Anda di halaman 1dari 4

Pengangguran Siswazah

PENGENALAN

Sejak kebelakangan ini, jumlah siswazah


menganggur semakin meningkat di negara ini. Masalah ini haruslah dibendung segera sebelum menjadi dilema
yang semakin serius.

Faktor

IDEA HURAIAN

1. Kegawatan ekonomi meningkatkan · Kegawatan ekonomi yang melanda pada tahun 1997
pengangguran siswazah menjejaskan hampir kesemua kegiatan ekonomi negara
kita.
· Pengenalan operasi dan produk serta penutupan kilang
dan syarikat menyekat peluang pekerjaan untuk para
graduan.
· Banyak syarikat diambil alih dan dimodali semula
menyebabkan pekerjanya dihentikan atau dibuang kerja.

2. Masalah kerelevanan kursus yang · Kebanyakan kursus yang ditawarkan oleh pihak universiti
diikuti di universiti tidak sesuai mengikut kehendak pasaran kerja.
· Syarikat memerlukan latihan yang dapat diamalkan dan
bukan terlalu berorientasikan teori semata-mata.
· Graduan untuk bidang sastera terlalu ramai berbanding
bidang yang diperlukan seperti bidang sains, teknologi
,kejuruteraan dan perubatan.

3. Terlalu Ramai graduan yang dihasilkan · Universiti tempatan dan institusi pengajian tinggi swasta
setiap tahun mementingkan kuantiti berbanding kualiti. Contohnya,
tidak kurang 150000 graduan dilahirkan setiap tahun.
· Pengeluaran graduan melebihi permintaan dari segi
pekerjaan.

4. Masalah sikap graduan yang terlalu · Sikap graduan yang terlalu memilih merupakan punca
memilih kerja utama ramai graduan masih menganggur .
· Kebanyakan graduan memilih dan mengharapkan
pekerjaan kolar putih yang menawarkan pendapatan
tinggi.
· Ada juga graduan yang masih mengamalkan paradigma
lama, iaitu hanya mahu makan gaji dan tidak mahu
berdikari
KESAN PENGANGGURAN TERHADAP EKONOMI

IDEA HURAIAN
1. Mengurangkan keluaran negara Apabila terdapat ramainya tenaga buruh yang menganggur,
maka pengeluaran dari beberapa sektor ekonomi akan
berkurangan dan akibatnya keluaran negara bagi negara
berkenaan akan berkurangan.
2. Menurunkan taraf hidup Taraf hidup penduduk di sesebuah negara diukur dengan
menggunakan pendapatan per kapita. Apabila terdapatnya
ramai tenaga buruh yang menganggur, maka keluaran
negara kasar akan berkurangan dan seterusnya akan
mengurangkan pendapatan per kapita. Apabila pendapatan
per kapita rendah, maka taraf hidup penduduk juga akan
rendah.
3. Mengurangkan pendapatan negara. Apabila kadar pengangguran adalah tinggi, maka
pendapatan atau keuntungan pengusaha akan berkurangan.
Ini akan mengurangkan jumlah cukai pendapatan dan cukai
keuntungan syarikat yang dapat dipungut oleh kerajaan dan
seterusnya akan mengurangkan pendapatan negara.
4. Melambatkan proses pembangunan Apabila pendapatan negara berkurangan, maka kerajaan
negara tidak dapat menyediakan pelbagai kemudahan infrastruktur
yang perlu untuk menjana pertumbuhan ekonomi.
Perbelanjaan tersebut terpaksa dikurangkan dan akan
melambatkan proses pembangunan negara.
5. Menambahkan kadar kemiskinan Pengangguran yang tinggi kadarnya akan meningkatkan
kadar kemiskinan dalam negara. Kerajaan terpaksa
merancang beberapa program untuk mengatasi masalah
kemiskinan. Ini akan menjejaskan usaha kerajaan untuk
memajukan negara.
Kesan pengangguran terhadap sosial

IDEA HURAIAN
1. Mewujudkan keadaan tidak Apabila berlaku pengangguran, keadaan rumah tangga berada
tenteram dalam keluarga dalam keadaan tidak tenteram kerana akan berlaku
pergaduhan dan pertengkaran dan akhirnyanmembawa
kepada penceraian.

2. Peningkatan kejadian anti sosial Akibat dari masalah kewangan yang dihadapi oleh
dalam masyarakat pengangguran, maka mereka sanggup melakukan rompakan,
pembunuhan dan lain-lain kegiatan anti sosial untuk
mendapatkan wang.
3. Masalah tekanan jiwa dan tiada yang telah lama menganggur akan mengalami masalah
keyakinan diri penganggur tekanan jiwa yang hebat dalam kehidupannya. Ia akan sentiasa
berfikir bagaimana tanggungjawabnya terhadap keluarga
dapat disempurnakan dalam keadaan ia sedang menganggur.

1. Kurang memohon pekerjaan.

2. Kurang menghantar resume untuk memohon jawatan.

3.  Kurang jaringan perhubungan dan pengalaman kerja.

4. Beranggapan wujud diskriminasi terhadap peluang pekerjaan.

5. Beranggapan wujud faktor luaran yang menyebabkan mereka tidak mendapat pekerjaan.

6. Tidak mempunyai kematangan dalam hal-hal kerjaya.

7. Kemahiran sebenar tidak menggambarkan kemahiran yang dinyatakan.

8. Cenderung kepada kemahiran umum berbanding kemahiran spesifik.

9. Cenderung kepada kemahiran bersifat lisan berbanding penulisan.

10. Kurang kemahiran penulisan Bahasa Melayu dan Bahasa Inggeris.

11. Kemahiran tidak selari dengan penggunaan kemahiran semasa bekerja.

12. Menilai diri melebihi daripada realiti.


USAHA MENGATASI MASALAH PENGANGGURAN SISWAZAH

IDEA HURAIAN
1. Mengkaji semula penawaran kursus · Sukatan pelajaran kursus universiti dikaji dari semasa ke
di universiti semasa.
· Kursus yang ditawarkan mestilah diselaraskan dengan
keperluan pasaran kerja.
· Penekanan haruslah diberikan kepada kemahiran dan amali
supaya kursus universiti menjadi lebih praktikal.
2. Mengubah sikap graduan · Sikap memilih pekerjaan haruslah dikikis.
· Menceburi bidang mengikut permintaan pasaran pekerjaan.
· Mengikuti latihan semula siswazah dalam pelbagai kemahiran
seperti kemahiran berbahasa, latihan pengurusan dan
sebagainya untuk memenuhi kehendak pasaran kerja.
· Mengubah amalan paradigma lama, iaitu mahu sanggup
berdikari dalam menjalankan pekerjaan.

Anda mungkin juga menyukai