Anda di halaman 1dari 3

Konsep 'Outdoor' (Pantai)

Slot Permainan Alam Sekitar


Peralatan

1. Bola / Buah Kelapa.


2. Muzik ('Tape / Player').
3. Kertas Undi (ditulis no. 1 hingga 5) digulung. Masukkan ke dalam kotak.
4. Senarai denda no.1 hingga 5 (disertakan di bawah).

Anggota

1. Fasilitator.
2. Pengawal Muzik.
3. Hakim (Membaca denda/arahan).

Objektif

1. Menghilangkan rasa malu dikalangan peserta dan menambah keyakinan diri disamping aktiviti ceria.
2. Menerapkan nilai cintakan alam sekitar melalui penghayatan dimana akan melakukan aksi dan tabiat
sesuatu spesis.
3. Peserta akan berfikir dan mencari idea dalam penjagaan alam sekitar.
4. Memupuk kesedaran tentang isu-isu alam sekitar.

Kaedah Pelaksanaan

1. Semua peserta berada dalam satu bulatan besar. Fasilitator ditengah bulatan.
2. Salah seorang peserta memegang bola. Apabila muzik start peserta yang memegang bola hendaklah
melambung bola kepada peserta di kanannya. Seterusnya bola akan bergerak sehingga muzik berhenti.
3. Peserta yang memegang bola semasa muzik dihentikan dikehendaki mencabut undi dalam kotak
beracun.
4. Sekiranya undian No. 1 Hakim akan membacakan denda No. 1.

Reflek

1. Fasilitator perlu mengucapkan tahniah dan memuji keupayaan peserta yang telah melaksanakan denda
dengan mengaitkan mereka adalah pencinta alam yang sebenar kerana berupaya menghayati alam.

Denda Kotak Beracun

No.1 Anda berada di Hutan Simpan Sepilok, Sabah. Sedang anda berjalan-jalan menikmati keindahan alam tiba-
tiba anda disergah seekor Orang Utan yang mengamuk kerana habitat mereka diceroboh pembalak haram.
Lakonkan semula watak Orang Utan yang sedang mengamuk.

No.2 Anda bersama ekspidisi kajian penyu di Pulau Tinggi, Johor. Pada suatu malam anda bertuah kerana
bertemu seekor penyu betina yang sedang naik ke darat untuk bertelur. Lakonkan semula bagaimana penyu
merangkak naik daripada lautan ke pantai dan bertelur.

No.3 Anda sedang bercuti seorang diri di Pulau Tenggol. Suatu petang ketika di pantai anda merenung ke laut
yang tenang, damai dan bersih. Sebagai seorang pencinta alam timbul ilham kepada anda untuk ciptakan
sebuah sajak. Deklemasikan satu rangkap sajak tersebut dengan penuh perasaan.

No.4 Anda mempunyai kesedaran tentang penjagaan alam sekitar. Suatu ketika anda melihat seorang budak
meletakkan 3 buah beg plastik yang berisi pampers yang telah digunakan di hadapan rumah anda. Pilih seorang
rakan anda dan lakonkan bagaimana anda memarahi budak tersebut dalam loghat anda sendiri.

No.5 Anda seorang wartawan. Suatu hari anda diarahkan untuk membuat liputan tentang muara sungai Mersing
yang dipenuhi sampah sarap. Lakonkan watak Karam Singh Walia sedang membuat laporan berita di televisyen
PERMAINAN KOTAK BERACUN
PERMAINAN GAJAH

Keperluan Aktiviti

1. Pakaian Lasak.
2. Kasut Sukan.

Objektif

1. Menghayati sifat dan tabiat fauna.


2. Menguji kecekapan, kepekaan dan tindakbalas peserta.
3. Memberi kesedaran tentang spesis yang terancam kepada bahaya kepupusan.

