Anda di halaman 1dari 1

KATA-KATA ALUAN

GURU BESAR
EN. AHMAD MUZIR BIN ABDUL HALIM

Assalamu’alaikum warahamatullahi wabarakatuh dan salam sejahtera.

Terlebih dahulu tahniah diucapkan kepada sidang redaksi BULETIN BAYU PPKI atas kejayaan
menerbitkan buletin bilangan kelima ini. Terima kasih kerana memberi kesempatan untuk saya
mencoretkan sepatah dua kata dalam buletin ini.

Program Pendidikan Khas Integrasi adalah merupakan satu bidang pendidikan yang
ditawarkan di SKBTS untuk murid-murid kelainan upaya.Pendidikan khas juga tidak terkecuali
bergerak seiring dengan aliran perdana dalam mencapai pendidikan cemerlang melalui cara
yang tersendiri. Pelbagai usaha telah di ambil oleh pihak sekolah dalam mengukir kejayaan
samada dalam bdang kurikulum, kokurikulum, mahupun sahsiah dan jati diri murid. Pada tahun
ini seramai 40 orang murid telah mengikuti sesi pengajaran dan pembelajaran yang dibimbing
oleh 16 orang guru dan 4 orang pembantu pengurusan murid.

Tahniah kepada semua warga PPKI dan guru-guru, PPM dan ibu bapa setelah PPKI SKBTS
dinobatkan sebagai program pendidikan khas integrasi terbaik di peringkat zon Bangsar.
Kemuncak kejayaan ini perlu dipertahankan bagi memastikan kecemerlangan yang
berterusan. Saya sangat yakin dan percaya bahawa seluruh warga PPKI boleh
melaksanakannya. Zon Bangsar sudah lama dianggap sebagai penanda aras pencapaian
akademik. Banyak sekali sekolah bertaraf premier, kluster kecemerlangan dan berprestasi tinggi
terletak di sini. Namun, kita juga sedar bahawa masih terdapat golongan murid kurang
beruntung dan bermasalah pembelajaran yang perlu kepada perhatian secara khusus. Maka,
konsep pendidikan inklusif tidak menyebabkan kita lupa terhadap pendidikan khas.

BULETIN BAYU PPKI ialah naskhah yang memaparkan kegiatan pendidikan dan
pencapaian pembelajaran yang terkini. Bagi warga sekolah, butiran dan gambar yang
dimuatkan bakal menjadi kenangan indah zaman persekolahan. Memang benar bahawa
media sosial maya mengakibatkan naskhah bercetak semakin terpinggir, tetapi sebagai
dokumentasi yang bersifat rasmi, BULETIN BAYU PPKI akan terus relevan sampai bila-bila.

Sekali lagi saya mengucapkan tahniah kepada jawatankuasa buletin dan sidang
redaksi Program Pendidikan Khas Integrasi (PPKI) SKBTS. Buletin keluaran kelima ini adalah usaha
berterusan untuk menunjukkan hasil usaha warga PPKI sepanjang tahun 2016. Kepada
pembaca buletin ini, semoga beroleh manfaat yang tidak terhingga.

Sekian, terima kasih.

------------------------------------------
En. Ahmad Muzir bin Abd Halim
Guru Besar
SK Bandar Tasik Selatan