKTTTAAABBBPPPEEERRRG
M GUUURRRUUUAAANNNSSSUUULLLTTTAAANNNAAABBBDDDUUULLLHHHAAALLLIIM
G M...
IM

Keutamaan yang mesti adalah membetulkan kedudukan salur pernafasan,


memastikan oksigen cukup masuk ke paru-paru dan memastikan peredaran
darah yang cukup bagi membawa oksigen.

Mulut ke mulut

Cara ini paling berkesan dan boleh digunakan untuk semua peringkat
kecuali :
1. Apabila didapati luka pada muka atau mulut pesakit.
2. Apabila pesakit bertelangkup mulutnya ke bawah.
3. Kalau muntah mengganggu pemulihan pernafasan.

Rawatan : Letakkan pesakit dalam keadaan kepala mendongak dan mendagu


ke atas. Buangkan benda-benda yang menghalang pernafasan, tinggikan
bahagian bahu. Jalankan pemulihan nafas dengan cara dari mulut ke mulut.
Buka mulut anda selebar-lebarnya dan tarik nafas panjang-panjang. Picit hidung
pesakit dengan jari anda, letakkan bibir anda di sekeliling mulutnya. Tiup ke
dalam paru-parunya sehingga dadanya kembang, kemudian alihkan mulut, anda
akan lihat dadanya mengempis. Ulang dan sambungkan perbuatan tadi mengikut
kadar pernafasan biasa.

Pemulihan nafas kaedah Holger-Nielsen

49
AAAHHHM
MMAAADDDSSSHHHAAAHHHIIR
IRRBBBIIN
INNM
MMUUUHHHAAAM
MMAAADDD(((888000000333222999---000555---555111888555)))
KKKLLLM
M222111---M
M MAAAKKKTTTAAABBBPPPEEERRRG
M GUUURRRUUUAAANNNSSSUUULLLTTTAAANNNAAABBBDDDUUULLLHHHAAALLLIIM
G M...
IM

Caranya ialah dengan meletakkan si mangsa di atas tempat yang rata


dengan keadaan meniarap dan mukanya menghala ke bawah. Letakkan kedua-
dua belah tangannya di bawah dahi dan palingkan mukanya sedikit ke sebelah
kiri atau kanan. Pastikan mulut dan hidungnya jangan diganggui oleh sebarang
benda yang menghalang pernafasan.

Penolong hendaklah meletakkan kedua-dua belah tangannya di atas


belakang si malang dan bergerak ke hadapan perlahan-lahan, sehingga lengan
penolong tegak atau hampir-hampir tegak, iaitu mengikut susuk badan si malang
dan penolong. Semasa pergerakan tadi, gunalah kekuatan biasa. Gerakan ini
memakan masa selama dua saat. Tekanan dari bahan ayunan badan penolong
akan menyebabkan nafas keluar.

Lepas itu penolong menggerakkan badannya ke belakang dalam satu


saat sambil urutan tangannya melalui bahu si mangsa. Penolong dapat
mencekak pangkal lengan dekat siku si mangsa. Penolong mengangkat dan
menarik lengan si mangsa hingga dia teraa lengan si malang itu tegang dan

50
AAAHHHM
MMAAADDDSSSHHHAAAHHHIIR
IRRBBBIIN
INNM
MMUUUHHHAAAM
MMAAADDD(((888000000333222999---000555---555111888555)))
KKKLLLM
M222111---M
M MAAAKKKTTTAAABBBPPPEEERRRG
M GUUURRRUUUAAANNNSSSUUULLLTTTAAANNNAAABBBDDDUUULLLHHHAAALLLIIM
G M...
IM

gerakan ini dilakukan selama dua saat. Jangan biarkan dada si mangsa itu
terangkat dari tempatnya. Gerakan ini menyebabkan dia menarik nafas.

Dalam masa satu saat, penolong meletakkan lengan si mangsa itu balik
ke atas lantai atau bumi seperti mula-mula tadi. Kemudian ulangan perlakuan
dan pergerakan seperti di atas sehinggalah kelihatan si mangsa boleh bernafas
semula. Pergerakan di atas mengambil masa selama enam saat dan ini
bermakna 10 pergerakan dilakukan dalam masa satu minit.

