Anda di halaman 1dari 3

Ruj Kami :

Tarikh :
Kepada:
Ibu bapa / Penjaga Pemimipin Pelajar Sekolah

Tuan / Puan,
PELANTIKAN SEBAGAI AHLI LEMBAGA PENGAWAS SEKOLAH SESI 2018 / 2019
Merujuk perkara diatas, sukacita dimaklumkan bahawa anak di bawah jagaan tuan / puan
dari kelas dilantik sebagai bagi sesi 2018 / 2019.

2. Untuk makluman tuan / puan, pelantikan ahli Lembaga Pengawas Sekolah dibuat setiap tahun berdasarkan
prestasi yang ditunjukkan oleh mereka. Sekiranya para ahli lembaga pengawas tidak menjalankan tugas yang
diamanahkan atau terlibat dalam kesalahan disiplin, maka pihak berhak untuk tidak melantik semula mereka pada
tahun berikutnya atau melucutkan jawatannya.

3. Bersama-sama ini turut dilampirkan Surat Aku Janji dan Peraturan Pemakaian yang perlu dipatuhi oleh
anak jagaan tuan / puan sebagai ahli Lembaga Pengawas Sekolah. Surat Aku Janji yang telah ditandatangani perlu
diserahkan kembali kepada pihak sekolah.

4. Sehubungan itu, pihak sekolah mengucapkan tahniah kepada anak jagaan tuan / puan kerana berjaya
dilantik menjadi ahli Lembaga Pengawas Sekolah dan dapat menjalankan tugas dengan penuh tanggungjawab.
Segala kerjasama yang diberikan daripada pihak tuan / puan amat dihargai.

Sekian, terima kasih.

“BERKHIDMAT UNTUK NEGARA”

Saya yang menurut perintah,

……………………………………………………….
(AB RAHOP BIN ZAKARIA)
Pengetua
SMK DATUK MANSOR
PERATURAN PEMAKAIAN AHLI LEMBAGA PENGAWAS SEKOLAH
Pengawas Lelaki
1. Kemeja T lengan panjang warna biru
2. Seluar ‘slacks’ panjang warna biru gelap
3. Tali leher (sumbangan PIBG)
4. Vest (tempahan di De Carro) dengan lencana dan nama
5. Kasut hitam kanvas atau PVC
6. Stokin hitam

Pengawas Perempuan
1. Kemeja T lengan panjang warna biru
2. Skirt ‘kipas belakang’ panjang warna biru gelap
3. Tali leher (sumbangan PIBG)
4 Baju kurung warna biru dan kain warna biru gelap
5. Vest (tempahan di De Carro) dengan lencana dan nama
6. Kasut hitam kanvas atau PVC
7. Stokin hitam
Ruj Kami :
Tarikh :

SURAT AKU JANJI SEBAGAI AHLI LEMBAGA PENGAWAS SEKOLAH

SESI 2018 / 2019

Bahawa saya………………………………………………..…. (NAMA) dari ………………. (TINGKATAN ) sebagai


…………………………………………… (JAWATAN) dengan sesungguhnya berjanji bahawa saya akan mematuhi
segala peraturan yang telah ditetapkan oleh pihak sekolah terhadap saya, iaitu

1. Akan mematuhi peraturan-peraturan sekolah,


2. Akan berpakaian lengkap mengikut spesifikasi semasa berada dalam kawasan sekolah.
3. Akan datang lebih awal daripada biasa, sekurang-kurangnya 20 minit sebelum loceng pertama dibunyikan.
4. Akan akur jika terpaksa pulang lewat sedikit daripada murid-murid lain.
5. Akan hadir untuk melaksanakan tugas diluar waktu persekolahan.
6. Wajib hadir untuk aktiviti anjuran Lembaga Pengawas.
7. Akan melaksanakan tugas dan tanggungjawab yang diamanahkan dengan jujur, bersungguh-sungguh dan
cekap,
8. Akan menjaga nama baik sekolah dan jawatan saya sebagai Sekolah ini .

Sesungguhnya saya memahami sekiranya, saya didapati melanggar peraturan-peraturan sekolah serta Aku Janji ini,
saya boleh dikenakan tindakan pemecatan sebagai ahli Lembaga Pengawas Sekolah ini.

Diakui oleh; Disaksikan oleh

…………………………….……………… ………………………………………………
( ) ( )
Tarikh: Tarikh:

Anda mungkin juga menyukai