Anda di halaman 1dari 7

a

SK (F) TENGGAROH 3,
JLN PUNAI, FELDA TENGGAROH 3, MERSING
TEL & FAX 07- 7913695

KERTAS KERJA
PROGRAM BULAN KEMERDEKAAN KE 60
TAHUN 2018

ANJURAN:
UNIT KOKURIKULUM SK(F) TENGGAROH 3

1
1. PENGENALAN ;
Detik rasmi negara kita Malaysia mencapai kemerdekaan dan bebas daripada cengkaman
penjajahan British adalah pada tanggal 31 Ogos 1957. Bagaimanapun generasi muda masih
tidak memahami dan menghayati sepenuhnya erti sebenar kemerdekaan.Pada mereka hari
kemerdekaan hanya merupakan Cuti Umum di mana mereka berpeluan bersantai dan
beriadah. Jesteru itu, Unit Kokurikulum SK Tenggaroh 3 (SKT3) dengan kerjasama
Persatuan Agama (PAI) Islam dan Persatuan Bahasa (PB) SKT3 akan menyelaras program
ini diperingkat sekolah yang berfokuskan kepada tema “Sayangi Malaysiaku”

2. MATALAMAT ;
2.1. Memupuk semangat cintakan terhadap negara Malaysia dikalangan warga pendidikan
sekolah.
2.2. Memupuk minda yang positif, kreatif dan inovatif melalui penglibatan murid dalam
pelbagai aktiviti yang disediakan semasa program ini berlangsung..

3. OBJEKTIF ;
3.1. Murid-murid dapat menghayati makna kemerdekaan dalam kehidupan.
3.2. Murid-murid dapat mengamalkan cara hidup bersatu padu antara kaum dan menghayati
tema Negaraku Sehati Sejiwa.
3.3. Murid-murid mengetahui tarikh kemerdekaan Malaysia dan bersyukur atas nikmat
kemerdekaan yang mereka kecapi selama ini.
3.4. Menghargai dan mengenang jasa pejuang-pejuang kemerdekaan negara.

4. ANJURAN : Persatuan Agama (PAI) Islam dan Persatuan Bahasa (PB)


5. TARIKH : Bermula 1 Ogos 2018 (Rabu)
6. SASARAN : Semua murid Prasekolah, Tahap Satu dan Tahap Dua
7. SUMBER KEWANGAN : Peruntukan Kokurikulum
8. ANGGARAN KOS : RM 200.00
9. SUMBER TENAGA : Semua Guru Kelab Persatuan
10. STRATEGI PERLAKSANAAN ;
10.1. Merangka kertas kerja / Permohonan kelulusan Guru Besar
10.2. Mesyuarat dan perlantikan AJK
10.3. Taklimat kepada guru penasihat dan murid
10.4. Melaksanakan aktiviti yang dirancang.
10.5. Membuat refleksi / penilaian

11. PEMANTAUAN PROGRAM;


11.1. Guru Besar / Guru Penolong Kanan Kokurikulum
11.2. Penyelaras Kelab dan Persatuan
11.3. Guru-guru penasihat

12. PENILAIAN PROGRAM;


12.1. Penglibatan murid dalam aktiviti.
12.2. Keputusan pertandingan yang diperolehi.
12.3. Pemerhatian dan ulasan guru-guru.
12.4. Refleksi.

13. CADANGAN AKTIVITI ;


13.1. Menghiasi persekitaran sekolah
13.2. Pertandingan Mewarna / Poster
13.3. Pertandingan Basikal Patriotik
13.4. Pertandingan Pakaian Patriotik
13.5. Teka Silang Kata
13.6. Larian Bendera

14. AHLI JAWATANKUASA KERJA;


14.1. Rujuk Lampiran 1
15. AKTIVITI BULAN KEMERDEKAAN ;
15.1. Rujuk Lampiran 2
16. ATURCARA MAJLIS PELANCARAN ;
16.1. Rujuk Lampiran 2
17. ANGGARAN PERBELANJAAN ;
17.1. Rujuk Lampiran 3
18. SENARAI SEMAK HADIAH / SIJIL ;
18.1. Rujuk Lampiran 3
19. LIRIK LAGU TEMA;
19.1. Rujuk Lampira 4

20. PENUTUP ;
Adalah diharapkan program ini akan berlangsung dengan lancar dan mencapai objektifnya.

Disediakan oleh, Disemak oleh,

…………………………………… …………………………………….
(NUR ATHIAH BT MOHD YUSOFF) (ANUAR BIN AHMAD)
Setiausha Kokurikulum GPK Kokurikulum
SK (F) Tenggaroh 3 SK (F) Tenggaroh 3

KELULUSAN GURU BESAR DAN ULASAN


……………………………………………………………………………………………………………………………………………………
……………………………………………………………………………………………………………………………………………………
……………………………………………………………………………………………………………………………………………………
……………………………………………………………………………………………………………………………………………………
…………………………………………………………………………………………………………………………………………………….

