Anda di halaman 1dari 3

AUZUBILLAHIMINISHAYITANIRRRAJIM.. BISMILLAHRIRRAHMANIRRAHIM.

ALHAMDULILLAHIRRABIL 'ALAMNI. HAMDAN SYAKIRIN, HAMDAN HAMIDIN,


HAMDAN SABIRIN. HAMDAN YUWAFI NI'AMAHU WA YU KAFIUMAZIDAH.

ALLAHUMA SALLI'ALA SAIDINIA MUHAMMDIN WAALA ALAHI WASAHBIHI


WABARIK WASALLIM.

YA ALLAH, YA TUHAN KAMI. SEGALA PUJI HANYA BAGIMU YA ALLAH. TUHAN


SEMESTA ALAM. KAPADAMU KAMI BERSERAH DAN KEPADAMU JUALAH KAMI
MEMOHON PERLINDUNGAN.

SELAWAT DAN SALAM KE ATAS JUNJUNGAN BESAR NABI MUHAMMAD SAW,


KEPADA AHLI KELUARGA BAGINDA, PARA SAHABAT DAN TABIIN.

YA ALLAH YA RAHMAN YA RAHIM... DIPAGI YANG PENUH KEBERKATAN INI,


KAMI MEMOHON KEAMPUNANMU YA ALLAH. AMPUNILAH DOSA-DOSA KAMI,
DOSA KEDUA IBUBAPA KAMI, GURU-GURU KAMI SERTA SESIAPA SAJA YANG
BERADA BERSAMA KAMI. AMPUNILAH DOSA YANG TELAH KAMI LAKUKAN
SECARA SENGAJA ATAUPUN TIDAK SENGAJA, SECARA TERANG MAHUPUN
SEMBUNYI.

YA ALLAH YA HANNAN YA MANNAN… KAMI MERAFAKKAN DOA KEPADAMU


AGAR ENGKAU MEMBERIKAN KEMULIAAN, KESELAMATAN DAN KEBAIKAN
TERHADAP MAJLIS KAMI, MESYUARAT AGUNG TAHUNAN KALI KE-26 KOPERASI
GURU-GURU BUMIPUTERA SABAH BERHAD SESI 2018/2019. KAMI MOHON
KEPADAMU YA ALLAH, ENGKAU LAPANGKANLAH HATI KAMI, KAU SATUKANLAH
HATI-HATI KAMI. KAU BERKATILAH PERHIMPUNAN KAMI INI PADA HARI INI YA
ALLAH. SEMOGA IANYA DITERIMA SEBAGAI SATU PERHIMPUNAN YANG HANYA
MENGHARAPKAN KEREDHAAN DARIMU.

YA ALLAH YA AZIZ…. KAMI POHON KEPADAMU AKAN KEIMANAN YANG


SEMPURNA YA ALLAH, KEYAKINAN YANG BENAR YANG ALLAH, ILMU YANG
BERGUNA, HATI YANG KHUSYUK, LIDAH YANG SENTIASA BERZIKIR KEPADAMU
YA ALLAH, LIMPAH DAN KURNIAKANLAH KEPADA KAMI REZEKI YANG HALAL
LAGI DIBERKATI.

KAU PANDANGLAH KEPADA USAHA KAMI YANG KERDIL INI, MELALUI WADAH
KOPERASI GURU BUMIPUTERA SEDIRIAN BERHAD (KOGBS) SEBAGAI SATU
USAHA YANG MULIA DI SISIMU. KAU KURNIAKAN KOPERASI INI DENGAN
BIMBINGAN YANG BERTERUSAN YA ALLAH.

