Jelajahi eBook
Kategori
Jelajahi Buku audio
Kategori
Jelajahi Majalah
Kategori
Jelajahi Dokumen
Kategori
Pada pagi yang berkat ini, sempena …………… , kami menadah tangan dan bersyukur ke hadratMu di
atas nikmat limpahanMu yang tidak terhingga ke atas kami sehingga kami dapat hidup dengan
aman, damai dan harmoni serta dapat melaksanakan tugas-tugas kami di muka bumi ini dan
dipohonkan jadikanlah majlis ini majlis yang Engkau redhai dan berkati.
Ya Rahman
Kurniakanlah kami taufik dan hidayahMu, bimbinglah kami ke arah kejayaan, keamanan,
kecemerlangan dan kesejahteraan di dalam penghidupan kami di dunia mahupun di akhirat.
Jadikanlah kami orang-orang yang bertaqwa, sentiasa mematuhi perintahMu dan menjauhi
laranganMu. Ampunilah dosa dan keterlanjuran kami dan jadikanlah kami orang-orang yang berada
di dalam keredhaanMu jua.
Ya Munzilal Barakat
Berkatkanlah bumi bertuah ini. Jayakanlah segala usaha yang kami anjurkan untuk menjadikan kami
bakal guru yang berkualiti. Mudah-mudahan ……………. Selama ….. hari ini akan dapat memberi
manfaat dan mempertingkatkan pengetahuan yang berkaitan dengan bidang tugas seharian
disamping berkongsi pengalaman kami Ya Allah.
Ya Satar Ya Alim
Kami juga memohon perlindungan dari Mu dari segala perkara yang boleh mencacat celakan majlis
kami dan dari segala perkara yang melalaikan kami dari berbuat taat kepada Mu. Kepada Mu jua
kami serah segala urusan kami.