Tanda tangan Guru Besar / Cop Jawatan


,

……………………………………………….
LAMPIRAN 1

AHLI JAWATAN KUASA PELAKSANA


PROGRAM SAMBUTAN BULAN KEMERDEKAAN MALAYSIA KE 61
PERINGKAT SK (F) TENGGAROH 3- 2018

Pengerusi : En. Abd Rahim Bin Othman (Guru Besar)


Naib Pengerusi I : En. Anuar Bin Ahmad (PK Kokurikulum)
Naib Pengerusi II : En. Abd Razak Bin Sumadi (PK Pentadbiran)
Naib Pengerusi III : En. Wan Failser Bin Wan Semail ( PK HEM)
Setiausaha : Pn. Nor Athiah Bt. Mohd Yusoff (SU Kokurikulum)
Penyelaras program : En. Izzat Hilmi Bin Din (Pelancaran)

Majlis Pelancaran dan Penutup P.A Sistem


En. Izzat Hilmi Bin Din En. Mohd Sabri Bin Ibrahim
………………………………………… En. Mohd. Amri Bin Ngadiman
Pertandingan Mewarna / Poster
Pn. Siti Zulaiha Bt Mohd Hanazan Buku Program/ Sijil
Pn. Rohana Bt Md.Nor Cik Dayang Nurfarahain Faeeza Bt. Hassim

Pertandingan Basikal Patriotik Hadiah


En. Abdul Raof Bin Razalli Pn. Nor Athiah Bt. Mohd Yusoff
En. Tuan Ramzuzzaman Bin Tuan Omar Pn. Hasnita Bt. Hassan
Pn. Norhaida Bt Sidek
Pertandingan Pakaian Patriotik
Laporan program
Pn. Noorezayu Bt. Mohd Said
Pn. Nor Athiah Bt. Mohd Yusoff
Pn. Farisya Hezrin Bt. Pauzi
En. Mohd. Fadlirizal Bin Zakaria
Larian Bendera
En. Muhammad Fahmi Bin Zakaria
Pertandingan Teka Silang Kata
En. Dinie Ammar Bin Annuar
Pn.Siti Raihan Bt Alias
Pn. Nurul Nadiah Bt. Hashim@ Abdullahen
En. Mohd Rozhan Bin Mat Hassan

5
LAMPIRAN 2

ATURACARA MAJLIS PELANCARAN

TARIKH / MASA ATURCARA


05/08/2018 Ucapan Alu- aluan Pengerusi Majlis
Ahad Doa, Ikrar, Nyanyian Lagu Bangsa Johor , Nyanyian Lagu Sekolah
7.15 pagi Lagu Patriotik
Ucapan Perasmian oleh Guru Besar
Gimik Perasmian
Lagu Aku Negaraku

ATURACARA MAJLIS PENUTUP

TARIKH / MASA Ucapan Alu-aluan Pengerusi Majlis


02/09/2018 Doa, Ikrar, Nyanyian Lagu Bangsa Johor , Nyanyian Lagu Sekolah dan
Selasa Lagu Patriotik
7.15 pagi Ucapan Perasmian Penutup oleh Guru Besar
Pertandingan Baju Patriotik
Pertandingan Basikal Berhias
Penyampaian Hadiah

AKTIVITI BULAN KEMERDEKAAN .

BIL Tarikh Aktiviti Catatan


1 05/08/18 Majlis Pelancaran Program Perhimpunan Mingguan
2 06 hingga Pertandingan Mewarna / Melukis Poster Waktu Pendidikan Seni
09/8/18
3 13 hingga Pertandingan Teka Silang Kata Diluar waktu PdP
16/8/18
4 28/8/18 Larian Bendera Selasa- 1M1S
5 30/8/18 Pertandingan Basikal Patriotik (Akhir) 7.15 pg -9.15 pg
6 30/8/18 Pertandingan Pakaian Patriotik (Akhir) 7.15 pg -9.15 pg

Catatan; Aktiviti di atas tertakluk kepada perubaan


LAMPIRAN 3

ANGGARAN PERBELANJAAN
PROGRAM BULAN KEMERDEKAAN MALAYSIA KE 61 – 2018

Bil BUTIRAN PERBELANJAAN


1 Hadiah Pertandingan Mewarna (Thn 1,2,3 dan 4) : RM 3.00 x 20 unit = RM 60.00
2 Hadiah Pertandingan Melukis Poster (Thn 5 dan 6) : RM 3.00 x 10 unit = RM 30.00
3 Hadiah Pertandingan Basikal Patriotik : RM 6.00 x 5 unit = RM 30.00
4 Hadiah Pertandingan Pakaian Patriotik (Lelaki) : RM 6.00 x 5 unit = RM 30.00
5 Hadiah Pertandingan Pakaian Patriotik (Perempuan) : RM 6.00 x 5 unit = RM 30.00
6 Minuman murid- Larian Bendera : RM 30.00 x 1 tong = RM 30.00
7 Sijil penyertaan - A4 120 g : RM 18.00 x 2 rim = RM 36.00
JUMLAH RM 246.00

SENARAI SEMAK AGIHAN HADIAH


Bil Butiran Hadiah / Bilangan T1 T2 T3 T4 T5 T6 LAIN JUM
1 Hadiah Pertandingan Mewarna : 5 5 5 5 20
2 Hadiah Pertandingan Melukis Poster : 5 5 10
3 Hadiah Pertandingan Basikal Patriotik : - - - - - - 8 8
4 Hadiah Pertandingan Pakaian Patriotik (P) : - - - - - - 5 5
5 Hadiah Pertandingan Pakaian Patriotik (L) : - - - - - - 5 5

Anda mungkin juga menyukai