Kaedah Pelaksanaan

1. Peserta dalam satu bulatan besar. Fasilitator akan menerangkan sifat-sifat seekor gajah yang
mempunyai telinga besar dan belalai. Terangkan juga spesis tersebut sedang menghadapi bahaya
kepupusan apabila hutan tempat tinggal mereka ditebang dan gajah ditembak bagi mendapatkan
gading untuk dijual.
2. Peserta yang ditunjuk tangan oleh fasilitator akan bertindak sebagai belalai dengan meletakkan tangan
kanan dihadapan muka. Peserta dikirinya akan bertindak sebagai telinga kiri dengan mengangkat
tanagn kiri dikiri telinganya manakala peserta kanan akan mengangkat tangan kanan ditelinga
kanannya.
3. Fasilitator akan bergerak dalam bulatan berhadapan dengan peserta sambil menyebut
GAJAH..GAJAH...GAJAH dan menunjukkan tangan kepada peserta.
4. Peserta yang ditunjuk oleh Fasilitator serta peserta kiri dan kanannya perlu bertindak segera dan tepat.
5. Mana-mana peserta yang tidak dapat menunjukkan aksi tepat akan dikeluarkan. Begitulah seterusnya
sehingga peserta 3 peserta akhir akan menjadi pemenang mewakili kumpulan masing-masing. Markah
diberi mengikut jumlah peserta akhir.

MODUL ROLE PLAY


Permainan Peranan Pengguna dan
PENGEZONAN
Keperluan Aktiviti

1. Kad Peranan.
2. Peta sebuah kawasan Taman Laut (bukan sebenar) saiz besar.
3. Peta sebuah kawasan Taman Laut (bukan sebenar) saiz kecil (A3) untuk kegunaan setiap kumpulan.
4. Borang peranan.
5. Kertas Rujukan mengenai contoh-contoh zon yang boleh dibuat.
6. "Marker pen" (pelbagai warna mengikut peranan).

Objektif

1. Permainan ini adalah bertujuan untuk melihat bagaimana peserta memberi pendapat mengikut fungsi
masing-masing berkenaan dengan penggunaan kawasan Taman Laut.

Kaedah Pelaksanaan

1. Fasilitator akan mengasingkan peserta kepada 7 kumpulan dengan memberi kepada peserta
mengambil kad yang tertulis peranan mereka secara rawak.
2. Kumpulan:
A. Pengurus Taman Laut.
B. Pencinta Alam (NGO).
C. Nelayan.
D. Saintis.
E. Pemaju.
F. Penduduk Kampung.

 Setiap kumpulan perlu membincangkan apakah fungsi dan tanggungjawab yang patut diambil oleh
mereka mengikut peranan. Tuliskan setiap fungsi dan tanggungjawab tersebut dalam borang yang
disediakan.
 Kemudian kumpulan diberi masa dengan berbekalkan segala fungsi dan tanggungjawab tersebut
membuat keputusan dan menandakan zon-zon penggunaan yang sepatutnya ada pada kawasan
Taman Laut tersebut.
 Kumpulan kemudiannya diberi masa selama 5 minit membentangkan cadangan zon-zon mereka kecuali
kumpulan yang memainkan peranan Pengurus Taman Laut. Kumpulan ini perlu mendengar dan
membuat catitan kepada setiap cadangan dan pandangan yang telah diberikan oleh setiap kumpulan.
Kumpulan lain dibenarkan untuk bertanya dan memberi pandangan dan kumpulan yang membuat
persembahan perlu menjawab setiap soalan (masa 3 minit).
 Masa rehat (35 minit) diberikan dan peluang perlu digunakan oleh peserta dari kumpulan Pengurus
Taman Laut untuk membuat keputusan berdasarkan fungsi dan tanggungjawab mereka dan juga
mengambil kira cadangan dan pandangan oleh setiap kumpulan lain.
 Kemudian kumpulan Pengurus Taman Laut akan membuat pembentangan selama 10 minit. Pengurusa
Taman Laut perlulah memberikan penerangan ringkas mengikut keputusan mereka berdasarkan fungsi
dan tanggungjawab mereka dan juga mengambil kira cadangan dan pandangan oleh setiap kumpulan
lain. Selepas itu setiap kumpulan lain dibenarkan untuk bertanya dan memberi pandangan (masa 5
minit).
 Setelah tamat aktiviti fasilitator perlu berbincang dengan peserta mengenai:

a. Pandangan mereka berkenaan pelan pengezonan yang telah diputuskan oleh Pengurus Taman Laut.
b. Apa pendapat peserta berkenaan bagaiman sesuatu sistem pengezonan dipengaruhi oleh
pembentangan tersebut?
c. Pendapat mereka berkenaan permainan ini?

Anda mungkin juga menyukai