Anda di halaman 1dari 4

REKOD ANEKDOT

Nama Murid : Budak lelaki berbaju merah (Boy) Umur : 4 atau 5 tahun
Tarikh : Masa :
Nama Guru : Item : Minat dan kemahiran unik
Catatan Ulasan
Pada awal video ini Boy mula dengan bermain dengan
corongnya bersendirian. Seterusnya dia memberi Boy dapat bermain bersendirian dengan
sedikit maniknya yang berada dalam corong biru fokus tanpa sebarang gangguan.
kepada kawan (perempuan berambut kerinting) yang
berada di hadapannya. Apabila melihat Boy Boy tidak berapa mempedulikan kawasan
memberinya, perempuan kerinting pun sekelilingya.
mengembalikan manik tersebut kepada Boy dengan
menyatakan “It’s yours”. Seterusnya, Boy sambung Boy seorang yang pendiam, tidak suka
bermain dengan corongnya bersendirian tanpa meluahkan perasaannya menggunakan
mengeluarkan sebarang suara. Boy bermain dengan perkataan. Namun demikian, dia
corong dan gayung biru tanpa sebarang gangguan. menunjukkan sikap protesnya melalui
Boy telah menggunakan tangannya untuk meratakan tindakannya (menarik-narik manik di
permukaan manik yang berada di dalam gayung kawasan perempuan pergi ketempatnya).
berwarna biru. Dia melihat tangannya untuk
memastikan bahawa tiada manik yang melekat di Boy seorang yang sangat teliti, dia
tangannya. Kemudian, Boy mengambil bekas putih memastikan tangannya bersih dari manik-
yang ditinggalkan oleh kawan perempuan di manik. Dia juga memastikan akan
hadapannya. Dia telah meletakkan manik ke dalam membersihkan kawasan dia bermain
bekas putih hingga penuh. Boy bersin pertama kali sebelum meninggalkan kawasan bermain
terus menghadap besen merah. Seterusnya, Boy bersin tersebut.
kali kedua dan mengelap guna tangannya. Boy
membantu untuk memberikan manik kepada kawanya
tetapi kawannya telah marah dan menyatakan “I didn’t
say put some in there, I can put on my own.” Boy
tidak memberi respon menggunakan perkataan
terhadap kata-kata kawannya ini. Dia sambung
bermain dengan mengisi manik kedalam gayung
birunya. Dia menarik-narik manik-manik tersebut ke
tempatnya dan menyebabkan budak perempuan di
hadapannya marah. Boy menuangkan kali terakhir
manik yang berada di gayung kedalam bekas putih
sehingga melimpah. Boy melepaskan bekas putih dan
menggunakan gayung untuk menyapu manik yang
berada di penjuru permukaan atas besen merah masuk
ke dalam besen merah semula. Kemudian, Boy
melepaskan gayung di tangannya dengan perlahan dan
pusing meninggalkan tempat permainan tersebut
dengan muka yang lesu.

Nama Murid : Budak perempuan rambut Umur : 4 atau 5 tahun


kerinting (Curly)
Tarikh : Masa :
Nama Guru : Item : Minat dan kemahiran unik
Catatan Ulasan
Dari awal pemerhatian, apabila budak lelaki Seorang yang extrovert, senang bergaul
dihadapannya meletakkan manik di bekas mainannya, dengan orang lain dan memulakan topik
dia hanya melihat dan seterusnya memberikan manik untuk bercerita dengan kawannya.
yang diambil dari bekas putih kepada budak lelaki
tersebut dengan menyatakan “it’s yours.” Dia dapat meluahkan perasaannya
Apabila melihat kawan perempuan disebelahnya menggunakan perkataan.
meminta kerusi, dia pun meletakkan bekas yang
berada ditangannya dengan segera dan terus Dia dapat menyatakan apa yang dia mahu
mendapatkan kerusi untuk dirinya. Dia menyatakan dana pa yang dia berasa tidak puas hati
“I’m going to get a chair.” Dia duduk dan sambung dengan menggunakan perkataan.
bemain. Seterusnya dia mula bercerita dengan kawan
perempuan di sebelahnya sambil bermain. Sepanjang
masa bermain ini, dia sentiasa bercakap dan bercerita.
Apabila budak lelaki dihadapannya memberi dia
manik secara tiba-tiba, dia telah bersuara dengan nada
marah kepada budak lelaki tersebut dengan
menyatakan “Hey! I didn’t say put some in there, I
can put on my own.” Seterusnya, dia sambung
bermain dengan bekas yang berada di tangannya.
Apabila dia menoleh ke belakangnya sebentar, budak
lelaki tersebut menari-narik manik di kawasannya dan
menyebabkan dia mengeluarkan perkataan dengan
nada marah. Dia menyatakan “Hey! You take away
my part!” seterusnya, dia pun sambung bermain
dengan bekas-bekas di tangannya.

Nama Murid : Budak perempuan rambut Umur : 4 atau 5 tahun


panjang baju berwarna biru
(Blue)
Tarikh : Masa :
Nama Guru : Item : Minat dan kemahiran unik
Catatan Ulasan
Pada permulaan video ini, kita dapat melihat bahawa Seorang yang suka meniru apa yang
cikgunya telah memberi perhatian yang lebih dilakukan oleh kawannya.
kepadanya. Cikgunya telah mengajar bagaimana
hendak mengeluarkan manik dari corong kuning dan Dia dapat cepat menangkap dan
dia dengan cepatnya dapat menangkap apa yang diajar mengaplikasikan apa yang diajar oleh
oleh cikgunya. Apabila melihat kawannya meminta cikgunya.
kerusi yang diduduk oleh cikgunya, dia pun turut
sama meminta kerusi. Kemudian dia sambung Dia seorang yang boleh dibawa bercerita
bermain dengan mainannya sambil bercerita dengan bersama-sama dengan kawannya.
budak perempuan berambut kerinting di sebelahnya.
Dia terus bermain dengan corong kuningnya dengan
memenuhkan manik kedalam corong kuning tersebut
tersebut. Dia telah menggunakan teknik yang diajar
oleh cikgu pada permulaan video ini untuk mengeluar
manik-manik tersebut melalui corong tersebut.
Seterusnya, dia telah memberikan manik-manik yang
dikeluarkan dari corong tersebut kepada kawan
perempuan di hadapannya. Dia memberikan lagi
kawannya sekali lagi. Kemudian, dia mengambil alih
corong yang sedang dipegang oleh kawan yang berada
di hadapannya itu. Seterusnya, dia mengosongkan
corong yang diambil tersebut dan mengisi manik
semula. Dia melihat apa yang dilakukan oleh kawan
yang berada disebelahnya.