Anda di halaman 1dari 1

Singapore Airlines terbaik di dunia

SINGAPURA: Singapore Airlines (SIA) semalam merampas kembali kedudukan sebagai


syarikat penerbangan terbaik di dunia dalam anugerah Skytrax's 2018 World Airline Awards,
lapor Channel NewsAsia (CNA).

SIA sebelum ini berada di tangga pertama pada 2008. Tahun lalu, Qatar Airways berada di
tempat teratas, namun tahun ini ia jatuh ke tempat kedua. Sementara itu, syarikat penerbangan
Jepun, ANA berada di tempat ketiga.

SIA menunjukkan peningkatan ranking sejak beberapa tahun lalu, ia berada di tempat ketiga
pada 2016 dan tempat kedua pada 2017.

Syarikat penerbangan Singapura itu turut memenangi kedudukan teratas untuk tiga kategori lain
termasuk syarikat penerbangan terbaik di Asia, kelas pertama penerbangan terbaik dunia dan
kerusi kelas pertama terbaik dunia. - Agensi/ CNA