Rawatan bagi lemas

Bagi mangsa lemas, rawatan pemulihan harus dijalankan dengan segera.


Buangkan benda-benda yang menyekat perjalanan pernafasannya. Aturkan
pemindahan segera ke hospital atau klinik. Lemas boleh dibahagikan kepada
dua keadaan, iaitu lemas yang disebabkan oleh gas beracun, dan rawatan bagi
lemas ini ialah menggunakan ‘Barisan Penyelamat’ untuk mengambilnya
sekiranya dia

berada di tempat berkurung. Buka tingkap atau bukaan jendela. Tarik nafas
panjang-panjang, tahan dan pindahkan pesakit dengan segera. Jika
pernafasannya terhenti mulakan pemulihan dengan segera.

Lemas kedua ialah lemas kerana asap. Rawatannya ialah dengan


mengikat kain basah pada mulut dan hidung anda, rendahkan badan dan
pindahkan pesakit dengan segera. Gunakan ‘Barisan Penyelamat’. Tanda-tanda
lemas ialah batuk secara tiba-tiba, muka dan leher menjadi kebiru-biruan, dan
berusaha untu bernafas secara bersungguh-sungguh.

51
AAAHHHM
MMAAADDDSSSHHHAAAHHHIIR
IRRBBBIIN
INNM
MMUUUHHHAAAM
MMAAADDD(((888000000333222999---000555---555111888555)))
KKKLLLM
M222111---M
M MAAAKKKTTTAAABBBPPPEEERRRG
M GUUURRRUUUAAANNNSSSUUULLLTTTAAANNNAAABBBDDDUUULLLHHHAAALLLIIM
G M...
IM

PEMBALUT DAN ANDUH

Pembalut segitiga

Pembalut terdiri daripada sejenis kain putih yang berukuran lebih kurang
140 cm x 90 cm x 90 cm. I boleh digunakan bagi menuap atau menjauhkan
bahagian yang patah daripada bengkak, menyapu bahagian yang cedera,
menahan darah keluar di arteri, dan menolong mengangkat atau membawa
pesakit. Kegunaannya bergantung kepada perkara di atas dan dapat
diubahsuaikan saiznya dengan penggunaannya.

Sebesar kain – sehelai penuh


Pembalut besar – lipatkan dua

52
AAAHHHM
MMAAADDDSSSHHHAAAHHHIIR
IRRBBBIIN
INNM
MMUUUHHHAAAM
MMAAADDD(((888000000333222999---000555---555111888555)))
KKKLLLM
M222111---M
M MAAAKKKTTTAAABBBPPPEEERRRG
M GUUURRRUUUAAANNNSSSUUULLLTTTAAANNNAAABBBDDDUUULLLHHHAAALLLIIM
G M...
IM

Pembalut kecil – lipatan tiga

Gunakan ikatan buku sila semasa menggunakannya.

Anduh

Anduh digunakan untuk mengampu dan merehatkan anggota atas serta


menjauhkan anggota atas daripada menarik atau menggerakkan dada, bahu dan
leher. Terdapat tiga jenis anduh, iaitu anduh besar, anduh leher dan lengan, dan
anduh segitiga.

Cara-cara membalut

Membalut kepala

53

Membalut siku dengan pembalut gulung


AAAHHHM
MMAAADDDSSSHHHAAAHHHIIR
IRRBBBIIN
INNM
MMUUUHHHAAAM
MMAAADDD(((888000000333222999---000555---555111888555)))
KKKLLLM
M222111---M
M MAAAKKKTTTAAABBBPPPEEERRRG
M GUUURRRUUUAAANNNSSSUUULLLTTTAAANNNAAABBBDDDUUULLLHHHAAALLLIIM
G M...
IM

Membalut punggung

Membalut tangan dan lengan dengan pembalut gulung

Membalut siku dengan pembalut gulung

54
AAAHHHM
MMAAADDDSSSHHHAAAHHHIIR
IRRBBBIIN
INNM
MMUUUHHHAAAM
MMAAADDD(((888000000333222999---000555---555111888555)))
KKKLLLM
M222111---M
M MAAAKKKTTTAAABBBPPPEEERRRG
M GUUURRRUUUAAANNNSSSUUULLLTTTAAANNNAAABBBDDDUUULLLHHHAAALLLIIM
G M...
IM