BANTULAH KAMI, BIMBINGLAH KAMI UNTUK MENJADI AHLI-AHLI YANG TAAT


KEPADA KEPIMPINANNYA. AHLI-AHLI YANG BERAMANAH TERHADAP
TANGGUNGJAWAB YANG DIBERIKAN. KAU JADIKANLAH KAMI AHLI-AHLI YANG
SENTIASA BERUSAHA KE ARAH KEBAIKAN.
YA ALLAH YA QAHHAR YA JABBAR.... BERIKANLAH KAMI YA ALLAH, PIMPINAN
YANG BERWIBAWA UNTUK MEMPIMPIN KAMI, PIMPINAN YANG MAMPU
MEMBERIKAN TUNJUK AJAR DAN HALATUJU YANG SELARAS DENGAN HASRAT
DAN MATLAMAT YANG SAMA-SAMA KAMI HAJATI. KURNIAKANLAH KAMI
DENGAN PIMPINAN YANG SENTIASA BERSAMA-SAMA DALAM SETIAP AKTIVITI
YANG KAMI JALANKAN, SENTIASA MELIBATKAN DIRI MENENTUKAN
PERJALANAN SETIAP AKTIVITI. PIMPINAN YANG MEMAHAMI AKAN
KEKURANGAN DAN KELEBIHAN YANG ADA PADA DIRI KAMI. KAU KUATKAN
KOPERASI INI DENGAN TATACARA PENGURUSAN DAN PENTADBIRAN YANG
MANTAP. KAU ARAHKANLAH HATI-HATI KAMI UNTUK TERUS BEKERJASAMA,
SALING HORMAT MENGHORMATI DAN SECARA BERTERUSAN MENGAMALKAN
CIRRI-CIRI MUSYAWARAH YANG BERKESAN.

KAU PERMUDAHKANLAH UNTUK KAMI TERUS MENJALANKAN AKTIVITI-AKTIVITI


YANG DIRANCANG. KAU BERKATILAH SEGALA USAHA KAMI DAN BANTULAH
KAMI UNTUK TIDAK SEDIKIT PUN MENGABAIKAN TANGGUNGJAWAB HAKIKI
KAMI, SAMA ADA SEBAGAI KAKITANGAN SEKTOR, ATAUPUN SEORANG ISTERI
ATAU IBU KEPADA KELUARGA KAMI YA ALLAH.

KAU PADAMKAN DARI HATI-HATI KAMI SIFAT-SIFAT YANG TIDAK ENGKAU


RESTUI YA ALLAH. TANAMKANLAH DI LUBUK HATI-HATI KAMI DENGAN SIFAT-
SIFAT KASIH-SAYANG, BANTU-MEMBANTU DAN BERTOLERANSI.
SESUNGGUHNYA, HANYA KEPADA ENGKAULAH KAMI BERSERAH DAN HANYA
KEPADA ENGKAU JUALAH KAMI MEMOHON PERLINDUNGAN.

ALLAHUM MA’FIRLANA, ZUNUBANA ,WALI WALIDAIYA, WARHAMMU MA, KAMA


RABAYANA, SAGHIRA.

RABBANAA AATINAA FID DUNYAA HA-SANA WA FIL AAKHI RATI HASANA WA


QINAA 'ADZAABANNAAR

RABBANAA TAQABBAL MINNAA INNA KA ANTAS SAMII'UL 'ALIIM WATUB


'A-LAINAA INNAKA ANTAT TAW WAABUR RAHIIM'

WASHALLALLAAHU ‘ALA SAYYIDINAA MUHAMMADIN WA 'ALAA AALIHI WA


SHAHBIHI WA SALLAM. SUBHAANA RABBIKA RABBIL IZZATI AM-MAA YASHI
FUUN WASALAAMUN 'ALAL MURSALIIN WALHAMDULILLAAHI RABBIL ‘AALAMIIN.

BISMILLAAHIR RAHMAANIR RAHIIM ALHAMDULILLAAHI RABBIL AALAMIIN.


ALLAAHUMMA SHALLI 'ALAA SAYYIDINAA MUHAMMAD WA 'ALAA AALIHI WA
SHAH-BIHI WA SALLIM.