Anda di halaman 1dari 2

REFLEKSI KENDIRI

MUHAMMAD FARID BIN MD NADZIR

Assalamualaikum w.b.t,

Bersyukur ke hadrat Ilahi kerana dengan limpah kurnia-Nya,


kelas kami Matematik 2 telah pun berjaya menganjurkan dua buah
Pertandingan Permainan Kecil ‘Mini Football, dan ‘Tuju Gelung’ pada tarikh 27
September 2010. Walaupun untuk penganjuran kali ini kami amat tergesa-gesa
untuk melaksanakan penganjuran pertandingan permainan kecil berikutan
dengan tempoh penghantaran tugasan KKBI pada waktu yang sama, namun
kami berjaya melaksanakan pengajuran ini dengan jayanya.

Kami membuat peyediaan awal dengan merangka sebuah


jawatankuasa dan membahagikan tugasan mengikut jawatan. Selaku ketua
kumpulan untuk permainan ‘Tuju Gelung’, saya merasa sangat berpuas hati
dengan penganjuran kali ini. Biarpun terpaksa bekerja keras melakukan
pelbagai tugasan untuk menjalankan aktiviti ini, namun saya berpuas hati
dengan hasilnya. Tanpa bantuan serta kerjasama daripada rakan-rakan yang
memberikan sepenuh bantuan, saya merasakan bahawa program ini tidak
dapat dilaksanakan. Terima kasih saya ucapkan kepada semua.

Secara keseluruhannya, saya berasa berpuas hati dari semua


aspek, penganjuran, pengelolaan, kepimpinan dan juga kepengadilan kerana
semua ahli memainkan peranan dengan penuh dedikasi. Selaku ketua biarpun
berat tanggungjawab yang dipegang, hasil kepercayaan rakan-rkan sedikit
sebanyak memotivasikan saya. Biarpun terpaksa berhadapan denga beberapa
masalah dari segi kesempitan masa dan juga kurang kerjasama daripada
peserta dan penonton, namun segala masalah dapat diatasi dengan penuh
jayanya hasil kegigihan semua ahli pasukan.
Permainan ‘Tuju Gelung’ ini ialah hasil daripada modifikasi
permainan bola keranjang dan bola baling. Oleh kerana permainan ini
disasarkan kepada pelajar sekolah rendah dan Bunker & Top menekankan
tujuan untuk keseronokan dalam kalangan pelajar, maka kami mengubah
supaya permianan ini menjadi lebih seronok di samping aspek-aspek yang
terjaga. Antaranya, kami menggunakan bola tampar menggantikan bola sepak
kerana bola ini lebih ringan dan lebih selamat dimainkan. Selain itu, kami
mengubahsaiz gelanggang supaya lebih sesuai untuk dimainkan oleh kanak-
kanak.

Sepanjang penganjuran permainan kecil ini saya juga telah


menyertai beberapa pertandingan iaitu bola tampar kain anjuran opsyen
Pendidikan Khas, meriam kain anjuran opsyen Sains dan juga pertandingan
bola jaring anjuran opsyen Matematik 1. Pada pemerhatian saya, kelas Sains
telah berjaya mengelolakan pertandingan permainan kecil ini dengan jayanya
berbanding kelas-kelas lain. Walaupun saya berasa terhibur dengan kesemua
permainan yang dianjurkan, saya juga berasa kurang berpuas hati dengan
beberapa faktor. Satunya dari segi penetapan syarat permainan, saya dapati
kebanyakkan kelas tidak memberikan syarat permainan dengan sempurna
sekaligus banyak menjejaskan kualiti permainan. Dari segi kepengadilan pula,
saya berasa kurang berpuas hati kerana kebanyakan penganjur mengambil
ringan banyak aspek2 penting dalam kepengadilan permainan. Untuk
pengelolaan, saya dapati agak kucar-kacir kerana tiada ketegasan dalam
melaksanakan pertandingan oleh penganjur.

Akhir sekali, saya ingin mengucapkan ribuan terima kasih


kepada pensyarah pembimbing iaitu Encik Mohd Noorlan bin Zakaria. Beliau
memberikan segala tunjuk ajar, motivasi dan dorongan yang begitu bermakna.
Selaku pensyarah pembimbing kami, beliau telah banyak memberi tunjuk ajar
dalam memastikan segala urusan yang kami jalankan dapat dijalankan dengan
sempurna mengikut spesifikasi yang ditetapkan. Beliau juga tidak banyak
kerenah menyebabkan kami mudah untuk berurusan dengan beliau sepanjang
penganjuran pertandingan kecil ini.

Anda mungkin juga menyukai