Anda di halaman 1dari 1

TIPS BELAJAR GEOGRAFI

Adakah anda berminat belajar Geografi? Sebenarnya


Geografi itu subjek yang menarik dan banyak membantu
dalam kehidupan seharian kita. Belajar geografi bukan
sahaja membolehkan kita melancong ke seluruh dunia,
malahan ia membolehkan kita lebih 'tersedar' tentang
apa sahaja yang terjadi disekeliling kita; ekonomi ,
alam sekitar , politik , teknologi terkini dan banyak
lagi....
Mengapakah murid-murid hari ini mengatakan subjek
Geografi itu susah? Adakah anda salah seorang daripada
mereka?

Di sini cikgu nak berkongsi tips-tips untuk berjaya


dalam mempelajari geografi.

1. Tanamkan minat terlebih dahulu dengan subjek


geografi.
2. Tumpukan perhatian semasa guru mengajar.
3. Kalau tak faham, jangan malu, sila bertanya
dengan guru.
4. Buat ulangkaji di rumah selepas kembali dari
sekolah.
5. Buat nota ringkas kalau boleh dalam bentuk
peta minda.
6. Bagi yang melibatkan pengiraan pelajar kena
buat banyak latihan misalnya dalam mengira waktu,
bearing, jarak, luas, kecerunan dan yang lain-lain.
7. Banyakkan buat latih tubi.Cikgu galakan
gunakanlah buku yang menyediakan soalan mengikut
bab-bab tertentu. Jadikan diri sebagai murid,guru
dan pemeriksa.
8. Soalan yang melibatkan essei,pastikan buat
latihan dan setkan masanya.Serah pada guru untuk
dinilai dan semak.
9. Akhir sekali , apa-saja bangsapun, jangan lupa berdoa dengan Tuhan
agar diberikan kita kejayaan.

Anda mungkin juga menyukai