Anda di halaman 1dari 3

SEMANGAT 1MALAYSIA TERAS KEJAYAAN NEGARA

Sekalung apresiasi saya hulurkan buat saudara pengacara majlis, barisan saf
kehakiman intelektual berkarisma, dif-dif kehormat yang disanjungi seterusnya tuan-
tuan dan puan puan pewaris legasi perpaduan negara.

Saudara dan saudari,

Semangat 1Malaysia Teras Kejayaan Negara. Begitulah bunyinya mauduk syarahan


saya pada hari ini.

Sebelum lidah menutur kata, sebelum madah mengatur bicara, izinkan saya untuk
mendefinisikan terlebih dahulu frasa demi frasa tajuk syarahan saya pada hari ini.
Menurut kamus dewan bahasa dan pustaka edisi ke 4, perkataan semangat bolehlah
ditakrifkan sebagai emosi serta perasaan yang diluahkan, 1Malaysia pula bolehlah
ditakrifkan sebagai rakyat yang berdiri, berfikir dan bertindak sebagai bangsa Malaysia
yang bermindakan kelas pertama. Teras kejayaan negara pula menurut Tun Dr
Mahathir Mohamad merupakan asas kepada pembentukan kegemilangan negara di
masa akan datang.

Warga dewan sekalian,

Semangat persaudaraan membawa kejayaan negara tercinta. 1Malaysia adalah


lahir daripada semangat setiakawan. Walaupun berbeza asal keturunan, kepercayaan
agama dan akar budaya namun rakyat Malaysia berpegang pada satu prinsip yang
sama iaitu Rukun Negara. Melalui pengamalan Rukun Negara, kesemua daripada kita
pada hari ini akan berdiri, berfikir dan bertindak sebagai bangsa Malaysia. Bak kata
pepatah, ke bukit sama didaki, ke lurah sama dituruni. Dalam hal ini, 1Malaysia,
menuntut rakyat berfikir melepasi sempadan kaum dan etnik masing-masing. Buktinya,
Ideologi dengan semangat persaudaraan dalam 1Malaysia pasti menggerakkan
kejayaan negara. Sebagai contoh, melalui Pelan Pembangunan Pendidikan Malaysia,
kerajaan telah mengambil pendekatan yang sarawajagat dengan menitikberatkan
elemen perpaduan dalam setiap aktiviti yang dilakukan oleh murid sekolah.

Sidang intelektual sekalian,

Meniti wasilah kedua saya dengan untaian kata, Kemajuan ekonomi dinikmati,
kemakmuran negara dikecapi. 1Malaysia dapat membangunkan ekonomi negara.
Pelancong dan pelabur asing mengenali rakyat Malaysia yang berintegriti tinggi. Kini,
Malaysia menerokai bidang sains angkasa, bioteknologi dan teknologi nano. Menurut
laporan Kesatuan Telekomunikasi Antarabangsa, Malaysia mencatatkan nilai digital
0.57 bermakna kita mendahului kemudahan akses digital dalam kalangan negara
ASEAN.

Hadirin yang dihormati sekalian,

Idea terbilang terakhir saya yang ketiga di bawah kata kunci gagasan bicara,
perpaduan dan semangat nasionalisme, negara aman dan sentosa. Peristiwa berdarah
pada 13 Mei 1969 perlu dijadikan iktibar. Formula yang dicipta oleh Tunku Abdul
Rahman Putra Al-Haj, Tun Tan Siew Sin dan Tun Sambanthan adalah untuk perpaduan
dan semangat nasionalisme. Kini 1Malaysia disandarkan dalam memperkukuhkan
perpaduan nasional.
Lihatlah apa yang berlaku pada negara-negara yang sedang bergolak seperti
Myammar, Mesir, Syria dan Libya. Perpaduan sudah tiada dalam kamus sejarah negara
mereka. Kemusnahan berlaku di mana-mana. Rakyat menderita dan sengsara.
Mengorbankan banyak nyawa. Sehingga melibatkan campur tangan negara luar..Saya
menyeru tuan-tuan, puan-puan dan rakan-rakan sekalian berpegang pada konsep
1Malaysia agar negara ini terus cemerlang, gemilang dan terbilang.
Tuntasnya, 3 cerita berbeza telah saya bawakan kepada anda pada hari ini.
Seandainya kita pisah-pisahkan entiti yang ada pada hari ini, maka bagaimana kita
ingin mewujudkan sebuah negara yang cemerlang gemilang dan terbilang di masa akan
datang? Tepuk dada Tanya selera. Sekian, terima kasih

Anda mungkin juga menyukai