Membalut bahu

Cara-cara membalut

Lutut

Kaki

Cara membalut kecederaan

55
AAAHHHM
MMAAADDDSSSHHHAAAHHHIIR
IRRBBBIIN
INNM
MMUUUHHHAAAM
MMAAADDD(((888000000333222999---000555---555111888555)))
KKKLLLM
M222111---M
M MAAAKKKTTTAAABBBPPPEEERRRG
M GUUURRRUUUAAANNNSSSUUULLLTTTAAANNNAAABBBDDDUUULLLHHHAAALLLIIM
G M...
IM

Tangan

Kemaskan balutan

Siku

BAB 7 : MEMINDAHKAN MANGSA

Apabila berlaku kemalangan, salah satu perkara yang utama perlu diambil
perhatian ialah menentukan sama ada mangsa perlu dirawat di tempat kejadian
atau perlu dipindahkan ke tempat lain. Hal ini bergantung kepada keadaan dan
situasi mangsa dan tempat kemalangan.

1. Bertindaklah dengan pantas. Jangan panik dan lakukan perkara yang


difikirkan penting.

56
AAAHHHM
MMAAADDDSSSHHHAAAHHHIIR
IRRBBBIIN
INNM
MMUUUHHHAAAM
MMAAADDD(((888000000333222999---000555---555111888555)))
KKKLLLM
M222111---M
M MAAAKKKTTTAAABBBPPPEEERRRG
M GUUURRRUUUAAANNNSSSUUULLLTTTAAANNNAAABBBDDDUUULLLHHHAAALLLIIM
G M...
IM

2. Jika kecederaan lebih teruk, rawatan serta-merta perlu dilakukan di


tempat kejadian. Kemungkinan pemindahan akan lebih membahayakan
mangsa.
3. Anda tidak digalakkan memindahkan mangsa bersendirian kecuali jika
ada orang lain yang juga berpengetahuan dalam bidang Pertolongan
Cemas.
4. Jangan pindahkan mangsa sebelum membuat pemeriksaan rapi, terutama
di kepala, leher, dada, perut dan anggota-anggota lain.

Pemindahan mangsa kemalangan boleh dilakukan dengan berbagai-bagai cara


dan teknik bergantung kepada kecederaan yang dialami serta keadaan tempat
kemalangan.

57
AAAHHHM
MMAAADDDSSSHHHAAAHHHIIR
IRRBBBIIN
INNM
MMUUUHHHAAAM
MMAAADDD(((888000000333222999---000555---555111888555)))
KKKLLLM
M222111---M
M MAAAKKKTTTAAABBBPPPEEERRRG
M GUUURRRUUUAAANNNSSSUUULLLTTTAAANNNAAABBBDDDUUULLLHHHAAALLLIIM
G M...
IM

Memindahkan mangsa menggunakan teknik usungan 4 orang

Membuat pengusung : (a) 2 batang kayu lurus & 2 helai baju.


(b) 2 batang kayu tadi dimasukkan kedalam baju dan
membentuk pengusung.
(c) Usung mangsa dengan menggunakan teknik
usungan yang betul.

58
AAAHHHM
MMAAADDDSSSHHHAAAHHHIIR
IRRBBBIIN
INNM
MMUUUHHHAAAM
MMAAADDD(((888000000333222999---000555---555111888555)))
KKKLLLM
M222111---M
M MAAAKKKTTTAAABBBPPPEEERRRG
M GUUURRRUUUAAANNNSSSUUULLLTTTAAANNNAAABBBDDDUUULLLHHHAAALLLIIM
G M...
IM

Jenis-jenis usungan :

1. Membawa mangsa dengan mendukung.


2. Membawa mangsa dengan memapah.
3. Mengangkat mangsa dengan menggunakan dua tangan (Jika dua orang).
4. Membawa mangsa dengan menjulang.

59

Anda mungkin juga menyukai